Saturday, May 15, 2010

http://www.ohcerita.com/2010/04/astro-warna-adnan-sempit-series-episod.html

Wednesday, May 12, 2010

http://nanikapcsolution.blogspot.com/

Friday, May 7, 2010

Personality Disorder Characterized By Dramatic, Emotional, Or Erratic.

PENGENALAN

• Manusia, sama dengan organisma hidup yang lain, cuba memenuhi keperluan mereka dengan berhubung atau berinteraksi dengan persekitaran fizikal mereka. Selain itu, manusia juga perlu menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran lain seperti psiko-sosial. Misalnya, seseorang itu cuba memenuhi beberapa keperluan psiko-sosial seperti untuk mempunyai keselamatan emosi, penerimaan kendiri, konsep kendiri, harga diri, penyempurnaan kendiri, identiti dan sebagainya.
• Kebanyakan daripada aktiviti harian kita adalah berkaitan dengan penyesuaian. Konsep ini merujuk kepada sejauh mana sesuatu objek dapat memenuhi tujuan yang dikehendaki (Crow, 1967). Sebagai manusia, kita sentiasa mencuba menyesuaikan diri kita dengan unsur-unsur yang ada dalam persekitaran supaya kita dapat memenuhi keperluan dan minat kita. Pada masa yang sama, kita berada dalam proses menyesuaikan diri kita sendiri, misalnya sikap dan tingkah laku kita, supaya kita dapat mengatasi masalah peribadi dan perhubungan sosial kita. Sejak kita dilahirkan, sama ada secara sedar atau tidak, kita berusaha untuk membuat beberapa perubahan, sama ada di dalam atau luar diri kita supaya kita dapat menunjukkan tingkah laku yang memuaskan dan diterima oleh masyarakat.
• Dalam kehidupan seseorang, terdapat beberapa bidang dimana seseorang itu perlu menyesuaikan dirinya. Bidang-bidang tersebut ialah penyesuaian dengan keluarga sendiri, proses pendidikan, pekerjaan,komuniti dan masyarakat temapt tnggal, dan pesonaliti. Apabila seseorang itu gagal dalam mengadaptasikan dengan keadaan-keadaan maka, ia boleh membawa kepada kecelaruan personaliti.

Kecelaruan Personaliti

• Kecelaruan bermaksud tidak tentu arah, tidak beraturan, tidak berketentuan, kacau bilau atau fikiran kacau bilau (Norasah, 2002
• Personaliti boleh ditakrifkan sebagai tingkahlaku individu yang dilahirkan secara fizikal dan dapat disaksikan atau diperhatikan oleh orang lain sama ada individu tersebut sedar atau tidak sedar.
• Berdasarkan definisi kecelaruan dan personaliti di atas, maka kecelaruan personaliti dapat ditakrifkan sebagai ketidakarahan bagi keperibadian dan perwatakan setiap individu.

Jenis-Jenis Kecelaruan Personaliti Individu

• Kecelaruan personaliti adalah pola tingkah laku salah adaptif..
• Dalam DSM-IV-TR, kecelaruan personaliti tergolong dalam Axis II bersama-sama dengan mental retardation. Dalam Axis II yang terdapat dalam DSM-IV-TR menyenaraikan sepuluh jenis kecelaruan personaliti yang biasa dialami oleh individu atau pesakit dan ia dapat dibahagikan kepada tiga kelompok mengikut ciri-ciri yang hampir sama.
i) Kelompok A (odd or eccentric disorders atau kecelaruan keganjilan.) Jenis kecelaruan personaliti dalam kelompok ini adalah
• Kecelaruan personaliti paranoid iaitu satu kecelaruan yang menyebabkan individu tidak percaya dan syak wasangka kepada orang lain.
• Kecelaruan personaliti skizoid iaitu satu kecelaruan yang mana seseorang individu kurang berminat dalam perhubungan sosial.
• Kecelaruan personaliti skizotipal iaitu satu kecelaruan karekteristik dengan keganjilan tingkah laku atau pemikiran.

ii) Kelompok B (dramatic, emotional or errati disorder). Jenis kecelaruan pesonaliti dalam kelompok ini dapat dibahagikan kepada empat iaitu
• Kecelaruan personaliti anti sosial iaitu satu masalah tingkah laku yang menyimpang dari norma sosial masyarakat yang dialami oleh seseorang. Kecerlaruan personaliti pinggiran menyentuh aspek gangguan jantina, matlamat hidup, imej kendiri, dan hubungan peribadi dengan orang-orang yang rapat dengan penghidap
• Kecerlaruan personaliti histrionik adalah satu bentuk kecelaruan yang berkaitan dengan tingkah laku tidak matang yang ditonjolkan oleh seseorang seperti terlalu beremosi, sering menginginkan perhatian, mengada-ngada dan kadang kala bersikap keanak-anakan.
• Kecelaruan personaliti narkisistik adalah satu bentuk kecelaruan yang berkaitan dengan tingkah laku terlalu mementingkan diri sendiri dan kelebihan serta keistimewaan yang ada pada diri sendiri.
iii) Kelompok C (anxios or fearful disorder/ kecelaruan ketakutan atau cemas). Jenis kecelaruan personaliti dalam kelompok ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
• Kecelaruan personaliti pengelakkan iaitu satu kecelaruan yang menjelaskan tentang seseorang individu yang sering mengelak daripada mengadakan hubungan intim kerana bimbang ia tidak akan diterima oleh orang-orang tertentu. Pesakit yang mengalami kecelaruan ini akan merasakan kekurangan sesuatu dalam hidupnya, penyekatan sosial dalam hidupnya, terlampau sensitive dengan penilaian negative dan mengalami penyingkiran interaksi sosial dalam hidupnya.
• Kecelaruan personlaiti bergantung iaitu merujuk kepada seseorang yang sukar berdikari dan terlalu mengharap orang lain untuk melakukan sesuatu bagi pihak dirinya. Mereka juga merupakan individu yang menpunyai penghargaan kendiri yang rendah serta mudah berputus asa. Woolloll (1984) menggarriskan bahawa individu atau pelajar yang terlalu bergantung kepada orang lain merupakan individu yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah.
• Kecelaruan personaliti obsessif-kompulsif adalah tentang seseorang yang terlalu fanatik terhadap sesuatu, misalnya pekerjaannya. Ia lazimnya sering berkeadaan serius, terlalu mementingkan kesempurnaan serta teliti dalam kebanyakan perkara. Individu ini juga terlalu menumpukan pada butir-butir khusus, undang-undang, ketertiban ataupun jadual sehingga matlamat sesuatu aktiviti itu hilang. Oleh sebab terlalu menumpukan pada kerja individu ini tiada masa bersosial dan beriadah.

 Kecelaruan pesonaliti yang akan di bincangkan dalam tugasan ini adalah kecelaruan personaliti yang terdapat dalam kelompok B iaitu kecelaruan personaliti dramatic, emotional or erratic disorders. Jenis kecelaruan yang terdapat dalam kelompok ini ialah kecelaruan personaliti anti sosial, kecelaruan personaliti borderline, kecelaruan personaliti histrionic dan kecelaruan personalti narcissistic.






Kecelaruan Personaliti Antisosial
• Individu yang mengalami kecelaruan ini akan cenderung bertingkah laku tidak mempedulikan peraturan-peraturan moral dan etika dalam masyarakat. Walaupun pada zahirnya golongan ini nampak cerdas dan boleh disukai, tetapi sebenarnya mereka suka memanipulasi dan menipu. Mereka juga suka melanggar undang-undang, suka ambil kesempatan dan tidak rasa bersalah.

Simptom-Simptom atau Gejala-Gejala bagi Kecelaruan Personaliti Antisosial.

• Terdapat pelbagai simptom yang berlaku terhadap indivu atau pesakit disebabkan oleh kecelaruan personaliti anti sosial ini seperti tidak mempunyai rasa bersalah atau risau jika melakukan kesalahan seperti menggangu orang lain, merosakkan harta benda awam dan sebagainya.
• Selain itu individu yang mengalami kecelaruan ini, akan melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan perasaan orang lain.
• Mereka yang berpesonaliti antisosial akan bertingkah laku impulsif dan tidak mampu menghadapi kegagalan. Mereka merasakan setiap perkara yang mereka lakukan tidak akan mengalami kegagalan.
• Mereka yang mengalami kecelaruan antisosial juga sering memanipulasi orang lain. Selalunya mereka yang mempunyai personaliti antisosial mempunyai kebolehan interpersonal yang baik seperti menarik, pandai mengambil hati dan mampu menyakinkan orang lain untuk menurut apa yang mereka kehendaki. Ramai juga penipu yang mempunyai personaliti antisosial, sehingga tanpa berfikir panjang mangsa boleh menyerahkan kesemua wang atau barang kemas kepadanya.
• Mengikut Cleckly (1976) dan McCocd(1964), penghidap penyakit antisosial cepat bosan dengan sesuatu atau keadaan namun mereka mempunyai perasaan yang kuat untuk mencari sesuatu yang baru. Mereka boleh membuat tanggapan pertama dengan baik. Seseorang pesakit anti sosial dengan tanpa kesedaran suka menakutkan atau merosakkan orang lain bagi memenuhi perasaannya. Mereka pandai menpengaruhi orang lain supaya memikirkan bahawa mereka adalah orang normal walhal mereka mempunyai pemikiran yang tidak matang, pendirian yang goyah, dan tidak menghiraukan kesenangan dan kepentingan orang lain.


Punca Kepada Kecelaruan Anti Sosial

• Mengikut Martim (1981) penyakit anti sosial ini disebabkan oleh kecelaruan otak. Syndulko (1978) pula menyatakan bahawa penyakit ini mempunyai kaitan dengan kelemahan genetik. Mengikut DSM-III (1980) kecelaruan ini wujud sejak seseorang itu masih kecil lagi.
• Faktor persekitaran turut memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perasaan dan emosiindividu. Keluarga adalah yang paling rapat dengan individu.Mereka yang dibesarkan dalam keluarganya yang menghadapi tekanan, keresahan, kerunsingan atau ketegangan akan memberi pengaruh yang besar kepada diri mereka. Kawalan yang keterlaluan kepada anak-anak atau terlalu bebas boleh memberi kesan yang sama. Jika kanak-kanak tidak mendapat jaminan keselamatan dalam keluarga, akan menyebabkan dia sentiasa berasa terancam apabila berhadapan dengan dunia luar.
Rawatan Psikologikal dan Farmakologikal

• Rawatan psikologikal bagi kecelaruan antisosial ialah teknik terapi psikodinamik. Pendekatan yang paling dikenali ialah teori psikoanalisis Frued (Baron,1996).
• Frued memperkenalkan bahagian-bahagian personaliti yang terdiri daripada id, ego dan superego. Apabila terdapat ketidakseimbangan antara id, ego dan superego, konflik akan berlaku.
Statistik
• Statistik menunjukkan kecelaruan anti sosial banyak berlaku dikalangan kaum lelaki terutamanya ketika remaja.
Perbincangan dan Kesimpulan








Kecelaruan Personaliti Pinggiran
• Kecerlaruan personaliti pinggiran menyentuh aspek gangguan jantina, matlamat hidup, imej kendiri, dan hubungan peribadi dengan orang-orang yang rapat dengan penghidap.
• Selain sering kesunyian seseorang itu kadangkala menonjolkan tingkah laku impulsif serta mudah naik darah tanpa punca yang jelas. Ada juga kekerapan ancaman membunuh diri dan cepat marah walaupun tanpa sebab yang munasabah. Mereka mengalami kesunyian yang kronik.

Simptom Kepada Kecelaruan Pinggiran
• Mereka yang mempunyai kecelaruan ini dicirikan oleh dorongan impulsif dan tidak boleh diramal. Mereka memiliki peribadi yang tidak stabil, cepat marah, hampir sentiasa mahu bersama dengan orang lain, tidak mempunyai identiti yang jelas, dan berasa sunyi. Mereka sering terlibat dalam tingkah laku dalam tingkah laku menghancurkan diri sendiri seperti memandu dengan bebahaya, mengambil dadah, seksual yang beisiko dan ganas.
• Daripada segi kognitif meeka inimengalami ganguan identiti. Penghuraian tentang diri mereka kabur dan mengelirukan. Mereka sering menderita perubahan identiti, menganggap dunia ini bahaya dan ganas. Mereka berasa diri mereka berada dalam keadaan lemah dan tidak berupaya.

Rawatan Psikologikal dan Farmakologikal
• Rawatan yang boleh digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami kecelaruan ini ialah terapi Alderian
Statistik

Perbincangan dan Kesimpulan
Kecelaruan Personaliti Histrionik
• Kecerlaruan personaliti histrionik adalah satu bentuk kecelaruan yang berkaitan dengan tingkah laku tidak matang yang ditonjolkan oleh seseorang seperti terlalu beremosi, sering menginginkan perhatian, mengada-ngada dan kadang kala bersikap keanak-anakan




Simptom Kepada Kecelaruan Personaliti Histrionik
• Mereka yang mempunyai kecelaruan ini cenderung mencari rangsangan dan keseronokan dalam hidup mereka. Mereka memberi fokus pada tingkah laku dan wajah mereka dengan tujuan untuk menarik dan mengekalkan minat orang lain pada dirinya.
• Mereka kelihatan menarik, ceria dan mempunyai ciri-ciri seorang ekstrovert yang berusaha menjadi pusat tumpuan dan perhatian orang lain. Apabila tidak dapat perhatian mereka berasa tidak dilayan dengan adil dan berasa marah.
• Daripada segi sosial mereka hanya ingin mendapatkan pengesahan dan penerimaan ataupun pujian daripada rakan dan keluarga.

Rawatan Psikologikal dan Farmakologikal
Statistik

Perbincangan dan Kesimpulan

Kecelaruan Personaliti Narkisistik

• Kecelaruan personaliti narkisistik adalah satu bentuk kecelaruan yang berkaitan dengan tingkah laku terlalu mementingkan diri sendiri dan kelebihan serta keistimewaan yang ada pada diri sendiri. Dengan kata lain terlalu mencintai diri sendiri.
• Mereka juga menginginkan pujian dan perhatian terhadap kelebihannya. Golongan ini gagal untuk merasa empati pada orang lain.

Simptom Kepada Personaliti Narkisistik
• Mereka yang mempunyai kecelaruan ini sentiasa berusaha mendapatkan kuasa dan kekayaan, tidak bertolak ansur pada kegagalan, berusaha bersungguh-sunguh mengekalkan kekayaan dan kuasanya. Mereka mempunyai perasaan senstif apabila dikritik, cepat marah, cepat bimbang, panik dan murung.
• Mereka suka berfantasi tentang kekayaan, kuasa kecantikan , cinta dan kehebatan yang tidak terbatas.
• Mereka ini juga sering memilih dalam hubungan sosial kerana mereka yang mengalami kecelaruan ini hanya bersahabat dengan orang yang boleh menguntungkan mereka sahaja
Rawatan Psikologikal dan Farmakologikal
Statistik
Perbincangan dan Kesimpulan

Rujukan

Ab. Alim Abdul Rahim (1994) ‘Pengantar Psikologi Bilazim’ Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Azizi Yahaya & Jamaluludin Ramli (2007) ‘Psikologi Abnormal’ Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Ta’zim.
Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub (2006) ’Psikologi Personaliti’ Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
http://www.haluan.org.my/v3/index.php/kualiti-remaja-dan-pelajar.html diakses pada 09 ogos 2009 jam 1510
http://www.haluan.org.my/v3/index.php/pdf/kualiti-remaja-dan-pelajar.pdf diakses pada 09 ogos 2009 jam 1545
http://ppdlms.edu.my/pk/?p=832 diakses pada 10 ogos 2009 jam 2030
http://www.slideshare.net/mandalina/bilazim diakses pada 10 ogos 2009 jam 2100

ADHD

KECELARUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD) KAJIAN KES NO.21

Pengenalan

Menurut Sarafino (1996), tingkah laku adalah apa sahaja yang seseorang lakukan sebagai respons ataupun tindak balas kepada apa yang berlaku, sama ada perkara itu berlaku didalam dirinya ataupun di luar. Walau bagaimanapun setiap individu tidak terlepas dari mengalami masalah kecelaruan psikologi dalam menepuh kehidupan seharian. Masalah kecelaruan psikologi yang merangkumi kecelaruan tingkah laku, kecelaruan mental dan kecelaruan personaliti sering berlaku kepada individu. Ia lazimnya akan menggangu perjalanan kehidupan harian individu yang mengalaminya dan individu yang menjaganya. Secara tidak langsung seseorang yang mengalami kecelaruan akan kelihatan janggal atau asing jika dibandingkan dengan anggota masyarakat yang lain di sekelilingnya. Masalah kecelaruan bukan sahaja merujuk kepada orang dewasa, malahan ia turut berlaku di kalangan kanak-kanak. Pelbagai jenis kecelaruan yang sering berlaku di kalangan kanak-kanak sehingga menggangu tahap perkembangan dan aktiviti harian.
Persoalan yang sering dikemukakan berkaitan dengan kecelaruan yang di alami oleh seseorang individu ialah bagaimanakah kecelaruan ini wujud di kalangan orang dewasa mahupun kanak-kanak? Adakah kecelaruan yang dialami oleh kanak-kanak wujud secara semula jadi semenjak manusia di lahirkan? Secara amnya para pakar psikologi bersetuju bahawa kecelaruan yang berlaku terhadap seseorang tidak wujud secara serta-merta sebaliknya terdapat pelbagai punca yang mengheret seseorang itu kepada kecelaruan tingkah laku sama ada semenjak ia dilahirkan ataupun sewaktu dalam proses pembesarannya.
Terdapat pelbagai jenis kecelaruan tingkah laku, mental dan personaliti yang berlaku terhadap individu yang di diagnostik dalam Manual Diagnostik dan Statistik Kecelaruan Mental (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, 4th Edition, Text Revision (DSM-IV-TR). DSM-IV-TR adalah sistem diagnosis yang di terima umum yang digunakan oleh ahli terapi, pekerja kesihatan mental, penyelidik dan kebanyakkan syarikat insurans. Terdapat lebih 290 jenis kecelaruan psikologi dalam DSM-IV-TR yang menghuraikan secara khusus dan menyenaraikan kriteria yang perlu dipenuhi bagi tujuan diagnosis yang tertentu berdasarkan axis-axis yang ditetapkan. Bagi tujuan itu, DSM-IV-TR menetapkan lima axis atau paksi dimana setiap axis akan membuat tumpuan kepada pelbagai jenis maklumat berkaitan kecelaruan psikologi. Penggunaan sistem pelbagai axis juga menggalakkan aplikasi pendekatan biopsikososial dalam setting klinikal, pendidikan dan penyelidikan. Setiap axis dapat dilihat seperti jadual 1.
Jadual 1 : Jadual system pelbagai Axis
Axis I Mengenai sindrom-sindrom klinikal
Axis II Axis ini mengandungi kecelaruan personaliti dan rencat akal.
Axis III Keadaan kesihatan am disebabkan oleh kesan perubatan.
Axis IV Axis ini mengandungi masalah psikososial dan persekitaran.
Axis V Penilaian fungsi-fungsi secara global.

