Thursday, April 29, 2010

sikap dan perubahan sikap

“SIKAP MASYARAKAT TERHADAP BEKAS PENAGIH DADAH”.
Pendahuluan
Apakah yang dikatakan dengan sikap? Sikap atau attitude pertama kali digunakan oleh Herbert Spencer pada tahun 1962 yang bererti satus mental seseorang (Azwar,2005). Menurut Cutlip & Center dalam buku Opini Publik, “sikap atau attitude adalah kecenderungan untuk memberi respons terhadap suatu masalah atau suatu situasi tertentu (dalam Olii, 2007). Baron dan Byrne mendefinisikan sikap sebagai sekumpulan perasaan, keyakinan, dan kecenderungan perilaku yang diarahkan kepada orang, gagasan, objek atau kelompok tertentu, (dalam Liliweri, 2007). Walau bagaimanapun konsep sikap mula diperkenalkan oleh Darwin,(1972) yang merujuk kepada satu konsep moto atau eksperesi fizikal atau emosi seseorang terhadap sesuatu objek. Kajian saintifik berkaitan dengan sikap mula dilakukan pada tahun 1918 oleh ahli psikologi sosial. Ahli psikologi sosial mendefinisikan sikap sebagai satu bentuk evalvasi atau reaksi perasaan terhadap sesuatu objek. Ini menunjukkan sikap seseorang terhadap sesuatu objek dapat diketahui melalui evalvasi perasaannya terhadap objek tersebut yang mana evalvasi perasaan terhadap sesuatu objek boleh dikategorikan sebagai senang atau tidak senang, suka atau tidak suka, memihak atau tidak memihak dan positif atau negatif. Oleh itu secara umumnya sikap merupakan perasaan atau pemikiran individu terhadap sesuatu tindakan atau perlakuan yang dilakukan dan bentuk bagaimana seseorang meluahkan perasaan diri sendiri.
Sikap timbul dari pengalaman dan merupakan hasil pembelajaran individu kerana apa yang telah atau sedang dialami seseorang akan ikut membentuk tanggapan dan mempengaruhi penghayatan terhadap objek sikap. Tanggapan tersebut akan menjadi salah satu dasar terbentuknya sikap. Selain daripada itu sikap terbentuk dari interaksi sosial yang dialami dan dalam interaksi sosial tersebut individu akan membentuk suatu pola sikap tertentu terhadap berbagai objek yang dihadapinya. Sikap boleh dibahagikan kepada lima objek yang dikenali sebagai objek sikap.
Objek sikap yang pertama merupakan objek konkrit. Objek konkrit merupakan objek yang kukuh dimana reaksi perasaan individu terhadap objek ini sukar untuk di ubah cotohnya sikap manusia terhadap makanan. Objek kedua merupakan objek abstrak yang merupakan objek yang subjektif dimana setiap individu memberi maksud yang berbeza terhadap sesuatu perkara contohnya penafsiran seseorang terhadap erti kebebasan atau kemerdekaan. Objek sikap yang ketiga merupakan objek yang tidak bernyawa iaitu reaksi perasaan seseorang terhadap sesuatu barang atau benda contohnya perasaan seseorang terhadap kereta sama ada suka atau tidak suka. Objek sikap yang keempat ialah manusia iaitu apakah sikap individu A terhadap individu B dan pada kebiasaanya sikap manusia adalah berbeza terhadap objek manusia. Objek sikap yang kelima merupakan objek kumpulan iaitu apakah sikap seseorang terhadap sesuatu kumpulan atau kelompok sama ada menyebelahi atau tidak menyebelahi. Setiap individu mempunyai sikap yang berbeza terhadap sesuatu perkara atau benda. Contohnya jika individu A suka terhadap objek A, ia tidak semestinya individu B juga suka terhadap objek A tersebut.
Terdapat beberapa kompenen sikap yang menentukan kepada perilaku seseorang. Kompenen pertama merupakan kompenen affektif yang merupakan satu komponen emosional yang mana ia merujuk kepada komponen yang berhubung kepada rasa senang dan tidak senang kepada sesuatu benda ataupun perasaan seseorang terhadap sesuatu benda. Komponen kedua merupakan komponen perilaku yang merupakan komponen yang berhubung dengan kecenderungan individu untuk bertindak atau berperilaku terhadap objek sikap. Komponen yang ketiga berkaitan dengan sikap ialah komponen kognitif yang merujuk kepada komponen yang berkaitan dengan pengetahuan atau pandangan seseorang terhadap objek sikap. Oleh yang demikian setiap tindakan yang dilakukan oleh individu akan dinilai oleh individu lain sama ada tindakan yang dilakukan oleh individu tersebut disukai atau tidak disukai oleh individu lain dalam jangka masa panjang ataupun pendek.
Masyarakat dan Dadah
Masyarakat merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan sesebuah komuniti manusia yang tinggal bersama-sama. Ia terdiri daripada segolongan orang yang membentukkan sistem separuh tertutup dan berkongsi kebudayaan, adat-adat, nilai-nilai, undang-undang dan sebagainya. Kebanyakan interaksi adalah di antara individu-individu dalam golongan masyarakatnya. Masyarakat juga tergolong dalam objek kumpulan. Oeh itu, masyarakat mempunyai sikap yang berbeza-beza terhadap sesuatu objek sikap yang lain. Sikap masyarakat terhadap objek sikap memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang individu yang tinggal dalam satu komuniti. Sikap masyarakat umumnya bergantung atau dipengaruhi oleh nilai-nilai atau kebudayaan yang dibawa oleh masyarakat tersebut. Setiap keputusan yang diambil dalam masyarakat akan mempengaruhi setiap individu dalam masyarakat tersebut. Kebiasaannya sikap masyarakat terhadap objek sikap yang memberi manfaat kepada masyarakat tersebut adalah positif atau menyebelahi.
Apakah sebenarnya dadah? Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Dadah ialah sebarang bahan semula jadi atau tiruan atau kimia apabila dimakan, diminum atau dimasukkan ke dalam badan dengan apa cara sekalipun seperti disuntik, ditelan, dihidu, atau dihisap yang boleh mengakibatkan ketagihan, kemerosotan kesihatan dan keruntuhan moral pegambil dadah tersebut, WHO (1999). Dadah merupakan bahan terlarang. Dadah juga merupakan objek sikap konkrit dan sukar diubah dimana sikap masyarakat terhadap dadah adalah sesuatu perkara yang negatif atau tidak suka. Umum mengetahui sikap masyarakat terhadap bahan terlarang sering dikaitkan dengan sikap negatif. Sikap negatif terhadap dadah muncul dalam perasaan atau evalvasi perasaan masyarakat kerana dadah mendatangkan banyak kesan negatif jika diambil secara berlebihan dan tanpa kawalan. Dadah juga menyebabkan seseorang individu yang mengambilnya tanpa kawalan mengalami perubahan tingkah laku seperti suka mencuri, hilang tujuan hidup, dan mengalami jangkitan penyakit yang berbahaya seperti AIDS dan HIV. Selain itu masyarakat islam mengharamkan penggunaan dadah tanpa kawalan kerana ia akan mendatangkan kesan negatif bukan sahaja kepada diri individu yang mengambilnya malah memberi kesan kepada masyarakat di mana individu tersebut tinggal.
Dadah merupakan musuh utama negara. Kerajaan Malaysia pernah melancarkan perang terhadap kegiatan dadah ini dan mengenakan hukuman gantung sampai mati ke atas pengedar yang didapati bersalah. Hukuman ini dianggap sebagai antara yang paling tegas di dunia tetapi pertambahan kes penagihan berulang dan baru masih menunjukkan peningkatan. Sehingga tahun 2004, terdapat 255,725 penagih dadah di seluruh negara. Dianggarkan pada tahun 2015 nanti, jumlah penagih dijangka meningkat kepada 443,000 (NST, 23 Oktober 2004). Kedudukan Malaysia yang hampir dengan segitiga emas pengedaran dadah di Indochina, menjadikan usaha pembasmian dadah lebih sukar. Namun begitu, usaha kerajaan yang tidak pernah berputus asa memberi pemulihan, pencegahan dan pengawalan ke atas penagih, pengedar dan pensubahat sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada masyarakat untuk membantu kerajaan melalui pelbagai program yang dirancang.
Walau bagaimanapun masyarakat tidak boleh memandang dadah hanya dengan kompenen affektif sahaja iaitu memandang dadah dengan perasaan tidak suka atau tidak senang. Ini kerana dadah juga berguna kepada kumpulan-kumpulan tertentu seperti pesakit dan doktor dimana kumpulan ini menggunakan dadah untuk tujuan perubatan yang bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat malah sebagai satu cara untuk masyarakat merawat pelbagai penyakit yang di hadapi.
Penagih Dadah
Penagih dadah boleh didefinisikan sebagai seorang yang sering menggunakan dadah sehingga ia tidak dapat mengelakkan diri daripadanya dan terus bergantung kepada dadah, Wan Azmi (1986). Mereka ini mempunyai kehendak yang tidak dapat dibendung atau tidak berdaya untuk mengawal, tidak berkuasa menghapuskannya malah mereka terpaksa terus menggunakannya. Penagihan dadah dikaitkan dengan sebahagian besar kes jenayah sama ada kecil ataupun besar. Daripada kes mencuri kasut di masjid, lumba haram hinggalah memeras ugut dan membunuh ahli keluarga sendiri. Dari tahun 1998 hingga 2002, sebanyak 235,495 kes dilaporkan termasuk penagih baru dan berulang. Sehingga 2003 sahaja, bilangannya telah bertambah kepada 250,000 kes. Daripada jumlah ini, 6.7 peratus adalah remaja berusia di bawah 19 tahun, 42.21 peratus melibatkan penagih yang berumur 20 hingga 29 tahun, 32.76 peratus berusia 30 hingga 39 tahun dan 18.4 peratus melebihi umur 40 tahun. Keseluruhannya 81.67 peratus penagih dadah merupakan remaja dan golongan belia. Majoritinya adalah lelaki (PDRM,2002)
Penagih dadah terdiri daripada pelbagai latar belakang dan umur. Daripada penganggur hinggalah pelajar, artis dan tidak ketinggalan juga kakitangan kerajaan juga terlibat dengan gejala ini. Banyak sebab yang menjadikan mereka terjebak ke kancah penagihan dadah dan pengaruh yang terkuat ialah rakan sebaya selain daripada pandangan masyarakat terhadap bekas penagih dadah. Pengaruh kawan dilihat menjadi faktor penarik seseorang terpengaruh dengan penagihan dadah. Berjinak-jinak dengan rokok, ingin merasai nikmat “stim” dan mencari kepuasan adalah antara ruang-ruang yang menjurus kepada penagihan dadah yang juga dikira sebagai kes baru. Bagi kes berulang, tidak ada daya tahan yang kuat, menyendiri dan kerap menerima tohmahan menjadikan mereka kembali menagih. Pada tahun 1983, kerajaan telah mengambil satu pendekatan baru dalam usaha memerangi wabak dadah dalam negara. Dalam tahun tersebut masalah dadah diisytiharkan sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara. Falsafah dasar ini ialah untuk melahirkan satu masyarakat yang bebas daripada ancaman dadah. Dasar ini telah diisytiharkan oleh Y.A.B. Tun Dr.Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen Anti Dadah. Semenjak itu, dadah dianggap sebagai musuh nombor satu negara. Sasaran utama penagihan dadah ialah generasi muda yang merupakan tulang belakang dan harapan negara masa hadapan. Pengedaran dan penagihan dadah yang berleluasa boleh mengancam kesejahteraan sosio-ekonomi, rohani dan budaya rakyat jelata dan seterusnya melemahkan ketahanan nasional dan mengancam keselamatan negara.
Seringkali apabila didedahkan peningkatan angka penagih dadah tahun demi tahun, ibu bapa atau masyarakat lebih selesa menjadi tukang hukum atau melemparkan pelbagai serangan kononya tindakan atau langkah yang diambil kerajaan tidak mendatangkan kesan yang dikehendaki. Mereka seolah-olah terlupa atau sengaja tidak mahu mengakui bahawa keberkesanan sebenar menagani gejala ini bukan hanya boleh dilakukan melalui langkah pembantersan maksimum dari pihak kerajaan semata-mata. Masyarakat merasakan dari sudut hukuman dan tindakan pembanterasan aktiviti penagihan dadah dari pihak kerajaan sudah memadai untuk menghalang penagih dadah berhenti dari menagih dadah. Namun ia sebenarnya masih lagi belum mencukupi jika masyarakat tidak memainkan peranan terutamanya ibu bapa penagih itu sendiri.
Pengaruh kawan dilihat menjadi faktor penarik seseorang terpengaruh dengan penagihan dadah. Berjinak-jinak dengan rokok, ingin merasai nikmat “stim” dan mencari kepuasan adalah antara ruang-ruang yang menjurus kepada penagihan dadah yang juga dikira sebagai kes baru. Bagi kes berulang, tidak ada daya tahan yang kuat, menyendiri dan kerap menerima tohmahan menjadikan mereka kembali menagih. Selain itui ibu bapa juga mesti akui salah satu faktor utama yang boleh menjadi kunci kearah pembanterasan gejala penagihan dadah bermula dari pendidikan yang diberikan ibu bapa semasa berada di rumah. Namun apa yang berlaku hari ini adalah kecenderungan ibu bapa yang hanya mengharapkan pihak sekolah untuk mendidik anak-anak mereka sedangkan kita tahu bahawa proses pendidikan di sekolah hanya berlangsung dalam tempoh yang amat singkat. Ibu bapa pada masa kini yang sibuk dengan urusan kerja hanya melihat sekolah sebagai tempat pendidikan utama dan bukannya menjadikan rumah sebagai proses awal kepada pendidikan itu. Begitu juga dengan sikap segelintir masyarakat setempat yang kadangkala tidak mengambil tahu hal anak-anak dan hanya mengharapkan pihak sekolah untuk melaksanakan tugas mendidik itu. Sikap seumpama ini boleh mengundang padah kerana remaja atau anak muda bebas untuk melakukan perkara-perkara di luar kawalan yang akhirnya mengundang kepada gejala-gejala sosial seperti penagihan dadah dan sebagainya.
