Friday, May 7, 2010

titas sem 1....

BINCANGKAN KONSEP “EXTREMISIM, CHAUVANISM, DAN FANATICISM”. PERBINGCANGAN ANDA HENDAKLAH MEMBAHASKAN ISU-ISU KONTEMPORARI YANG MENGAMBARKAN SUASANA TIGA GEJALA DIATAS.

PENGENALAN

Dalam kelangsungan tamadun Melayu, orang melayu juga turut menghadapi pelbagai cabaran dari dalam dan luar. cabaran dari dalam ialah cabaran sosiobudaya kesan daripada kemajuan dan perubahan yang dicapai dan dialami. Pada masa in kita dapat lihat remaja melayu menghadapi pelbagai masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, salah laku juvana dan sebagainya. Cabaran dalaman yang lain pengaruh dan tekanan kebendaan dan kemewahan hidup yang membawa kepada pelbagai jenayah kewangan, penyalahgunaan kuasa,rasuah dan lain-lain. Nilai dan pegangan hidup kini banyak juga dipengaruhi oleh sikap “cinta kepada keduniaan, kemegahan dan juga kebendaan”. Fahaman tertentu seperti fahaman sekularisme iaitu segala manfaat dan keutamaan ialah untuk masa didunia sahaja, tidak benar-benar yakin tentang pembalasan akhirat dan juga fahaman pragmatisme yang melampau yang menegaskan bahawa “sesuatu matlamat yang hendak dicapai itu menjustifikasikan sebarang tindakan kearahnya”, menular kedalam sesetengah lapisan masyarakat. Oleh itu amalan-amalan yang bertengtangan dengan nilai Islam terutama sekali didalam peniagaan seperti riba, perjudian, perniagaan arak,hiburan yang melampau berlaku juga dikalangan orang melayu.
Cabaran daripada luar ialah kemasukan pengaruh asing terutama sekali unsur-unsur tamadun Barat iaitu tamadun yang paling kuat dan terpegaruh kini yang menjejaskan kekuatan asasi orang Melayu terutama sekali dari segi nilai dan amalan keagamaan dan adat resamnya serta proses sosialisasi dan pembudayaan. Pengaruh Barat dari segi ideologi seperti sekularisme, liberalisme, materialisme, rasionalisme, ateisme, dari segi ekonomi seperti sistem ekonomi kapitalisme, pernigaan wang, pasaran bebas, dari segi penerokaan sains dan teknologi seperti teknologi maklumat dan komunikasi, penerokaan dalam bieoteknologi, mikroelektronik, aeroangkasa, robotik, dari segi politik seperti



demokrasi liberal ala-Barat dan sebagainya menjadi cabaran kepada orang melayu dan masyarakatnya, yang menyerap terutama sekali melalui media massa dan jaringan internet yang tidak dapat dikawal dan ditapis lagi.
Cabaran-cabaran dalaman dan luaran demikian seperti yang dibuktikan oleh sejarah tamadun melayu hanya dapat diatasi melalui kekuatan pembersihan dalaman berdasarkan Islam yang menekankan penghisaban atau akuantabiliti, ktakwaan iaitu sedar akan pengawasan Tuhan, kesederhanaan, pengorbanan diri, prinsip pertengahan dan sebagainya. Strategi ini adalah untuk menuju kearah pemantapan dalaman bagi orang melayu iaitu hati budinya yang membawa kepada pembentukan peribadi muslim iaitu mengamalkan semua rukun islam, mukmin yang menghayati semua rukun iman dan muhsin iaitu menyemai keikhlasan, khusuk dan tunduk kepada tuhan sepenuhnya.
Disamping itu, strategi pemantapan budaya ilmu, sains dan teknologi dikalangan orang melayu yang berasaskan nilai rasional, saintifik, etika, moral dan akhlak mulia harus juga dilaksanakan. Juga strategi pemantapan asas organisasi bagi segala bentuk institusinya dalam bidang-bidang ekonomi, politik, pemerintahan, pentadbiran, perundangan, pendidikan dan lain-lain, harus diolah dan dilaksanakan demi kecekapan dan kecemerlangan bidang-bidang itu.
Selain daripada cabaran-cabaran yang disebutkan tadi tamadun melayu juga berhadapan dengan sikap atau pendirian seseorang individu atau masyarakatnya dalam usaha untuk memajukan Negara. Antara sikap atau pendirian yang menjadi cabaran ialah extremism iaitu pendirian yang melampaui batas, chauvanisme iaitu hanya menganggap diri sahaja yang benar dan fanaticism iaitu mengikut secara menbabi buta.