Sorotan Kajian Kes Mr. and Mrs. Wilson. (Kajian Kes No.21)
Mr. dan Mrs. Wilson telah berkahwin selama 12 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Ken berusia 7 tahun merupakan anak kedua pasangan ini dilaporkan oleh gurunya dia kerap kali menganggu dalam bilik darjah, sering bertindak agresif dan tidak menyiapkan kerja yang diberikan. Ibu bapa Ken melaporkan kepada terapis gangguan yang dialami Ken bermula semasa di taman asuhan.
Terapis kemudiannya menemuduga ibu bapa Ken untuk melihat kelakuan Ken semasa di rumah. Ibu Ken melaporkan beliau mengalami kesukaran ketika hendak melahirkan Ken berbanding adik beradiknya yang lain. Ken juga dilaporkan kerap menangis dan selalu mengadu sakit perut. Ketika Ken meningkat dewasa, Ken sering bertindak agresif dan ganas berbanding adik beradiknya yang lain. Apabila dia dimarahi ibunya, Ken akan bertindak membuang barang-barang yang berdekatan dengannya, memecahkan barang-barang dan akan menjerit sekuat hati. Selain itu hubungan Ken dengan adik beradiknya yang lain kurang mesra.
Ibu bapa Ken menyifatkan kelakuan Ken sama dengan kelakuan anak jirannya. Ken juga tidak boleh menumpukan perhatian dalam sesuatu perkara dan adalah mustahil ibu bapa Ken membawa Ken keluar makan bersama. Semasa terapi bersama pihak sekolah, Ken dilaporkan menghadapi masalah disiplin dan mempunyai mood tidak baik, suka menganggu rakan-rakannya dan sering bertindak agresif. Ujian IQ telah dilakukan untuk melihat tahap kebijaksanaan Ken. Walaupun tahap IQ Ken berada pada paras 120, namun dia tidak dapat membaca dengan baik dan lemah dalam subjek matematik. Hasil temubual terapis dengan guru kelas Ken, didapati Ken tidak suka duduk diam dalam kelas, tidak menyiapkan tugasan yang diberikan dan mempunyai hubungan yang tidak baik dengan rakan-rakannya. Guru Ken turut menggunakan pelbagai kaedah untuk mendisiplinkan Ken. Guru Ken juga menggunakan soal selidik Conner Rating Scale untuk melihat tingkah laku Ken (Hiperaktif).
Ahli terapis turut bersama Ken didalam kelas dan mendapati Ken akan bangun dari tempat duduknya melebihi enam kali dan melihat ke luar tingkap apabila mendengar bunyi. Ken sering bercakap dengan rakan-rakannya dan tidak menumpukan perhatian pada pembelajaran. Apabila guru menegurnya, Ken tidak ambil kisah sehinggalah gurunya terpaksa menjerit dan memarahinya.
Sesi kedua terapi bersama keluarganya mendapati sikap Ken bermula dari kecil lagi. Ken akan marah jika kehendaknya tidak dituruti dan kerap melakukan perkara berbahaya seperti memanjat bilik tidurnya dan . Ken juga didapati tidak mempunyai kawan yang rapat dengannya. Hasil temubual berama Puan Wilson, mendapati pasangan ini mempunyai masalah dalam perkahwinan dan Puan Wilson juga sering menggunakan hukuman secara fizikal untuk menagani masalah Ken kerana khuatir Ken tidak akan berubah sikap apabila dewasa kelak. Temubual bersama En. Wilson mendapati beliau juga mengalami masalah sama seperti Ken semasa kecil dan berubah apabila meningkat dewasa. Jadi En. Wilson mengharapkan Ken akan berubah apabila meningkat dewasa kelak.
Terapis seterusnya ialah untuk melihat hubungan Ken dengan adik beradiknya. Didapati Ken dan adik beradiknya sering merebut barang permainan. Ken juga sering merosakkan barang permainan dan akan menipu ibunya jika adiknya mengadu kepada emaknya. Semasa makan malam juga Ken sering menggangu adiknya, lebih-lebih lagi apabila ayah ada di rumah.

Kes Ken Berdasarkan DSM-IV-TR dalam Skala Global Assessment of Functioning (GAF)
Manual Diagnostik dan Statistik Kecelaruan Mental atau DSM-IV-TR merupakan suatu buku panduan terbitan Persatuan Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 1994 memberi keupayaan mendiagnosis secara manual sesuatu kecelaruan mental yang dialami oleh seseorang individu. Terdapat kriteria-kriteria umum dalam DSM-IV-TR yang menbolehkan ahli terapis mendiagnoksis jenis kecelaruan yang dialami oleh klien-klien yang datang mendapatkan rawatan. Selain itu, bagi memudahkan ahli terapis membuat penilaian menyeluruh dan memberi rawatan kepada kliennya, DSM-IV-TR menetapkan lima penilaian pelbagai axis.
Axis I= Kecelaruan klinikal. Berdasarkan terapis yang dilakukan terhadap kes Ken menunjukkan Ken boleh didiagnoksiskan sebagai kanak-kanak yang mengalami gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau attention deficit hyperactivity disorder (ADHD). Mengikut DSM-IV (APA,1994), untuk melayakkan seseorang individu didiagnos sebagai ADHD, simptom tersebut mesti wujud sebelum umur tujuh tahun dan diperlihatkan dalam sekurang-kurangnya dua seting (misalnya di rumah, sekolah dan sebagainya). Namun menurut Sciutto, Terjesen dan Frank (2000), diagnosis ADHD yang tepat kerapkali menjadi rumit kerana banyak masalah yang berkaitan dengan ADHD juga merupakan ciri kecelaruan kelakuan kanak-kanak yang lain dan ADHD selalunya diiringi dengan pelbagai kecelaruan perkembangan dan psikiatri yang lain. Selain itu, kanak-kanak yang mengalami ADHD terdiri daripada populasi pelbagai yang simptomnya berbeza antara seting, pengasuh, dan kerumitan tugasan. Berdasarkan kajian kes yang dilakukan menunjukkan Ken yang berusia 7 tahun mengalami sindrom-sindrom seperti suka menggangu rakan-rakannya di sekolah dan menggangu adiknya semasa berada di rumah.

Axis II= Kecelaruan personaliti. Berdasarkan kajian kes, didapati Ken tidak mengalami masalah kecelaruan personaliti seperti simptom personlaiti maladaptive dan kerencatan akal.

Axis III= Keadaan kesihatan am disebabkan oleh kesan perubatan. Kewujudan axis ini membolehkan laporan tentang keadaan kesihatan atau fizikal yang mungkin releven kepada pemahaman atau pengurusan kecelaruan mental seseorang. Berdasarkan kajian kes, didapati Ken tidak pernah mengambil atau diberi rawatan perubatan yang boleh menyebabkan Ken mengalami gangguan.

Axis IV= Axis yang melibatkan masalah psikososial dan persekitaran. Masalah psikososial dan persekitaran mungkin boleh terdiri daripada peristiwa negatif dalam hidup, masalah persekitaran, tekanan keluarga atau hubungan interpersonal dan kekurangan sokongan sosial atau sumber peribadi. Masalah ini dikategorikan kepada sembilan kumpulan sokongan primer, masalah berkaitan dengan persekitaran sosial, masalah pendidikan, masalah pekerjaan, masalah perumahan, masalah ekonomi, masalah berkaitan dengan kemudahan kesihatan masalah berkaitan dengan interaksi sistem perundangan atau jenayah dan masalah psikososial dan persekitaran yang lain. Berdasarkan kajian kes, didapati Ken turut mengalami masalah psikososial dan persekitaran dimana Ken tidak mempunyai kawan karib kerana sikapnya yang suka menggangu kawan-kawannya. Ken juga mengalami masalah pendidikan dimana Ken tidak boleh membaca dengan baik dan lemah dalam subjek matematik walaupun Ken mempunyai tahap IQ yang tinggi iaitu pada tahap 120. Selain itu, hubungan Ken dengan adik-beradiknya juga renggan dan ibunya juga sering mengenakan hukuman fizikal bagi menghukum tingkah laku Ken. Semasa di sekolah juga, guru Ken memarahi Ken apabila dia tidak memberi tumpuan dalam kelas. Keadaan Ken semakin menjadi-jadi apabila ayahnya hanya membiarkan sahaja tingkah laku Ken kerana beranggapan Ken akan berubah apabila deasa kelak.
Axis V= Axis ini adalah untuk melaporkan pendirian ahli klinikal terhadap tahap kebolehfungsian seseorang secara menyeluruh. Maklumat ini penting untuk merancang rawatan dan mengukur kesannya dan untuk menjangkakan keputusan atau hasilnya. Berdasarkan kajian kes diatas menunjukkan tahap kebolehfungsian Ken berada pada tahap 80-100 dimana pada tahap klinikal ini, gangguan yang dialami oleh Ken tidak berada pada tahap yang berbahaya dimana orang yang terdekat dengan Ken terutamanya ibu bapa dan guru Ken boleh mengubah Ken dengan mengajar dan menegur setiap kesalahan yang dilakukan Ken tanpa memberi rawatan perubatan yang boleh mengakibatkan masalah lain kepada Ken.

Takrif ADHD
Ganguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) merupakan salah satu kecelaruan psikiatri yang paling umum di kalangan kanak-kanak (Barkley, 1990). Ia merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsive yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal.
Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD berlaku dengan begitu ketara pada sesetengah kanak-kanak terutamanya pada waktu prasekolah atau tadika dan murid-murid sekolah rendah. Gejala ini menyebabkan kanak-kanak yang mengalaminya sukar mengawal tingkah laku mereka atau memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Satu kajian menunjukkan terdapat antara 3% hingga 5% kanak-kanak menghidap ADHD atau sekitar 2 juta orang kanak-kanak di Amerika Syarikat. Ini bermakna, di dalam sebuah kelas yang mengandungi 25 atau 30 orang murid, sekurang-kurangnya seorang daripada mereka menghidap ADHD. Menurut Sir George F. Still (1902), ADHD disebabkan oleh disfungsi genetik bukannya oleh asuhan yang lemah.
Gangguan ADHD menjurus kepada aspek pemikiran, kelakuan, kebiasaan dan tindakan sama ada dalam keadaan stabil atau tidak. Horrocks dan Jackson (1972) menjelaskan bahawa sesuatu tingkah laku atau perbuatan devian yang berlaku dalam keadaan yang agak tetap (trait) dianggap sebagai mengalami kecelaruan
Gangguan hiperaktif atau ADHD melibatkan tiga jenis keupayaan iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan menurut kata hati. Ketiga-tiga keupayaan ini biasanya saling berkaitan antara satu sama lain. Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak-kanak lelaki. Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.
Semenjak itu, kecelaruan ini dikenali dengan pelbagai nama termasuk minimal brain dysfunction, hyperkinetic reaction of childhood, attention deficit disorder dan terkini attention hyperactivity disorder. Terdapat banyak kajian saintifik berkaitan kecelaruan ini sudah dihasilkan bagi memberi maklumat berkaitan tabiatnya, faktor-faktor kecelaruan ini, dan kaedah rawatan bagi membantu ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami kecelaruan ini.

Simptom dan Kategori ADHD
Kanak-kanak ADHD biasanya mengalami kurang tumpuan seperti gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta sering membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain. Kanak-kanak ini juga selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugasan serta kerap mengalami masalah mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti harian mereka. Hal ini bukan sahaja menggangu aktiviti harian mereka malahan turut menggangu aktiviti harian penjaga mereka kerana mereka terpaksa mengawal tindakan kanak-kanak ini. Selain itu, kanak-kanak yang mengalami masalah kecelaruan ini juga sering bertingkah laku kerap mengelak, tidak suka atau keberatan melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama seperti kerja sekolah atau kerja rumah.
Gangguan ADHD boleh dikategorikan kepada tiga kategori iaitu:
i) Kurang tumpuan dimana kanak-kanak yang mengalami simptom ini sering kali menunjukkan tingkah laku yang negatif seperti melakukan banyak kesilapan didalam kerja sekolah, tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan dan mudah lupa. Hal ini turut berlaku kepada Ken dimana gurunya sering melaporkan Ken tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya. Selain itu simptom yang sering dikaitkan dengan kurang tumpuan ialah kanak-kanak ini tidak akan memberikan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya dan sering kehilangan barang di sekolah dan di rumah. Kanak-kanak ini juga mengalami masalah untuk mengatur tugasan hariannya. Keadaan ini turut berlaku dimana Ken tidak memberi tumpuan semasa gurunya mengajar dan tidak kisah apabila dia dimarahi oleh ibunya. Dia juga sering merosakkan barang permainannya apabila keinginannya tidak dipenuhi.
ii) Hiperaktif dimana kanak-kanak yang mengalami simptom ini menunjukkan tindakan-tindakan atau perlakuan seperti menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya. Semasa berada di dalam kelas, kanak-kanak ini sering kali meninggalkan tempat duduknya dengan bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam) walaupun ketika itu guru berada di dalam kelas. Kanak-kanak ini juga suka membuat bising dan berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa) semasa bermain. Kanak-kanak ini turut dikatakan banyak bercakap sehingga terkeluar air liur semasa bercakap. Hal ini turut berlaku kepada Ken dimana Ken dilaporkan sering menjerit dan membuang barang-barang yang berdekatan dengannya dan turut bertindak aggresif. Semasa di dalam kelas juga, Ken akan bangun dari tempat duduknya melebihi enam kali dan melihat ke luar tingkap apabila mendengar bunyi. Ken sering bercakap dengan rakan-rakannya dan tidak menumpukan perhatian pada pembelajaran.
iii) Menurut kata hati (impulsive) iaitu kanak-kanak yang mengalami sindrom ini sering kali bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu. Ini termasuklah menjawab secara spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis ditanya dan jawapan yang diberikannya tidak berketepatan dengan soalan yang ditanya. Selain itu kanak-kanak ini sering kali menggangu kanak-kanak lain semasa mereka bermain atau bercakap. Hal ini turut berlaku kepada Ken dimana Ken sentiasa menggangu kawan-kawannya di dalam kelas. Ken juga suka menggangu adiknya ketika makan dan sentiasa melawan cakap ibunya. Ken juga tidak suka menurut arahan yang diberikan kepadanya iaitu dia tidak menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya dan sering bertindak berbahaya iaitu dia akan memanjat tingkap bilik tidurnya dan berlumba menuruni bukit dengan menggunakan basikal. Sikap beraninya itu sengaja ditunjukkan supaya dia akan mendapat perhatian yang lebih dari rakan-rakan dan jirannya
Berdasarkan kes yang dialami oleh Ken iaitu anak kepada pasangan Wilson, ken mempunyai ketiga-tiga tanda-tanda atau simptom ADHD seperti yang disebutkan diatas.
Faktor-Faktor Penyebab ADHD

Antara faktor penyebab yang boleh dikaitkan dengan pelakuan hiperaktif ialah seperti hubungan antara amalan merokok dan pengambilan alkohol semasa ibu mengandung dengan risiko mendapat ADHD bagi bayi yang dikandung itu. Agen persekitaran lain pula yang boleh dihubungkaitkan dengan risiko yang tinggi memperolehi ADHD adalah paras kandungan plumbum yang tinggi di dalam tubuh badan kanak-kanak prasekolah. Kanak-kanak yang tinggal di bangunan lama, yang mana kandungan plumbum yang wujud di dalam cat ataupun paip air, lebih bersiko mengalami gangguan ini. Selain itu, terdapat kajian lain pula, kanak-kanak yang sensitif dengan pengambilan gula diberikan aspartame sebagai ganti kepada gula. Ibu-ibu yang merasakan bahawa anak mereka mengambil gula telah melabelkan mereka sebagai lebih hiperaktif dan lebih kritikal tingkah lakunya berbanding dengan kanak-kanak lain (Hoover & Milich, 1994)
Berdasarkan teori awalan, gangguan kurang tumpuan adalah disebabkan oleh kecerderaan otak. Kanak-kanak yang mengalami kecerderaan otak diseababkan kemalangan boleh menunjukkan simptom-simptom yang sama penghidap ADHD. Namun demikian, hanya sedikit sahaja peratusan kanak-kanak penghidap ADHD yang mengalami trauma kecederaan otak. Selain itu, para penkaji mengatakan bahawa kecelaruan kurang tumpuan disesbabkan makanan yang mengandungi perasa dan pengawet serta gula yang diproses semula. Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat mengadakan satu persidangan saintifik bagi membincangkan isu ini pada tahun 1982. Dalam persidangan tersebut, dimaklumkan bahawa diet yang ketat membantu 5% kanak-kanak penghidap ADHD, kebanyakannya kanak-kanak yang menghidap alahan makanan. Walaubagaimanapun, kajian terkini berkaitan kesan gula ke atas kanak-kanak menunjukkan gula tidak memberi kesan yang signifikan terhadap tingkah laku atau pembelajaran kanak-kanak.
Selain itu, pengaruh genetik juga memainkan peranan penting ke atas kemunculan gangguan ini pada seseorang, kerana kebiasaanya mereka yang mereka mempunyai pertalian darah dengan penghidap ADHD akan turut menghidap gangguan yang sama. Kajian-kajian sebelum ini menunjukkan bahawa 25% daripada ahli keluarga yang menghidap ADHD juga mengalami gangguan ini, apabila kadarnya adalah 5% pada populasi umum. Begitu juga kaijian kembar menunjukkan pengaruh genetik yang kuat wujud dalam kecelaruan ADHD (Nevid et al.,2000). Pada dasarnya Ken yang mempunyai masalah ADHD ini dikaitkan dengan ayahnya yang turut mempunyai masalah gangguan ADHD semasa kecil.

ADHD dan Perlakuan Jenayah

Pada masa kini, ramai pengkani berusaha menyediakan kerangka teori bagi membuktikan perkaitan antara ADHD dengan jenayah. Sebagai contoh, Nagin dan Trembley (1999) telah membentangkan satu contoh model yang terperinci menghuraikan pertalian antara hiperaktif, gangguan tingkah laku (CD) dengan pelakuan jenayah. Mereka membahagikan kajian empirikal yang sedia ada kepada tiga kategori dalam usaha membuktikan andaian itu. Tiga kategori itu adalah model single pathway model different pathway dan model cumulative effect.

i) Model Single Pathway
Dalam model ini, pengkaji sudah mengenal pasti kekurangan kawalan diri sebagai kunci utama ADHD yang meletakkan kanak-kanak berada dalam risiko segala jenis perlakuan jenayah. Lebih khusus lagi, berdasarkan pandangan ini, gangguan tingkah laku kanak-kanak bukan disebabkan oleh faktor biasa, tetapi di sebabkan oleh ADHD yang menyebabkan masalah tingkah laku untuk satu jangka masa yang lama.
Sesetengah pengkaji, walaupun mereka bersetuju dengan model single pathway yang dihubung kait dengan tingkah laku jenayah, mereka berhujah bahawa gangguan tingkah laku itu hanya sekadar menjadi penunjuk kepada potensi jenayah yang mungkin berlaku pada masa hadapan, dan ADHD bukan satu-satunya faktor yang terlibat dalam masalah ini.
Kajian yang dijalankan menyokong teori yang mencadangkan bahawa ADHD adalah faktor yang berisiko kepada perlakuan jenayah pada masa hadapan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang didiagnosa dengan ADHD dijangka akan melakukan perlakuan kekerasan dan tingkah laku antisocial yang terselindung, walaupun dengan ketiadaan masalah tingkah laku. Subjek kajian yang didiagnosa sebagai penghidap ADHD semasa zaman kanak-kanak didapati mempunyai rakan sebaya yang terbatas dan lebih bermasalah dalam pembelajaran pada umur 17 tahun berbanding dengan kumpulan subjek yang hanya mengalami masalah tingkah laku sahaja. Kanak-kanak ADHD juga didapati mempunyai IQ yang rendah dan mempamerkan perlakuan yang lebih agresif berbanding kumpulan kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku.
Kesemua data-data ini menyokong hipotesis yang mencadangkan bahawa kanak-kanak ADHD cenderung mempunyai satu bentuk tingkah laku yang agresif pada satu jangka masa panjang yang disertai dengan kelemahan akademik, dan perkara ini sudah dikenal pasti sebagai faktor risiko pencetus perlakuan jenayah pada masa hadapan (Barkley, 1990).

ii) Model Different Pathway
Model Different Pathway mengenal pasti tingkah laku khusus zaman awal kanak-kanak bagi menentukan sama ada mereka dikaitkan dengan trajektori salah laku yang unik semasa tempoh perkembangan. Ia diperiksa bagi menentukan sama ada mereka mempunyai hubungan dengan kewujudan comorbid ADHD dan CD, comorbid ADHD dan ODD ataupun ADHD sahaja. Kanak-kanak yang mempunyai salah satu jenis comorbid didapati lebih teruk perlakuan berbanding kanak-kanak ADHD sahaja dan mereka ini lebih berisiko melakukan jenayah salah laku.
Dapatan kajian longitudinal terkini Nagin dan Tremlay (1999) menyokong bangkangan yang menyatakan perlakuan agresif, hiperaktif dan penentangan hanya merupakan symptom khusus yang meramalkan bentuk masalah tingkah laku tetentu. Sebagai contoh, kanak-kanak lelaki yang dikenal pasti sebagai hiperaktif di taman asuhan tidak cenderung melakukan perlakuan salah laku apabila remaja, berbanding dengan kanak-kanak lelaki yang menunjukkan tahap tingkah laku fizikal agresif ataupun penetangan yang tinggi.
Daripada dapatan kajian ini menguatkan lagi hipotesis bahawa ADHD bukan satu-satunya faktor yang menunjukkan perlakuan salah laku pada masa hadapan. Tambahan pula, kajian mendapati bahawa trait penentangan yang kronik yang ditunjukkan sepanjang sepuluh tahun ujian lebih kerap membawa kepada salah laku yang terselindung, sementara perlakuan agresif fizikal yang kronik dengan hiperaktif dan penentangan lebih membawa kepada perlakuan salah laku yang lebih serius dan nyata.

iii) Model Cumulative Effect
Model Cumulative Effect adalah tambahan kepada penegasan bahawa lebih banyak masalah tingkah laku yang berlaku pada zaman kanak-kanak, maka lebih besar kecenderungan dia terlibat dengan perbuatan salah laku atau tingkah laku jenayah apabila dia sudah matang. Model ini menjelaskan berkenaan kepercayaan asas bahawa lebih banyak symptom yang dipamerkan oleh seseorang kanak-kanak itu, tidak kira sama ada dia penghidap ADHD, ODD ataupun CD, lebih besar jangkaan mereka terlibat dengan perbuatan salah laku.
Farrington, 1990 merujuk symptom ADHD sebgai gangguan Hyperactive-Impulsive-Attention Deficit atau HIA dan menggunakan satu kaedah memisahkan kesan HIA dan gangguan tingkah laku. Dapatan daripada kajian sebelum ini menyokong pernyataan tersebut bahawa HIA dan gangguan tingkah laku berkait dengan faktor awal latar belakang secara berbeza dengan hasil jenayah akan datang. Sebagai contoh, HIA didapati mempunyai perkaitan dengan I.Q yang rendah, ibu bapa yang terlibat dengan jenayah dan bilangan ahli keluarga yang besar. Sementara faktor asuhan yang lemah, kekurangan pengawalan dan taraf sosio ekonomi yang rendah menjadi petunjuk kepada gangguan tingkah laku.