Perkara inilah yang harus difikirkan oleh ibu bapa masyarakat setempat sebelum menyalahkan pihak kerajaan ataupun remaja itu sendiri. Ibu bapa perlu menanam sikap bertanggungjawab dan bukannya bersikap menunding jari apabila timbulnya sesuatu masalah tertamanya yang melibatkan remaja. Sememangnya kita akur bahawa pendekatan kerajaan khususnya dalam menagani masalah ini masih longgar terutama pendekatan pemulihan di pusat serenti. Namun jika bersandarkan kepada statistik pihak berkuasa hampir kebanyakan penagih dadah ini tidak mendapat perhatian ibu bapa terutama masalah keluarga yang menyebabkan generasi muda ini mudah terdedah dan terpedaya dengan hasutan untuk melakukan jenayah ini.
Bekas Penagih Dadah
Ketika pihak kerajaan mengadakan pelbagai program dan kempen-kempen pencegahan penggunaan dadah terutamanya dikalangan remaja dan bekas penagih dadah, terdapat sebahagian besar masyarakat kita yang enggan menerima kehadiran bekas penagih dadah terutama sekali penagih dadah yang banyak melakukan kes-kes jenayah. Malah tidak cukup dengan itu, masyarakat kita sering memandang sinis terhadap bekas penagih dan ahli keluarga penagih tersebut. Kita sering mendegar di kaca televisyen dan akhbar-akhbar yang mana setiap bekas penagih dadah perlu mendapatkan sokongan daripada masyarakat untuk meneruskan kehidupan yang sihat tanpa dadah di samping dapat berbakti kepada masyarakat khususnya dan kepada Negara umumnya. Peningkatan penagihan dadah setiap tahun bukan sahaja merugikan masyarakat dalam sesuatu kelompok malahan ia turut melibatkan kerugian kepada Negara.
Penolakan masyarakat terhadap bekas penagih dan tiadanya peluang pekerjaan menjadi antara faktor utama mendorong bekas penagih dadah kembali melakukan aktiviti penagihan meskipun pada awalnya sudah berjaya dipulihkan. Peranan keluarga dan masyarakat sangat penting. Jika keluarga dan masyarakat setempat tidak mengambil endah, penagih akan rasa tersisih dan jarang golongan ini dapat dipulihkan. Akhirnya, mereka akan menagih semula selepas keluar dari pusat pemulihan. Scenario ini dapat dilihat dalam masyarakat kita dimana ramai dari golongan bekas penagih yang ada keluarga, namun, tidak semua keluarga menyambut bekas penagih dengan mesra. Perkara inilah yang perlu diberi perhatian kini. Untuk memulakan hidup baru, bekas penagih memerlukan bantuan-bantuan seperti kemudahan tempat tinggal, pekerjaan dan punca pendapatan. Mereka juga amat mengharapkan penerimaan ikhlas dan mesra oleh keluarga dan masyarakat. Bagi melawan ketagihan pula, mereka memerlukan sokongan sosial dan emosi dari sekumpulan orang yang boleh mendengar rintihan serta keluhan mereka di samping memberi kata-kata dorongan dan semangat untuk terus hidup bebas dadah. Sebenarnya, bagi seorang bekas penagih, usaha melawan ketagihan merupakan satu jihad sepanjang hayat. Oleh kerana itulah, sokongan sosial dan emosi ini amat penting bagi mereka.
Ramai di antara kita yang bersetuju bahawa terdapat banyak faktor-faktor peningkatan masalah penagihan dadah di Malaysia. Salah satu faktor penting adalah berkait dengan tekanan yang wujud dalam masyarakat. Masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada golongan muda (anak kecil, remaja dan belia) untuk menjadi seorang yang berguna dan menaburkan khidmat bakti kepada negara. Atas sebab ini, pelbagai kekangan berbentuk peraturan, nilai-nilai dan arahan diletakkan di bahu anak-anak muda ini. Manakala, jika mereka gagal menurut kayu pengukur yang telah ditetapkan, mereka dipandang rendah dan dihina. Pandangan, cemuhan dan ejekan sebeginilah yang mungkin menyebabkan mereka mudah dipengaruhi dadah. Dadah yang mampu memberikan keseronokan tidak terkira dan tidak mungkin difahami oleh kita semua, menjadi alat untuk membebaskan diri dari tekanan dan kekangan dalam hidup mereka. Apabila sudah terjebak, amat sukar pula untuk berpatah balik. Jelas, bahawa tekanan dan kekangan masyarakat mempunyai peranan dalam peningkatan masalah penagihan dadah. Walau pun ini bukan satu-satunya faktor penyebab penagihan dadah, namun hubung-kait faktor ini tidak boleh dipinggirkan.
Sekurang-kurangnya terdapat tiga persepsi yang salah berkaitan masalah penagihan dadah di Malaysia . Persepsi pertama adalah tanggapan bahawa golongan penagih tiada harapan sembuh. Atas alasan ini, mereka tidak perlu dibantu. Malahan ada pula yang lebih ekstrem dan sanggup berkata 'biarlah mereka mati di lorong-lorong gelap itu'. Pendapat sebegini menunjukkan kecetekan pemikiran sebahagian besar anggota masyarakat kita. Buruk sangka sebegini sebenarnya tidak tepat sama sekali kerana penagih dadah sebenarnya boleh disembuhkan. Selain itu, di Malaysia, penagih selalu disamakan dengan penjenayah. Oleh itu, masyarakat mengecap mereka sebagai sampah masyarakat yang perlu dikurung dan dihukum. Namun begitu, di kebanyakan negara lain, penagih dianggap sebagai pesakit dan bukannya penjenayah. Analogi penyakit ketagihan yang mereka hadapi adalah seperti penyakit kronik yang lain. Cuma yang berbeza adalah penagihan dadah merupakan sejenis penyakit kronik yang boleh disembuhkan. Lagi pun, Agama Islam menegaskan bahawa semua jenis penyakit boleh disembuhkan. Ini dibuktikan dalam sebuah hadis yang bermaksud "Wahai para hamba Allah, berubatlah. Sesungguhnya Allah yang menciptakan penyakit juga telah menciptakan ubatnya" (H. R. Bukhari). Jadi, jika persepsi ini boleh diterima maka masalah penyisihan dan cemuhan dari anggota masyarakat boleh diminimakan. Dalam masa yang sama, penagih dadah juga boleh meletakkan harapan yang tinggi untuk sembuh.
Kesilapan persepsi terhadap penagihan dadah yang ketiga adalah bilamana anggota masyarakat selalu menganggap bahawa masalah ini 'bukan masalah kita tetapi masalah orang lain'. Hanya kerana tiada ahli keluarga kita yang menghadapi masalah ini, maka kita mudah merasa selesa dengan keadaan yang sedia ada. Sedangkan, jika dibiarkan begitu sahaja, masalah ini boleh menjadi semakin rumit dan kebarangkalian 'menjangkiti' anak-anak kita serta generasi akan datang adalah sangat tinggi. Penerangan-penerangan yang diberikan di atas jelas membuktikan bahawa memang wujud persepsi yang salah terhadap masalah penagihan dadah di Malaysia. Pandangan sinis masyarakat terhadap bekas penagih mungkin disebabkan oleh cara hidup penagih dadah yang banyak bertentangan dengan nilai-nilai yang terdapat dalam masyarakat. Pada dasarnya, kebanyakan penagih kelihatan kotor kerana mereka tidak dapat menguruskan dirinya. Penagih dadah juga kebanyakkanya mempunyai kuku yang panjang. Mereka juga kebanyakannya mengalami penyakit fizikal kerana penggunaan jarum yang kotor seperti bisul, selutitis, septisaemia, penyakit kuning, kelumpuhan dan sebagainya. Mereka juga mengalami kekurangan zat makanan dan tubuh kelihatan kurus. Keadaan ini amat bertentangan dengan kebanyakan gaya hidup masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Selain itu tanggapan masyarakat yang mengatakan kebanyakkan bekas penagih dadah hanya berhenti seketika daripada penagihan itu menyebabkan kebanyakan ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka bergaul dengan bekas penagih dadah.
Oleh itu, usaha untuk memperbetulkannya mesti dilakukan. Jika usaha mengubah persepsi masyarakat terhadap penagihan dadah berjaya, ahli masyarakat pasti sedia membantu menangani masalah ini dan seterusnya menerima kembali bekas penagih yang telah sembuh. Bukan itu sahaja, bantuan sama ada berbentuk fizikal mahu pun sokongan emosi boleh dihulurkan. Dari segi fizikal misalnya, bantuan wang ringgit, peluang pekerjaan, ilmu pengetahuan, kemahiran dan sebagainya boleh diberikan. Manakala, sokongan emosi pula meliputi tiupan semangat, kasih-sayang, teguran dan nasihat yang memang sangat diperlukan oleh golongan bekas penagih ini. Malahan, sokongan emosi ini dianggap lebih penting dan akan menentukan kejayaan golongan tersebut membina semula kehidupan mereka. Dalam masa yang sama, semua anggota masyarakat mesti sentiasa peka dengan situasi di sekeliling mereka. Kegiatan penagihan dadah di kawasan setempat perlulah dilaporkan kepada pihak berkuasa dengan segera. Atau pun, jika melihat anak-anak jiran yang cuba mendekati najis dadah ini maka segeralah melaporkan perkara tersebut kepada ibu bapa mereka agar bantuan boleh dihulurkan. Pendek kata, masyarakat boleh menyumbang dengan pelbagai cara untuk menangani masalah penagihan dadah ini.
Mengubah persepsi masyarakat tentang masalah penagihan dadah ini sangat penting jika kita ingin memastikan setiap anggota masyarakat sedia dan rela melibatkan diri dalam usaha pencegahan dan pemulihan dadah. Dalam masa yang sama, usaha pembasmian secara bersepadu perlulah digerakkan demi mencapai matlamat negara Malaysia bebas dadah menjelang tahun 2015. Di samping itu, hasrat kerajaan untuk menilai semula program-program pemulihan sedia ada amat dialu-alukan. Para penagih yang telah sembuh juga mempunyai tugas yang berat untuk membina kepercayaan ahli masyarakat terhadap mereka. Keyakinan ini boleh dibina misalnya dengan penglibatan aktif dalam kerja-kerja membasmi penagihan dadah, mendekatkan dan melibatkan diri dengan kegiatan kemasyarakatan serta berusaha membina kejayaan diri dengan bersungguh-sungguh. Tugas untuk mengubah nasib ke arah yang lebih baik perlu dilakukan dengan tekun. Tugas ini bukan mudah. Banyak halangan akan ditempuhi. Namun, bekas penagih perlu yakin bahawa usaha mereka akan berhasil kerana tiada siapa yang akan mengubah nasib mereka melainkan diri mereka sendiri.
Walau bagaimanapun ketika sebahagian besar masyarakat sukar untuk menerima kehadiran penagih dadah, terdapat sekumpulan kecil pengamal perubatan yang berusaha merawat golongan ini dengan penuh dedikasi sama seperti layanan kepada pesakit lain mereka.
Ini kerana Bagi doktor-doktor ini, di sebalik tanggapan negatif masyarakat, masih ada harapan bagi penagih ini untuk pulih menerusi terapi gantian dadah (DST) menggunakan Methadone.
Kajian dengan jelas menunjukkan rawatan berasaskan kepada komuniti ini lebih berkesan dan kosnya jauh lebih rendah jika disbandingkan dengan rawatan di pusat-pusat penagihan dadah.Selain itu sementara menjalani rawatan DST para penagih boleh meneruskan dengan mereka seperti biasa dan hidup bersama bersama keluarga dan masyarakat.
Kajian Kes
Bagi memastikan tidak berlakunya kes-kes penagih dadah yang berulang, setiap ahli masyarakat harus mengubah persepsi terhadap bekas penagih dadah. Terdapat beberapa kes dimana sokongan masyarakat terhadap bekas penagih dadah mampu menjadikan bekas penagih dadah ini menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan Negara. Seorang bekas penagih dadah yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah selama empat belas tahun mengakui sokongan keluarga dan penerimaan masyarakat banyak membantu dirinya untuk berubah dan berhenti daripada penagihan dadah. Walaupun bekas penagih dadah hanya memerlukan perhatian dan sokongan daripada masyarakat namun perhatian dan sokongan ini memainkan peranan yang sangat besar dalam mendorong seseorang itu untuk melalui proses pemulihan. Seorang penagih tegar, Ilyas (bukan nama sebenar) menceritakan bahawa beliau telah menagih selama 30 tahun. Telah beberapa kali ditahan dan pusat serenti menjadi rumah kedua baginya. Tohmahan masyarakat dan kurang daya tahan menjadikan dirinya kembali menagih kerana tidak ada tempat untuk mengadu dan tidak sanggup menerima cercaan dan cacian daripada keluarga dan masyarakat setempat (bernama,2005). Selain itu banyak lagi kes-kes yang mana bekas penagih kembali semula menagih akibat daripada sikap masyarakat yang memandang serong akan perubahan yang dilakukan oleh bekas penagih.