KONSEP EXTREMISM
Terdapat pelbagai jenis konsep extremism dalam diri seseorang individu atau masyarakat. Salah satu konsep extremism yang terdapat dalam diri seseorang individu atau masyarakat ialah extremism dalam beragama atau sikap melampaui batas dalam beragama. Sikap melampaui batas dalam beragama dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu melampaui batas dalam akidah dan melampaui batas dalam perbuatan.
Melampaui batas dalam berakidah adalah pemikiran-pemikiran yang dilakukan oleh kelompok-kelompok yang telah berlebih-lebihan seperti Rafidhah, Khawarij, Jahmiyah, Mu’tazilah, dan sebahagian besar kelompok ahli kalam. Semua kelompok ini menganggap kafir setiap orang yang bertengtangan dengan apa yang mereka anggap benar dalam hal akidah, pandangan dan pendapat mereka yang bertentangan dengan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW dan juga bertentangan dengan manhaj Salafush-Shalih.
Melampaui batas dalam akidah adalah lebih merbahaya bagi kaum muslimin daripada melampaui batas dalam bermuamalat, kerana seluruh kelompok sesat seperti itu adalah disebabkan sikap mereka yang melampaui batas dalam berakidah. Sampai saat ini masih kita temukan pemikiran-pemikiran golongan Khawarijyang mengafirkan orang-orang muslim yang melakukan maksiat. Tidak sedikit kita dapatkan bahawa kelompok-kelompok islam saat ini yang menyatakan bahawa pemikiran orang yang tidak sesuai dengan pemikiran mereka adalah keluardaripada islam, maka menetapkan bahawa orang itu kafir dan halal darahnya. Merka juga mengkafirkan orang-orang yang berbuat dosa dan maksiat sebagaimana yang disebutkan diatas. Inilah sikap inti dari apa yang diyakini oleh golongan Khawarij yang sesat, dan ini juga menjadi cabaran dalam ketamdunan sesuatu bangsa dan Negara.
Golongan Syi’ah dan golongan Rafidhah berpendapat bahawa golongan ahli sunnah wal Jama’ah adalah golongan yang tidak mencintai keluarga Nabi SAW, padahal pada hakikatnya golongan ahli Sunnah wal Jama’ah adalah golongan yang paling cinta kepada keluarga Nabi SAW, kerana mereka adalah golongan yang paling merambisi untuk mengikuti Rasulallah SAW. Sementara golongan ilmu kalam (ilmu teologi) berpendapat bahawa golongan ahli Sunnah wal Jama’ah adalah sama dengan golongan Mujassimah. Mujassimah adalah golongan yang dianggap kafir dalam hal berakidah.
Sementara golongan sufi masih berpendapat bahawa barang siapa yang tidak percaya dengan apa yang mereka lakukan dan yakini seperti bertawasul dengan arwah guru-guru mereka, meminta syafaat kepada para penghuni kubur dari kalangan wali adalah berkeyakinan bahawa orang itu telah keluar dari agama islam.
Begitulah keadaan yang kita dapat lihat bahawa golongan-golongan islam yang ada pada zaman ini merupakan perpanjangan tangan dari golongan-golongan masa lalu yang menyalahi apa yang telah diterapkan apa yang telah disampaikan oleh Rasulallah dan para sahabatnya.
Sedangkan melampaui batas dalam perbuatan lebih ringgan bahayanya bagi kaum muslimin secara keseluruhan daripada melampaui batas dalam akidah. Yang dimaksudkan dengan melampaui dalam perbuatan disini adalah perbuatan yang bukan dihasilkan dari suatu keyakinan atau akidah yang rosak. Jika amal perbuatan itu dihasilkan dari keyakinan yang rosak maka dengan demikian perbuatan itu termasuk melampaui batas dalam berakidah. Keterangan ini semakin jelas dengan beberapa contoh dibawah.
• Mengharamkan hal-hal baik yang telah Allah halalkan untuk beribadah, yang demikian ini adalah sebahagian dari sikap melampaui batas sebagaimana yang telah dijelaskan dalam beberapa riwayat yang salah satu daripadanya adalah kisah tiga orang pria yang sebahagian diantara mereka ada yang mengharamkan dirinya untuk memakan daging.
• Meninggalkan kebutuhan-kebutuhan atau sebahagian diantara kebutuhan seperti makan, minum, tidur, dan berkahwin. Maka, meninggalkan beberapa hal seperti ini termasuk perbuatan sikap melampaui batas sebagaimana yang telah dijelaskan Rasulallah SAW kepada tiga orang pria yang datang kepada isteri-isteri baginda untuk menayakan tentang ibadah baginda.