Gangguan Lain Yang Disebabkan ADHD

Selain dari faktor-faktor yang dijelaskan sebelum ini, terdapat beberapa gangguan lain yang kerap kali mengiringi ADHD antaranya yang pertama ialah gangguan perkembangan seperti kelewatan pertumbuhan global iaitu seperti kerencatan mental ataupun gangguan spectrum autistic. Gangguan yang kedua ialah ketidakupayaan pembelajaran. Ramai kanak-kanak yang mengalami ADHD ini mempunyai ketidakupayaan pembelajaran yang khusus sebanyak 29 hingga 30 peratus. Pada peringkat prasekolah, ketidaupayaan ini termasuklah kepayahan memahami bunyi ataupun perkataan tertentu atau kesukaran meluahkan sifat diri dalam bentuk perkataan serta ketidakupayaan untuk mengeja, membaca, menulis, dan mengira.
Gangguan yang ketiga ialah gangguan Sindrom Tourette. Dimana, sebahagian kecil penghidap ADHD mengalami gangguan neorologi yang dipanggil Sindrom Tourette. Penghidap penyakit ini mempamerkan pelbagai jenis tingkah laku yang berulang seperti kerdipan mata dan gerakan muka yang berulang-rulang kali (NIMH, 1996). Ada juga yang kerap kali membersihkan mulut mereka, bersin, ataupun mengucapkan perkataan dengan menjerit. Tingkah laku ini dapat dikawal dengan rawatan menggunakan ubat-ubatan.
Selain itu, gangguan keempat yang boleh mengiringi ADHD ialah gangguan penentangan tegar (ODD). Para penkaji menganggarkan bahawa satu pertiga hingga separuh daripda jumlah kanak-kanak ADHD, yang kebanyakannya adalah kanak-kanak lelaki menghidap ODD. Antara gejala yang dialami kanak-kanak ini adalah seperti memberontak, bersifat degil, tidak bertolak ansur, dan mempunyai sifat marah yang tidak terkawal serta sifat permusuhan. Mereka juga sering bertelagah dengan orang dewasa dan enggan mematuhi arahan. Hal ini berlaku kepada Ken dimana dia sering
Manakala gangguan kelima yang mengiringi ADHD ialah gangguan tingkah laku (CD). Kanak-kanak ADHD juga cenderung untuk mengalami gangguan tingkah laku (CD) iaitu sekitar 20 hingga 40 peratus. Bentuk gangguan tingkah laku yang dialami seperti antisocial dimana kanak-kanak ini bertingkah laku menipu, mencuri, bergaduh ataupun membuli orang lain, dan berisiko untuk terlibat dengan masalah di sekolah ataupun dengan pihak polis. Mereka melanggar hak-hak orang lain, bertingkah laku agresif pada orang lainataupun binatang, memusnahkan barangan, memecah masuk ke dalam rumah orang, membawa ataupun menggunakan senjata dan terlibat dengan kegiatan vandalism. Kanak-kanak dan remaja CD berisiko terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Gangguan kelima pula melibatkan kebimbangan dan kemurungan. Sesetengah kanak-kanak ADHD kerap mengalami kebimbangan ataupun kemurungan. Jika gangguan ini dikenal pasti dan dirawat, kanak-kanak ini akan dapat menangani masalah ini yang selalunya disertai dengan gangguan ADHD. Rawatan, ADHD yang berkesan didapati mendatangkan kesan yang positif pada kebimbangan dan kanak-kanak ini mampu mengusai tugas-tugas akademik dengan lebih baik (NIMH, 1996). Gangguan yang terakhir ialah gangguan bipolar. Tiada perangkaan yang tepat berkaitan bilangan kanak-kanak ADHD yang mengalami bipolar disorder atau gangguan bipolar. Bagi membezakan

Kaedah Pencegahan Dan Rawatan ADHD

Oleh kerana ADHD menyebabkan masalah-masalah kanak-kanak terutamanya kanak-kanak sekolah tadika dan sekolah rendah seperti seperti kesukaran mengikut arahan yang diberikan oleh guru, suka bercakap dan susah untuk duduk diam dalam kelas, maka langkah-langkah pencegahan seperti peranan guru dan ibu bapa adalah diperlukan.
Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan oleh sesebuah sekolah dalam membantu pelajar-pelajar yang mempunyai gangguan ADHD ini antaranya memilih guru yang berkebolehan iaitu dengan menepatkan pelajar kepada guru yang optimis, fleksibel dan berkebolehan dalam menyelesaikan masalah. Guru yang liberal ini mampu menolong pelajar yang mengalami gangguan ADHD ini.
Selain itu, pihak sekolah juga boleh menyediakan sokongan bagi mempromosikan kelakuan yang ditugaskan iaitu dengan mencari seorang rakan belajar yang sesuai kepada pelajar ADHD, memerhatikan setiap kerja yang dilakukan oleh pelajar ADHD dan mengekalkan kekerapan komunikasi antara ibu bapa dengan sekolah.
Guru-guru dan ibu bapa juga boleh memberi sokongan motivasi seperti memberi pujian dan ganjaran kepada pelajar dan anak-anak mereka yang membuat sesuatu tugasan dengan baik terutamanya kepada pelajar dan anak-anak mereka yang mengalami masalah gangguan ADHD. Ini dapat membantu membina keyakinan diri kanak-kanak ADHD ini. Berkomunikasi dengan pelajar ADHD dan menanya kepada mereka aktiviti kegemaran mereka juga boleh memberi motivasi kepada kanak-kanak yang mengalami gangguan ini. Guru-guru dan ibu bapa juga harus membantu pelajar ADHD ini mencungkil bakat yang terpendam seperti bermain alat muzik, bersukan dan sebagainya serta menentukan satu matlamat yang realistik kepada kanak-kanak ini.
Selain sokongan motivasi, guru-guru dan ibu bapa juga hendaklah memberi sokongan sosial seperti memberi sokongan dan galakan kepada kanak-kanak ADHD apabila mereka menghadapi masalah supaya kanak-kanak ini dapat meningkatkan penghargaan kendiri dan membantu pelajar membentuk kumpulan belajar terutama pelajar-pelajar. Hal ini dapat menggalakkan pelajar berkongsi idea dan tanggungjawab di samping membantu hubungan interpersonal dengan pelajar lain. Pembelajaran secara campuran umur juga dapat membantu pelajar dalam hubungan sosial mereka.
Terdapat beberapa rawatan yang sering digunakan bagi merawat kecelaruan ADHD ini. Rawatan-rawatan ini kerap kali melibatkan pendekatan multidisiplin yang merangkumi bidang psikologi, sosial dan pendidikan. Ubat perangsang turut digunakan bagi merawat ADHD, tetapi tidak bermakna gangguan ini akan pulih sepenuhnya. Ubat perangsang membantu kanak-kanak ADHD menjadi tenang, dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak mengikut gerak hati. Pada jangka masa keberkesanan ubat perangsang, tumpuan perhatian kanak-kanak akan bertambah untuk belajar dan menjalani latihan-latihan kemahirang yang baru.
Ubat perangsang yang utama bagi merawat ADHD adalah methylphenidate. Kesan ubat ini di jangka bermula dalam masa 30 hingga 60 minit dan keberkesanan ubat ini akan luput selepas 3 hingga 4 jam. Seorang kanak-kanak mungkin memerlukan antara dua hingga tiga dos pada setiap hari bagi mendapatkan kesan yang terbaik. Antara ubat-ubat lain yang digunakan bagi merawat gangguan ini ialah adderall amphetamine, concerta methylphenidate, dexerine dextromphetamine dan dextrostat dextroamphetamine. Terdapat dadah atomoxetine yang didaftarkan atas jenama Strattre, memberi kesan kepada neurotransmiter norepinephrine sementara dadah perangsang berfungsi pada bahagian dopamine. Bahagian neurotransmiter norepinephrine dipercayai memainkan peranan dalam gangguan ADHD di kalangan kanak-kanak.
Walau bagaimanapun sebelum mengambil sebarang ubat bagi merawat ADHD, pesakit atau penjaga kepada kanak-kanak ADHD perlu mendapatkan nasihat daripada doktor kerana sesetengah ubat hanya berkesan pada individu tertentu sahaja. Bagi kebanyakan orang, dadah jenis perangsang mengurangkan hiperaktif dan impulsiviti kanak-kanak dengan segera serta memperbaiki kemampuan mereka bagi memberi tumpuan, bekerja dan belajar. Penggunaan ubat ini juga dapat memperbaiki koordinasi fizikal seperti yang diperlukan dalam penulisan dan sukan.
Dadah perangsang dapat diambil dalam bentuk jangka masa panjang ataupun pendek. Dadah perangsang jenis baru dapat diambil sebelum pergi ke sekolah dan memberikan kesan dalam tempoh yang lama. Doktor boleh berbincang dengan ibu bapa berkenaan keperluan kanak-kanak ADHD dan memutuskan jenis ubat yang perlu diambil.
Terdapat beberpa kesan sampingan yang biasa muncul akibat pengambilan ubat-ubat ini adalah seperti kurang selera makan, sukar tidur, kebimbangan meningkat dan mudah mudah marah. Sesetengah kanak-kanak dilaporkan mengalami sakit perut dan kepala selepas mengambil ubat-ubat ini.
Walau bagaimanapun, ubat serbenarnya hanya berfungsi mengawal simptom-simptom sepanjang hari ubat diambil. Walaupun ubat membantu kanak-kanak memberikan tumpuan yang lebih baik di sekolah serta menyiapkan tugasan mereka , ia tidak dapat menambah kemahiran belajar mereka. Kanak-kanak ADHD yang turut mengalami gangguan bipolar akan diberi ubatan penstabil mood seperti litium dan depakote. Sebagaimana kanak-kanak remaja juga didiagnosa sebagai penghidap ADHD selalunya akan memulakan rawatan mereka dengan ubat-ubatan dadah perangsang. Atomoxetine adalah ubat yang biasa diberikan kepada remaja selain daripada ubat antikemurungan seperti tricyclics, venlafaxine-effexor dan bupropion-wellbutrin.



Kesimpulan

Kecelaruan ADHD adalah gangguan tingkah laku yang serius. Ini kerana kanak-kanak yang mengalami gangguan ini sering kali bertindak agresive dan menggangu kanak-kanak lain terutamanya semasa berada di sekolah. Jadi apa yang jelasnya di sini, masalah ADHD ini adalah satu masalah yang tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak termasuk pihak kerajaan dan NGO. Memandangkan permasalahan ini semakin meningkat di kalangan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak lelaki, maka langkah-langkah segera perlu dilakukan supaya gejala ADHD di kalangan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak lelaki tidak membawa kepada penglibatan dalam salah laku jenayah yang lebih serius seperti membunuh, merompak pengedar dadah apabila kanak-kanak itu dewasa nanti.
Institusi keluarga nukleus dan sokongan masyarakat sangat penting dan mempengaruhi proses pemulihan yang sedang dijalani oleh kanak-kanak yang menghidap kecelaruan ADHD. Di samping itu hubungan yang baik antara guru dan murid bermasalah dengan ADHD ini juga perlu diwujudkan. Oleh itu, peranan guru amat penting sewaktu di sekolah dalam mengendalikan masalah murid ADHD ini. Kebijaksanaan akal dan kawalan emosi yang tinggi dengan bersikap terbuka dan sabar memang sukar diamalkan, namun itu adalah langkah pertama bagi seorang guru untuk berhadapan dengan murid yang mengalami masalah kecelaruan tingkah laku ini.
Ibu bapa merupakan individu yang paling rapat dan signifikan kepada kanak-kanak dan pembabitan ibu bapa berperanan mempengaruhi pencapaian kanak-kanak di sekolah (Carter, 2003). Tahap ilmu pengetahuan ibu bapa tentang ADHD akan memberi kesan yang lebih mendalam kepada kualiti kehidupan seseorang kanak-kanak yang mengalami ADHD. Maklumat mengenai ADHD perlu disebarkan oleh berbagai institusi yang berkaitan supaya ibu bapa peka akan manifestasi kecelaruan itu. Jikalau ibu bapa diberi kesedaran akan ciri-ciri ADHD besar kemungkinan mereka akan mengambil tindakan awal untuk mendapatkan rawatan untuk anak mereka yang mempamerkan ciri-ciri tersebut.





Rujukan

Azizi Yahya dan Tan Soo Yin. 2007. Kesihatan Mental. Universiti Teknologi Malaysia. Johor.
Carter, S. (2003). The Impact of parent/family involvement on student outcomes: An annotated bibliography of research from the past decade.
Comer, Ronald J. (1992). Abnormal psychology. New York : Freeman and Company
Corey, G. 1996. Theory and Practice of Counselling and Psychotherapy. California : Brook/
Cole Publishing Company.
Lucker,J.R.,&Molloy,A.T.(1995).Resources for working with children with attentiondeficit/hyperactivitydisorder (ADHD). Elementary School Guidance & Counseling
Peate, Ian. & Chelvanayagam, Sonya. (2006). Caring for Adults With Mental Health Problems Wiley Series in Nursing. England: Hoboken, NJ John Wiley & Sons, Inc.
Truswell, A. Stewart.,& Wall, Patrick G. (2003). ABC of Nutrition. London: BMJ Books.
V. Mark Durand, D. H. (2003). Essentials of abnormal psychology. Pacific Grove, CA: Thomson/Wadsworth.
West C. K & Wood, E. S. (1970). Academic pressure on public school students.
Educational Leadership, 3(4). 585-589.
Yamamoto, K. (1979). Children's rating of the stressfulness of experiences.
Developmental Psychology, 15(5). 581-582.
Youngs, G. A, Rathge, R., Mullis, R & Mullis, A. (1990). Adolescent stress and selfesteem.
Adolescence, XXV(98). 323-341.
http://www.haluan.org.my/v3/index.php/kualiti-remaja-dan-pelajar.html diakses pada 09 ogos 2009 jam 1510
http://www.slideshare.net/mandalina/bilazim diakses pada 25 ogos 2009 jam 1545
http://www.youth.org.my/ippbm/penyelidikan/Dr.Ezhar.pdf diakses pada 09 September 2009 jam 1545

psikologi abnormal-tutorial...

Nama: Muhamad Roslan Bin Saad
No. Matrik: BP07110272
Kelas tutorial: 10.00pg-11.00pg(Selasa)


Tugasan Tutorial 4

1. Terangkan ADHD dan disruptive disorder?
ADHD atau Attention Deficit Hyperactive Disorder ialah kecelaruan yang melibatkan kanak-kanak menjadi agresif dan tidak tenang dalam memberikan perhatian terhadap pelajaran.
2. Sebagai seorang terapis, apakah teknik psikologikal yang sesuai untuk merawat kecelaruan tersebut?
Kecelaruan bermaksud ganguan dalam diri seseorang yang mengambarkan fenomena luar biasa ataupun sukar difahami oleh orang lain yang selalunya dikaitkan dengan ganguan mental. Secara klinikalnya criteria yang ada dalam kecelaruan tingkah laku menggangu kehidupan seseorang.
Terdapat beberapa jenis rawatan yang dicadangkan untuk kanak-kanak dan remaja yang menghadapi masalah tingkah laku ini. Antara rawatannya adalah seperti
a) Terapi tingkah laku-kaedah psikoterapi yang mengubah bentuk tingkah laku
b) Penyelesaian masalah-peranan ibu bapa untuk pastikan bentuk corak dan sebab-sebab masalah yang wujud
c) Penerapan nilai agama- ajar anak-anak dengan nilai pegangan agama yang secukupnya.
3. Pada pandangan anda apakah intervensi yang sesuai untuk merawat kanak-kanak di Malaysia yang mengalami learning disorder.?
Pada pandangan saya, teknik intervensi yang sesuai untuk merawat kanak-kanak yang mengalami masalah learning disorder ialah memberikan pendidikan khas. Pendidikan khas memainkan peranan mengajar kanak-kanak kecelaruan pembelajaran melalui cara bebeza dan unik. Contohnya, penekanan pengajaran pendidikan khas adalah melalui permainan, nyanyian, pengajaran guru dan pelbagai kaedah pengajaran yang melibatkan dua aspek penting iaitu perhatian kritikal dan pembelajaran atau pengajaran yang menarik. Selain itu peranan ibu bapa dan masyarakat turut telibat dalam merawat masalah learning disorder yang dihadapi oleh kanak-kanak.

belia dan masyarakat

” KEGIATAN PERLUMBAAN MOTOSIKAL HARAM @MAT REMPIT: SEJAUH MANAKAH PENGLIBATAN REMAJA DALAM KEGIATAN INI”
PENGENALAN
Dewasa ini, negara kita sibuk dengan perkembangan dan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat, sehinggakan kita hampir terlupa dengan permasalah sosial yang sudah lama melanda remaja. Masalah sosial merupakan satu penyakit yang masih lagi tiada ubatnya. Masalah ini bukan sahaja membimbangkan ibubapa, malah guru-guru, masyarakat sekeliling dan negara. Jika tidak dibendung dengan segera, masalah ini akan terus meruntuhkan moral dan jati diri remaja. Masalah ini membawa impak negatif kepada pembangunan dan kemajuan negara kita pada masa hadapan. Kebanyakan masalah sosial yang berlaku melibatkan remaja-remaja yang kebanyakannya berusia belasan tahun.
Sebagai tunggak harapan negara, adalah perlu bagi remaja menyediakan diri secukupnya pada hari ini supaya mereka dapat berperanan apabila tiba masanya. Stanley Hall (1916) yang disifatkan sebagai 'Father of adolescence menyatakan bahawa masa remaja iaitu perubahan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa disifatkan sebagai tempoh ketegangan dan tertekan. Oleh itu, masa remaja sering dikaitkan dengan permasalahan sosial. Permasalahan sosial kini bukan sahaja berlaku di kawasan-kawasan bandar malahan ia turut berlaku di kawasan-kawasan kampung yang dulu terkenal dengan masyarakat yang bersopan santun dan hormat menghormati. Salah satu permasalahan sosial yang semakin menular dan sukar dibendung ialah penglibatan remaja dalam perlumbaan motosikal haram. Satu fenomena perlumbaan motosikal haram ini terkenal di Malaysia dengan panggilan ’Mat Rempit’. Terma ‘Mat Rempit’ di Malaysia bermaksud individu yang menyertai perlumbaan haram menggunakan motosikal berkuasa kecil seperti kapcai atau skuter yang di ubah suai tanpa kelulusan dari pihak berkuasa (Rozmi Ismail, 2004/2005).
Beberapa dekad yang lepas mereka yang terlibat dalam perlumbaan yang laju, tanpa mengikut adab jalan raya dan dipanggil pelumba haram. Mereka ini tidak menganggu orang awam. Selepas beberapa tahun, fenomena lumba haram ini melalui evolusi nama dan kegiatan mereka. Nama Mat Rempit mula diperkenalkan dan sudah pasti nama ini sinonim dengan aksi ganas mereka ketika beraksi di jalan raya. Masyarakat kita memang terkenal dengan label-melabel. Jika diimbas kembali pada masa dulu heboh dengan gejala remaja perempuan yang suka berpelesaran dan dinamakan ‘Bohsia’ manakala bagi ‘jantan’ pula dipanggil ‘Bohjan’. Kini, wujud pula ‘label’ Mat Rempit, dan gelaran ini sememangnya bersesuaian dengan tingkah laku mereka yang melanggar norma-norma masyarakat.
Gejala lumba haram dan merempit sangat sukar dibanteras, bahkan merebak sehingga ke seluruh pelosok termasuk FELDA dan kampung-kampung. Jika kita berada di kampung kita dapat saksikan budak-budak kampung sekarang ini semuanya mahu menunjukkan kehandalan untuk menjadi Mat Rempit. Mereka seringkali menunggang secara berkumpulan dan merbahaya serta membuat bising di malam hari. Apa yang mengejutkan lagi, budak-budak kampung turut menjadikan basikal sebagai kenderaan untuk berlumba dan melakukan aksi-aksi berbahaya. Berdasarkan pandangan rambang, lumba haram merupakan produk gejala sosial yang hanya wujud di Malaysia sahaja. Di negara-negara lain, hatta negara jiran seperti Thailand, Singapura, malah Vietnam dan Laos, tidak ada kedengaran remaja mereka terlibat dalam perlumba haram, walhal di negara-negara ini, motosikal merupakan kenderaan utama. Inilah persoalan utama mengapa gejala ini hanya wujud di negara kita dan banyak berlaku di kalangan kaum melayu yang merupakan kaum majoriti di negara ini. Bagi menjawab persoalan ini kita seharusnya melihat dari akar umbi jenayah sosial ini berlaku iaitu dari intitusi kekeluargaan kerana institusi kekeluargaan merupakan pengaruh terbesar dalam permasalahan sosial remaja.