Penutup
Fenomena penyingkiran dan salah tanggapan terhadap bekas penagih dadah dalam masyarakat bukan merupakan satu fenomena baru yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Penolakan masyarakat terhadap bekas penagih dan tiadanya peluang pekerjaan menjadi antara faktor utama mendorong golongan itu kembali melakukan aktiviti penagihan meskipun pada awalnya sudah berjaya dipulihkan. Sikap sebegini perlu dikikis dalam masyarakat kita bagi memastikan bekas penagih ini kembali menjalani kehidupan yang memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara. Selain itu masyarakat kita juga perlu menerima dan membimbing bekas penagih dadah terutamanya golongan belia ke pangkal jalan agar masa depan golongan belia ini tidak hancur. Ini kerana sikap masyarakat amat memainkan peranan dalam proses pemulihan golongan bekas penagih ini daripada terus menagih semula.
Progrom-program yang berbentuk kemasyarakatan perlu melibatkan golongan bekas penagih agar mereka tidak merasa dipinggir oleh masyarakat. Dengan penglibatan golongan bekas penagih dadah dalam masyarakat ia secara tidak lansung dapat membentuk satu masyarakat yang utuh dan harmoni. Selain itu ia juga dapat mambantu pihak kerajaan menagani masalah penagih yang berulang di pusat serenti.

Rujukan
Allport, G.W. (1935). “Attitudes” dalam C: Murchinson (ed.) A Handbook of Social Psyhology, Clark University Press.
Baron dan Byrne, 1986 (dalam Liliweri, 2007) “Element of Human Psychology, New York
BERNAMA 28 Oktober, 2009 15:08 PM, Doktor Rawat Penagih Dipandang Sinis Oleh Masyarakat
Herbert Spencer, 1962 (dalam Azwar,2005) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
http://bharian.com.my/info.asp?y=2009&dt=0930&pub=utusan_malaysia&sec=Timur&pg=wt_05.htm&arc=hive
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Seksyen/index_html?mysec=Nasional
News Strait Times, 23 Oktober 2004.

psikologi sosial

PENGENALAN.
Permasalahan sosial yang berlaku sering kali melibatkan remaja-remaja yang berumur belasan tahun dan awal 20-an. Antara masalah sosial yang semakin menular dan sukar dibendung ialah masalah penglibatan remaja dalam kegiatan perlumbaan motosikal haram. Fenomena perlumbaan motosikal haram di Malaysia lebih dikenali dengan panggilan Mat Motor atau Mat Rempit. Fenomena ini merupakan satu masalah sosial yang agak baru di Negara kita. Mungkin aktiviti ini merupakan aktiviti yang sudah lama wujud dalam keadaan yang terselindung dan sebelum ini jarang dilaporkan. Jika diperhatikan aktiviti mat rempit mula mendapat perhatian daripada masyarakat sekitar awal tahun 2003 dan ini berikutan kebanyakan kes-kes jenayah yang berlaku banyak melibatkan golongan ini. Kemajuan teknologi dan kemudahan jaringan jalan raya yang dikecapi negara yang merupakan antara yang terbaik di Asia Tenggara menyebabkan fenomena ini juga cepat berkembang kerana sesetengan remaja dan anak muda tidak menggunakan kemudahan yang disediakan ini dengan sepatutnya.
Walau bagaimanapun kemajuan pembangunan ini bukan alasan berlakunya peningkatan penglibatan remaja dalam perlumbaan haram. Perkara ini perlu dipandang serius oleh badan kerajaan dan badan bukan kerajaan kerana kegiatan ini menjadi semakin membimbangkan khususnya apabila didapati aktiviti yang bahaya ini turut menjejaskan keamanan dan kemakmuran yang dimiliki Negara. Selain itu aktiviti mat rempit juga mendapat perhatian dalam dunia hiburan dimana terdapat banyak filem-filem keluaran tempatan yang mengisahkan kehidupan mat rempit seperti “filem Adnan Sempit” dan “filem Rempit”. Ini menunjukkan remaja pada zaman sekarang seperti mahukan sesuatu untuk mengisi masa lapang yang terbuang.

Jika kita perhatikan daripada filem-filem ini, ia menunjukkan remaja sebenarnya tahu banyak kesan buruk yang akan berlaku kepada mereka akibat daripada penyertaan dalam gejala ini seperti kemalangan, kecederaan, dan kematian namun masih ramai lagi remaja terutamanya remaja melayu terlibat dengan gejala mat rempit dan kita dapat lihat fenomena ini semakin berkembang dari masa ke semasa. Pihak berkuasa seperti pihak polis dan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) juga sering membuat operasi-operasi penangkapan pesalah-pesalah jalan raya khususnya pelumba haram seperti operasi “lumba haram”,“opps rempit” dan pelbagai lagi operasi untuk pencegahan gejala ini, namun operasi sebegini seolah-olah tidak memberi kesan kepada remaja walaupun pelbagai hukuman dan dendaan yang dikenakan seperti mengeluarkan saman dan pergantungan lesen memandu.
Walau bagaimanapun pihak kerajaan tidak mudah berputus asa dalam menangani kes mat rempit ini kerana dari masa ke semasa terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan oleh kerajaan untuk menangani permasalan ini seperti mengalakkan remaja menyertai persatuan-persatuan yang dikendalikan oleh badan-badan kerajan dan bukan kerajaan. Setiap tahun kerajaan memperuntukkan berjuta-juta ringgit khusus untuk golongan belia dan remaja. Melalui peruntukan ini, pihak kerajaan menganjurkan pelbagai program yang berbentuk kemasyarakatan dan kepimpinan bagi merapatkan gologan remaja dengan masyarakat. Salah satu program yang berbentuk kemasyarakatan dan memulihkan atau menyedarkan remaja yang terlibat dengan kegiatan perlumbaan haram ini, ialah Program Remaja Perkasa Negara yang dikendalikan oleh Program Permata Negara yang pengerusikan oleh isteri perdana menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.

PENGENALAN PROGRAM
Program Remaja Perkasa Negara merupakan salah satu program intervensi yang dikendalikan oleh Program Permata Negara ditubuhkan bertujuan untuk memulihkan dan menyedarkan golongan remaja terutama sekali remaja yang terlibat dengan kegiatan perlumbaan motosikal haram atau mat rempit. Program Remaja Perkasa Negara ditubuhkan pada September 2009 dengan kerjasama daripada badan bukan kerajaan iaitu Fitrah Perkasa Sdn.Bhd. Fitrah Perkasa Sdn.Bhd merupakan sebuah syarikat latihan dan perunding yang komited dengan usaha membangunkan sumber manusia secara holistik melalui pembentukan personaliti dan organisasi yang unggul. Syarikat Fitrah Perkasa ini mempunyai visi yang jelas iaitu untuk menjadi sebuah syarikat pembangunan sumber manusia yang bertaraf dunia dengan menyediakan latihan, bimbingan, penyelidikan dan penerbitan yang berkualiti untuk mencapai kecemerlangan bukan sahaja di dunia malahan turut melibatkan kecemerlangan di akhirat.Program kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta ini bertujuan untuk menempatkan golongan remaja yang terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral seperti kegiatan lumba motosikal haram atau mat rempit untuk menjalani pemulihan selain mendekatkan golongan remaja dengan masyarakat. Ini menunjukkan semua pihak di Negara kita memandang serius mengenai gejala tidak bermoral ini.
Sebagai permulaan, program ini dijalankan disekitar negeri Selangor yang melibatkan 50 orang remaja yang berisiko tinggi dalam masalah sosial yang berumur antara 18 hingga 25 tahun. Ini kerana statistik yang dikeluarkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menunjukkan negeri Selangor merupakan negeri yang tertinggi mencatatkan berlakunya kes-kes perlumbaan motosikal haram atau mat rempit yang melibatkan remaja yang berumur 18 hingga 25 tahun. Program ini bertujuan untuk membolehkan remaja yang berisiko tinggi melalui proses pemulihan dan menambah kemampuan serta keyakinan diri di samping membentuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan remaja kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat selain menerapkan semangat cintakan Negara.
Ini kerana menerusi program ini, akan diwujudkan Program Khidmat Sosial yang akan diselaraskan dengan pesalah remaja yang dikenakan hukuman dibawah undang-undang khidmat sosial dimana melalui program ini remaja akan diwajibkan untuk mengadakan khidmat sosial di tempat-tempat terpilih.
RASIONAL PROGRAM
Mengikut perundangan, remaja yang dihadapkan ke mahkamah disebabkan melakukan pelbagai kesalahan seperti bersabit dengan mencuri, bersabit dengan masyarakat, melanggar undang-undang perbandaran, lalu-lintas dan lain-lain kesalahan akan dikenakan hukuman bagi setiap kesalahan yang dilakukan. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat menunjukkan kesalahan juvana mengikut etnik pada tahun 2001 seperti orang melayu sebanyak 3459 kes, orang cina sebanyak 831, orang india sebanyak 614 kes dan lain-lain sebanyak 278 kes. Kesalahan juvana yang amat ketara dilakukan oleh golongan remaja ialah kesalahan yang melibatkan kesalahan kecurian harta benda misalnya mencuri kenderaan terutama motosikal.
Menurut Akta Mahkamah Juvana (Akta 90), juvana yang terlibat dengan kesalahan jenayah, juvana yang memerlukan jagaan dan perkhidmatan serta juvana yang tidak terkawal akan dihantar masuk ke institusi akhlak seperti Sekolah Tunas Bakti atau Asrama Akhlak melalui perintah Mahkamah Juvana. Biasanya, juvana adalah seorang yang berumur antara 10 hingga 18 tahun mengikut Seksyen 37 dan 12 (1)(f) Akta Mahkamah Juvana 1947. Tempoh pemulihan di Sekolah Tunas Bakti selama tiga tahun tetapi boleh dibebaskan sebelum tamat tempoh dengan mendapat kelulusan daripada Lembaga Pelawat. Walau bagaimanapun proram ini menempatkan remaja yang berumur antara 18 tahun sehingga 25 tahun dan mereka tidak pernah melakukan jenayah berat.
Program ini ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan kemampuan peserta dari segi kepimpinan dan jati diri. Ini kerana kebanyakan remaja yang terlibat dengan kegiatan mat rempit tidak mempunyai jati diri dan tidak memikirkan masa depan. Walaupun program ini merupakan satu program yang baru namun berdasarkan kaedah pemulihan dan intervensi yang dijalankan ia mampu untuk menjadikan program ini sebagai kaedah rawatan untuk remaja yang menghadapi masalah sosial seperti remaja yang terlibat dengan kegiatan lumba motosikal haram. Ini kerana kaedah pemulihan dan intervensi yang dijalankan adalah dikendalikan oleh pakar-pakar yang mempunyai latar belakang yang baik dan berpengalaman luas. . Apa yang menariknya mengenai program ini ialah peserta-peserta yang mengikuti program ini merupakan remaja yang tidak terlibat dengan gejala dadah. Hal ini bagi memastikan perjalanan intervensi lebih menfokuskan kepada sikap remaja yang terlibat dengan kegiatan lumba haram tanpa intervensi melibatkan penagihan dadah keatas remaja terbabit.
Selain itu, program ini hanya menempatkan remaja-remaja yang melakukan kesalahan lalu lintas seperti berlumba, menggangu orang awam terutama di kawasan perumahan dan melepak sehingga lewat malam secara berulang kali dimana mahkamah boleh mengeluarkan perintah untuk mereka mengikuti program ini. Ini kerana jika remaja yang terlibat dengan kegiatan mat rempit ditempatkan di penjara, mereka lebih terpengaruh dengan penjenayah tegar seperti pengedar dadah, pembunuhan dan kecurian. Selain itu melalui program ini ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada remaja-remaja yang terlibat dengan kegiatan ini mengenai peranan mereka dalam masyarakat dan Negara.
Perubahan sikap dari negatif kepada positif amat penting dalam diri setiap individu dimana sikap yang positif dapat mengelakkan seseorang daripada melakukan tindakan yang negatif. Melalui program ini, pihak pengurusan kem berusaha untuk mengubah sikap mat rempit menjadi lebih bertanggungjawab dalam kalangan mereka. Seperti yang dilaporkan di akhbar-akhbar tempatan, kebanyakkan mat rempit mempunyai sikap tidak menghormati orang lain malahan ada dalam kalangan mat rempit yang membuat bising di kawasan-kawasan perumahan sehingga lewat malam.
TINJAUAN KAJIAN LEPAS
Bagi menjelaskan fenomena gejala sosial seperti ini, pelbagai huraian tentang perilaku non-konformis golongan remaja Malaysia telah dikemukakan oleh pakar-pakar. Antaranya ialah faktor psikologi seperti kekecewaan hidup dan keterlepasan kawalan kuasa id serta faktor sosial seperti keadaan keluarga, kawasan perumahan, pengaruh media massa dan pengaruh rakan sebaya. Selain itu, kajian yang dilakukan oleh oleh Maura O’Kette (1995) menunjukkan pelaku-pelaku masalah sosial terdiri daripada individu yang mempunyai masalah dan kekurangan dari segi personaliti, sosiologikal dan psikologikal.
Kajian yang dilakukan Kruttschnitt (1998) berkaitan dengan devian remaja menjelaskan bahawa hubungan kekeluargaan mempunyai kesan yang ketara dalam pembentukan personaliti individu. Keputusan kajian menunjukkan kemungkinan anak-anak bertingkah laku devian berkurangan jika mempunyai hubungan yang intim dengan ibu bapa mereka. Manakala hubungan antara adik-beradik dilaporkan tidak mempunyai perkaitan dengan pembentukan tingkah laku devian. Silvern dan Williamsom (1987) telah menggunakan kaedah eksperimental bagi mengkaji kesan televisyen terhadap keganasan kepada kanak-kanak. Seramai 28 orang kanak-kanak dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun telah diuji. Hasil kajian menunjukkan kanak-kanak ini akan bertindak lebih agresif selepas menonton dan bermain permainan video yang bersifat ganas. Menurut kajian Cowan dan Walter (1963), jadual ganjaran memainkan peranan penting dalam menentukan penerusan sesuatu tingkah laku. Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan kanak-kanak yang diberikan ganjaran secara rambang lebih cenderung untuk meneruskan tingkah laku agresifnya berbanding dengan kanak-kanak yang diberikan ganjaran secara berterusan.
Keseimbangan ganjaran dengan kos yang terlibat dalam devian menentukan berlakunya pengulangan tingkah laku devian. Keakraban ibu bapa dan komitmen terhadap ajaran agama dapat mengelakkan remaja daripada terus terjerumus dalam delikuensi. Pengaruh rakan sebaya terbukti mempunyai hubungan yang positif dengan kekerapan remaja melakukan delikunsi. Dua perseptif yang menerangkan pengaruh rakan sebaya dalam kelakuan devian ialah rakan sebaya yang menggalakkan tingkah laku devian atau pemilihan rakan sebaya berdasarkan criteria dan personaliti yang sama. Personaliti yang selari membawa kepada persefahaman dan pembentukan perlakuan yang sama.
PENDEKATAN TEORI MENGENAI GEJALA MAT REMPIT.
Terdapat beberapa teori yang boleh menghuraikan fenomena ini iaitu personaliti, teori psikoanalisis dan teori pembelajaran sosial. Dari segi personaliti, terdapat pelbagai penjelasan dan dimensi yang wujud dalam personaliti manusia khususnya yang berkaitan dengan keterlibatan dalam masalah sosial. Dalam teori personaliti, Eysenck (1964) telah mengemukakan tiga jenis dimensi personaliti iaitu extrovensi lawan introvensi (E), neurotisme lawan emosi stabil (N), dan psikotisisme lawan kawalan impuls (P). selain itu, Shultz dan Shultz (1998) ada menyatakan bahawa mereka yang mempunyai tret personaliti E yang tinggi adalah ekstrovert iaitu lebih kepada dunia luar, suka bersosial, mengikut kehendak hati dan dominan, manakala introvert pula berkelakuan sebaliknya. Eysenck dan Wilson (1996) menyatakan ekstrovert (E) adalah bagi individu yang suka bersosial, bertenaga, suka bergaul, tidak runsing, impulsive, asertif, aktif secara fizikal dan optimistic, manakala introvert pula bersikap lebih senyap, pasif, berhati-hati, bertimbang rasa, aktif secara mental dan persimistik. Selain itu, Shultz dan Shultz (1998) turut menyatakan neurotisisme (N) sebagai tret individu yang murung, tidak rasional, cemas dan tegang. Manakala bagi tret psikotisisme (P) pula merujuk kepada individu yang bersifat ganas, anti sosial, berfikiran tegas, dingin dan pentingkan diri sendiri. Mereka turut zalim, bermusuhan dan tidak sensitive kepada perasaan orang lain.
Teori Psikososial
Teori oleh Chien (1984) dan diperkukuhkan oleh Huizinga, Loeber & Thornberry (1994) yang menunjukkan peningkatan gang dan remaja berpeleseran akan meningkatkan vandalisme dan penagihan dadah. Kekukuhan kesatuan dan keupayaan bertindak liar dan mempertahankan kehendak ahli dilihat kekuatan remaja bergerak secara kumpulan. Mereka lebih cenderung melakukan keganasan dan jenayah di samping mempertahankan keutuhan bekalan dadah. Hubungan tingkahlaku vandalisme dan penyalahgunaan dadah di pengaruhi oleh beberapa faktor termasuk aspek harga diri, rakan sebaya, keluarga, masyarakat dan institusi kekeluargaan (Chein, 1984). Remaja yang sering bertindak liar mempunyai kaitan dengan harga diri yang rendah dan penyalahgunaan dadah, tahap keyakinan diri yang rendah, memberontak terhadap masyarakat (Brady et al., 1995; Brody, 1990; Fagan & Chin, 1990).