Sementara sebahagian manusia lain mencela sebahagian lainnya dengan celaan yang melampaui batas, sehingga celaan itu sampai pada mengkafirkan seseorang atau kelompok hanya kerana perbezaan pendapat, padahal orang yang dikafirkan itu adalah dari kalangan kaum muslimin. Sesungguhnya hakikat sikap melampaui batas adalah suatu perbuatan yang bertujuan untuk melaksanakan perintah-perintah Allah dan perkara-perkara syariah lainnya, akan tetapi perbuatan itu dilakukannya dengan melampaui batas yang telah ditetapkan oleh individu yang membuat syariat tersebut. Maka dengan demikian sikap melampaui batas ini adalah sikap berlebih-lebihan dalam beragama. Pada dasarnya sikap ini tidak keluar dari agama tetapi merupakan satu sikap yang bersumber dari keinginan keras dalam bersikap konsisten dalam beragama.
Sesungguhnya melampaui batas tidak selamanya dalam bentuk melakukan suatu perbuatan akan tetapi juga dalam bentuk meninggalkan suatu perbuatan, maka dngan demikian melakukan sesuatu yang halal dan mengharamkannya adalah salah satu perbuatan diantara perbuatan-perbuatan yang melapaui batas. Hal ini berlaku dalam perkara-perkara agama dan dalam sikap konsisten dalam agama.Sikap pendirian melampaui batas ini jika tidak dibendung dalam masyarakat boleh menyebabkan keruntuhan dalam proses pembinaan tamadun sesuatu bangsa.















FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN TIMBULNYA SIKAP MELAMPAUI BATAS
Terdapat banyak factor yang menyebabkan seseorang atau kelompok melenceng dari jalan yang lurus dan jauh dari manhaj yang benar yang telah dibawa oleh Rasulallah SAW dan manhaj para sahabat dan tabi’in setelah mereka. Diantara faktor-faktor itu terdapat faktor-faktor yang bersifat ekstranal dan internal. Antara faktor-faktor ekstranal ialah banyaknya penganut agama lain yang masuk kedalam agama Islam, sementara pemikiran mereka belum sepenuhnya bersih dari idologi lama, dan kerana itulah timbtlnya perpaduan antara pemikiran lama yang telah merka tinggalkan dan pemikiran beru yang mereka yakini. Selain masuknya para misionaris dari umat Yahudi,Majusi dan dari penganut agama sesat lainnya kedalam agama Islam dngan tujuan untuk melakukan tipu daya, serta ambisi mereka untuk menhancurkan Islam lalu menggantikan dengan agama islam yang sesat. Mereka melakukan itu dengan cara menjaukan kaum muslimin dari agama mereka yang benar dengan menimbulkan keraguan dihati mereka terhadap agama mereka, serta dengan membuat hal-hal baru didalam agama yang bertentangan dengan apa yang telah dijalani oleh golongan Salafush-Shalih dari umat ini.
Dalam faktor internal, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gejala ini berlaku berlaku antaranya berbut bid’ah, kebodohan dari diri seseorang individu tersebut, terlalu mengikut hawa nafsu, mengutamakan akal dari nash, terlalu fanatic iaitu mengikuti dengan membabi buta dan melemparkan tuduhan buruk kepada orang-orang dari golongan Ahli Sunah
wal Jama’.ah.