FENOMENA MAT REMPIT
Perkataan rempit sebenarnya diambil dari bahasa inggeris ‘ramp-it’ yang menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (litar) yang akhirnya menjadi nama jolokan rempit bagi kumpulan terlibat (Rozmi Ismail, 2004).
Fenomena penglibatan remaja dalam gejala lumba haram atau mat rempit begitu cepat berkembang selari dengan perkembangan jaringan jalan raya yang semakin baik di Malaysia. Malaysia dikatakan mempunyai jaringan jalan raya yang terbaik di Asia Tenggara selepas Singapura. Walau bagaimanapun, kemudahan terbaik yang disediakan itu telah disalahgunakan oleh segelintir golongan yang dipanggil mat rempit ini untuk dijadikan sebagai medan perlumbaan. Sejak kebelakangan ini, fenomena mat rempit menjadi semakin membimbangkan khusunya apabila didapati bahawa aktiviti yang bahaya ini banyak melibatkan mereka yang berumur antara 18 hingga 25 tahun (Laporan Polis Trafik, 1998).
Perlumbaan haram bermula daripada bentuk yang agak mudah iaitu dengan menguji kepantasan. Misalnya, pelumba yang sampai ke garisan penamat terlebih dahulu merupakan pemenang. Kini perlumbaan menjadi semakin mencabar. Perlumbaan yang diadakan sekarang ini bukan sahaja melibatkan kepantasan tetapi juga melibatkan aspek kemahiran dan keberanian seperti mengangkat tayar (Berita Harian, 29 Mac 2009). Walau bagaimanapun terdapat istilah yang di guna pakai oleh mat rempit mengenai kemahiran ini iaitu ”weelie”yang merupakan kemahiran mengangkat tayar hadapan semasa motorsikal sedang laju dan ”weekang” iaitu kemahiran mengangkat tayar belakang. Lebih mencanar lagi, mat rempit kini akan membawa pembonceng terutamanya pembonceng perempuan yang dikenali sebagai ”minah rempit” semasa melakukan kemahiran-kemahiran atau aksi berbahaya ini terutamanya apabila melakukan aksi weelie. Bagi sesetengah pelumba, berlumba sewaktu kesesakan lalulintas dianggap sebagai sesuatu yang menyeronokkan kerana mereka boleh mempamerkan keebatan mengendalikan motosikal kepada pengguna jalan raya yang lain.
Selain itu aktiviti mat rempit sering dikaitkan dengan masalah sosial lain seperti pengambilan alkohol, merompak, merogol, dan banyak lagi salah laku yang berpunca daripada gejala mat rempit ini. Ramai juga mat-mat rempit ini dikatakan terlibat dalam aktiviti perjudian dan hubungan seks liar. Selain itu mereka juga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang pertaruhan dan menjadikan wanita sebagai hadiah perlumbaan. Aktiviti mereka bukan sahaja melanggar batas-batas norma dan nilai sosial masyarakat dan mereka telah membawa satu perubahan cara hidup yang menjurus kepada satu petumbuhan sub-budaya baru yang sememangnya tidak diterima oleh norma-norma masyarakat.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Rozimi Ismail (2004) yang melakukan kajian terhadap mat rempit mendapati ada diantara mat rempit ini melakukan seks di atas motorsikal dengan pasangan mereka yang dikenali dengan panggilan minah rempit. Tindakan mereka ini merupakan sesuatu yang pelik dan agak mustahil, tetapi bagi sesetengah pelumba motosikal haram atau mat rempit, itu perkara biasa bahkan menjadi kebanggaan kerana ia melambangkan kehebatan sesama mereka. Tindakan tidak bermoral ini adalah berdasarkan pengakuan sebenar mat rempit yang di soal selidik dalam kajian oleh Rozimi ismail (2004) ini.

STATISTIK PENGLIBATAN
Pelumba-pelumba haram tidak tertumpu di satu-satu kawasan atau negeri, malah didapati aktiviti ini dilaporkan berlaku hampir di seluruh negara. Pihak polis trafik telah membahagikan kawasan perlumbaan kepada beberapa zon iaitu zon tengah, zon utara, zon selatan, zon Sabah dan zon Sarawak. Zon yang paling banyak sekali kes perlumbaan motosikal haram ialah zon tengah dan zon utara iaitu meliputi negeri Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Kajian oleh Rozmi (2004) menunjukkan majoriti mat rempit bekerja sebagai budak pejabat, penghantar surat, pekerja pengeluaran, mekanik dan juga peniaga kecil. Isu Mat Rempit adalah isu sosial yang perlu ditangani dengan dasar dan pelan tindakan yang sesuai. Serbuan dan tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis menunjukkan bahawa kebanyakkan remaja yang terlibat dalam perlumbaan haram adalah di bawah 21 tahun. Misalnya penangkapan yang dilakukan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut Kuala Lumpur menunjukkan 23 dari 28 orang yang ditangkap adalah remaja berumur bawah 21 tahun (The Star 28 Ogos 2000). Selain dari faktor umur, etnik juga menjadi isu utama di mana kebanyakan yang terlibat dalam gejala ini adalah kaum Melayu. Laporan yang diperolehi dari pihak polis menunjukkan majoriti pelumba haram adalah Melayu.

TEORI-TEORI PSIKOLOGI MENGENAI GEJALA INI.
Terdapat beberapa teori yang boleh menhuraikan fenomena ini iaitu personaliti, dan teori pembelajaran sosial.
I) Teori Personaliti.
Terdapat pelbagai penjelasan dan dimensi-dimensi yang wujud dalam personaliti manusia khususnya yang berkaitan dengan keterlibatan dalam masalah sosial. Teori personaliti yang terkenal ialah teori Eysenck (1964) telah mengemukan tiga jenis dimensi personaliti iaitu extroversi lawan introversi (E), neurotisme lawan emosi stabil (N) dan psikotisisme lawan kawalan impuls (P). Shultz dan Shultz (1998) ada menyatakan bahawa mereka yang mempunyai tret personaliti E yang tinggi adalah ekstrovert iaitu yang lebih kepada dunia luar, suka bersosial, mengikut kehendak hati dan dominan manakala introvert pula berkelakuan sebaliknya. Eysenck dan Wilson (1969) menyatakan ekstrovert (E) adalah bagi individu yang suka bersosial, bertenaga, dan aktif secara fizikal dan optimistik, manakala introvert pula bersikap lebih senyap, pasif dan aktif secara mental dan pesimistik. Selain itu Shultz dan Shultz(1998) turut menyatakan neurotisisme(N) sebagai tret individu yang murung, tidak rasional, cemas dan tegang. Manakala bagi tret psikotisisme (P) pula merujuk kepada individu yang bersifat ganas, anti sosial, berfikiran tegas, dingin dan pentingkan diri sendiri. Mereka turut zalim, bermusuhan dan tidak sensitif kepada perasaan orang lain.
Oleh itu, berdasarkan dimensi-dimensi yang di buat oleh Eysenck berkaitan personaliti individu menunjukkan individu yang melakukan kegiatan perlumbaan haram atau mat rempit ini dikatakan lebih cenderung mendapat markah tertinggi dalam skala E, P dan juga N (Eysenck, 1964,1970 & 1977 dalam Rushton dan Chrisjohn, 1981).
II) Teori Pembelajaran Sosial
Dari perspektif pembelajaran, Bandura (1973) telah mengemukakan teori ini dan mendefinisikannya sebagai interaksi hubungan yang berbeza dengan peneguhan yang berbeza melalui interaksi individu dengan orang lain yang diteguhkan bagi menghasilkan pembelajaran tingkah laku devian dan bukan devian (Pagelow, 1984). Bandura (1973) menggambarkan tingkah laku manusia sebagai timbal balik iaitu tingkah laku manusia adalah dikawal oleh individu melalui proses kognisi dan juga persekitaran melalui kejadian-kejadian yang berbentuk rangsangan sosial.
Ciri penting dalam teori Bandura (1973) ialah pembelajaran melalui pemerhatian. Beliau menyatakan bahawa manusia belajar melalui peneguhan vikarious iaitu pembelajaran sesuatu tingkah laku manusia dihasilkan daripada pemerhatian tingkah laku individu lain dan juga akibat daripada bertingkah laku sedemikian. Akan tetapi, beliau turut menekankan proses kognitif dalam mempengaruhi pembelajaran sesuatu tingkah laku. Menurutnya, manusia tidak akan meniru tingkah laku individu lain secara automatik sebaliknya akan membuat jangkaan implikasi tindakan demikian sebelum membuat keputusan untuk meniru.
Terdapat beberapa faktor yang menpengaruhi permodelan atau peniruan sesuatu tingkah laku. Salah satu faktor yang mempengaruhi permodelan ialah ciri-ciri model tersebut. Remaja akan lebih cenderung dipengaruhi oleh model yang serupa dengannya seperti kesamaan dalam segi umur, jantina dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat berdasarkan kebanyakan mat rempit adalah remaja yang berumur antara 17 tahun hingga 23 tahun. Selain itu, sesuatu model yang memerlukan kepakaran juga akan lebih mendapat perhatian khasnya golongan individu yang mempunyai kepercayaan terhadap kebolehannya untuk meniru tingkah laku tersebut. Ini kerana keupayaan melakukan aktiviti yang memerlukan kemahiran ini dianggap akan meningkatkan status pengamal.
Kemahiran-kemahiran seperti aksi weelie dan weakang yang dipamerkan oleh mat rempit ini mendorong remaja-remaja lain untuk terlibat dalam aktiviti mat rempit ini. Hal ini dapat dillihat kanak-kanak menggunakan basikal mereka melakukan aksi berbahaya ini terutamanya di kawasan kampung dan taman-taman perumahan. Ganjaran yang diperolehi hasil daripada sesuatu tingkah laku juga akan mempengaruhi intensiti peniruan model. Individu akan membuat penimbangan kepada ganjaran dan dendaan yang akan diperolehi ekoran daripada sesuatu tindakan yang diambil. Kebanyakkan remaja yang melakukan aktiviti lumba haram atau mat rempit ini akan mendapat ganjaran jika menang dalam sesuatu pertandingan.

FAKTOR-FAKTOR PENGLIBATAN REMAJA DALAM PERLUMBAAN HARAM.
Bagi menjelaskan fenomena gejala sosial seperti ini, pelbagai huraian tentang perilaku non- konformis golongan remaja Malaysia telah dikemukan oleh pakar-pakar. Antaranya ialah faktor psikologi seperti kekecewaan hidup dan keterlepasan kawalan kuasa id. Walau bagaimanapun faktor sosial merupakan faktor utama yang sering dikaitkan dengan penglibatan remaja dalam gejala tidak sihat ini. Terdapat empat faktor sosial yang utama yang sering dikaitkan dengan remaja yang terlibat dengan perlumbaan motosikal haram atau mat rempit. Empat faktor tersebut ialah:
i) Kurangnya perhatian daripada ibu bapa
Ibu bapa adalah orang yang terdekat dengan anak-anak dan mereka perlu memberi perhatian yang sewajarnya terutama sekali apabila anak-anak mereka meningkat remaja. Kurangnya perhatian terhadap anak-anak remaja sekarang sering dikaitkan dengan gajala rempit kerana disebabkan faktor ini anak terasa diri mereka tidak dihargai oleh keluarga, mungkin disebabkan faktor kesibukan dengan lambakan urusan kerja menyebabkan ibubapa sukar meluangkan masa dengan anak-anak mereka. Sepertimana yang kita tahu sebenarnya remaja mempunyai pemikiran yang terbatas dan kadang-kadang terlalu emosi dalam membuat keputusan. Apabila mereka melihat ibubapa mereka sibuk dengan urusan kerja, mereka menggangap mereka tidak penting dalam keluarga tersebut.ini secara tidak langsung menyebabakan remaja berkenaan akan keluar dari rumah dan mereka secara tidak langsung terdedah kepada gejala yang tidak sihat diluar rumah.
Masalah keluarga berpendapatan rendah dan isu kemiskinan perlu diberikan perhatian utama kerana isu-isu ini adalah menjadi faktor risiko kepada kanak-kanak yang membesar ke alam belia. Kesempitan hidup dan tuntutan kehidupan yang lebih materialistik serta nilai mata wang yang menurun dengan kos hidup yang meningkat memaksa lebih ramai ibu bapa bekerja lebih daripada masa yang sepatutnya untuk menambahkan pendapatan. Masa yang dihabiskan di luar rumah bekerja akan mengurangkan masa mereka berada di rumah bersama anak-anak mereka.
ii) Runtuhnya institusi rumah tangga
Keruntuhan rumah tangga yang berlaku pada masa kini juga boleh dikaitkan dengan gejala sosial yang berlaku pada masa ini terutama gejala rempit.Sebenarnya jika dikaji semula hampir kesemua para mat dan minah rempit ini adalah mereka yang berasal dari keluarga yang bermasalah. Pada hakikatnya anak-anak remaja terutamanya,bagi mereka keluargalah tempat mereka jadikan rujukkan dan tempat mengadu masalah. Dengan keluarga yang huru-hara sebegini perasaan anak-anak akan terganggu, contohnya ibubapa selalu bergaduh antara satu sama lain pada setiap waktu,di pihak anak-anak pula mereka akan merasa bosan dengan apa yang berlaku dan apa yang mereka harap di rumah iaitu dapat bermesra dengan ibubapa yang tersayang dan untuk berkongsi masalah hancur dengan melihat keadaan keluarga yang sedemikian rupa. Disebabkan ini mereka sanggup keluar dari rumah untuk mendapatkan apa yang mereka hajat di rumah.Di luar rumahlah mereka akan terdedah debu-debu jejala yang tidak sihat dan seterusnya mereka akan terlibat sama.
Kajian yang dilakukan oleh Kruttschnitt (1986) berkaitan dengan devian remaja menjelaskan bahawa hubungan kekeluargaan mempunyai kesan yang ketara dalam pembentukan personaliti individu. Keputusan kajian menunjukkan kemungkinan anak-anak yang bertingkah laku devian akan berkurangan jika mempunyai hubungan yang intim dengan dengan ibu bapa mereka.
iii) Pengaruh rakan sebaya
Pengaruh rakan sebaya tidak boleh lari daripada berlakunya peningkatan dalam gejala sosial. Faktor pengaruh rakan sebaya dapat dikaitkan dengan gejala rempit ini adalah kerana rakan-rakan adalah lebih rapat jika dibandingkan dengan ibubapa atau keluarga. Pengaruh ini secara tidak langsung membentuk sahsiah diri remaja itu sendiri. Disebabkan pengaruh rakan sebaya jugalah sebenarnya remaja menjadi lebih berani untuk mencuba sesuatu walaupun remaja itu sendiri tahu bahawa perkara yang dilakukan itu amat menyalahi undang-undang mahupun norma hidup masyarakat.
iv) Kurangnya pendidikan agama
Faktor kurangnya didikan agama sebenarnya dapat disimpulan dengan melihat bagaimana para remaja khususnya yang terlibat dengan gejala rempit ini melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti lumba haram malah ada yang terlibat dalam aktiviti perjudian dan perlacuran.Sungguh pun kita tahu dan kita semua faham bahawa semua agama dalam dunia ini amat melarang perlakuan sebegini rupa.Islam contohnya menegah sama sekali perbuatan lumba haram ini disebabkan oleh kesan buruknya.antaranya akan terjadinya kemalangan yang teruk dan seandainya pemandu itu mati dia dimasukan ke dalam neraka disebabkan oleh perlakuannya.
Benda dan Corwyn (1998) telah menjalankan kajain terhadap sekumpulan pelajar sekolah menengah untuk menguji integrasi model teoritikal delikuensi yang mengandungi elemenelemen kawalan sosial dan teori perbezaan asosiasi dengan menggunakan prosedur LISREL. Hasil kajian mendapati faktor ganjaran, pengaruh ibu bapa, pengaruh agama dan pengaruh rakan sebaya akan meninggalkan kesan terhadap kekerapan remaja melibatkan diri dalam tingkah laku devian.
Secara umum empat faktor inilah menyumbang kepada penularan gejala rempit dalam kalangan masyarakat Malaysia pada ketika ini.Sebenarnya banyak lagi faktor yang boleh dikaitkan dengan gejala rempit ini seperti tawaran hadiah dari pihak-pihak tertentu, ingin mengisi masa lapang, untuk mendapatkan kepuasan, untuk mendapatkan pengiktirafan tetapi faktor itu semua adalah cabang kepada faktor yang paling asas ini.
Selain itu, terdapat kajian menunjukkan pengaruh media juga berhubung dengan kekerapan menyertai perlumbaan haram. Ini selaras dengan perkembangan sukan perlumbaan motosikal dan kereta yang begitu meluas di media yang secara tidak langsung mempengaruhi mereka untuk mencuba dan merasai sendiri walaupun dengan cara haram. Antara kajian lain yang dilakukan untuk menperlihatkan pengaruh media kepada tingkah laku remaja ialah kajian yang dilakukan oleh Bandura dan Ballard (Bandura dan Ross, 1981 dan Ballard Weist, 1996).



KESAN KEGIATAN MAT REMPIT
Terdapat pelbagai kesan yang boleh berlaku akibat daripada kegiatan mat rempit ini. Antara kesan utama daripada gejala ini ialah kemalangan, kecederaan dan kematian akibat perlumbaan tersebut. Terdapat beberapa kes yang dilaporkan dimedia menunjukkan perlumbaan haram membawa kepada kemalangan yang mengerikan. Misalnya, kemalangan yang menimpa seorang anggota polis trafik sewaktu membuat serbuan ke atas mat rempit. Beliau cacat penglihatan sepanjang hayat kerana dilanggar oleh pelumba haram (Berita Harian 2005). Kes kedua dilaporkan di Kuala Terengganu apabila empat remaja terbunuh setelah motosikal mereka bertembung antara satu sama lain dalam satu perlumbaan. Walau bagaimanapun terdapat banyak kes-kes kemalangan dan kecederaan yang melibatkan mat rempit. Selain kemalangan dan kecederaan, aktiviti mat rempit juga sering dikaitkan dengan berkembangannya kes-kes jenayah lain seperti mencuri, merompak, pergaduhan, pengedaran dan penagihan dadah, seks bebas dan seumpamanya.
PROGRAM INTERVENSI BAGI MENANGANI GEJALA INI.
Isu pelumba motosikal haram, atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’, bukanlah merupakan satu isu yang baru memandangkan gejala sebegini telah wujud sekian lama di jalan-jalan raya di negara ini. Bagaimanapun, gejala ini mula menjadi serius apabila pengguna jalan raya yang tidak berdosa menjadi korban, seperti yang berlaku di Kelantan baru-baru ini di mana seorang kanak-kanak tiga tahun, Muhammad Aufal Khalifah Mohd Saberi, maut akibat dirempuh seorang mat rempit (Berita Harian, Mei 2008). Sikap kurang ajar mat rempit telah banyak dilaporkan sebelum ini, termasuklah tindakan sesetengah mereka yang berani memukul serta mencederakan pengguna jalan raya yang menegur sikap mereka. Malahan, anggota polis sendiri pernah menjadi mangsa tindakan melulu mat rempit di mana ada anggota polis yang pernah cedera dan terkorban dalam operasi menbanteras kegiatan mat rempit.
Isu mat rempit ini tidak akan selesai sekiranya hanya pihak polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikannya. Semua pihak, termasuk ibu bapa dan pihak sekolah, harus memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini.
Selain itu, Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga harus memainkan peranan yang aktif dalam bersama kerajaan menangani isu mat rempit ini. Malahan, peruntukan undang-undang yang membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mat rempit perlu digubal bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih tegas dan drastik terhadap mat rempit dan ibu bapa yang membenarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen memandu.
Tindakan lebih tegas harus dilaksanakan ke atas mat rempit yang didapati terlibat dalam perlumbaan haram bukan sekadar menghimpunkan mereka, dijalankan ujian air kencing dan kemudian dibebaskan.Cadangan untuk merampas motosikal serta mengantung lesen mereka yang terbabit dalam gejala lumba haram dilihat sebagai satu inisiatif yang boleh membantu dalam menangani masalah ini. Ini adalah merupakan antara cadangan yang akan dimasukkan dalam pindaan undang-undang berkaitan yang kini dalam proses penelitian oleh Kementerian Pengangkutan.
Usaha untuk mengadakan kempen dan program bersama mat rempit yang mana program tersebut cuba mendekatkan mat rempit dengan pihak kerajaan dan memberi pendedahan kepada mat rempit mengenai kepentingan mereka kepada negara merupakan salah satu usaha yang harus dilakukan kerana ini menunjukkan komitmen masyarakat untuk bersama membanteras gejala yang tidak sihat ini.
Memandangkan aktiviti mat rempit merupakan satu aktiviti perlumbaan haram, Kementerian Belia dan Sukan boleh mengubah aktiviti mat rempit ini kepada bentuk sukan seperti menganjurkan pertandingan berlumba motosikal di litar-litar yang dibenarkan untuk mengenal pasti bakat-bakat pelumba muda ini untuk dijadikan pelumba prosesional.. Selain itu, memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai kepentingan remaja kepada negara dan bahayanya budaya merempit dapat menyedarkan ibu bapa mengenai tanggungjawab mereka. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan cara pengawasan dan kawalan yang sepatutnya kepada anak-anak. Pergaulan anak remaja mereka perlu diawasi dan dipantau kerana pengaruh rakan menjadi faktor yang mendorong mereka melakukan aktiviti yang tidak sihat. Penerapan nilai-nilai murni dan agama dari awal lagi perlu supaya anak-anak dapat membuat keputusan yang rasional dan betul.
Mengetatkan prosedur pembelian motosikal juga mampu mengurangkan gejala mat rempit. Remaja-remaja tidak dibenarkan membeli motosikal jika tidak mempunyai lesen memandu dan di kekehendaki membeli secara tunai.














KESIMPULAN
Keluarga memainkan peranan yang penting dalam membentuk personaliti seseorang terutamanya pada peringkat kanak-kanak hingga remaja. Secara umum, hubungan antara patologi atau kepincangan keluarga dengan keruntuhan akhlak remaja yang dialami bukanlah khusus. Kepincangan keluarga mengakibatkan kelainan personaliti remaja yang mungkin menyebabkan seseorang remaja itu mengalami banyak masalah dalam hubungan antara perseorangannya atau personaliti remaja berkenaan mungkin lemah dan tidak berupaya menghadapi tekanan kehidupan sehari-hari atau masalah-masalah tertentu yang mungkin timbul dari semasa ke semasa. Gejala keruntuhan akhlak yang berlaku kini sering dikaitkan dengan kerapuhan institusi kekeluargaan. Keadaan ini dikatakan berpunca daripada kejahilan sebahagian besar ibu bapa terhadap peranan dan tanggungjawab mereka kepada keluarga.
Kesibukan ibu bapa ditambah pula dengan kekurangan didikan agama yang diterapkan dalam diri remaja menyebabkan pertambahan gejala sosial khususnya kegiatan merempit. Di samping itu, kesan daripda arus perubahan sosioekonomi masyarakat hari ini sedikit sebanyak menjejaskan keupayaan ibu bapa membina generasi bermoral dan beretika tinggi. Remaja yang tidak bermoral dan beretika pasti mudah menerima pengaruh-pengaruh jenayah dan antisosial.







RUJUKAN
Ann Wan Seng (1994). Kerenah Remaja Hari Ini. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Azizi Yahya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon ( 2005 ). Psikologi Sosial Alam Remaja.Cetakan Pertama. Pahang : PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Bandura, A, Ross, D. dan Ross, S. S, !961. “Transmission of aggression through imitation of aggressive model” dlm. Journal of Abnormal Psychology, 63
Oskasmazila Bt Osman, (2000). “Hubungan Antara Amalan Keibubapaan Dengan Masalah Sosial Di Kalangan Pelajar Diploma Sains”. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Ijazah Sarjana Muda.
Papalia, D.E. dan Olds, S.W., (1978). “Human Development”. New York : Mc Graw Hill.
Rustam A. Sani (1994).Ketegasan dalam Masalah Belia. dlm. Utusan Malaysia, 9 Ogos 2008
Rozmi Ismail, 2005, Perlumbaan Motorsikal Haram di Kalangan Remaja, dalam prosiding Seminar Penyelidikan dan Pembangunan Generasi Muda UKM-KBS, 13-14 Disember, 2005, UKM, Bangi, m/s 315-326.
Shahizan, Tsai Chen Chein dan Saw Hooi Chin (2004). Intrapersonal and Interpersonal Untuk Remaja. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors
Berita Harian, 29 Mac 2009
Berita Harian, Mei 2008
The Star 28 Ogos 2000

ujian dan pengukuran ISPU...

ABSTRAK


Kadar stres di kalangan mahaiswa universiti kian meningkat hingga mengancam tahap keselamatan dan keselesaan pembelajaran. Instrument Stres Pelajar Universiti dibina bertujuan untuk melihat kesahan dan keboleh percayaan Intrumen Stres Pelajar Universiti. Selain itu, ia juga bertujuan melihat sumber stres pelajar Universiti Malaysia Sabah. Jumlah sampel adalah sebanyak 176 orang pelajar tahun 3 aliran sastera Di Universiti Malaysia Sabah. Sampel yang dipilih daripada 5 buah sekolah aliran sastera iaitu Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS), Sekolah Sains Sosial (SSS), Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Sekolah Pengajian Seni (SPS) dan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS) di kampus induk Universiti Malaysia Sabah. Set soal selidik yang digunakan adalah pembinaan, pengujian dan penilaian Instrumen Stres Pelajar Universiti (ISPU) dengan aras keyakinan alpha 0.989 yang dianalisis menggunakan program SPSS. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan nilai kesahan dan keboleh percayaan serta sumber stres di kalangan pelajar universiti. Soal selidik mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian A maklumat diri, bahagian B sumber Stres dan skala stres pelajar. Kajian mendapati bahawa pembinaan instrument ini sesuai digunakan untuk melihat dan menilai sumber stres yang dihadapi oleh pelajar universiti.





PENGENALAN
PENDAHULUAN
Menurut Rice (1999), stres dapat didefinisikan berdasarkan tiga aspek iaitu pertama merujuk kepada rangsangan peristiwa atau persekitaran yang menjadi penyebab seseorang individu merasa tertekan. Dengan kata lain ia boleh dianggap sebagai faktor luaran. Kedua, stres merujuk kepada gerak balas subjektif dan ia juga boleh dianggap sebagai faktor dalaman iaitu aspek mental. Proses emosi, defensive dan daya tindak stres berlaku dalam diri seseorang individu. Sesetengah proses dalaman ini menghasilkan kematangan fikiran dan ada juga menghasilkan ketegangan mental. Aspek ketiga merujuk kepada reaksi fizikal tubuh badan. Fungsi bagi reaksi fizikal ini merujuk kepada cara mengatasi stres melalui kaedah tingkah laku dan psikologikal. Keadaan stres yang kronik membawa maksud suatu keadaan negatif seperti merasa keletihan, penyakit dan kematian. Sementara keadaan positif merujuk kepada cabaran fisiologikal yang baik. Lahey (2001) mentakrifkan stres sebagai satu keadaan yang tidak selesa dan ancaman yang tidak sihat kepada seseorang individu. Menurut McNamara (2000) pula, stres merujuk kepada faktor dalaman individu, peristiwa luaran atau interaksi antara individu dengan persekitarannya.
Stres adalah sebahagian daripada masalah yang sering dihadapi oleh kita. Ia adalah satu perasaan yang dialami oleh seseorang individu apabila mengalami tekanan. Stres adalah tindakan tidak spesifik badan terhadap sebarang tuntutan misalnya, rangsangan dalaman seperti rangsangan kognitif atau rangsangan luaran seperti rangsangan persekitaran seperti suhu,kelembapan, kebisingan dan lain-lain (Hans selye,1930). Oleh yang demikian, stres adalah suatu tindak balas seseorang individu terhadap sesuatu keadaan atau suasana yang mengganggu serta memerlukan penyesuaian dari segi sistem tubuh badan atau pemikiran. Ia juga merujuk kepada keadaan dalaman individu yang dipersepsikan sebagai ancaman terhadap kesejahteraan fisiologi dan psikologi. Perangsang yang menyebabkan stres dikenali sebagai ‘stressor’.
Selain itu, stres juga merupakan ketegangan psikologi dan fizikal yang disebabkan oleh fizikal, emosi, sosial, ekonomi atau keadaan kerja yang susah untuk dikawal (Colman, 2006). Dalam kata lain, stres merupakan suatu cara badan manusia melindungi seseorang. Apabila ia melakukan sesuatu fungsinya, ia dapat membantu seseorang fokus, bertenaga, dan cergas. Dalam keadaan kecemasan, tekanan dapat menyelamatkan nyawa seseorang dan memberikan seseorang tenaga yang berlebihan untuk mempertahankan diri (Belmonte, 2008). Tambahan pula, tindak balas stres juga dapat memotivasikan seseorang untuk menghadapi suatu cabaran. Tekanan menyebabkan seseorang aktif semasa menyampaikan pembentangannya, atau membantu seseorang pelajar untuk bersedia untuk menghadapi sesuatu peperiksaan dengan lebih rela menonton televisyen.

Sorotan Kajian Lepas
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kajian ini, beberapa kajian lepas telah diperolehi bagi mendalamkan lagi ilmu pengetahuan pengkaji. Banyak kajian telah dijalankan untuk mengkaji reliabiliti, validiti dan kualiti instrumen stres yang dibentuk bagi tujuan-tujuan tertentu. Terdapat pelbagai kajian dari seluruh dunia yang membincangkan tentang kegunaan instrumen stres dalam mengkaji kebolehpercayaan dan kesahihan yang terhasil daripada instrumen stres yang dibentuk.

Suatu kajian telah dijalankan oleh French, Hulse, dan Trait (2003) telah menjalankan satu kajian terhadap 611 orang pelajar berumur 11 hingga 15 tahun (median 13) dari sekolah satu jantina dan sekolah campur di Perth, Australia. Perempuan berjumlah 336 orang (55%) dan selainnya adalah lelaki. Kajian ini bertujuan menguji ciri-ciri psikometrik pada alat kajian General Health Questionnaire (GHQ) dalam kalangan pelajar gred tujuh hingga 10, dan mensahihkan GHQ dengan ujian psikologikal yang lain. GHQ digunakan untuk mengukur kebimbangan atau anxieti, depresi, penghargaan kendiri, stres, generalized self-efficacy, keinginan sosial, dan perasaan negatif. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya ketekalan dalaman yang baik (alfa 0.88). Perempuan mempunyai min skor GHQ-12 yang lebih tinggi berbanding lelaki ( F (1, 326) 15.0, k<0.001) dan skor meningkat selaras dengan gred sekolah bagi kedua-dua jantina ( F (3, 326) 4.2, k<0.01). Regresi Linear Berganda yang digunakan untuk tujuan analisis menunjukkan depresi, anxieti, penghargaan kendiri, dan stres merupakan peramal bebas yang signfikan pada skor GHQ. Instrumen GHQ-12 menunjukkan ciri-ciri struktur yang baik serta sesuai dikorelasikan dengan ujian pengukuran yang mempunyai tret yang berkaitan. Instrumen ini kelihatan mempunyai indeks yang sahih pada kesejahteraan psikologikal dalam populasi.

Menurut Ferlis, Rosnah & Lailawati (2006), alat kajian sumber stres pelajar adalah untuk mengukur sumber stres pelajar yang mengandungi 28 item. Ia mengandungi enam subskala iaitu sumber stres keluarga, sifat peribadi, perkembangan fizikal, rakan, akademik dan sumber stres pensyarah. Julat skor antara 28 hingga 112. Hasil pengujian kebolehpercayaan item-item yang terkandung dalam aspek sumber stres mendapati kesemua subskala menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang baik iaitu dalam lingkungan antara 0.600 hingga 0.900.

Menurut Holmes & Rahe (2001), telah menjalankan kajian dengan instrumen skala stres pelajar (SSS) iaitu mengandungi 31 item yang mengukur stres berdasarkan peristiwa yang terjadi dalam tempoh enam bulan yang lalu. Markah bagi instrumen ini telah ditetapkan berdasarkan setiap peristiwa yang dialami oleh pelajar. Justeru, pelajar hanya perlu menanda pada peristiwa yang dialami sahaja. Item-item yang ditanda oleh pelajar kemudiannya dijumlahkan skornya untuk mendapatkan skor keseluruhan stres pelajar. Skor minimum bernilai 0 markah dan skor maksimum bernilai 1276 markah. Nilai alfa Cronbach yang dicatat pada instrumen ini adalah sederhana iaitu 0.648.

Kohn dan Frazer (1986) menyatakan pelajar universiti sering berhadapan dengan stres dalam menjalani kehidupan akibat daripada sumber stres seperti beban tugas yang diberikan oleh pensyarah, situasi kolej yang tertekan, masalah penyesuaian, konflik dan persaingan dalam pencapaian akademik. Pandangan Kohn dan Frazer selari dengan Yunus Mohd Noor (1984) (dlm. Mazni, Mohammad Haji-Yusuf and Sapora, 2004) yang menyatakan pelajar universiti di Malaysia terdiri daripada golongan elitis yang sentiasa menghadapi kegelisahan mengikut masa dan peringkat pengajian mereka dan mereka ini tidak pernah sampai ke garis tenteram. Mucowski (1984) membuktikan bahawa terdapat enam sebab utama yang mengganggu proses pembelajaran pelajar seperti rekod akademik yang tidak memuaskan, gangguan sosial dan interpersonal, krisis keluarga, tekanan kewangan, kekeliruan matlamat hidup dan keadaan yang sedang dialami seperti masalah kesihatan.



Dalam konteks universiti juga, pelajar universiti terutamanya mahasiswa tahun pertama cenderung mengalami stres (D’Zurilla and Sheedy, 1991) (dlm. Ferlis, Balan Rathakrishnan dan Rosnah Ismail, 2009) disebabkan peralihan daripada alam persekolahan kepada kehidupan baru di alam kampus yang penuh dengan cabaran yang boleh menyebabkan stres. Ini kerana semasa di kampus, mereka akan berdepan dengan suasana baru, belajar berdikari dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sosial baru, mengurus diri sendiri seperti dalam hal urusan pembelajaran, kehidupan seharian, berkomunikasi, urusan kewangan, dan menguruskan masa dengan bijak. Suasana ini secara langsung dan tidak langsung merupakan faktor penyebab berlakunya stres dalam kalangan pelajar. Ditambah lagi stres untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan, tugasan yang diberi oleh pensyarah, kemudahan pembelajaran dan keadaan bilik kuliah yang kurang selesa.

Menurut Suriani dan Suraini (2005) (dlm. Ferlis, Balan Rathakrishnan dan Rosnah Ismail, 2009), universiti merupakan fasa transisi bagi pelajar setelah pelajar tamat pengajian di peringkat sekolah menengah atas, matrikulasi atau diploma. Keadaan di universiti adalah berlainan dengan keadaan semasa berada di pangkuan keluarga. Pelajar perlu menghadiri kuliah sehingga waktu malam serta aktif dalam beberapa aktiviti di universiti iaitu sesetengah aktiviti dijalankan berterusan sehingga ke hujung minggu. Kerja-kerja kursus mesti disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan selain ujian dan peperiksaan. Situasi sebegini boleh menimbulkan stres dalam kalangan pelajar universiti. Melalui kajian yang telah dilakukan, Suriani dan Suaraini mendapati sumber stres akademik merupakan punca utama pelajar mengalami stres. Misalnya pelajar menyatakan mereka tidak cukup masa mengulangkaji, tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran, terlalu banyak tugasan, dan sukar memahami subjek yang diajar. Selain itu, sumber stres yang melibatkan pensyarah pula mendapati pelajar sering dikritik oleh pensyarah ketika kuliah, pensyarah tidak memberikan layanan adil dan pensyarah sering mencari kesalahan pelajar (dlm. Ferlis, Balan Rathakrishnan dan Rosnah Ismail, 2009).

Menurut kajian yang dijalankan oleh Merdiye Sendir dan Rengin Acaroglu (2007) menunjukan kajian yang dijalankan bagi melihat nilai validiti dan reabiliti ujian stres ke atas pelajar dalam bidang klinikal berkaitan pengalaman dan tingkah laku stres. Kajian dijalankan ke atas pelajar tahun akhir bagi bidang psikiatrik klinikal. Kajian yang dijalankan ini melihat ujian stres dan perubahan kepada pengalaman psikiatrik klinikal dalam bidang kejururawatan. Terdapat dua peringkat pemilihan subjek. Pemilihan yang pertama adalah terdiri daripada subjek kajian yang dipilih secara rawak daripada 12 subjek yang dipilih dari pelbagai program dan pemilihan kedua adalah pemilihan daripada 81 orang dari pelajar tahun akhir dalam bidang psikiatrik nursing. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah set soal selidik yang diberi nama Clinikal Stress Questionnaire (CSQ). Kajian yang dijalankan menggunakan analisis skala likert yang terdapat 43 item bagi menilai pengalaman dan stres subjek. Hasil dapatan kajian yang menggunakan program SPPS ini menunjukan nilai yang diperolehi nilai validiti = 0.85 dan = 0.84. Manakala dapatan kajian bagi nilai ranged menunjukan nilai reliabiliti 0.66 dan 0.72. serta nilai validiti 0.77.

Ross, Niebling dan Heckett (1999) telah menjalankan kajian terhadap 100 orang pelajar kolej yang berbeza dari segi umur, jantina dan pengkhususan subjek utama di Universiti Midwestern. Alat ukur Student Stress Survey (SSS) telah digunakan bagi mengenalpasti punca utama stres berdasarkan 40 situasi yang berpotensi menyumbang kepada stres. Keputusan kajian menunjukkan bahawa faktor intrapersonal adalah penyebab utama stres yang kerapkali berlaku di kalangan pelajar. Antara lima faktor tertinggi yang menyebabkan stres di kalangan pelajar ialah perubahan tabiat tidur dan pemakanan, cuti semester, peningkatan bebanan kerja dan penerimaan tanggungjawab yang baru.

Kajian Ooi Yoon Phaik (2002) bertujuan mengetahui punca stres di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia), Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Sumber Asli dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan (Kimia), Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor persekitaran merupakan penyumbang utama stres pelajar berbanding faktor akademik, kewangan, keluarga, sosial dan intrapersonal. Tahap tekanan keseluruhan pelajar juga adalah rendah dan pada tahap kebimbangan yang sederhana. Manakala, terdapat perhubungan signifikan antara stres dengan pencapaian akademik serta tiada perbezaan signifikan dari segi tahap tekanan di kalangan pelajar mengikut tahun pengajian, jurusan yang diikuti serta jantina.






Permasalahan Kajian
Beberapa permasalahan kajian yang dilihat perlu dikaji dan diambil kira dalam penyelesaian penyelidikan ini. Permasalahan pertama berkaitan dengan item alat instrument iaitu berapakah bilangan item yang sesuai bagi pembinaan alat kajian bagi mencapai validiti yang tinggi. Bilangan item dapat menentukan nilai validiti sesebuah alat instrument itu tinggi atau rendah. Seterusnya permasalahan berkenaan apakah faktor-faktor yang dilihat mempengaruhi sumber stress bagi mendapatkan kebolehpercayaan alat kajian. sumber stress ini perlu dikira agar menapat kesahan alat kajian lebih jitu dan tepat. Dan permasalahan kajian yang terakhir diambil kira adalah adakah pembinaan item berkaitan dengan stress bagi merujuk kepada kesahan alat kajian. Melihat item yang perlu ada untuk menentukan stress yang dapat melihat kesahan alat kajian.

Tujuan kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan mendapatkan maklumat kesahan keboleh percayaan alat kajian yang dibina. Beberapa aspek kajian yang dilihat dalam set instrumen ini bagi mendapatkan kesahan dan validiti alat kajian ISPU ini. Tujuan yang pertama adalah untuk mengetahui nilai validiti yang diperolehi daripada ujian yang dijalankan alat kajian ISPU. Kedua melihat bilangan item yang digunakan sesuai dan menilai kesahan alat kajian yang digunakan berdasarkan kepada ujian yang dijalankan. Tujuan yang terakhir adalah mengenalpasti sejauh mana pemilihan item yang diperolehi bersesuai dengan faktor stress dalam ISPU berkaitan dengan kajian yang dijalankan.











METODOLOGI

Pengenalan
Bab ini akan menerangkan bagaimana kaedah penyelidikan ini dijalankan dan menghuraikan kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat mengenai permasalahan-permasalahan dalam kajian ini. Prosedur-prosedur serta langkah-langkah yang telah diambil semasa merancang dan menjalankan penyelidikan juga dibincangkan dalam bab ini. Maklumat yang diperoleh ini adalah tertumpu kepada borang soal selidik. Antara perkara-perkara yang dihuraikan dalam bab ini ialah reka bentuk kajian, subjek kajian, tempat kajian, alat kajian, cara permarkatan, tatacara kajian dan analisis data.

Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan yang menggunakan soal selidik. Pengkaji menggunakan kaedah soal selidik di mana responden diberi borang soal selidik yang mengandungi arahan dan soalan yang lengkap serta mudah difahami. Subjek diberi masa yang secukupnya untuk mengisi borang soal selidik yang diedarkan.

Kaedah ini digunakan kerana merasakan ia merupakan satu kaedah yang baik untuk memperoleh maklumat mengenai keadaan pelajar yang dapat mempengaruhi tahap stres bergantung pada keadaan pelajar. Secara tidak langsung, ia dapat membantu menghasilkan gambaran yang jelas mengenai fenomena stres di kalangan pelajar.

Subjek Kajian
Kajian ini telah dijalankan ke atas pelajar tahun tiga aliran sastera kampus induk Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seramai 200 orang pelajar telah dipilih secara rawak dan sampel bertujuan. Subjek terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, budaya, jantina dan keluarga. Seramai 192 orang subjek adalah terdiri daripada pelajar tahun tiga sekolah psikologi merupakan sampel bertujuan dan selebihnya iaitu 8 orang subjek dipilih secara rawak dari pelbagai program dan sekolah aliran sastera.



Tempat Kajian
Tempat kajian yang dipilih berdasarkan tujuan kajian iaitu untuk pengujian kebolehpercayaan dan kesahan ISPU di kalangan pelajar Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial. Oleh itu, tempat kajian yang dipilih oleh pengkaji adalah sekolah aliran sastera di kampus induk Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.

Alat Kajian
Alat kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang mana borang tersebut diberikan kepada responden untuk mendapat jawapan bagi persoalan yang wujud. Instrument Stres Pelajar Universiti (ISPU) digunakan bagi mengukur tahap stres pelajar. Instrumen ini digunakan untuk mengukur stres pelajar universiti di mana antara sumber stres yang menyebabkan stres dalam kalangan pelajar universiti termasuklah daripada pensyarah, rakan-rakan, pihak pengurusan universiti, kolej kediaman, kuliah, tugasan, keluarga, kewangan, persekitaran dan sebagainya. Instrument ini merangkumi 4 item yang utama iaitu item-item bagi mengukur sumber stres, item-item bagi mengukur simptom stres, item-item bagi mengukur strategi daya tindak dan item-item bagi memperihal profil demografi. Namun bagi tujuan ini, ianya hanya menggunakan item-item bagi mengukur sumber stres dan item-item bagi memperihal profil demografi sahaja.

ISPU merupakan satu instrument soal selidik yang telah dicipta oleh En. Ferlis bin Hj Bohari dan rakan-rakannya yang lain termasuk Prof. Dr. Rosnah Ismail, Prof. Dr. Vincent Pang, Dr. Balanrathakrishnan dan Pn. Lailawati bt. Madlan. Beliau juga merupakan seorang pensyarah bagi subjek Ujian dan Pengukuran Psikologi di Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah. ISPU mempunyai sebanyak 200 item yang mana item-item tersebut untuk menguji sumber stres pelajar universiti. Di antara stressor pelajar yang mungkin mempengaruhi stres pelajar adalah seperti perkhidmatan bas untuk pergi ke kuliah lambat sampai, lambat mendapat pinjaman atau biasiswa, duit tidak mencukupi untuk belanja harian, mempelajari subjek yang sukar, dan putus cinta. Nilai yang tertinggi dalam instrument ini iaitu 5 × 200 = 1000 dan nilai yang paling rendah ialah 1 × 200 = 200.



Instrumen ISPU mengandungi sebanyak 2 bahagian utama. Bahagian pertama ialah bahagian A yang berkaitan dengan maklumat diri responden (pelajar universiti). Bahagian ini mempunyai item-item yang memperihal profil demografi responden seperti jantina, etnik, umur, agama, dan PNGK/PNGS. Bahagian kedua ialah bahagian B iaitu berkaitan dengan sumber stres pelajar (stressor) di mana soalan yang dikemukakan pada bahagian ini memperihalkan tentang sumber, punca, faktor penyebab kepada stres pelajar universiti, contohnya daripada rakan-rakan, pensyarah, kolej, tugasan, kuliah, keluarga, kewangan, persekitaran dan sebagainya. Responden diminta menjawab soalan pada skala 5 likert yang disediakan untuk ditanda yang mana berkaitan dengan responden tersebut. Jawapan pada skala 5 likert itu ialah; 1) tidak sama sekali menyebabkab stres, 2) menyebabkan sedikit stres, 3) menyebabkan sederhana stres, 4) menyebabkan stres dan, 5) sangat menyebabkan stres. Jawapan ini menggunakan skala menaik di mana semakin tinggi skala, semakin tinggi juga ia menyebabkan stres.

Selain alat kajian Instrumen Stres Pelajar Universiti (ISPU), Skala Stres Pelajar (Student Stress Scale,SSS) juga digunakan. Alat kajian ini telah dicipta oleh Insel dan Roth pada tahun 1958 merangkumi item-item yang mengukur stres pelajar. Instrumen ini mengandungi 31 item yang mengukur stres berdasarkan peristiwa yang terjadi dalam tempoh enam bulan kebelakang. Markah bagi instrumen ini telah ditetapkan berdasarkan setiap peristiwa yang dialami pelajar. Justeru, pelajar hanya perlu menanda pada peristiwa yang dialami sahaja. Item-item yang ditanda oleh pelajar kemudiannya dijumlahkan skornya untuk mendapatkan skor keseluruhan stres pelajar. Skor minimum bernilai 0 markah dan skor maksimum bernilai 1276 markah. Pelajar yang mencatat skor yang tinggi menunjukkan tahap stres yang tinggi, manakala jumlah skor yang semakin rendah menandakan tahap stres yang rendah. Nilai alfa Cronbach yang dicatat pada instrumen ini adalah sederhana iaitu 0.701. Jadual 2 menunjukkan ringkasan pengkategorian bagi jumlah skor dan tahap stres Student Stress Scale.

Jadual 1: Jumlah skor dan kategori tahap stres pelajar
Jumlah Skor Tahap Stres Tahap stress
1. Skor 150 ke bawah Mengalami risiko stres yang rendah
2. Skor 150 – 300 Mengalami risiko stres yang sederhana
3. Skor 300 ke atas Mengalami simptom kemurungan yang serius jika pelajar tidak mempraktikkan kaedah pengurusan stres
Tatacara Kajian
Kajian ini telah dijalankan pada semester pertama sesi 2009/2010 dengan beberapa peringkat untuk menguji dan menilai alat kajian ISPU ini. Peringkat tersebut adalah pengedaran set soal selidik kepada pelajar atau subjek untuk dilengkapkan butiran-butiran dan item-item dalam kedua-dua instrumen. Penyelidik akan memberi arahan cara menjawab soal selidik dan setiap responden diberi masa dalam anggaran 20 hingga 30 minit untuk menjawab borang soal selidik tersebut. Soal selidik yang lengkap diisi akan dikutip oleh para penyelidik atau responden sendiri menyerahkannya kepada penyelidik. Seterusnya, data yang diperolehi daripada semua responden tersebut akan dimasukkan ke dalam SPSS bagi tujuan menganalisis data tersebut. Hasil analisis data daripada SPSS akan menentukan sama ada ISPU mempunyai reliabiliti dan validiti yang tinggi dalam mengukur sumber stres (stressor) pelajar universiti, dan mengkaji skala stres pelajar dengan menggunakan data yang ada pada borang soal selidik SSS.

Akhir sekali, perbincangan mengenai hasil keputusan dirumuskan dan dibandingkan dengan kajian-kajian lepas yang berkaitan, membuat kesimpulan terhadap dapatan kajian, menerangkan implikasi kajian sama ada terhadap individu atau organisasi serta penyelidik akan mengemukan cadangan hasil daripada kajian yang dijalankan ini.

Analisis Data
Kajian ini dianalisis menggunakan program SPSS versi 15.0. Kajian ini melibatkan empat set analisis iaitu, pertama, statistik deskriptif, kedua adalah reliabiliti atau kebolehpercayaan ketekalan dalaman diuji melalui kaedah pekali alfa Cronbach dan split-half (bahagi dua). Seterusnya adalah set analisis validiti atau kesahan kajian yang mana ia dibahagi kepada analisis faktor dan konvergen validiti. Akhir sekali adalah kualiti item instrumen kajian ini iaitu antara item-item dan item dengan jumlah item-item tersebut.







KEPUTUSAN

Pengenalan
Bab ini akan menunjukkan hasil analisis alat kajian instrumen stres pelajar universiti (ISPU) dan sumber stres pelajar (SSS) menggunakan SPSS versi 15.0. Hasil analisis menunjukkan empat pengukuran dengan metod tersendiri yang dijalankan iaitu reliabiliti, validiti dan kualiti item alat kajian ISPU dan SSS yang digunakan oleh pengkaji.

KEPUTUSAN DESKRIPTIF
Berdasarkan analisis deskriptif, menunjukkan keseluruhan sampel (N=200), seramai 38 (19%) merupakan sampel lelaki, manakala perempuan adalah seramai 162 (81%). Manakala pemeringkatan umur yang terlibat dalam pengujian ini terdiri daripada 20 hingga 27. Pelajar yang berumur antara 20-24 adalah seramai 196 (98%), dan pelajar yang berumur 25-27 adalah seramai 4 (2%). Pembolehubah agama pula terdiri daripada empat agama yang iaitu Islam seramai 138 (69%), Kristian seramai 30 (15.0%), Buddha seramai 26 (13%) dan Hindu seramai 6 (3%). Tahun pengajian pula diletakkan sebagai pembolehubah yang keempat dalam analisis diskriptif iaitu terdiri daripada tahun 2 iaitu hanya 1 (.5%), tahun 3 seramai 198 (99%) dan tahun 4 hanya 1 (.5%). Kajian ini tertumpu kepada pelajar tahun tiga sahaja tetapi terdapat ralat sampel iaitu 1 sampel dari pelajar tahun 2 dan 1 sampel dari pelajar tahun 4 walau bagaimanapun analisis kajian ini tetap dilakukan keatas 200 subjek kajian tersebut.













Jadual 1: Profil Latar Belakang Subjek Kajian ( N= 200 orang )
Pembolehubah Frekuensi Peratus(%)
Jantina Lelaki
Perempuan
38
162 19.0
81.0
Umur 20 - 24 tahun
25 - 27 tahun
196
4 98.0
2.0
Agama Islam
Kristian
Buddha
Hindu
138
30
26
6
69.0
15.0
13.0
3.0
Tahun pengajian
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
1
198
1

0.5
99.0
0.5

Reliabiliti Alpha Cronbach terhadap ISPU dan SSS
Kajian ini menguji reliabiliti alat kajian ISPU dan SSS dengan menggunakan kaedah pekali Alpha Cronbach. Hasil analisis dapat dilihat pada Jadual 2 di bawah.

Jadual 2 : Pekali Alpha Cronbach ISPU, SSS dan jantina

Kompenen Skala Alpha Cronbach

ISPU .991
SSS .701
Lelaki .990
Perempuan .991

Berdasarkan jadual 2, analisis reliabiliti dengan menggunakan kaedah pekali Alpha Cronbach ke atas alat kajian Instrument Stres Pelajar Universiti (ISPU) yang mengukur stres pelajar menunjukkan tahap reliabiliti atau kebolehpercayaan keseluruhan yang baik (a = .991). Manakala skala stres pelajar (SSS) mempunyai tahap kebolehpercayaan yang sederhana iaitu dengan nilai (a = .701). Oleh itu, alat kajian ISPU mempunyai reliabiliti yang lebih baik berbanding SSS. Dalam pada itu pekali alpha yang diperoleh oleh lelaki (a=.990) dan nilai yang diperoleh oleh perempuan pula (a=.991).
Reliabiliti Split-Half terhadap ISPU dan SSS
Kajian ini menguji reliabiliti alat kajian ISPU dan SSS dengan menggunakan kaedah pekali Split-Half. Hasil analisis dapat dilihat pada Jadual 3 di bawah.

Jadual 3 : Pekali Split-Half ISPU, SSS dan jantina

Kompenen Skala Split-Half

ISPU .958
SSS .600
Lelaki .965
Perempuan .956


Jadual 3 menunjukkan nilai split-half terhadap ISPU dan SSS. Bagi penilaian dengan menggunakan kaedah split-half pula menunjukkan nilai keboleh percayaan yang terdapat pada ISPU juga baik (.958 ). Manakala item yang diperoleh terhadap SSS pula adalah (.600). Nilai yang diperoleh oleh skala SSS adalah lemah jika dibandingkan dengan ISPU. Dalam pada itu pekali alpha yang diperoleh oleh lelaki (.965) dan nilai yang diperoleh oleh perempuan pula (.956).

Validiti Konstruk Alat Kajian Instrumen Stres Pelajar Universiti (ISPU) : kaedah analisis faktor
Kaedah yang digunakan bagi analisis faktor atau principal component dan varimax rotation telah dijalankan dan kaedah ini digunakan bagi melihat validiti alat kajian ISPU. Terdapat satu syaratyang ditetapkan bagi faktor analisisyang mana bagi mendapatkan struktur paling sesuai adalah nilai Eigen mestilah melebihi satu dan peratus varians mestilah sama atau lebih daripada sepuluh peratus, maka pengkaji mendapati satu faktor sahaja yang memenuhi syarat tersebut.










Jadual 4 : Jumlah Purata Bebanan

Faktor Nilai Eigen Peratus Varians (%)

1 27.982 13.991
2 20.269 10.135
3 16.659 8.330
4 15.395 7.697
5 12.905 6.453
6 6.161 3.080
7 4.488 2.244
8 3.580 1.790
9 3.107 1.554
10 3.048 1.524

Merujuk kepada Jadual 4, keputusan analisis faktor menunjukkan sepuluh faktor yang dihasilkan, namun hanya terdapat dua faktor yang memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu Eigenvalue melebihi empat dan peratusan varians sama dengan atau lebih besar daripada 10 peratus. Nilai yang digunakan untuk menentukan item yang signifikan untuk mengukur sesuatu faktor adalah nilai loadingnya adalah sama dengan atau lebih besar daripada .40. Item-item yang mengukur setiap faktor ditunjukan dalam Jadual 5.
Jadual 5 : Faktor Analisis Bagi Alat Kajian Instrumen Stres Pelajar Universiti (ISPU).
Item Kandungan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
str0040 .822
str0043 .780
str0039 .776
str0068 .774
str0195 .762
str0088 .758
str0064 .749
str0192 .732
str0089 .727
str0196 .714
str0041 .711
str0044 .690
str0045 .671
str0197 .664
str0190 .648
str0101 .642
str0145 .635
str0191 .632
str0058 .619
str0013 .606
str0031 .598
str0091 .597
str0086 .584
str0067 .583
str0188 .573
str0116 .570
str0047 .568
str0055 .565
str0152 .564 .428
str0085 .561
str0200 .557
str0038 .556
str0048 .548
str0159 .531
str0099 .528
str0032 .523
str0161 .521
str0140 .517
str0033 .516
str0162 .503 .437
str0065 .495
str0020 .485
str0061 .458
str0090 .446
str0007 .441
str0142 .438
str0141 .415
str0160 .415
str0169 .412
str0054 .405
str0037
str0053
str0022
str0008
str0150
str0023
str0082 .740
str0176 .728
str0072 .673
str0171 .670
str0135 .666
str0078 .660
str0083 .643
str0094 .627
str0163 .618
str0069 .617
str0062 .611
str0175 .610
str0168 .589
str0174 .581
str0095 .569
str0081 .568
str0172 .565
str0105 .564
str0084 .562
str0077 .550
str0096 .541
str0173 .538 .482
str0106 .530
str0075 .495
str0109 .488
str0153 .468 .465
str0059 .462
str0098 .443 .443
str0180 .432 .408
str0076 .432
str0011 .427
str0103 .410
str0137 .407
str0185
str0057
str0060
str0004
str0051 .684
str0036 .642
str0056 .632
str0024 .612
str0009 .607
str0012 .591
str0006 .589
str0018 .585
str0025 .580
str0097 .576
str0010 .569
str0049 .568
str0052 .550
str0035 .529
str0093 .513
str0079 .400 .512
str0066 .512
str0050 .467 .507
str0073 .502
str0187 .491
str0030 .472
str0107 .460
str0016 .458
str0080 .453
str0029 .447
str0092 .445
str0014 .440
str0026 .432
str0131
str0015
str0074
str0017
str0003
str0165 .641
str0154 .538
str0155 .536
str0167 .531
str0177 .529
str0166 .512
str0189 .419 .507
str0001 .498
str0143 .496
str0158 .496
str0133 .495
str0019 .479
str0164 .470 .478
str0178 .477
str0198 .471
str0149 .455 .416
str0139 .455
str0132 .448
str0147 .445
str0182 .443
str0170 .411 .440
str0087 .422
str0134 .418
str0138 .417
str0063 .412
str0181 .406
str0186
str0021
str0199
str0070
str0071
str0157
str0125 .699
str0122 .658
str0127 .643
str0123 .599
str0129 .597
str0128 .575
str0124 .411 .566
str0108 .556
str0126 .453 .525
str0130 .466
str0184 .422 .463
str0120 .460
str0121 .455
str0111 .427
str0100 .415
str0112 .411
str0136 .406
str0148 .402
str0119 .402
str0115
str0194
str0110
str0114
str0104
str0117 .695
str0028 .664
str0102 .597
str0118 .476
str0193 .418
str0005 .407
str0113
str0151 .418 .497
str0146 .469 .496
str0183 .418
str0027 .417
str0144 .406
str0034 .452
str0046
str0002 .478
str0042 .418
str0179 .433
str0156

Analisis faktor dijalankan untuk membuktikan kesahan alat kajian ISPU. Analisis ini perlu agar ia dapat memperlihatkan berapa dan apakah faktor penyumbang kepada jumlah stres yang dialami oleh pelajar universiti yang dikaji. Analisis faktor ini juga membenarkan pengkaji untuk membuat satu kesimpulan yang jelas tentang sumber atau penyumbang kepada stres yang dialami oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah khususnya. Jadual 6 di bawah menunjukkan jumlah dan faktor serta item yang terlibat dalam mempengaruhi stres pelajar ke atas kajian yang telah dijalankan.

Jadual 6 : Faktor kepada stres pelajar

Faktor Jumlah Item Item
Keluarga 50
40, 43, 39, 68, 195, 88, 64, 192, 89, 196, 41, 44, 45, 197, 190, 101, 145, 191, 58, 13, 31, 91, 86, 67, 188, 116, 47, 55, 152, 85, 200, 38, 48, 159, 99, 32, 161, 140, 33, 162, 65, 20, 61, 90, 7, 142, 141, 160, 169, 54


Tugasan dan Akademik
33
82, 176, 72, 171, 135, 78, 83, 94, 163, 69, 62, 175, 168, 174, 95, 81, 172, 105, 84, 77, 96, 173, 106, 75, 109, 153, 59, 98, 180, 76, 11, 103, 137

Kemudahan dan
Perkhidmatan
28
51, 36, 56, 24, 9, 12, 6, 18, 25, 97, 10, 49, 52, 35, 93, 79, 66, 50, 73, 187, 30, 107, 16, 80, 29, 92, 14, 26

Peribadi 26
165, 154, 155, 167, 177, 166, 189, 1, 143, 158, 133, 19, 164, 178, 198, 149, 139, 132, 147, 182, 170, 87, 134, 138, 63, 181

Pensyarah 19
125, 122, 127, 123, 129, 128, 124, 108, 126, 130, 184, 120, 121, 111, 100, 112, 136, 148, 119

Bahasa Pembelajaran 6 117, 28, 102, 118, 193, 5
Kebersihan 5
151, 146, 183, 27, 144



Setelah dianalisis data yang diperolehi, mendapati bahawa terdapat tujuh faktor utama penyumbang kepada stres pelajar. Faktor tersebut terdiri daripada keluarga, tugasan dan akademik, kemudahan dan perkhidmatan, peribadi, pensyarah, bahasa pembelajaran dan kebersihan. Bagi faktor pertama, mempunyai 50 item yang mengaitkan perkara berkaitan masalah keluarga. Faktor kedua mempunyai 33 item, faktor ketiga mengandungi 28 item, faktor keempat mengandungi 26, faktor kelima mengandungi 19 item manakala faktor keenam pula 6 item.

Setelah diteliti dan disemak item-item yang terkelopmpok dalam faktor ini, didapati item-item ini mengukur sumber stres berkaitan keluarga. Dengan itu, faktor ini dinamakan sebagai sub skala keluarga. sebagai contoh, item 40 “ibu bapa telah bercerai” merupakan item yang menunjukkan masalah dalam keluarga pelajar, item 43 “Ibu bapa saya kuat marah” merupakan item yang mengukur gaya keibubapaan.

Bagi faktor kedua terbanyak adalah tugasan dan akademik iaitu dengan 32 item. Setelah diteliti dan disemak, didapati item-item ini mengukur sumber stres tugasan dan akademik. Antara perkara yang berkaitan dengan tugasan dan akademik adalah seperti item 82 iaitu “kurang persediaan menghadapi ujian/ peperiksaan” , item 11 “Bebanan tugasan yang banyak” dan item 59 “Keinginan dan kesukaran untuk mencapai PNGK sekurang-kurangnya 3.00” merupakan item yang mengukur sumber stres yang berkaitan dengan tugasan dan akademik.

Seterusnya, faktor ketiga adalah perkara yang berkaitan dengan kemudahan dan perkhidmatan pelajar. Sebanyak 28 item yang mengaitkan hal tersebut sama ada dalam kemudahan mahupun perkhidmatan. Sebagai contoh, item 9 “Bas ke kuliah tidak selesa”, dan item 79 “Ketiadaan aip paip di kolej” merupakan item yang mengukur sumber stres yang berkaitan dengan kemudahan dan perkhidmatan di universiti.
Faktor keempat mengandungi 26 item. Item-item ini diteliti dan disemak. Didapati item-item dalam faktor ini mengukur sumber stres peribadi pelajar. Dengan demikian, faktor ini dinamakan sebagai sub skala sumber stres peribadi. Sebagai contoh, item 165 “Kuat Cemburu”, item 154 “saya ialah seorang yang mudah dipengaruhi oelh orang di sekeliling” dan item 167 “Sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran baru” merupakan item yang mengukur sumber stres yang berkaitan dengan peribadi bagi seseorang pelajar universiti.

Faktor kelima mengandungi 19 item. Setelah diteliti dan disemak, item-item yang terkelompok dalam faktor ini didapati mengukur sumber stres daripada pensyarah. Dengan demikian, faktor ini dinamakan sebagai sub skala sumber stres pensyarah. Sebagai contoh, item 125 “Pensyarah sukar dibawa berbincang” , item 126 “Pensyarah terlalu banyak memberi tugasan” dan item 184 “Staf pentadbiran tidak melayan pelajar ketika berurusan di kaunter” merupakan item yang mengukur sumber stres yang berkaitan dengan pensyarah dan pekerja di universiti.

Faktor keenam pula adalah sumber stres dari bahasa pembelajaran di universiti. Ini kerana setelah diteliti dan disemak sebanyak 6 item tersebut benar-benar berkaitan dengannya. Antara item yang menunjukkan ia adalah sumber stres dari bahasa pembelajaran adalah item 5 “bahan rujukan di perpustakaan kurang”, item 28 “buku akademik dalam Bahasa Inggeris” dan item 102 “ketiadaan buku rujukan dalam Bahasa Melayu” merupakan item-item yang mengukur sumber stres pelajar mengenai bahasa bahan untuk pembelajaran mereka.

Faktor terakhir adalah berkaitan faktor kebersihan yang mana subskala ini menyubang sebanyak 5 item. Sebagai contooh item 151 “rakan serumah tidak menjaga kebersihan”, dan 183 “sikap rakan yang tidak menjaga kebersihan bilik/ rumah” merupakan item yang mengukur sumber stres faktor kebersihan.

Setelah analisis faktor dilakukan terdapat beberapa item yang tidak termasuk di mana-mana sub-skala. Setelah disemak terdapat 29 item yang tidak termasuk mana-mana faktor atau sub-skala iaitu item nombor 3, 4, 8, 15, 17, 21, 22, 23, 37, 46, 53, 57, 60, 70, 71, 74, 104, 110, 113, 114, 115, 131, 150, 156, 157, 185, 186, 194 dan 199. Item-item ini tidak termasuk dalam mana-mana kumpulan kerana ianya tidak mengukur mana-mana faktor yang sedia ada secara signifikan.

Jadual 7 : Nilai Reliabiliti setiap komponen

Faktor Nilai Alpha Cronbach Jumlah Item
1 .978 50 2 .966 33 3 .951 28 4 .952 26 5 .952 19 6 .875 6 7 .849 5

Jadual 7 menunjukkan kebolehpercayaan nilai Alpha Cronbach berdasarkan setiap faktor dalam subskala Item Instrumen Stres Pelajar Universiti bagi komponen 1 adalah .978 ; komponen 2 pula mencatatkan nilai alpha ialah .966; manakala komponen 3 nilai alpha ialah .951 ; komponen 4 pula mencatatkan nilainya .952 ; nilai untuk komponen 5 ialah .952 ; seterusnya komponen 6 pula nilainya ialah .875; dan komponen 7 mencatatkan nilai .849. Berdasarkan nilai alpha tersebut, dapat disimpulkan bahawa semua item dalam soal selidik ini mempunyai tahap kebolehpercayaan adalah tinggi.













Penilaian validiti Konstruk ISPU antara jumlah item setiap faktor
Jadual 8 : Hasil Penilaian Validiti ISPU mengunakan interkorelasi antara 7 subskala.
Keluarga Tugasan & Akademik Kemudahan &
Perkhidmatan
Peribadi Pensyarah Bahasa Pembelajaran Kebersihan
Keluarga 1

Tugasan & .654 1
Akademik

Kemudahan &
Perkhidmatan
.647 .713 1
Peribadi .793 .757 .705 1

Pensyarah .713 .777 .761 .744 1

Bahasa .551 .657 .589 .614 .642 1
Pembelajaran

Kebersihan .729 .631 .609 .700 .683 .509 1

N= 200, ** k < .001

Jadual 8 merupakan hasil penilaian validiti ISPU dengan mengunakan interkorelasi antara 7 subskala. Matrik korelasi bagi subskala ISPU menunjukkan ukuran-ukuran mempunyai validiti yang baik. Ini boleh dibuktikan dengan hasil korelasi yang positif bagi semua subskala ISPU dalam bahagian masing-masing. Validiti yang baik adalah apabila terdapat korelasi yang tinggi antara subskala yang releven yang diukur oleh interkorelasi. Ini boleh dibuktikan dengan hasil korelasi di antara semua skala adalah tinggi dan positif. Sebagai contoh hubungan antara faktor persekitaran dan keluarga iaitu .793**.




Jadual 9 : Korelasi Instrumen Stres Pelajar Universiti (ISPU) Dan Skala Stres Pelajar (SSS)
Jumlah Item r Signifikan (2 arah)
Instrumen Stres Pelajar (ISPU) 200 0.314** .000
Skala Stres Pelajar (SSS) 200 0.314** .000
*k≤ . 01

Bagi menilai hubungan di antara alat kajian Instrumen Stres Pelajar Universiti (ISPU) dan alat kajian Skala Stres Pelajar (SSS) kaedah korelasi telah digunakan. Jadual 9 menunjukkan hasil korelasi mempunyai hubungan positif yang lemah tetapi signifikan (r=.314, k<.01).

Analisis Item Bagi Sub Skala Instrumen Stres Pelajar Universiti (ISPU)
Dalam menilai kualiti item, metod yang digunakan adalah kolerasi item keseluruhan. Kriteria yang digunakan untuk menentukan atau memilih item yang mengukur satu-satu sub skala adalah di mana item kolerasinya adalah sama dengan atau lebih besar daripada .40. Hasil analisis ditunjukan dalam Jadual 10

Jadual 10 : Hasil Analisis Item Bagi Sub Skala Keluarga

Item Pekali Korelasi Item Keseluruhan Nilai Alpha Cronbach Jika Item Disingkirkan
str0040 .741 .978
str0043 .769 .978
str0039 .772 .978
str0068 .743 .978
str0195 .760 .978
str0088 .801 .978
str0064 .754 .978
str0192 .739 .978
str0089 .794 .978
str0196 .676 .978
str0041 .727 .978
str0044 .704 .978
str0045 .720 .978
str0197 .734 .978
str0191 .714 .978
str0101 .679 .978
str0145 .696 .978
str0058 .683 .978
str0013 .685 .978
str0031 .683 .978
str0091 .689 .978
str0086 .689 .978
str0067 .659 .978
str0188 .728 .978
str0116 .734 .978
str0047 .691 .978
str0055 .639 .978
str0152 .685 .978
str0085 .696 .978
str0200 .713 .978
str0038 .662 .978
str0048 .623 .978
str0159 .631 .978
str0099 .648 .978
str0032 .625 .978
str0161 .670 .978
str0140 .661 .978
str0033 .644 .978
str0162 .666 .978
str0065 .627 .978
str0020 .615 .978
str0061 .630 .978
str0090 .539 .978
str0007 .587 .978
str0142 .605 .978
str0141 .635 .978
str0160 .606 .978
str0169 .561 .978
str0054 .632 .978
str0190 .696 .978


Merujuk kepada item keseluruhan yang terdapat dalam sub skala sumber stres keluarga, didapati keseluruhan item dalam sub skala ini memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu nilai loadingnya adalah sama denga atau lebih besar daripada .40 dan item-item ini boleh mengukur atau mewakili sub skala sumber stres keluarga.




Jadual 10 : Hasil Analisis Item Bagi Sub Skala Tugasan & Akademik

ITEM PEKALI KORELASI ITEM KESELURUHAN NILAI ALPHA CRONBACH JIKA ITEM DISINGKIRKAN
str0040 .741 .978
str0043 .769 .978
str0039 .772 .978
str0068 .743 .978
str0195 .760 .978
str0088 .801 .978
str0064 .754 .978
str0192 .739 .978
str0089 .794 .978
str0196 .676 .978
str0041 .727 .978
str0044 .704 .978
str0045 .720 .978
str0197 .734 .978
str0191 .714 .978
str0101 .679 .978
str0145 .696 .978
str0058 .683 .978
str0013 .685 .978
str0031 .683 .978
str0091 .689 .978
str0086 .689 .978
str0067 .659 .978
str0188 .728 .978
str0116 .734 .978
str0047 .691 .978
str0055 .639 .978
str0152 .685 .978
str0085 .696 .978
str0200 .713 .978
str0038 .662 .978
str0048 .623 .978
str0159 .631 .978
str0099 .648 .978
str0032 .625 .978
str0161 .670 .978
str0140 .661 .978
str0033 .644 .978
str0162 .666 .978
str0065 .627 .978
str0020 .615 .978
str0061 .630 .978
str0090 .539 .978
str0007 .587 .978
str0142 .605 .978
str0141 .635 .978
str0160 .606 .978
str0169 .561 .978
str0054 .632 .978
str0190 .696 .978

Merujuk kepada item keseluruhan yang terdapat dalam sub skala sumber stres tugasan dan akademik pula, didapati keseluruhan item dalam sub skala ini juga memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu nilai loadingnya adalah sama denga atau lebih besar daripada .40 dan item-item ini boleh mengukur atau mewakili sub skala sumber stres tugasan dan akademik.


Jadual 10 : Hasil Analisis Item Bagi Sub Skala Kemudahan & Perkhidmatan

Item Pekali Korelasi Item Keseluruhan Nilai Alpha Cronbach Jika Item Disingkirkan
str0051 .678 .948
str0036 .678 .948
str0056 .714 .948
str0024 .635 .949
str0009 .627 .949
str0012 .667 .948
str0006 .534 .950
str0018 .628 .949
str0025 .646 .949
str0097 .695 .948
str0010 .639 .949
str0049 .709 .948
str0052 .639 .949
str0035 .641 .949
str0093 .663 .948
str0079 .621 .949
str0066 .637 .949
str0050 .612 .949
str0073 .680 .948
str0187 .610 .949
str0030 .530 .950
str0107 .633 .949
str0016 .550 .950
str0080 .544 .950
str0029 .583 .949
str0092 .633 .949
str0026 .476 .950
str0014 .575 .949


Hasil analisis dalam jadual 10, menunjukkan korelasi sebenar dan pekali Alpha Cronbach’s bagi komponen sumber stres kemudahan dan perkhidmatan . Dapat dilihat pada item 80 korelasi sebenar .544, jika item tersebut disingkirkan pekali Alpha Cronbach meningkat kepada .950. Ini membuktikan reliabiliti alat kajian Instrumen Stress Pelajar Universiti (ISPU) yang mengukur sumber stres adalah baik.


Jadual 10 : Hasil Analisis Item Bagi Sub Skala Peribadi

Item Pekali Korelasi Item Keseluruhan Nilai Alpha Cronbach Jika Item Disingkirkan
str0165 .726 .949
str0154 .634 .950
str0155 .642 .950
str0167 .706 .949
str0177 .639 .950
str0166 .651 .950
str0189 .637 .950
str0001 .421 .952
str0143 .695 .949
str0158 .667 .950
str0133 .764 .949
str0019 .532 .951
str0164 .631 .950
str0178 .583 .950
str0198 .657 .950
str0149 .716 .949
str0139 .664 .950
str0132 .709 .949
str0147 .662 .950
str0182 .646 .950
str0170 .672 .950
str0087 .650 .950
str0134 .699 .949
str0138 .669 .950
str0063 .524 .951
str0181 .454 .952


Merujuk kepada item keseluruhan yang terdapat dalam sub skala sumber stres peribadi, didapati keseluruhan item dalam sub skala ini memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu nilai loadingnya adalah sama denga atau lebih besar daripada .40. Namun begitu, dapat dilihat pada item 181 korelasi sebenar .454, jika item tersebut disingkirkan pekali Alpha Cronbach meningkat kepada .952. Ini membuktikan reliabiliti alat kajian Instrumen Stress Pelajar Universiti (ISPU) yang mengukur sumber stres adalah baik.

Jadual 10 : Hasil Analisis Item Bagi Sub Skala Pensyarah
Item Pekali Korelasi Item Keseluruhan Nilai Alpha Cronbach Jika Item Disingkirkan
str0125 .824 .948
str0122 .770 .949
str0127 .791 .948
str0123 .758 .949
str0129 .782 .948
str0128 .773 .949
str0124 .714 .950
str0108 .687 .950
str0126 .717 .950
str0130 .717 .950
str0184 .674 .950
str0120 .665 .950
str0121 .617 .951
str0111 .670 .950
str0100 .595 .951
str0112 .587 .952
str0136 .632 .951
str0148 .636 .951
str0119 .681 .950


Merujuk kepada item keseluruhan yang terdapat dalam sub skala sumber stres pensyarah, didapati keseluruhan item dalam sub skala ini memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu nilai loadingnya adalah sama denga atau lebih besar daripada .40. Dengan demikian item-item ini boleh mengukur atau mewakili sub skala sumber stres pensyarah.




Jadual 10 : Hasil Analisis Item Bagi Sub Skala Bahasa Pembelajaran


Item Pekali Korelasi Item Keseluruhan Nilai Alpha Cronbach Jika Item Disingkirkan
str0117 .809 .802
str0028 .706 .822
str0102 .681 .826
str0118 .669 .829
str0193 .627 .838
str0005 .389 .872


Hasil analisis dalam jadual 10, menunjukkan korelasi sebenar dan pekali Alpha Cronbach bagi komponen sumber stres bahasa pembelajaran. Dapat dilihat pada item 05 korelasi sebenar .389, jika item tersebut disingkirkan pekali Alpha Cronbach’s meningkat kepada .872. Ini membuktikan reliabiliti alat kajian Instrumen Stress Pelajar Universiti (ISPU) yang mengukur sumber stres bahasa pembelajaran masih lagi baik.


Jadual 10 : Hasil Analisis Item Bagi Sub Skala Kebersihan

Item Pekali Korelasi Item Keseluruhan Nilai Alpha Cronbach Jika Item Disingkirkan
str0151 .769 .788
str0146 .707 .805
str0183 .681 .813
str0027 .514 .854
str0144 .629 .826


Merujuk kepada item keseluruhan yang terdapat dalam sub skala sumber stres kebersihan, didapati keseluruhan item dalam sub skala ini memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu nilai loadingnya adalah sama denga atau lebih besar daripada .40. dengan demikian, item-item ini boleh mengukur atau mewakili sub skala sumber stres kebersihan.


Jadual 11 :Metod Kolerasi Item Keseluruhan (Total-Item dan Inter Item Correlation)

ITEM Str0009 Str00013 Str00039 Str00042 Str00046 Total ISPU
Str0009 1


Str00013
.306 1


Str00039
.216
.552 1


Str00042
.102
.219
.316 1


Str00046
.226
.399
.455
.532 1


Total ISPU
.486
.631
.632
.441
.584 1


N= 200, ** k < .001

Jadual 11 merupakan hasil penilaian analisis item melalui inter-item korealsi bagi ISPU pada lima item yang terpilih. Matrik korelasi bagi inter-item ISPU menunjukkan ukuran-ukuran ISPU mempunyai validiti yang baik. Ini boleh dibuktikan dengan hasil interkorelasi yang positif bagi semua subskala ISPU dalam bahagian masing-masing. Boleh dibuktikan bahawa korelasi diantara item yang dialami adalah positif. Daripada hasil keputusan kajian analisis lima item ISPU menunjukkan item 42 berkorelasi secara sederhana dengan item 46, manakala item 13 berkorelasi secara sederhana dengan item 39.








PERBINCANGAN

Pendahuluan
Bahagian ini akan membincangkan dan merumuskan dapatan hasil kajian secara keseluruhan yang dilakukan terhadap penilaian Instrument Stres pelajar Universiti (ISPU). Hasil dapatan kajian yang diperoleh dilihat berdasarkan kepada tujuan yang ingin dicapai dalam kajian iaitu untuk menilai tahap reliabiliti alat kajian, menilai validiti alat kajian dan menilai kualiti setiap item yang terdapat dalam alat kajian.

Sebelum melihat kepada aspek yang dikaji, berdasarkan statistik yang terdapat dalam kajian ini yang melibatkan 200 pelajar yang terlibat sebagai sampel kajian. Namun begitu merujuk kepada analisis menggunakan statistik diskriptif menunjukkan jumlah pelajar lelaki adalah seramai 38 pelajar, manakala pelajar perempuan adalah seramai 192. Peratusan bagi pelajar lelaki pula adalah 19 peratus dan 81 peratus adalah peratusan yang mewakili pelajar perempuan.

Reliabiliti
Reliabiliti bagi sesuatu alat kajian merujukan kepada ketepatan, kejituan, kestabilan dan ketekalan skor-skor yang didapati dalam satu ujian. Sesuatu ujian itu dikatakan mempunyai kebolehpercayaan jika ujian itu boleh mendapat semula keputusan yang sama pada masa yang berlainan. Metod yang digunakan untuk menguji reliabiliti Instrumen Stres Pelajar Universiti (ISPU) adalah Metod Ketekalan Dalaman Alpha Cronbach dan Split Half. Walau bagaimanapun terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan sesuatu alat kajian itu mempunyai keboleh percayaan antaranya jumlah responden.

Sebelum kesemua item ISPU dikategorikan, item-item yang terdapat di dalam ISPU diuji keboleh percayaannya dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach dan juga Spilt-Half. Hasil penilaian realibiliti Alpha Cronbach terhadap alat kajian ini mendapati nilai keboleh percayaan ISPU ialah .991. Ini menunjukkan keboleh percayaan alat kajian ISPU berada pada aras yang tinggi iaitu melebihi .7 (Shaughnessy & Zechmeister, 2003). Manakala tahap keboleh percayaan terhadap Skala Stres Pelajar (SSS) pula bernilai .701. kedua-dua nilai yang diperoleh adalah berada pada tahap keboleh percayaan yang tinggi.

Manakala dalam penilaian realibiliti dengan menggunakan kaedah split-half yang dilakukan terhadap ISPU dan SSS pula menunjukkan nilai .958 terhadap ISPU dan .6 merupakan nilai yang diperoleh terhadap SSS. Nilai yang diperoleh daripada analisis yang dilakukan dengan menggunakan kaedah ini kepada SSS menunjukkan nilai yang diperoleh terhadap SSS ialah .6, nilai yang diperoleh tersebut agak kurang jika dibandingkan nilai yang diperoleh dengan menggunakan kaedah alpha cronbach. Kedua-dua nilai ini ditunjukkan di dalam jadual 1.

Selain pengujian reliabiliti dilakukan terhadap alat kajian ISPU dan SSS, pengujian alat kajian ini turut dilakukan terhadap aspek jantina. Melihat kepada analisis yang diperoleh daripada pengujian terhadap lelaki mendapati bahawa nilai alpha yang diperoleh adalah .990 manakala .991 adalah nilai yang diperoleh terhadap pelajar perempuan. Melihat kepada nilai ini terdapat sikit perbezaan, keadaan sedemikian mungkin disebabkan oleh bilangan pelajar perempuan yang terlibat dalam kajian ini lebih ramai jika dibandingkan dengan pelajar lelaki iaitu pelajar lelaki seramai 38 orangdan pelajar perempuan seramai 109 orang.

Melihat pula kepada nilai yang diperoleh dengan menggunakan kaedah analisis split-half, nilai yang diperoleh terhadap pelajar lelaki adalah .965 manakala .956 merupakan nilai yang terdapat pada reliabiliti pelajar perempuan. Dengan menggunakan kaedah spit-half tersebut didapati nilai yang diperolah oleh pelajar lelaki lebih tinggi jika dibandingkan dengan nilai yang diperoleh oleh pelajar perempuan. Daripada nilai yang diperoleh tersebut, kedua-dua kaedah yang digunakan menunjukkan terdapat nilai yang berbeza untuk menunjukkan nilai yang diperoleh oleh lelaki dan juga perempuan. Oleh yang demikian kedua-dua kaedah ini perlu dilakukan untuk melihat keboleh percayaan setiap pengujian daripada pelbagai sudut dan pemboleh ubah dalam kajian.


Validiti
Validiti pengukuran penting dalam menentukan keesahan atau mengenalpasti ujian itu boleh mengukur atribut yang hendak diukur. Vadiliti pengukuran juga berkaitan dengan pengertian sejauh mana ketepatan yang diperolehi daripada keputusan skor. Dalam kajian ini, validiti alat kajian Instrumen Stres Pelajar Universiti (ISPU) diuji dengan menggunakan metod analisis faktor dan metod kolerasi. Selain itu perbincangan juga melihat validiti alat kajian ISPU dengan kaedah analisis faktor atau principal component dan varimax rotation.

Selain daripada itu validiti dilakukan terhadap ISPU adalah untuk melihat faktor yang terdapat dalam ISPU. Dalam pembentukan faktor terdapat beberapa kriteria yang perlu ditentukan. Antara kriteria yang ditekankan dalam pembinaan faktor adalah Eigenvalue melebihi empat dan peratusan varians sama dengan atau lebih besar daripada 10 peratus dan nilai yang digunakan untuk menentukan item yang signifikan yang memenuhi faktor adalah .40. Berdasarkan analisis yang dilakukan terdapat sepuluh faktor yang diperoleh yang ditunjukkan dalam jadual 3. Namun begitu faktor 1 hingga 7 sahaja memenuhi kriteria pertama iaitu Eigenvalue yang melebihi empat manakala hanya faktor 1 dan 2 sahaja yang memenuhi kriteria peratusan varians sama dengan atau lebih daripada 10 peratus. Oleh yang demikian daripada pemfaktoran yang dilakukan terhadap ISPU hanya dua faktor sahaja yang menepati kriteria iaitu faktor 1 dan faktor 2.

Melihat kembali kepada faktor yang dikemukakan terdapat tujuh tema yang sesuai diberikan terhadap setiap faktor. Berdasarkan kepada faktor pertama iaitu faktor keluarga. Melihat kepada faktor ini dengan merujuk item yang terdapat di dalam ISPU didapati terdapat 50 item yang berkaitan keluarga yang menjadi sumber stres kepada pelajar. Keadaan sedemikian dapat disokong oleh kajian yang telah dilakukan oleh kajian Ooi Yoon Phaik (2002) bertujuan mengetahui punca stres di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia), Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Sumber Asli dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan (Kimia), Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, di mana dalam kajian tersebut salah suatu faktor yang menyebabkan stres dalam kalangan pelajar berpunca daripada faktor keluarga. Stres berpunca daripada keluarga berkemungkinan seseorang pelajar itu diberi harapan yang tinggi oleh keluarga sehingga menyebabkan mereka berada dalam keadaan tertekan.

Daripada analisis faktor dilakukan tersebut, kesemua tujuh faktor yang menepati syarat tersebut diasingkan untuk diberi tema yang bersesuaian sebagai sub skala ISPU. Sepertimana faktor pertama dikatogerikan sebagai faktor keluarga manakala tugasan dan akademik mewakili faktor yang kedua. Kategori ini diberikan berdasarkan majoriti yang difokuskan di dalam item ISPU tersebut. Pemberian tema yang bersesuaian ini merupakan aspek yang penting dalam melihat sumber stres pelajar. Seperti yang dinyatakan oleh Kohn dan Frazer (1986) menyatakan pelajar universiti sering berhadapan dengan stres dalam menjalani kehidupan akibat daripada sumber stres seperti bebanan tugas yang diberikan oleh pensyarah, situasi kolej yang tertekan, masalah penyesuaian, konflik dan persaingan dalam pencapaian akademik. Oleh yang demikian, selain daripada melihat kepada aspek perbincangan dalam item ISPU pemberian tema ini juga turut disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Kohn dan Frazer tersebut.

Melihat kepada aspek kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat dalam subskala yang terdapat dalam ISPU pula terdapat 28 item yang berkaitan dengan aspek ini. Antara item yang terlibat adalah seperti item soalan 36, 51, dan item 56. Kemudahan dan juga perkhidmatan yang terdapat di universiti menimbulkan stres kepada pelajar mungkin disebabkan oleh kualiti perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan seperti layanan yang diberikan oleh kakitangan perpustakaan dan juga kemudahan internet yang lembab dan sebaginya. Seperti contoh yang di kemukakan tersebut item 36 dalam soalan menceritakan keadaan kemudahan makanan “harga makanan tidak setimpal dengan kuantiti”. Keadaan sedemikian dapat menimbulkan stres terhadap sesetengah pelajar di universiti.
Merujuk kepada faktor keempat pula diberikan tema sebagai faktor peribadi. Daripada analisis yang dibuat terdapat 26 item yang berkaitan dengan faktor peribadi. Seperti item 19 dalam ISPU “berjauhan dengan teman lelaki/wanita”, aspek sedemikian sememangnya berkaitan dengan permasalhan peribadi setiap pelajar. Permasalahan ataupun aspek sedemikian sememangnya aspek yang sering berlaku terhadap pelajar yang terlibat dalam percintaan. Stres akan wujud apabila pelajar tersebut memainkan banyak peranan dalam satu-satu masa.

Berdasarkan kepada faktor sumber stres daripada penysarah terdapat 19 item yang terdapat didalam ISPU. Faktor ini dirujuk kepada aspek tugasan dan juga ketegasan pensyarah dalam aspek penghantaran tugas dan juga aspek pemberian markah terhadap setiap penilaian. Melihat kepada aspek ini Ross, Niebling dan Heckett (1999) juga telah menjalankan kajian terhadap 100 orang pelajar kolej untuk mengenalpasti punca utama stres berdasarkan 40 situasi yang berpotensi menyumbang kepada stres. Daripada kajian yang dilakukan oleh beliau didapati bebanan tugas yang diberikan menjadi salah suatu aspek yang memberi tekanan kepada pelajar. Rentetan daripada itu, keadaan ini akan mengganggu pelaksanaan pelajar dalam aspek pencapaian akademik di pusat pengajian. Bebanan tugas ini boleh dirujuk kepada jumlah tugasan yang diberikan oleh pensyarah agak banyak. Disamping itu, bebanan tugas juga dapat dilihat kepada tarikh penghantaran tugas yang singkat. Keadaan sedemikian dapat menimbulkan stres kepada pelajar kerana mereka perlu mengimbangi aspek pembelajaran dan juga dalam melaksanakan tugas disamping membahagikan masa terhadap aktiviti-aktiviti kolej dan universiti. Aspek yang sedemikian dirujuk sebagai faktor stres yang dimunculkan oleh pensyarah dimana dengan cara pensayah memberikan tugasan dan penetapan tarikh penghataran tugasan menyukarkan pelajar untuk menguruskam masa terhadap aktiviti lain.

Di samping itu stres adalah tindakan tidak spesifik badan terhadap sebarang tuntutan misalnya, rangsangan dalaman seperti rangsangan kognitif atau rangsangan luaran seperti rangsangan persekitaran seperti suhu, kelembapan, kebisingan dan lain-lain (Hans selye,1930). Dalam masa yang sama faktor persekitaran seperti penggunaan bahasa menjadi salah satu faktor stres kepada pelajar khususnya pelajar asing yang perlu menggunakan bahasa tempatan dalam aspek pembelajaran (Bean, Deruyn, Eurelings-Bontekoe, Brockaert, & Spinhoven ,2006). Melihat kepada tema yang diberikan terhadap faktor yang keenam banyak menbincangkan aspek penggunaan Bahasa Inggeris. Keadaan ini boleh menimbulkan tekanan kepada pelajar khususnya terhadap pelajar yang lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris akan menimbulkan kesukaran khususnya dalam aspek pemahaman pembelajaran mereka di universiti.

Merujuk kembali kepada faktor ketujuh pula tema yang diberikan adalah berkaitan dengan kebersihan. Daripada analisis yang dikeluarkan terdapat lima item yang terlibat dalam item ISPU tersebut. Kebersihan mungkin dilihat sebagai satu faktor yang tidak memainkan peranan yang penting dalam aspek yang memberi stres kepada pelajar. Item-item yang terlibat adalah seperti 27, 144, 146, 151, dan 183. Seperti item 151 dan item 183, item ini merujuk kepada aspek sikap yang ditonjol oleh rakan sebilik yang tidak menjaga kebersihan persekitaran bilik. Keadaan ini akan menyebabkan ketidakselesaan ruang belajar dan juga mencacatkan penglihatan.

Korelasi
Manakala pengujain validiti dengan menggunakan kaedah korelasi pula adalah bertujuan untuk melihat hubungan diantara subskala secara keseluruhan skala alat kajian Instrumen Stres Pelajar Universiti (ISPU) serta pengujian ISPU terhadap Skala Stres Pelajar (SSS). Antara aspek yang dititik beratkan dalam aspek ini adalah hubungan korelasi yang postif dan juga mempunyai nilai yang signifikan terhadap aspek yang diuji.

Hasil daripada pengujian ini ditunjukkan di dalam jadual 8 dan jadual 9. Kedua-dua aspek yang diukur tersebut menunjukkan perhubungan yang signifikan dan positif walaupun mempunyai hubungan yang lemah. Daripada analisis ini item-item yang terdapat didalam ISPU dan juga SSS menunjukkan nilai yang signifikan, oleh itu ISPU dan SSS adalah mengukur aspek yang sama dan dalam masa yang sama pembinaan ISPU merupakan pembinaan yang sesuai untuk digunakan dalam mengukur sumber stres pelajar universit. Daripada aspek pemfaktoran yang dikeluarkan daripada ISPU tersebut, korelasi dilakukan terhadap setiap faktor untuk melihat perhubungan di antara setiap faktor yang dikeluarkan. Hasil korelasi antara faktor tersebut ditunjukkan didalam jadual 8.



Jadual 8 merupakan hasil penilaian validiti ISPU dengan mengunakan interkorelasi antara 7 subskala. Matrik korelasi bagi subskala ISPU menunjukkan ukuran-ukuran mempunyai validiti yang baik. Ini boleh dibuktikan dengan hasil korelasi yang positif bagi semua subskala ISPU dalam bahagian masing-masing. Validiti yang baik adalah apabila terdapat korelasi yang tinggi antara subskala yang releven yang diukur oleh interkorelasi. Ini boleh dibuktikan dengan hasil korelasi di antara semua skala adalah tinggi dan positif. Sebagai contoh hubungan antara faktor persekitaran dan keluarga iaitu .r=793, k < .01.

Melihat kepada setiap perhubungan, perhubungan antara faktor adalah berkorelasi positif. Dalam hal ini dapat disimpulkan bahawa setiap faktor yang dikeluarkan tersebut adalah berkorelasi secara positif atau setiap faktor tersebut saling berhubungan antara dengan yang lain. Oleh yang demikian faktor stres yang sering terjadi kepada faktor bukan hanya berpusat kepada satu aspek sahaja. Keadaan ini dapat dirujuk kepada kajian yang dilakukan oleh Ooi Yoon Phaik (2002) bertujuan mengetahui punca stres di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia), Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Sumber Asli dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan (Kimia), Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. Daripada kajian tersebut didapati terdapat perhubungan signifikan antara stres dengan pencapaian akademik.

Bagi menilai hubungan di antara alat kajian Instrumen Stres Pelajar Universiti (ISPU) dan alat kajian Skala Stres Pelajar (SSS) kaedah korelasi yang digunakan turut mempunyai hubungan signifikan dan positif rendah. Jadual 9 menunjukkan hasil korelasi mempunyai hubungan positif yang lemah tetapi signifikan (r=.314, k<.01). Hubungan ini berlaku mungkin disebabkan ISPU yang dihasilkan adalah untuk mengukur dan melihat faktor stres yang dialami oleh pelajar. Manakala SSS pula adalah diwujudkan untuk melihat tahap stres yang dialami oleh setiap pelajar universiti.

Penilaian Semula Reliabiliti
Dalam pada itu, setelah faktor yang terdapat didalam ISPU diperoleh maka penilaian terhadap kebolehpercayaannya dilakukan semula untuk kali yang kedua terhadap setiap faktor yang dibentuk tersebut. Kaedah pengujian yang digunakan tersebut adalah dengan menggunakan Alpha Cronbach. Nilai reliabiliti terhadap pengujian semula ini ditunjukkan pada jadual 7, kesemua faktor yang diuji tersebut mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan positif iaitu diantara .849 hingga .978. daripada pengujian tersebut tema dan juga item yang terdapat dalam ISPU sesuai untuk mengukur sumber stres pelajar.

Kualiti Item
Kualiti item merupakan aspek penting dilakukan dalam melihat dan menilai sejauh mana setiap item bagi faktor yang dikeluarkan memenuhi syarat dan kehendak. Kualiti setiap item dinilai berdasarkan nilai loading yang melebihi .40. Berdasarkan jadual 10, setiap item yang dianalisis menunjukkan nilai yang menepati syarat yang dikehendaki dan juga menunjukkan nilai pekali reliabiliti yang tinggi secara keseluruhannya.

Melihat kepada jadual 11, Metod Kolerasi Item Keseluruhan (Total-Item dan Inter Item Correlation) tersebut menunjukkan setiap hubungan korelasi yang dikeluarkan adalah berkorelasi secara positif. Seperti hubungan yang terdapat antara setiap item, hubungan yang wujud adalah mempunyai hubungan yang positif untuk setiap item. Oleh yang demikian setiap item yang terdapat dalam ISPU adalah saling berkait antara satu item kepada item yang lain walaupun setiap hubungan yang wujud tersebut adalah lemah. Manakala hubungan yang wujud antara setiap item dengan jumlah keseluruhan juga berhubungan positif walaupun terdapat hubungan yang sederhana dan juga hubungan yang lemah iaitu antara .441** hingga .632**.

Berdasarkan kepada hasil kajian, keputusan yang diperoleh menunjukkan bahawa alat kajian Istrumen Stres Pelajar Universiti (ISPU) memenuhi ketiga-tiga tujuan alat kajian iaitu untuk menguji tahap reliabiliti, validiti dan kualiti item bagi ISPU.













KESIMPULAN

Pendahuluan.
Dalam bab ini, ulasan akan menerangkan rumusan kepada segala hasil kajian yang di perolehi. Terdapat empat perkara yang akan dibincangkan dalam bab ini iaitu rumusan kajian, implikasi kajian, limitasi kajian, dan saranan-saranan kepada pengkaji-pengkaji lain yang ingin menilai realibiliti dan validiti instrument stres pelajar universiti (ISPU) terutamanya di kalangan pelajar UMS (Universiti Malaysia Sabah ). Pada masa yang sama, segala pandangan serta pendapat daripada pengkaji terhadap hasil kajian juga diterangkan dalam bahagian ini.

Rumusan Kajian.
Kajian yang dibuat bertujuan untuk menilai realibiliti dan validiti Instrument Stres Pelajar Universiti (ISPU) bagi pelajar tahun tiga aliran sastera Universiti Malaysia Sabah. Kajian yang berbentuk tinjauan ini menggunakan seramai 200 orang pelajar iaitu 33 orang subjek lelaki dan 167 subjek perempuan. Antara tujuan bagi kajian ini adalah untuk menilai realibiliti dan validiti ISPU. Kajian ini juga mengkaji pengaruh atau faktor-faktor lain yang menyumbang kepada stres di kalangan pelajar universiti khususnya pelajar tahun tiga aliran sastera Universiti Malaysia Sabah.

Implikasi Kajian.
Berpandukan kepada dapatan kajian ini, dapat dikenalpasti bahawa implikasi kajian ini adalah terhadap individu iaitu para pelajar. Melalui kajian ini para pelajar mendapat kesedaran bahawa terdapat beberapa faktor atau penyumbang kepada tekanan atau stres yang mereka alami selama ini.

Keputusan kajian ini telah mendapati bahawa realibiliti alpha crobanch ISPU adalah berada pada tahap keboleh percayaan yang tinggi iaitu pada aras .958. Daripada nilai yang diperoleh tersebut, pembinaannya adalah sesuai digunakan untuk mengukur dan juga menilai faktor stres yang dialami oleh pelajar universiti. Oleh yang demikian ISPU boleh digunakan untuk melihat faktor yang menyumbang kepada stres di kalangan pelajar khususnya pelajar Universiti Malaysia Sabah.

Limitasi Kajian.
Pelbagai masalah yang telah dihadapi sepanjang menjalankan kajian ini. Antaranya seperti dalam pentadbiran soal selidik itu sendiri. Pengkaji mengalami masalah dalam memastikan kajian lepas adalah bersesuian dengan realibiliti dan validiti ISPU. Disamping itu, kajian ini hanya dihadkan kepada pelajar tahun tiga aliran sastera sahaja. Pengkaji terpaksa mengenal pasti terlebih dahulu pelajar tahun tiga aliran sastera bagi mengelakkan kesilapan memasukkan data. Selain itu terdapat juga borang soal selidik yang tidak di kembalikan. Dalam masa yang sama pengujian ini tidak melibatkan staf dan para pensyarah universiti.

Saranan Kajian
Daripada hasil dapatan kajian yang dilakukan tersebut, beberapa cadangan dapat dibuat khususnya sebagai panduan untuk memudahkan pengkaji lain dalam membuat kajian penilaian ISPU. Antara aspek yang perlu dilakukan adalah seperti meringkaskan soalan yang terdapat didalam ISPU untuk memastikan persoalan yang dikemukakan tersebut senang difahami oleh setiap subjek dalam kajian. Di samping itu, pengujian ini perlu diperluaskan kepada semua pelajar aliran sastera dan juga pelajar aliran sains untuk melihat adakah terdapat perbezaan sumber stres dalam kalangan pelajar yang berbeza aliran pengajian. Untuk memperluaskan lagi skop kajian ini, pembinaannya perlu diubahsuai agar dapat juga diukur terhadap setiap staf dan juga pensyarah universiti.

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, dalam kajian ini mendapati realibiliti dan validiti ISPU yang menguji faktor stres di kalangan pelajar berada pada tahap tinggi dan diakui kebolehpercayaan disamping itu juga bersesuaian untuk menguji faktor stres yang dialami oleh pelajar. Dimana faktor-faktor stres ini sering menyumbang kepada kehidupan pelajar universiti khususnya pelajar tahun tiga aliran sastera Universiti Malaysia Sabah.









RUJUKAN
Anastasi, A. 1982. Psychology Testing. New York: McMillan Company.

Ferlis B. Bahari, Balan Rathakrishan & Rosnah Ismail. (2009, Jun). Sumber Stres, Strategi Daya Tindak Dan Stres Yang Dialami Pelajar Universiti. Jurnal Kemanusiaan , 46 - 62.
Jack, R.F., & Norman, E.W. (1996). How To Desingn And Evaluate Research Education. New york: McGrraw-Hill.

Kohn, J. P., and Frazer, G. H. (1986). An academic stress scale: Identification and rated importance of academic stressors. Psychological Reports, 59: 415-426.

Lahey, B.B. (2001). Psychology an Introduction. USA: McGraw Hill.

Lailawati Madlan. (2006). Pengaruh Kecerdasan Emosi Ke Atas Stres dan Masalah DisiplinPelajar. Malaysia: Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah

Mazni Mustapha, Mohammad Haji-Yusuf dan Sapora Sipon. (2004). Wanita dan stres: Satu kajian ke atas sampel remaja. Proceedings of the National Stress Conference, 23 dan 24 Ogos, Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu, 143-151.

McNamara, S. (2000). Stress in Young People: What’s New and What Can We Do?. New York:Continuum.

Rice, P.L. (1999). Stress and health. Pacific Grove, CA: Brooks/Cole.

Roth S, Pelcovitz D, Sunday S & et al. (2005). Disorders of Extreme Stress: The Empirical
Foundation of a Complex Adaptation to Trauma. Journal of Traumatic Stress, Vol. 18, No. 5, October 2005, pp. 389–399.

Shaughnessy, j. J, Zechmeister, E. B, & Zechmeister, J. S. 2003. Research Methods in Psychology (6th ed).