INTERVENSI YANG DIJALANKAN SEMASA PROSES PEMULIHAN
Institusi pemulihan merupakan satu institusi akhlak yang diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Kebajikan Masyarakat. Institusi ini ditubuhkan dibawah Akta Mahkamah Juvana 1947. Walau bagaimanapun Program Remaja Perkasa Negara merupakan program yang dikendalikan oleh Program Permata Negara yang bertanggungjawab untuk memulihkan remaja yang berusia antara 18 tahun hingga 25 tahun melalui intervensi-intervensi yang dijalankan.
Intervensi yang dijalankan dalam program ini ialah remaja yang dipilih akan ditempatkan di dalam kem antara dua minggu sehingga enam bulan. Ini bagi membolehkan remaja yang dipilih menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang lebih bermakna dan berkesan dalam menjalani rawatan intervensi. Di dalam kem ini, remaja-remaja ini dikehendaki menjalankan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam dua modul iaitu modul sokongan dan modul khas bergantung kepada sejauh mana penglibatan remaja ini dalam kegiatan mat rempit.
MODUL SOKONGAN
Dalam modul sokongan terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan yang bertujuan untuk memberi sokongan kepada peserta-peserta dimana dalam modul ini tertumpu kepada kesedaran untuk mengubah sikap. Berdasarkan kajian-kajian lepas, kebanyakan remaja-remaja yang terlibat dengan kegiatan mat rempit ini mempunyai sikap pentingkan diri, inginkan kebebasan dan tidak suka kepada konkongan. Selain itu kesedaran mengubah sikap ini penting kepada remaja yang terlibat dalam kegiatan perlumbaan motosikal haram kerana perubahan sikap remaja ini kepada positif akan menbolehkan aktiviti setrusnya dijalankan. Dalam modul sokongan juga terdapat aktiviti dimana fasilitator akan membantu peserta-peserta membentuk keyakinan diri. Ini kerana kebanyakan remaja yang terlibat dalam kegiatan lumba motosikal haram ini mempunyai keyakinan diri yang rendah sehingga mereka ini mudah untuk terpengaruh dengan ajakan daripada rakan mereka. Selain itu ada juga remaja-remaja yang terlibat dengan kegiatan ini merasakan diri mereka tidak dipedulikan oleh masyarakat setempat.
Dalam modul sokongan juga, peserta-peserta akan menjalani intervensi dimana mereka ini dikehendaki menetapkan visi dan misi hidup yang jelas. Kajian-kajian lepas menunjukkan remaja-remaja yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral ini tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas. Mereka tidak memikirkan masa depan dan sering berputus asa apabila gagal dalam sesetengah perkara. Selain itu kebanyakan remaja-remaja ini mempunyai kemahiran dan kebolehan tertentu tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk mengembangkan bakat yang mereka miliki. Berdasarkan modul ini, fasilitator akan membantu mereka cara bagaimana untuk mencapai visi dan misi hidup yang ditetapkan. Akhir sekali melalui modul ini remaja-remaja akan didedahkan dengan kecemerlangan menerusi perubahan sikap yang positif.
MODUL KHAS
Dalam modul khas, terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan dalam program ini. Aktiviti-aktiviti dalam modul khas ini dijalankan setelah peserta menjalani kesemua aktiviti dalam modul sokongan dan peserta juga menujukkan perubahan yang positif. Dalam modul khas ini peserta-peserta akan didedahkan dengan kominiti dimana terdapat aktiviti khidmat komuniti dalam modul ini. Dalam aktiviti khidmat komuniti, peserta akan menyertai masyarakat dalam aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong membersihkan kawasan, dan bersama-sama penduduk tempatan untuk memajukan komuniti tersebut. Dalam modul ini peserta akan diberikan kumpulan dan setiap kumpulan akan dibantu oleh seorang pengajar dimana pengajar ini akan membawa kumpulan kecil ini ke kawasan yang terpilih. Melalui aktiviti ini ia mampu untuk melahirkan peserta yang bersikap bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan Negara. Selain itu juga bertujuan untuk melahirkan sikap kesukarelaan dalam komuniti.
Setelah remaja ini menjalankan aktiviti khidmat komuniti peserta-peserta akan terlibat dalam aktivitri rekreasi seperti berkayak, mengadakan sukan. Ini bertujuan untuk melahirkan remaja yang mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental. Melalui aktiviti rekreasi ini juga peserta-peserta akan didedahkan sikap berkerjasama antara kumpulan dan memupuk sikap saling memerlukan antara satu sama lain.
KELEMAHAN PROGRAM REMAJA PERKASA NEGARA
Setiap program dan intervensi yang dijalankan mesti mempunyai kelemahan atau masalah tersendiri sama ada kelemahan itu datang dari pihak pengurusan atau pennyertaan dalam program tersebut. Program Remaja Perkasa Negara juga mempunyai kelemaha-kelemahan dalam penyertaan remaja. Ini kerana adalah sukar untuk menetukan remaja-remaja yang terlibat dalam kegiatan perlumbaan motosikal haram ini tidak terlibat dengan dadah. Ini kerana kebanyakkan remaja yang terlibat dalam kegiatan ini terdedah kepada pengambilan dadah sama ada secara tidak lansung ataupun secara lansung.
Selain itu terdapat juga ibu bapa yang tidak membenarkan anak mereka menyertai proram ini dengan alasan anak mereka tidak melakukan kesalahan jenayah berat dan untuk menjaga maruah keluarga kerana malu jika anak mereka menyertai program ini mereka akan dipandang serong oleh masyrakat.

KESIMPULAN
Golongan remaja hari ini mempunyai persepsi dan jangkaan sosial objektif, subjektif dan nilai sahsiah diri yang bersifat dua hala. Mereka mahu ibu bapa, ahli keluarga, rakan taulan dan masyarakat sekitar mereka memberi kebebasan dan kepercayaan kepada mereka dalam mengendalikan kehidupan harian. Kawalan dan pengawasan keluarga sangat penting dalam mencegah remaja daripada terlibat dengan salah laku sosial yang negative seperti penularan gejala mat rempit. Kawalan dan pengawasan yang berbentuk family friendly amat diperlukan bagi membolehkan remaja merasai diri mereka dihargai, dipercayai dan disayangi. Selain itu badan-badan bukan kerajaan(NGO) perlu bersama-sama pihak kerajaan untuk sama-sama membendung gejala tidak bermoral ini dengan menganjurkan program-program yang boleh mendekatkan remaja dengan masyarakat dan memuput sikap bertanggungjawab bukan sahaja kepada diri malahan kepada agama, nusa dan bangsa.
Hukuman seperti menpenjarakan individu yang terlibat dengan kegiatan mat rempit bukan satu jalan penyelesaian baik kerana kesan jangka panjang lebih parah lagi apabila individu yang terlibat dalam kegiatan ini dipenjarakan mereka akan terdedah dengan penjenayah tegar dan perkara ini sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada golongan mat rempit ini untuk melakukan jenayah berat setelah mereka keluar dari penjara dan mereka ini tidak diterima dalam masyarakat. Selain itu, ibu bapa dan ahli keluarga tidak perlu bimbang dengan program yang dilaksanakan kerajaan kerana ia bertujuan untuk membantu remaja-remaja kembali ke pangkal jalan.

RUJUKAN
Atwater, E.,1992. Adolescene. Kelima. London: Prentice Hall.
Bynum,J.E.,2001. Juvenile Delinquency: A Sociological Approach. Edisi Kelima. Toroto Allyn and Bacon
Habibah Elias dan Ruhil Hj. Muhyiddin,1990.Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kruttschnitt C. Health. L. dan Ward. D.A., 1986. “Family Violence, Television Viewing Habit, and Adolescent Experiences Related to Violent Criminal Behavior” dlm. Criminology.
MceWan A.W .,1983.”Eysenck’s Theory Of Criminality and the Personality Types and Offences of Young Delinquents” dlm. Journal of Personality and Individual Differences.
Rozmi Ismail, 2005, Perlumbaan Motorsikal Haram di Kalangan Remaja, dalam prosiding Seminar Penyelidikan dan Pembangunan Generasi Muda UKM-KBS, 13-14 Disember, 2005, UKM, Bangi, m/s 315-326.
Akta Pengankutan Jalan.1987. Memandu secara melulu dan membahayakan (pindaan 1999).Perkara 42.
http://forum.autoworld.com.my/index.php?showtopic=91084&pid=1488450&mode=threaded&start=#entry1488450
http://forum.autoworld.com.my/index.php?showtopic=91084&pid=1483286&mode=threaded&start=#entry1483286
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. http://www.jkm.gov.my/mel/statistikml.htm (16/2/2010)
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. http://www.jkm.gov.my/mel/aktamj.htm (16/2/2010)

program remaja perkasa negara

Hukuman seperti menpenjarakan individu yang terlibat dengan kegiatan mat rempit bukan satu jalan penyelesaian baik kerana kesan jangka panjang lebih parah lagi apabila individu yang terlibat dalam kegiatan ini dipenjarakan mereka akan terdedah dengan penjenayah tegar dan perkara ini sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada golongan mat rempit ini untuk melakukan jenayah berat setelah mereka keluar dari penjara dan mereka ini tidak diterima dalam masyarakat.

RUJUKAN
Atwater, E.,1992. Adolescene. Kelima. London: Prentice Hall.
Bynum,J.E.,2001. Juvenile Delinquency: A Sociological Approach. Edisi Kelima. Toroto Allyn and Bacon
Habibah Elias dan Ruhil Hj. Muhyiddin,1990.Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kruttschnitt C. Health. L. dan Ward. D.A., 1986. “Family Violence, Television Viewing Habit, and Adolescent Experiences Related to Violent Criminal Behavior” dlm. Criminology.
MceWan A.W .,1983.”Eysenck’s Theory Of Criminality and the Personality Types and Offences of Young Delinquents” dlm. Journal of Personality and Individual Differences.
Akta Pengankutan Jalan.1987. Memandu secara melulu dan membahayakan (pindaan 1999).Perkara 42.
http://forum.autoworld.com.my/index.php?showtopic=91084&pid=1488450&mode=threaded&start=#entry1488450
http://forum.autoworld.com.my/index.php?showtopic=91084&pid=1483286&mode=threaded&start=#entry1483286
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. http://www.jkm.gov.my/mel/statistikml.htm (16/2/2010)
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. http://www.jkm.gov.my/mel/aktamj.htm (16/2/2010)
PENGENALAN
Krisis merupakan satu titik tolak kehidupan seseorang sama ada mampu untuk menanganinya dan meneruskan hidup ke tahap seterusnya atau sebaliknya. Krisis terhasil dari stress dan tekanan dalam kehidupan peribadi seseorang. Stress adalah elemen utama dalam pembangunan krisis. Manusia mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap stres dan situasi krisis berdasarkan kemahiran atau tingkah laku tersendiri, keupayaan untuk menangani, tahap kematangan dan personaliti.
Seseorang yang berada dalam keadaan krisis adalah apabila seseorang itu tidak dapat menentukan matlamat hidup dengan cara yang biasa disebabkan ada halangan yang besar dan berat ( Caplan ,1961 ). Intervensi krisis dilakukan apabila berlaku sesuatu keadaan yang menggugugat kebajikan diri atau kebajikan orang lain dan satu langkah segera perlu diambil. Krisis boleh dibahagikan kepada dua iaitu krisi yang boleh diramal dan krisis yang tidak boleh diramal.
Krisis yang boleh diramal adalah peristiwa atau proses biasa yang berlaku dalam kehidupan seperti perkahwinan, kehamilan dan persaraan. Krisis yang tidak boleh diramal adalah peristiwa atau proses yang terjadi secara mengejut dan tiba-tiba. Contohnya krisis yang tidak boleh diramal adalah jenayah seperti tekanan yang ditunjukkan oleh mangsa jenayah rogol, pembunuhan dan rompakan bersenjata. Selain itu, malapetaka semula jadi dan berita mengejut seperti ahli keluarga terlibat dalam kemalangan adalah contoh krisis yang tidak boleh diramal. Sejarah krisis secara keseluruhannya dapat dilihat pada empat tahap iaitu suatu keadaan kritikal terjadi dimana penentuan dibuat sama ada seseorang itu mempunyai keupayaan untuk menangani krisis tersebut atau tidak. Seterusnya, peningkatan ketegangan dan persekitaran yang tidak terurus akan menambah kebolehupayaan seseorang dan melahirkan satu tuntutan untuk sumber tambahan untuk menyelesaikan acara adalah diperlukan. Akhir sekali, petunjuk mungkin diperlukan bagi menyelesaikan masalah ketidaktentuan personaliti yang besar.
Intervensi pula membawa maksud campur tangan yang boleh digambarkan sebagai apa yang kaunselor lakukan atau boleh lakukan dalam program bimbingan dan kaunseling yang komperehensif. Contoh- contoh intervensi adalah perkhidmatan sesi kaunseling sama ada secara individu, kelompok kecil atau kelompok besar. Pemilihan intervensi kaunseling yang berkesan melibatkan bilangan faktor yang berbeza, termasuklah bilangan faktor yang berbeza, penilaian ke atas masalah klien, matlamat yang diinginkan, pemilihan klien, ciri-ciri personal dan gaya pembelajaran. Pentingnya intervensi krisis masa kini dalam kaunseling juga dikaitkan dengan meningkatnya kejadian-kejadian yang boleh menyebabkan berlakunya krisis. Ini adalah kerana peredaran zaman yang dilalui turut dilimpahi dengan pelbagai masalah seperti peperangan dan bencana dunia, sebagaimana yang diucap oleh Caplan ( 1964 ) dalam J & G ( 2001 ) apabila sesuatu kejadian dipersepsikan oleh seseorang itu sebagai satu ancaman kepada keselamatan dirinya untuk memenuhi sesuatu keperluan atau untuk kehidupan yang bermakna.

PUNCA-PUNCA KRISIS
Antara punca-punca krisis ialah kekecewaan. Kekecewaan berlaku apabila sesuatu yang diingini tidak tercapai contohnya kematian seseorang yang dikasihi dan disayangi, akibat kegagalan dalam mencapai cita-cita atau keinginan terhadap sesuatu, kemiskinan hidup dan kegagalan dalam hidup. Konflik juga merupakan salah satu punca berlakunya krisis. Konflik antara individu berlaku kerana setiap individu mempunyai nilai pegangan masing-masing yang kadang kala tidak sama. Apabila berlaku percanggahan dengan nilai yang dipegang dengan individu lain maka akan berlakulah konflik sekiranya mereka tidak dapat bertolak ansur antara satu sama lain. Tekanan hidup yang dilalui oleh individu tersebut merupakan satu lagi punca berlakunya krisis. Keadaan emosi yang tidak stabil dan negatif serta tindak balas fisiologi yang berlaku dalam situasi individu menerima ancaman terhadap tujuan dan matlamat yang penting tidak tercapai.
Selain itu, kelesuan juga merupakan antara punca berlakunya krisis. Kelesuaan akan mengakibatkan individu kurang bergaul dengan masyarakat dan tidak berdaya maju. Hal ini kerana kurangnya pergaulan dengan masyarakat luar dan pemikiran individu itu sempit menyebabkan ia mudah menghadapi krisis dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Kelesuaan berlaku adalah disebabkan sahsiah, sikap, persekitaran, situasi dan peristiwa dalam hidup. Pengalaman trauma yang dilalui oleh seseorang juga menyebabkan krisis berlaku. Pendedahan yang keterlaluan yang dialami oleh individu kepada kejadian-kejadian yang pahit, ngeri dan mengejutkan serta pengalaman-pengalaman yang boleh mengancam kehidupan individu tersebut adalah antara punca trauma yang akan mengakibatkan krisis berlaku.
Contohnya individu yang pernah terlibat dalam kemalangan yang dahsyat sehingga membabitkan nyawa keluarga dan orang tersayang, dia akan berasa takut untuk memandu seorang diri dan berada di jalan raya. Peristiwa pahit yang pernah berlaku dalam dirinya menyebabkan dia trauma dan tidak dapat mengawal dirinya dengan baik. Selain itu, individu yang pernah dirogol dengan sadis akan berasa takut dan berjaga-jaga dengan lelaki kerana dia sentiasa memikirkan kejadian yang pernah meragut maruahnya. Dia akan berasa kurang yakin dengan individu yang ingin mendekatinya dan pengalaman lepas masih tidak dapat dilupakan. Individu yang trauma ini perlu dibantu agar dapat membentuk keyakinan semula dalam dirinya bagi meneruskan hidup ini.

JENIS KRISIS
i) Krisis Perkembangan
Krisis perkembangan seiring berlaku melalui perkembangan normal seseorang dalam kehidupannya. Contohnya ialah waktu seseorang masuk ke sekolah. Ia boleh digambarkan sebagai peristiwa yang biasanya dialami dalam pertumbuhan dan kematangan (Aguilera,1994) dalam Myer (2000). Konsep perkembangan normal yang penting bermaksud perubahan individu sepanjang masa dalam cara yang diramalkan dengan ”normal” merujuk kepada apa yang biasa bagi kebanyakan orang dalam satu kumpulan umur tertentu sama ada kumpulan umur bayi, remaja atau lebih daripada umur 60 tahun. Ahli teori perkembangan juga membuat pemerhatian bahawa kebolehan manusia untuk tumbuh dan berubah dengan cara yang dijangkakan adalah satu hasil interaksi di antara keperluan psikologi individu dengan kebolehan, jangkaan sosial, tuntutan, sumber dan peluang (Bronfrenbrenner, 1979, 1989) dalam Myer (2000).
Krisis Perkembangan merujuk kepada situasi yang mana individu diselubungi (perasaan sedih, derita dan sebagainya), tidak dapat untuk mengendalikannya, dan tidak dapat berfungsi dengan sesuai dalam memberi respon terhadap peralihan peranan perkembangan. Secara semula jadinya dalam semua tahap perkembangan berlaku ketegangan atau tekanan khusus dan berpotensi untuk menghadapi konflik. Bagaimana individu mengendalikannya bergantung kepada faktor-faktor lain (kewangan, personal, sokongan sosial). Jika individu tidak dapat mengendalikan semua ketegangan dan menyelesaikan semua konflik dengan berjaya, krisis perkembangan akan terhasil. Sebagai contoh, tugas perkembangan seorang kanak-kanak termasuklah belajar untuk berhubungan dengan rakan sebaya dan guru.
Kanak-kanak mungkin mengalami konflik dengan rakan sebaya dan guru. Kesukaran ini berpotensi untuk membentuk krisis kepada kanak-kanak tersebut kerana penguasaaan kejayaan peranan rakan sebaya dan pelajar adalah asas kepada jangkaan budaya pada peringkat remaja untuk membentuk kesedaran kendiri dan identiti. Krisis Perkembangan mungkin juga muncul dalam pertengahan kehidupan seperti sesetengah individu mengalami kerisauan, kesedihan atau takut menjadi tua. Individu kemungkinan menjadi sangat tertekan dengan peralihan perkembangan di mana mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan perubahan peranan apabila bersara dan mula untuk berdepan secara terus dengan kematian mereka di mana mereka melihat diri mereka dan orang yang sama umur seolah-olah menolak kesihatan.
Krisis perkembangan juga merujuk kepada situasi yang mana individu diselubungi perasaan sedih, derita dan lain-lain yang mana individu tersebut gagal untuk mengendalikan dan tidak dapat berfungsi dengan sesuai dalam memberi respon terhadap peralihan peranan yang berlaku. Kebiasaannya, dalam semua tahap perkembangan akan terjadi ketegangan dan tekanan khusus untuk menghadapi konflik dan untuk mengendalikan sesuatu konflik adalah bergantung kepada faktor lain seperti kewangan, personal dan sokongan sosial. Jika individu tidak dapat mengendalikan semua ketegangan dan tidak dapat menyelesaikan masalah atau konflik yang dialami maka krisis perkembangan akan terhasil.

ii) Krisis Situasi
Krisis Situasi adalah peristiwa yang berlaku tanpa dijangka sepanjang kehidupan seseorang. Ciri-ciri atau tanda krisis situasi adalah jelas pada peristiwa luaran. Krisis situasi berlaku dengan tidak dijangkakan dan boleh berlaku pada mana-mana tahap dalam kehidupan individu. Tiga ciri Krisis Situasi ialah Sudden onset (Permulaan tiba-tiba) adalah apabila peristiwa yang melanda tanpa memberi amaran awal dan unexpectedness (tidak dijangkakan) di mana apabila peristiwa berlaku individu tidak pernah menimbangkannya secara serius. Ciri ketiga ialah emergency (kecemasan) bermaksud apabila diancam di dalam cara yang kemungkinan (fizikal, emosi), ia memerlukan tindakan secara tiba-tiba untuk mengelakkan sebarang kecederaan.
Contoh Krisis Situasi yang sesetengahnya mempunyai potensi yang tinggi menyebabkan trauma termasuklah kemalangan kereta, diagnosis kesakitan yang kronik, kematian orang tersayang, menjadi mangsa penjenayah, keganasan rumahtangga, rogol atau penderaan seksual pada zaman kanak-kanak. Krisis situasi termasuklah juga peristiwa yang boleh memberi kesan kepada lebih daripada seorang pada satu masa iaitu mungkin memberi kesan kepada keseluruhan komuniti. Contohnya ialah bencana alam seperti banjir kilat dan taufan yang berpotensi menyebabkan Krisis Situasi.
Krisis situasi berlaku dengan tidak dijangkakan dan boleh berlaku pada mana-mana tahap dalam kehidupan individu. Tiga ciri krisis situasi ialah Sudden Onset (permulaan tiba-tiba) adalah peristiwa yang melanda tanpa memeberi amaran awal dan tidak dijangkakan dan apabila berlaku individu tidak pernah menimbangkannya secara serius. Selain itu, krisis situasi juga bersifat kecemasan yang bermaksud apabila diancam dalam cara fizikal dan emosi ia memerlukan tindakan secara tiba-tiba untuk mengelakkan sebarang kecederaan.Antara contoh krisis situasi yang mempunyai potensi yang tinggi akan menyebabkan trauma termasuklah kemalangan kereta, sakit yang kronik, kematian orang yang disayang, menjadi mangsa penjenayah, keganasan rumah tangga, rogol atau penderaan seksual semasa kanak-kanak.
Krisis situasi juga termasuklah peristiwa yang boleh memberi kesan kepada lebih daripada seorang pada satu masa iaitu memeberi kesan kepada keseluruhan komuniti seperti bencana alam seperti banjir kilat dan taufan.Pengetahuan asas tentang peristiwa krisis situasi adalah satu langkah pertama kepada kaunselor dalam membentuk kemahiran yang diperlukan untuk menolong individu yang berada dalam krisis. Pengetahuan ini termasuklah memahami definisi intervensi krisis. Untuk membezakan antara krisis situasi dengan krisis yang lain adalah krisis ini berlaku secara tiba-tiba, mengejut dan mendesak.

iii) Krisis Kewujudan
Krisis kewujudan berlaku apabila seseorang menunjukkan konflik dan perasaan risau apabila berhadapan dengan isu-isu kemanusiaan yang penting. Krisis kewujudan merujuk kepada konflik dalaman dan kerisauan yang mengiringi isu penting dalam kemanusiaan, tanggungjawab, kebebasan, tidak bergantung dan komitmen. Krisis kewujudan mungkin akan mengiringi kesedaran pada umur 40-an. Perkara tersebut tidak akan menjadi signifikan dan jelas kepada profesian atau organisasi, contohnya individu yang menyesal pada umur 50 tahun memilih untuk tidak berkahwin atau meninggalkan ibu bapa di rumah, dan tidak pernah hidup berasingan dan sekarang telah kehilangan semua kemungkinan untuk hidup bahagia sepenuhnya dan menjadi orang yang berfaedah atau perasaan merebak dan berterusan pada umur 60an di mana peringkat individu merasa hidup sudah tidak bermakna, dan mereka mengelak untuk memenuhkan hidup mereka dengan perkara yang bermakna.
Krisis Kewujudan berlaku apabila seseorang berada dalam situasi seperti saya seorang yang gagal, saya hampir lulus, tetapi saya belum dapat bayangkan apa yang akan saya lakukan nanti, saya tidak akan pernah berjaya dalam kerjaya saya. Krisis ini berlaku apabila individu itu tidak dapat menerima realiti dan perkara yang terjadi kepada dirinya dan pemikiran-pemikiran yang negatif dan tidak rasional yang telah mengganggu kehidupan.

TEORI INTERVENSI KRISIS
Salah satu kesan sampingan proses pembangunan yang pesat dalam sesebuah Negara adalah kemunculan masalah sosial dan psikologikal seperti tekanan, penyakit mental dan bunuh diri. Untuk menangani masalah tersebut maka intervensi krisis amat diperlukan. Krisis intervensi melibatkan suatu pengurusan situasi krisis yang diakibatkan sesuatu keadaan atau peristiwa tertentu. Perkhidmatan intervensi adalah bantuan kecemasan yang bersifat sementara atau hanya untuk jangka masa yang pendek.
i) Teori Krisis Asas
Kajian, penulisan dan ajaran yang di berikan oleh Linderman (1944, 1956) memberikan pemahaman baru yang profesional tentang krisis. Linderman membantu kaunselor memberikan intervensi krisis kepada orang yang menderitakan kerana kehilangan di mana mereka tidak mempunyai diagnosis pathalogi yang spesifik tetapi menunjukkan simptom pathologi. Teori krisis asas Linderman dan kerja beliau memberikan sumbangan yang substansif kepada kita dalam memahami tingkah laku klien yang mengalami kesedihan yang amat sangat akibat mengalami kehilangan sesuatu yang amat berharga di dalam hidup. Beliau membantu untuk mengenal pasti respons tingkah laku seperti kesedihan yang amat sangat adalah normal, bersifat sementara, dan boleh berkurang melalui penggunaan intervensi jangka pendek. Contoh tingkah laku yang biasa kepada orang yang mengalami krisis termasuklah terlalu leka dengan kehilangan, identifikasi kepada kehilangan, mengespretasikan rasa bersalah dan permusuhan, rutin harian yang tidak tersusun, dan bukti terhadap rungutan somatik.( Jasonik, 1984). Linderman menyangkal persepsi lazim yang menyatakan bahawa klien yang menunjukkan respons krisis patut dirawat sebagai seorang yang abnormal atau bermasalah pathalogi.
Linderman memfokuskan kepada resolusi segera untuk kesedihan selepas kehilangan, Caplan (1940) pula memperkembangkan idea yang di bina oleh Linderman kepada keseluruhan faktor dalam kejadian yang traumatik. Caplan melihat krisis sebagai sesuatu perkara yang terhasil daripada halangan yang wujud kepada matlamat hidup di mana ia tidak boleh di atasi oleh tingkah laku yang biasa. Halangan ini boleh muncul dalam perkembangan hidup seseorang dan situasi tertentu. Linderman dan Caplan menguruskan intervensi krisis ini mengikut trauma psikologi yang menggunakan paradigma keseimbangan dan ketidakseimbangan. Peringkat dalam paradigma Linderman adalah, keseimbagan yang terganggu, terapi ringkas atau tugas kesedihan, tugas klien dalam melalui masalah dan kesedihan, dan keseimbangan (Jasonik, 1984). Caplan menghubungkan konsep dan peringkat yang di perkenalkan oleh Linderman kepada semua perkara dalam perkembangan dan situasi dan memperkembangan intervensi krisis kepada menghapuskan herotan dalam kognitif, emosi, dan tingkah laku yang menjadi punca utama kepada trauma psikologi.

ii) Teori Humanistik
Teori humanistik adalah dibina berdasarkan pelbagai dimensi. Cormier dan Hackney (1987) memerihalkan sebagai peningkatan estim kendiri iaitu keterbukaan, kepercayaan, perkongsian, keselamatan, penerimaan tanpa syarat, empati yang tepat, dan ketulenan. Intipati dalam teori humanistik ini adalah manusia tidak mampu menyimpan krisis masalah peribadi ini selamanya sekiranya mereka percaya terhadap diri mereka dan orang lain serta mempunyai keyakinan yang mereka mampu untuk mencapai kesempurnaan kendiri dan dapat menyelesaikan masalah.
Psikologi humanistik mencoba untuk melihat kehidupan manusia sebagaimana manusia melihat kehidupan mereka. Mereka cenderung untuk berpegang pada prespektif optimistik tentang sifat alamiah manusia. Mereka berfokus pada kemampuan manusia untuk berfikir secara sadar dan rasional untuk dalam mengendalikan hasrat biologisnya, serta dalam meraih potensi maksimal mereka. Dalam pandangan humanistik, manusia bertanggung jawab terhadap hidup dan perbuatannya serta mempunyai kebebasan dan kemampuan untuk mengubah sikap dan perilaku mereka
Apabila seseorang berunding tentang penilaian kendiri dengan orang lain, mereka akan lebih bergantung kepada orang lain untuk mengesahkan siapa diri mereka. Oleh sebab itu selagi individu mengekalkan lokus kawalan luaran, krisis akan muncul. Matlamat akhir dalam teori humanistik adalah membawa kuasa penilaian kendiri balik kepada individu tersebut, membolehkan dia berupaya untuk kembali mengawal kehendak diri dan membina kebolehan untuk mengambil apa saja tindakan yang diperlukan untuk mengatasi situasi krisis.
iii) Teori Kewujudan
Teori kewujudan berfokus kepada krisis klien yang merasa keseorangan di dalam dunia serta merasa bimbang di dalam keseorangan ini. Penteori Kewujudan melihat manusia sebagai berupaya mencapai kesedaran kendiri yang membolehkan mereka berfikir dan membuat keputusan. Lebih tinggi kesedaran mereka kemungkinan mereka mencapai kebebasan juga lebih tinggi. Kebebasan untuk memilih daripada alternatif adalah menjadi satu tanggungjawab. Hal ini memberi implikasi bahawa seseorang itu bertanggungjawab ke atas kewujudannya dan destinasinya, dia bukan hasil dari kuasa pelaziman yang ditentukan. Kesedaran untuk kebebasan dan bertanggungjawab menyebabkan bimbang tentang kewujudan seseorang yang menjadi asas sifat semulajadi manusia lalu menimbulkan krisis. Mengetahui bahawa seseorang itu perlu memilih tanpa mengira kesannya, menyebabkan krisis kebimbangan. Krisis kebimbangan tentang kewujudan juga adalah hasil daripada kesedaran tentang kematian kerana sedar bahawa manusia mempunyai masa terhad untuk merealisasikan potensi diri.

MODEL-MODEL KRISIS INTERVENSI
Terdapat 3 model asas intervensi krisis yang telah dibincangkan oleh Both Leiner (1974) dan Belkin (1984). Model-model tersebut ialah Model Equilibrium, Model Kognitif dan Model Peralihan Psikososial. Model-model ini menyediakan kerja asas dalam semua strategi dan metodologi (kajian) intervensi krisis. Semua model intervensi krisis adalah berdasarkan teori. Strickler dan Bonnefil (1974) telah menghubungkaitkan teori krisis dan pendekatan psikoanalisis dengan psikoterapi melalui isu-isu berikut:

1) Matlamat rawatan adalah menstrukturkan dan meningkatkan kecekapan klien menghadapi kesukaran untuk menggunakan kemahiran penyelesaian masalah.
2) Sasaran rawatan adalah spesifik dan berkait rapat dengan lingkungan masalah klien (mengaitkan konflik interpersonal klien dan ketidakfungsian role klien).
3) Tumpuan klien adalah memastikan masalah masih lagi dalam kawalan melalui teknik pemfokusan masalah secara aktif.
4) Rawatan disesuaikan dengan tahap sedar klien dan konflik emosi separa sedar. Konflik-konflik tersebut dikendalikan dengan cara mendapatkan rujukan untuk situasi permasalahan tersebut kemudian memfokuskan kepada apa yang diperoleh.
5) Situasi yang berlaku secara tiba-tiba dikesan dengan segera kerana ia mempengaruhi pergerakan situasi permasalahan.
6) Modifikasi trait karakter klien dan bentuk personaliti bukanlah objektif utama dalam rawatan ini.
7) Kebiasaannya, fenomena pemindahan klien terhadap kaunselor intervensi bukanlah menyumbang kepada sebarang kepentingan terhadap proses terauputik. Namun begitu, sesetengah pemindahan biasanya menjadi penghalang terhadap rawatan yang dijalankan.
8) Rawatan adalah berdasarkan maklumat latar belakang yang diperoleh melalui pengetahuan personaliti, kefungsian ego, dan kefungsian sosialisasi klien.

Prinsip-prinsip penting di atas menyediakan perantaraan di antara teori krisis dan intervensi. Prinsip-prinsip tersebut juga menjelaskan bahawa prinsip psikologi krisis adalah asas terhadap latihan klinikal (Belkin, 1984). Maka, penetapan tahap ujian ringkas dilakukan terhadap model-model intervensi krisis seperti equilibrium, kognitif, dan peralihan psikososial.

i) Model Equilibrium
Model ini merupakan suatu model yang ternyata memperihalkan keseimbangan dan ketidakseimbangan. Manusia yang menghadapi krisis lazimnya menghadapi ketidakseimbangan dari segi psikologi dan emosi. Maka, mereka akan menghadapi kesukaran untuk mengendalikan dan menggunakan kaedah penyelesaian masalah yang tepat dalam kehidupan mereka. Matlamat model ini adalah membantu individu mencapai semula keseimbangan dalam tahap pra krisis (Caplan, 1961).
Model ini juga merupakan suatu model yang sesuai untuk mengatasi intervensi pada peringkat permulaan iaitu apabila manusia berada di luar kawalan diri, gagal menyesuaikan diri dan tidak berupaya untuk memilih pilihan yang sesuai dan tepat sehinggalah manusia tersebut berjaya meningkatkan kebolehan dirinya untuk bertindak. Berpandukan masa yang tepat, manusia akan memperoleh kestabilan diri, manakala yang selebihnya boleh diperoleh kemudian. Misalnya, tindakan terbaik adalah menyiasat faktor terpendam yang mendorong kepada bunuh diri sehingga individu tersebut mampu menstabilkan diri dengan memikirkan bahawa hidup ini adalah sangat berharga. Ini merupakan model asli intervensi krisis dan selalunya digunakan pada peringkat permulaan krisis (Caplan, 1961; Leitner, 1974; Lindermann, 1944).

ii) Model Kognitif
Model ini berdasarkan kepada kenyataan bahawa krisis adalah berakar umbi daripada pemikiran yang salah mengenai sesuatu peristiwa atau situasi. Namun, model ini juga bukan sekadar berdasarkan peristiwa atau fakta mengenai sesuatu peristiwa dan situasi sahaja (Ellis, 1962). Matlamat model ini adalah untuk membantu manusia sedar dan mengubah pandangan dan kepercayaan mereka mengenai sesuatu krisis. Pegangan asas model ini adalah manusia boleh memupuk kawalan terhadap krisis dalam kehidupan mereka melalui perubahan cara berfikir terutamanya mengenalpasti dan mempertikaikan ketidakrasionalan dan kekalahan diri mereka. Selain itu, manusia mampu mengekalkan dan memfokuskan kerasionalan dan elemen penghargaan diri dalam proses pemikiran mereka. Mesej yang disampaikan oleh manusia yang menghadapi krisis lazimnya akan berbentuk negatif dan hanya berkisar kepada situasi sebenar. Dilema yang berpanjangan akan memberi kesan terhadap luaran individu berkenaan, seterusnya menolak sejelas-jelasnya persepsi dalaman kepada pengucapan kendiri yang negatif.
Akhirnya, pemikiran individu itu sendiri yang menetapkan bahawa tiada syarahan yang boleh meyakinkan sebarang kemungkinan positif bakal berlaku daripada situasi tersebut. Tingkah laku mereka akan dipengaruhi oleh pengucapan kendiri yang negatif seterusnya beranggapan bahawa hidup sudah tiada harapan lagi. Pada ketika ini, intervensi krisis akan bertindak sebagai sambungan semula pemikiran individu ke arah positif melalui praktis dan pengulangan kenyataan yang baru mengenai situasi yang berlaku sehinggalah kenyataan lama yang berunsurkan negatif terhapus. Model ini merupakan suatu model yang bersesuaian setelah klien distabilkan dan kembali dalam lingkungan permulaan krisis equilibrium. Komponen asas model ini dapat ditemui dalam kerja rational-emotive oleh Ellis (1982), pendekatan kognitif-behavioral oleh Meichenbaum (1977), dan sistem kognitif oleh Beck (1976) dan Beck, Rush, Shaw, Emery (1987).

iii) Model Peralihan Psikososial
Model ini beranggapan bahawa individu merupakan produk (keluaran) daripada dirinya sendiri di samping pembelajaran yang diperoleh daripada persekitaran sosial. Ini kerana, manusia selalunya akan berubah, membangun dan membesar. Persekitaran sosial dan pengaruh sosial pula adalah secara berturutan mengalami perkembangan. Krisis mungkin berkait dengan kesukaran dalaman dan luaran seseorang individu (termasuklah psikologikal, sosial, dan persekitaran).
Matlamat model ini ialah bekerjasama dengan klien dalam mentafsirkan kesukaran dalaman dan luaran yang menyumbang kepada krisis dan menolong mereka (klien) untuk memilih alternatif yang mampu bertindak terhadap tingkah laku pada masa kini, sikap, dan penggunaan sumber daripada persekitaran. Gabungan unsur dalaman yang sesuai akan bertindak dengan mekanisme, sokongan sosial dan sumber daripada persekitaran untuk membantu klien mencapai kawalan autonomous klien (hidup tanpa krisis).
Model ini tidak melihat krisis sebagai suatu unsur dalaman yang mudah. Model ini juga menyentuh bahagian luaran individu dan sentiasa menitikberatkan sistem yang memerlukan perubahan. Masyarakat kelas atasan, keluarga, pekerjaan, agama dan masyarakat adalah sebahagian daripada sistem tersebut. Namun, hanya sesetengah dimensi luaran sahaja yang menggalakkan penyesuaian psikologi. Dengan berpandukan masalah-masalah krisis, beberapa peningkatan dalam jangka masa panjang akan dipraktikkan, kecuali sistem sosial yang mempengaruhi individu tersebut mengalami perubahan atau individu tersebut telah menerima kedinamikan sesebuah sistem. Seperti model kognitif, model peralihan psikososial nampaknya menjadi paling sesuai setelah klien distabilkan. Ahli teori yang menyumbang kepada model peralihan psikososial ini termasuklah Adler (Ansbacher & Ansbacher, 1956), Erikson (1963), dan Minuchin (1974).
Model dalam pekerjaan sosial ini memiliki ciri yang sama iaitu untuk membandingkan dan membezakan intervensi yang didahului dengan kontrak antara klien dengan pekerja sosial serta memanfaatkan lingkungan sekitar klien.Secara eksplisit intervensi krisis didasarkan pada Ego Psikologi Psikodinamik. Fokus dari praktis kepada kedua-dua model ini berbeza. Fokus kepada intervensi krisis adalah menghentikan gangguan keberfungsian masyarakat yang normal, sedangkan praktis berpusat tugas (Task Centred) difokuskan pada menetapkan kategori-kategori dari masalah yang ada. Keduanya mencuba untuk memperbaiki kekuatan-kekuatan dalam masyarakat dalam menghadapi masalah yang dinyatakan.
Intervensi krisis ini membantu klien dalam membuat penyesuaian diri untuk memfokuskan sesuat perkara yang utama dan penting dalam usaha mengawal emosi.Apabila seseorang individu itu menghadapi masalah ia secara idak langsung akan menguatkan pemikiranya apabila akan muncul masalah di masa akan datang.. Sementara itu dalam Task Centred difokuskan kepada praktis yang digunakan untuk pemecahan masalah. Inventori krisis ini merupakan teori yang bersumber dari masalah-masalah yang ada dalam kehidupan, sedangkan Task Centred lebih mengarah kepada proses pemecahan masalah secara pragmatis. Dalam pekerjaan sosial, intervensi krisis ini dipandang sebagai sebuah teknik umum dalam menghadapi masalah klien dan relevan dengan semua bidang dalam pekerjaan sosial misalnya bidang kesihatan.

TEKNIK- TEKNIK INTERVENSI KRISIS
i) Pembaharuan Dan Pertumbuhan
Teknik ini bertujuan untuk membantu klien menyedari kekuatan yang ada dalam diri klien. Teknik ini lebih kepada melakukannya secara kelompok yang mana setiap individu yang berada di dalamnya akan memberikan semangat antara satu sama lain, seterusnya dapat membina pertumbuhan baru dalam diri setiap ahli kelompok tersebut. Di dalam teknik ini terdapat juga teknik-teknik lain yang digunakan seperti kumpulan pertemuan, kesedaran deria, meditasi, latihan berkomunikasi dan seni-seni kreatif.
ii) Teknik Mudah Penerokaan
Probing
Probing ialah satu kemahiran primary atau kemahiran utama dalam melakukan sesi kaunseling dengan membenarkan kaunselor untuk memulakan dan meneroka cerita dan permasalahan mereka supaya kaunselor dan klien dapat berkongsi keraguan, kebimbangan, idea, pengalaman dan perasaan yang sering dirasainya. Kaunselor akan bertanya untuk mendapatkan maklumat supaya dapat mengetahui apakah sebenrnya permasalahan klien hingga menggangu emosinya dengan menggunakan kemahiran memfokus serta memberitahu. Probing ini akan berlaku sekiranya klien sudah bersedia untuk berkongsi apa yang terjadi. Probing juga digunakan dalam fasa awal dan secara keseluruhannya intervensi krisis adalahuntuk mendapatkan maklumat terperinci yang sesuai untuk menilai keselamatan klien dan mengenalpasti keperluan segera dengan menngunakan soalan tertutup. Soalan tertutup pnting untuk mendapatkan maklumat yang spesifik. “Close probes” boleh digunakan apabilamemerlukan untuk mendapatkan maklumat dengan segera, namun dengan menggunakan “close probes” akan membuatkan klien merasakan kaunselor lebih banyak menyoal berbanding perasaan ingin menolong dan semakin sukar untuk membentuk perasaankerjasama dan bergantung kepada kebolehan diri.
Egan (1994), kejelasan termasuk pengalaman yang spesifik, tingkah laku yang spesifik dan perasaan yang lebih tepat untuk dirasai dan difahami. “kekaburan dan ketidakjelasan akan kelihatan”. Bergantung kepada kaunselor untuk membantu menolong klien mencapai kejelasan untuk mengambil tindakan. Dengan kemahiran empati dan probing, kaunselor akan membantu klien untuk menyenaraikan atau menyatakan secara spesifik apa yang diingini sebenarnya. Kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas yang mana dapat dilihat atau dijelaskan melalui empati dan kombinasi ciri-ciri kaunselor seperti ketulinan, gabungan kemahiran menolong yang efektif, keinginan untuk menolong. Probes menyatakan persoalan untuk medapatkan maklumat dalam membantu klien untuk meluahkan dan menggalakkan klien untuk bercakap dan selesa untuk bercerita, dan untuk mengenalpasti alternatif penyelesaian dan membina matlamat.

iii) Teknik Membangunkan Perkembangan Hubungan
Salah satunya ialah menerima dan mendengar dengan aktif. Mendengar dengan aktif terhadap apa yang klien katakan secara verbal dan nonverbal merupakan langkah pertama untuk menguasai intervensi krisis. Pendengaran yang sebenar adalah termasuk memerhati, mendengar dan memberi respon terhadap tingkah laku nonverbal klien, mesej verbal, dan konteks atau cara klien yang dipengaruhi oleh konteks di mana mereka tinggal, bergerak dan orang yang berhampiran dengan mereka.
Egan (1994), menegaskan kaunselor agar sedar tentang bayangan sebenar klien. Beliau menyatakan contoh mendengar dengan tidak aktif ermasuklah “mendengar dengan menilai” (evaluate listening), di mana kaunselor menilai apa yang telah klien katakana, mendengar dengan menapis (filtered listening) dimana kaunselor membuat tapisan terhadap apa yang didengar melalui sikap ‘bias’nya sendiri, “fact centered” iaitu kaunselor memberikan respon yang dominan lebih kepada perasaan bersalah terhadap kekecewaan klien. Setiap kemahiran mendengar ini biasanya bermasalah dalam keadaan krisis, apabila kaunselor kadang-kadang mendengar dan memberi respon cepat dan secara aktif dan apabila kedua-dua situasi dan keadaan klien sedang semangat untuk bercerita.
“Attending” adalah pelengkap kepada kemahiran mendengar termasuklahdari aspek verbal dan nonverbal. Penerimaan terhadap tingkah laku nonverbal memerlukan kaunselor mempunyai “eye contact” yang bagus, ekspresi muka, dan menerima perasaan klien, serta postur badan yang menunjukkan kesedaran terhadap apa yang klien mahu. Pengetahuan tentang beberapa perkara seperti perbezaan budaya dalam “eye contact” atau sensitiviti terhadap keadaan klien yang tidak selesa dengan kerapatan fizikal akhirnya menyatakan bagaimana keberkesannya kaunselor berinteraksi secara nonverbal dengan individu tersebut.
Penerimaan terhadap aspek tingkah laku termasuklah menggunakan kemahiran menggunakan parafrasa. Bersama-sama dengan kemahiran empati, kaunselor memberi maklum balas terhadap apa yang ingin klien sampaikan untuk menunjukkan kefahamannya tentang penceritaan klien. Parafrasa yang afektif adalah apabila kaunselor menyatakan idea itama dan memberikan maklum balas yang pendek serta tepat terhadap mesej utama yang ingin disampaikan oleh klien.
Pada dasarnya empati adalah bagaimana untuk bersama klien dengan kemahiran yang spesifik. Ini bermaksud, kita memasuki kehidupan orang lain untuk sementara waktu, bergerak bersama-sama tanpa membuat sebarang penilaian. Empati dalam intervensi krisis menyediakan kaunselor untuk sanggup dan boleh meninggaklan sebentar perasannya dan cuba untuk mengalami perasaan klien tanpa menghilangkan matlamat sebenar yang ingin dicapai. Bagi memastikan keberkesanan empati, peril dilakukan dengan komunikasi nonverbal dan membenarkan maklum balas yang tepat dan aktif dengan perasaan. Empati memerlukan untuk menyatakan emosi sebenar kandungan mesej yang tepat untuk memberi respon yang tepat dan efektif terhadap apa yang klien sampaikan.
Empati tidak sama dengan simpati atau perasaan bersalah terhadap klien. Buka juga projeksi atau membuat anggapan terhadap respon emosi seseorang klien. Tambahan pula, seseorang pendengar yang empati perlu memberi reaksi emosi yang selaras dengan espon emosi klien yang berada dalam keadaan krisis. Memberi respon terhadap empati berlaku apabila kaunselor memilih untuk meletakkan perasaannya sama dengan klien untuk memahami pengalaman dan saling memberi respon terhadap emosi klien. Penerimaan, mendengar dengan aktif dan kemahiran memberi respon mempunyai dua tujuan yang asas. Pertamanya, membolehkan kaunselor untuk membentuk perhubungan dimana klien akan merasakan dihargai dan difahami. Empati dapat memelihara dan meneruskan perhubungan menolong dan dengan adanya perasaan empati dapat menjadikan satu keadaan perhubungan saling menolong. Dalam masa sama, kemahiran ini akan memudahkan klien untuk berkongsi cerita sebenar.
STRATEGI INTERVENSI KRISIS
Strategi Pelbagai Kesan.
Strategi ini melibatkan usaha menyokong yang berbentuk intensif. Biasanya digabungkan dengan rancangan pengubahan tinkah laku yang aktif. Kumpulan iaitu agensi dan pakar biasanya terlibat dalam strategi pelbagai kesan ini. sokongan persekitaran digabungkan dengan sokongan hubungan (antara manusia; keluarga). Krisis ini boleh digunakan sebagai batu loncatan untuk keluarga atau individu yang terlibat menggerakkan sumber-sumber bagi menghadapi krisis yang seterusnya.
Di dalam proses ini mereka mempelajari pelbagai cara untuk mencegah krisis pada masa hadapan. Strategi ini juga boleh digunakan untuk orang dewasa yang menghadapi krisis yang tidak melibatkan keluarga. Mereka boleh pergi ke pusat kesihatan mental untuk mengikuti rancangan yang telah disediakan serta menerima pemerhatian yang intensif dari pelbagai kaunselor professional ataupun bukan professional.
CIRI-CIRI KAUNSELOR
Kaunselor yang profesional perlu mempunyai kesedaran kendiri yang kuat dan sofistikated termasuklah kesedaran bagaimana untuk berhadapan dengan orang lain dan apa isu yang menyebabkan berlakunya krisis. Tanpa kesedaran dan kefahaman kendiri, ia akan mengurangkan keberkesanan dalam intervensi krisis. Dengan kesedaran kendiri, kaunselor krisis dapat membezakan keperluan dan perasaannya sendiri daripada keseluruhan klien dan lebih membenarkan klien membuat penentuan secara berkesan berdasarkan kepada persepsi dan pilihan klien.
Kesedaran kendiri termasuklah pemahaman tentang asal sesebuah keluarga seperti peranan keluarga, corak tingkah laku serta kesedaran tentang perasaan dan keperluan seseorang. Kesedaran kendiri amat penting bagi semua kaunselor, terutamanya bagi kaunselor yang menyediakan kaunseling. Ini kerana kaunselor berdepan dengan situasi yang cepat berubah dan mungkin mengancam kehidupan seseorang yang memerlukan kaunselor untuk menenangkan dan membantu klien. Sesetengah daripada apa yang klien lihat dan dengar mungkin mengejutkan, menyedihkan atau megelirukan. Ia memerlukan kaunselor bertindak dengan cara tersendiri untuk membolehkan kaunselor memilih waktu untuk meneroka klien dan bila serta bagaimana untuk berkomunikasi dengan klien untuk memberi sokongan sehingga klien merasa tenang.
Seorang kaunselor juga mesti mempunyai ketulenan dan keaslian. Ketulenan seorang kaunselor bermaksud sebagai “perkongsian diri dengan menghubungkannya dalam keadaan bersahaja, ikhlas, spontan, terbuka dan menggunakan cara yang asli” (Hepworth, Rooney, & Larsen,1997, p.20). Ia termasuklah kebolehan kaunselor untuk jujur dengan klien yang memerlukan pertolongan. Keupayaan kaunselor krisis untuk bersikap tenang, bertimbang rasa, dan objektif tidak bermakna kaunselor melepaskan secara emosional dan terlalu mengawal. Ini penting dalam intervensi krisis untuk membolehkan kaunselor menemui keperluan emosi dan psikologi seseorang dalam krisis.
Akhir sekali seorang kaunselor mesti mempunyai kesedaran dan pemahaman tentang kebudayaan seperti kemahiran untuk berhadapan klien dengan baik daripada latar belakang budaya yang berbeza. Semua tingkah laku dan pembentukan perspektif diri dan orang lain dipengaruhi persekitaran sosio budaya. Budaya merujuk kepada corak tentang pembelajaran kepercayaan, tingkah laku dan bahan-bahan yang dikongsi oleh ahli-ahli dalam kumpulan.
Budaya adalah kompleks dan dipengaruhi oleh semua aspek kewujudan kita termasuk identiti diri dan pandangan tentang dunia. Setiap daripada kita adalah unik yang merupakan ahli daripada pelbagai budaya. Oleh itu, berlaku perkongsian perasaan, pemikiran, andaian dan bias dengan orang lain dalam budaya yang sama.
Kecekapan terhadap kebudayaan bermula dengan kesedaran kendiri. Keberkesanan kaunselor dalam kaunseling secara individu daripada latar belakang budaya yang berbeza ditentukan oleh kesedaran tentang pandangannya tentang dunia, dan dengan memahami dan menghargai pandangan klien tentang dunia. Kesedaran kendiri tentang budaya termasuklah tanggapan tentang nilai kebudayaan seseorang, sikap dan kepercayaan dengan memahami bagaimana ia memberi kesan kepada perhubungan kaunseling. Pemahaman tentang pengalaman kebudayaan dan pandangan klien tentang dunia memerlukan latar belakang tentang pengetahuan secara umum serta perbezaan kebudayaan kumpulan seperti memahami bagaimana nilai kebudayaan dan tingkah laku kedua-dua kaunselor dan klien dalam perhubungan kaunseling dan proses kaunseling