KONSEP CHAUVINISME

Secara umumnya chauvinisme didefinisikan sebagai semangt cintakan tanah air yang melampau–lampau. Ini bermakna semangat cintakan air itu sangat tinggi, dan sanggup berbuat apa saja untuk tanah airnya. Konsep chauvinsme ini menerangkan bahawa sekumpulan orang atau individu yang mengamalkan konsep paling mengutamakan tanah air mereka dari kepentingan diri mereka sendiri. ini termasuklah , kesanggupan mengorbankan diri demi kepentingan tanah air yang mereka sanjungi. Konsep chauvinisme terbahagi kepada tiga. antaranya ialah :

1) Chauvinisme sebagai bangsa atau warganegara
2) Chauvinisme lelaki
3) Chauvinisme perempuan


Chauvinisme sebagai bangsa atau warganegara

Semangat cintakan tanah air sememangnya wujud secara semulajadi dalam diri sesorang itu. Menurut Hannah Arent menjelaskan bahawa konsep chauvinisme muncul disebabkan oleh misi nasional “ national mission” . Misi Negara menjelaskan dengan tepatnya , misi tersebut akan membawakan cahaya kepada mereka yang kurang bernasib baik . Chauvinisme merupakan satu konsep yang memperjuangkan tanah air , bangsa dan hak mereka sebagai warganegara . Konsep chauvinisme membangkitkan semangat patriotic yang tinggi . Ini kerana individu yang mengamalkan konsep ini sanggup melakukan apa saja demi negaranya ,walaupun termasuk mengorbankan nyawanya untuk kepentingan negaranya .








Chauvinisme sebagai lelaki
Konsep chauvinisme lelaki menerangkan kepercayaan lelaki lebih baik dari perempuan. perkataan “chauvinist” pada asalnya digunakan untuk menerangkan kesetiaan seseorang individu yang melampau pada negaranya. Kemudiannya perkataan “chauvinist” diaplikasikan dalam “women liberation movement” pada tahun 1960 .

Perkataan ini juga digunanakan untuk menerangkan kepercayaan bahawa lelaki baik daripada wanita .Ini menunjukkan bahawa lelaki pada masa itu kurang keyakinan dan memandang rendah kepada kebolehan wanita. Menurut konsep chauvinisme lelaki , menerangkan bahawa lelaki lebih berkemampuan dan lebih baik dalam melakukan sesuatu ataupun dalam segala hal berbanding dengan wanita .



Chauvinisme wanita
Chauvinisme wanita merujuk kepada dua pekara. Chauvinisme wanita merjuk kepada kepercayaan bahawa wanita lebih baik dari lelaki. Chauvinisme wanita mendakwa bahawa kaum wanita lebih handal ,hebat ,dan lebih baik dari lelaki dalam pelbagai aspek. selain itu , chauvinisme wanita ini juga merujuk kepada tiruan daripada chauvinisme lelaki dan streotaip percaya kepada kebolehan mengikut jantina “sexist”. Menurut hasil kajian “misandry” Nathanson dan Young , apa yang mereka lihat sebagai ideology feminism chauvinisme seperti “misandric”. Mereka banyak menegaskan tuntutan feminem bahawa kaum wanita adalah lebih baik dari lelaki dari segi psikologi, moral, spiritual, pengetahuan atua pendidikan dan dari segi biologi. Mereka juga menegaskan bahawa ilmu pengetahuan yang dicipta oleh wanita lebih baik dari ilmu pengetahuan yang dicipta oleh lelaki.