PERANAN KAUNSELOR KRISIS
Kaunselor harus memainkan peranan dalam membuat intervensi krisis kepada klienya bagi memastikan intervensi yang dijalankan berjalan dengan lancar. Antara peranan kaunselor semasa intervensi krisis dijalankan ialah kaunselor perlu bertindak segera untuk membantu klien mengurangkan kebimbangan, mengelak dari terus tidak berorientasi dan pastikan bahawa klien klien tidak melakukan kecederaan pada diri sendiri. Kaunselor juga harus menilai tahap keseriusan krisis secepat mungkin pada hubungan atau hubungan awal klien. Selain itu kaunselor juga harus mengenal pasti kliennya berada dalam krisis. Ini kerana klien akan menunjukkan pelbagai tingkah laku yang berbeza seperti menangis, bercakap tanpa henti, menjerit, menjadi murung, kaku dan menjauhkan diri.
Kemahiran mendengar merupakan kompenen utama dalam model intervensi krisis. Hal ini menyebabkan kaunselor perlu mendegar dengan baik dalam membantu individu dalam krisis. Pada masa yang sama seorang kaunselor perlu ada di sisi klien ketika klien mengalami krisis dan cuba membuat rancangan jangka pendek bagi membantu klien untuk menagani krisis semasa. Seorang kaunselor yang berkesan adalah kaunselor yang sensitif terhadap keperluan klien untuk berfungsi secara autonomi dan segera.
Dalam situasi tertentu, klien perlu dirujuk kepada agensi-agensi lain untuk mendapatkan bantuan seterusnya. Dalam melaksanakan peranan ini, kaunselor perlu mempunyai jaringan kerja yang luas. Hubungan yang baik antara kaunselor dalam agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, tempat perlindungan, polis adalah boleh mempercepatkan proses rujukan. Akhir sekali peranan kaunselor ialah membuat susulan untuk menentukan klien mendapatkan bantuan daripada agensi di mana mereka dirujuk. Jika sekiranya terdapat masalah, dengan adanya susulan kaunselor makan ianya akan dapat tahu mengapa sesuatu rancangan itu tidak dilaksanakan dan kenapa klien menghadapi masalah.

LANGKAH-LANGKAH DALAM INTERVENSI KRISIS
a) Mendengar
• elemen pendengaran
• membina repo dan kepercayaan
• mengenal pasti masalah yang dihadapi
• menolong klien dengan mengenal pasti faktor hubungan
• teknik dalam pendengaran
• mengunakan nama pertama, bertanyakan kepada klien samada selesa dengan
menggunakan nama tersebut.
• menggunakan soalan yang berkaitan permasalahannya.
• bertanyakan atau menggunakan soalan berkaitan perasaannya.
b) Membantu
(i) Elemen dalam membantu
• mengenal pasti tahap kedalaman krisis
• membantu dalam melihat tahap kecederaan fizikal ataupun dalaman yang
memberi kesan terhadap orang lain.
• mengenal pasti corak perilaku, kekuatan dan sumber klien.
(ii) Teknik dalam membantu
• adakah klien cuba membunuh diri, cuba membunuh atau kedua-dua sekali.
• adakah disebabkan pertambahan atau tekanan krisis tersebut menyebabkan gangguan dalam hidupnya bersama keluarga, sahabat, pekerjaan dan sebagainya.
• adakah disebabkan krisis ini mengusutkan dan mengelirukan pandangannya tentang realiti.
• bagaimanakah klien menangani kerisauan, tekanan atau kemurungan?
• apakah cara atau jalan yang digunakan di masa lalu. Adakah terdapat kepelbagaian dalam cara tersebut?
• kenal pasti sumber daripada keluarga dan sosial, adakah sumber tersebut baik atau buruk?
• cuba kenal pasti bahan yang digunakan sebagai sokongan di masa lalu dalam menghadapi krisis samada klien menghadapi, melarikan diri atau ia mengelirukan klien?

c) Membina pelan tindakan
(i) Elemen dalam membina pelan tindakan
• Pilih dan menggunakan cara yang sesuai dalam pelan tindakan.
• Membantu dalam memperkukuhkan kemahiran klien.
• Perundingan tentang pelan tindakan dan terma-terma.
• Memlilih sumber yang bersesuaian.
• Merancang tindakan yeng memerlukan tingkahlaku segera dan pelaksanaannya.
(ii) Teknik dalam pelan tindakan.
• Menggunakan 3 cara:
- mula dengan tidak mengarah.
- bekerjasama dalam kerja berkumpulan dan menyertai aktiviti.
- bertindak mengarah jika klien tidak mahu bekerjasama.
• Apabila membuat pelan tindakan, pastikan ianya mudah dan senang diurus.
• Pelan tindakan jangka pendek, 24 jam hingga 3 hari.
• Memastikan pelan tindakan diterima dan diberi perhatian.
• Merancang pengawasan berterusan.
d) Penamatan.
• Mengimbas pelan tindakan yang lengkap.
• Pengawasan berterusan.
• Menggunakan pelan yang baru untuk menghadapi krisis.

Model kaunseling intervensi krisis
1 Membina hubungan dan kepercayaan
2 Mengenal pasti masalah
3 Mengukuhkan perhubungan
4 Meneroka sumber di sekeliling
5 Perbincangan cara penyelesaian
6 Penamatan.

Dalam menangani masalah krisis yang dihadapi oleh klien, seseorang kaunselor perlulah mampu bentindak segera pada bila-bila masa yang mungkin tidak ada banyak maklumat yang diperolehi berkenaan dengan klien. Apa sahaja tindakan yang diambil oleh kaunselor hanyalah berdasarkan kepada penilaiannya dan maklumat yang ada pada masa tersebut. Dengan itu, penilaian kaunselor yang tepat adalah amat diperlukan. Selain itu, kaunselor perlu cekap dalam membentuk satu formulasi untuk membantu klien yang manghadapi krisis. Kelewatan dalam hal ini akan membantutkan pertolongan secara relatif, sama ada kaunselor menggunakan pendekatan direktif, bukan mengarah atau kejasama, kaunselor lebih aktif dan terlibat berbanding dengan kaunselor ynang berhadapan dengan klien yang tidak berada dalam situasi krisis.
Kaunselor juga seharusnya mampu menggunakan kemahiran kaunseling untuk melahirkan perasaan klien yang mendalam dan perasaan yang terpendam dalam diri klien seperti prospek kematian. Sebagai contoh klien yang berhadapan dengan penyakit terminal. Seterusnya, seseorang kaunselor perlu mampu berhadapan dengan klien yang mengalami emosi yang kuat dan penderitaan yang amat menyakitkan hati. Sekiranya seseorang kaunselor itu tidak kuat untuk menghadapi klien yang mempunyai emosi yang tinggi, berkemungkinan seseorang kaunselor itu akan terganggu dengan keadaan yang ditunjukkan oleh klien tersebut. Seseorang kaunselor juga mestilah bersedia dan bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk berhadapan dengan situasi klien yang menghadapi masalah krisis.

PENUTUP
Kepentingan intervensi krisis dalam kaunseling juga di lihat apabila teknik-teknik seperti pembaharuan dan pertumbuhan yang dilaksanakan dengan baik didapati berkesan untuk orang-orang yang berada dalam keadaan krisis. Dalam hal ini, maka dapatlah kita lihat bahawa intervensi krisis ini merangkumi pelbagai aspek dalam membantu seseorang menyelesaikan sesuatu permasalahan. Kenyataan ini disebut oleh Gilchrist (1992) menyatakan proses kaunseling yang berkesan membabitkan penilaian kaunselor terhadap empat dimensi iaitu fizikal, kognitif, afektif dan spiritual.
Kaunselor juga perlu cepat dalam membentuk satu formulasi untuk membantu klien kerana permasalahan krisis boleh berlaku tanpa diramal. Penggunaan kemahiran seperti melayan, mendengar dan empati sebenarnya dapat melahirkan perasaan yang terpendam klien dan apa yang paling penting kaunselor hendaklah bertanggung jawab terhadap apa yang dilakukan dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk berhadapan dengan situasi klien.
Selain itu, matlamat asas kaunseling ini adalah untuk menyelesaikan sesuatu krisis yang dihadapi oleh seseorang individu, contohnya seperti menyelesaikan konflik ataupun tekanan seseorang. Intervensi ini juga bertujuan untuk menukarkan persepsi ancaman ataupun bahaya seseorang individu kepada cuba memulihkan kefungsian sosial sekurang-kurangnya ke tahap sebelum krisis.
Kaunseling krisis dikendalikan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Situasi krisis juga boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Oleh itu, kaunselor perlu sentiasa bersedia tetapi kaunseling biasa memerlukan penggunaan bilik khas dan perlu menetapkan masa terlebih dahulu. Kaunseling krisis selalunya berlaku sementara waktu sahaja dan dijalankan dalam jangka masa yang singkat. Kebiasaanya ia berlaku tidak lebih daripada tujuh minggu iaitu sehinggalah klien dapat menyesuaikan diri dan berada dalam keadaan `equilibirium` atau seimbang.

Rujukan

Greenstone, J.L., & Leviton, S. C. ( 2002 ). Crisis Intervention: Crises and How To Respond
Them. USA
http://www.crisisinterventionla.com/

http:// www.minddisorder.com
Cormier, S. and Hackney, H. (1994). Counseling strategies and Interventioun (5th ed.). US: Allyn and Bacon.
http://changingminds.org/techniques/questioning/probing.htm
Sabariah Siron ( 2005). Teori Kaunseling. Selangor: Terbitan Pearson Malaysia Sdn. Bhd.