Isu – isu kontemporari chauvanisme
Serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq.Serangan Amerika ke atas Iraq merupakan tindakan yang menimbulkan dendam serta kebencian yang berlanjutan. hal ini merupakan “pendidikan” yang paling bagi pekembangan kekrasan dalam betuk lain,seperti terorisme dan fundamentalisme agama. Sedar atau tidak sedar Amerika Syarikat dengan bijaknya telah menumbuhkan dan mengembangkan gerakan –gerakan radikal. Ditengah sengitnya petempuran tentera Amerika dengan tentera Iraq ,George W. Bush bercadang untuk menubuhkan pemerintahan boneka diIraq. Hal ini telah membongkar tujuan Amerika untuk menyerang Iraq. Amerika hendak meluaskan dan mengukuhkan hegemoninya keseluruh dunia ,sehingga nanti seluruh dunia akan menjadi “budak-budak” yang setia kepada Negara yang berkuasa. Tindakan pemerintah Amerika itu merupakan overreach imperialism . Amerika Syarikat dengan sesuka hatinya menyerang dan menjatuhkan pemerintahan Negara lain dengan sebab yang artifisal. Amerika telah banyak menjatuhkan pemimpin pilihan rakyat dan menggantikannya dengan diktator militer Amerika sendiri. Tindakan pemerintah Amerika Syarikat bertentangan dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai demokrasi Amerika sendiri. Demokrasi yang diperjuangkan oleh perjuang bangsa dan deklarasi kemerdekaan Amerika telah dibiaskan ke dalam kepentingan pemerintah Amerika Syarikat yang sangat sempit ,temporal , dan dehumanistik. Deklarasi Kemrdekaan Amerika Syarikat menunjukan dengan jelas tentang signifikasi pengembangan keseimbangan dan kebebasan di antara umat manusia. Deklerasi yang disusun oleh Thomas Jefferson menyatakan bahawa semua manusia yang dilahirkan adalah sama atau setaraf dan mereka mempunyai hak-hak tertentu yang tidak dapat dipisahkan dari mereka, seperti hak untuk hidup ,kebebasan , dan peluang untuk mencapai kebahagiaan. Deklarasi ini jelas menunjukan dan mewajibkan sesiapa saja termasuk Amerika untuk menghormati nilai-nilai kemanusiaan intrinstik yang dimiliki oleh setiap maunusia dan bangsa, serta menjadikan nilai-nilai tersebut sebagai dasar dalam melakukan kerjasama ,dan bukan untuk mengembangkan permusuhan. Nilia-nilai tersebut merupakan dasar dari true democracy yang dari awal lagi merupakan komitmen yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh dan bangsa Amerika disaat kelahiran dan perkembangan Negara tersebut.


Rujukan
• Abud Bin Ali bin Dar’ Berlebih-lebihan dalam beragama
• Universiti Malaya Tamadun Islam danTamadun Asia
• : http://islamlib.com/id/index.php?page=article&id=20
Hak cipta © 2001-2006, Jaringan Islam Liberal (JIL). Kontak: redaksi@islamlib.com
• ^ Paul Nathanson and Katherine K. Young, Spreading Misandry: The Teaching of Contempt for Men in Popular Culture p.[citation needed]
• ^ Paul Nathanson and Katherine K. Young, Legalizing Misandry: From Public Shame to Systemic Discrimination against Men p.[citation needed]
• ^ Daphne Patia and Noretta Koerge, Professing Feminism: Scholarship and Indoctrination in Women's Studies p. [citation needed]
• ^ Wendy McElroy, Sexual Correctness: The Gender-Feminist Attack on Women p.[citation needed]
• ^ Guests: Camille Paglia & Christina Hoff Sommers Has Feminism Gone Too Far? Think Tank™ With Ben Wattenberg - aired: 4 Nov 1994 accessed 6 Jan 2006
• ^ Kate Fillion, Lip Service: The Truth About Women's Darker Side in Love, Sex and Friendship
• ^ Female Chauvinist Pigs: Women and the Rise of Raunch Culture, Ariel Levy, 2006, ISBN 0743284283

No comments: