Sunday, November 27, 2011

PEMEROLEHAN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN RUMUSAN SEMASA MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

BAB 3 : PEMEROLEHAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

3.1 Perancangan
Sepanjang menjalani latihan praktikum di organisasi, beberapa pemerolehan pengetahuan dan kemahiran yang dapat diperolehi serta dimantapkan oleh pelajar. Perancangan adalah salah satu pemerolehan yang dapat diperolehi oleh pelajar sepanjang menjalani latihan praktikum. Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah banyak memberi input berkaitan dengan perancangan sama ada perancangan masa, tempat dan sebagainya. Ini dapat dilihat melalui perancangan aktiviti-aktiviti terutamanya melibatkan aktiviti psikologi dan kaunseling yang dijalankan kepada pelatih PLKN. Tanggungjawab yang diberikan kepada pelajar untuk merekodkan aktiviti permentoran yang dijalankan oleh Cawangan Psikologi dan Kaunseling JLKN, secara tidak langsung memberi pendedahan kepada saya mengenai aktiviti yang hendak dijalankan memerlukan perancangan yang teliti.

Selain itu, kesempatan yang diberikan kepada pelatih untuk melawat beberapa kem PLKN yang menjalankan program mentor mentee menunjukkan perancangan yang teliti akan menghasilkan input yang positif. Semasa melaksanakan tugasan yang diberikan, saya telah merancang perjalanan aktiviti dengan baik dibantu oleh beberapa orang kakitangan di organisasi. Selain daripada bantuan kakitangan, saya juga meminta pertolongan rakan-rakan serta penyelaras latihan praktikum berkenaan tugasan yang diberikan. Oleh yang demikian, perancangan yang teliti akan membuahkan hasil yang sempurna. Segala perjalanan program serta tugasan yang diberikan dapat berjalan dengan lancar.
Dalam kehidupan seharian sepanjang menjalankan latihan praktikum, saya juga memerlukan perancangan yang sempurna supaya setiap perjalanan dapat dilaksanakan dengan baik. Dalam usaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung tugasan yang diberikan, saya akan segera mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak-pihak yang berkenaan supaya perancangan serta keputusan yang dibuat adalah wajar dan berkesan. Latihan praktikum memberi banyak pengetahuan serta kemahiran merancang sesuatu tugasan dengan lebih baik. Saya dapat memantapkan lagi kemahiran merancang yang sedia ada serta dapat memperbaiki segala kekurangan dalam perancangan.
Oleh itu, latihan praktikum wajar dijalankan kerana ia membantu pelajar itu sendiri khasnya, serta dapat membantu banyak pihak umumnya. Melalui latihan praktikum ini juga, pelajar dapat kemahiran serta pengetahuan melalui latihan sepanjang praktikum serta kajian yang dijalankan semasa menjalani latihan tersebut.

3.2 Kepimpinan
Kepimpinan adalah salah satu aspek yang telah dipelajari semasa menjalani latihan praktikum di agensi ini. Pendedahan kepada pelajar semasa menjalankan lawatan ke kem PLKN secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepimpinan terutamanya kepada golongan belia. Selain itu, melalui penugasan yang diberikan dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan kepada saya.

Kemahiran kepimpinan dapat saya pelajari dengan kakitangan serta pegawai membantu sedikit sebanyak dalam urusan seharian dan dalam kajian yang saya jalankan. Gaya kepimpinan yang saya pelajari dapat aplikasikan dalam menjalankan kajian iaitu semasa meminta responden untuk mengisi soal selidik. Dengan kemahiran yang saya lihat dari kakitangan agensi, ia dapat membantu saya memudahkan penerangan berkaitan soal selidik serta dapat menjimatkan masa.
Selain itu, kepimpinan yang dapat diperhatikan di dalam organisasi adalah lebih kepada kepimpinan demokratik. Kakitangan di agensi juga berpeluang untuk menyuarakan pendapat masing-masing serta menjalankan mesyuarat untuk mendapatkan keputusan bersama. Kaedah kepimpinan ini adalah suatu yang baik diamalkan dalam sesebuah agensi atau organisasi bagi memantapkan serta meningkatkan produktiviti.
Oleh yang demikian, kepimpinan yang sesuai amat penting dalam sesebuah organisasi. Kepimpinan juga menentukan hala tuju kemajuan serta kejayaan sesebuah organisasi.

3.3 Pengurusan
Pengurusan juga merupakan pemerolehan dan kemahiran yang dapat dipelajari semasa pelajar menjalani latihan praktikum di agensi. Pengurusan yang sempurna dapat dilihat dari hasil perjalanan sesuatu perancanga dengan lancar. Sekiranya pengurusan tidak berjalan dengan baik, ini akan memberikan kesan terhadap beberapa aspek penting dalam sesebuah organisasi.

Pengurusan yang sistematik amatlah penting bagi memastikan tidak wujud masalah seperti salah faham atau kegagalan berkomunikasi. Pengurusan yang sistematik juga saya pelajari sepanjang menjalani latihan praktikum dan dapat diaplikasi dalam pengurusan masa serta pembahagian tugasan serta kerja. Oleh kerana, pelajar disuruh menjalankan mini kajian semasa latihan praktikum, pelajar perlu bijak mengurus keadaan, masa serta tugasan dengan sempurna.

Ini adalah bertujuan untuk tidak membebankan pelajar dengan tugasan yang diberikan. Dengan menjalankan latihan praktikum serta menjalankan mini kajian, ia dapat membimbing pelajar untuk menjadi pengurus yang baik dari pelbagai bidang dan aspek dalam kehidupan serta organisasi. Sebagai contoh adalah setiap urusan perlu mengikut format atau aliran yang telah ditetapkan. Ini adalah untuk menyenangkan semua pihak. Selain itu, terdapat beberapa pengurusan seperti pengemaskinian fail dan pengurusan masa.

Kesimpulannya, pengurusan yang sistematik amat penting bagi memastikan kesemua aktiviti atau program berjalan dengan lancar. Tanpa pengurusan yang bijak, sesuatu program yang akan dijalankan itu tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkemungkinan besar program yang dijalankan tidak mencapai objektif seperti yang diharapkan.
3.4 Kawalan
Bagi memastikan setiap perancangan berjalan sebagaimana yang dirancang, kawalan adalah salah satu aspek yang dapat mengimbangi keseluruhan perjalanan. Sekiranya perancangan tiada kawalan yang sempurna, pelbagai masalah yang boleh wujud.

Kemahiran serta pengetahuan berkaitan dengan kawalan dapat dipelajari semasa menjalani latihan praktikum di agensi ini. Kawalan merangkumi pelbagai aspek antaranya adalah kawalan dari segi perjalanan program, aktiviti, penyertaan, kewangan serta lain-lain lagi.

Melalui kawalan juga, program yang dijalankan akan mencapai objektif dan memberi kesan yang positif kepada semua pihak. Sebagai semasa menjalankan aktiviti pementoran, setiap jurulatih kem berusaha untuk memaparkan perancangan, kepimpinan dan melakukan pengurusan dengan baik dengan bantuan kaunselor yang ditempatkan di setiap zon. Hasilnya, program pementoran tersebut telah berjalan dengan jayanya. Di sini dapat dilihat, individu perlu memahami tugas yang diamanahkan dan kawalan dari pihak diperlukan bagi menjayakan program yang dijalankan.

Kesimpulan, saya telah mempelajari beberapa kemahiran kawalan yang dapat membantu diri sendiri terutamanya berkaitan kawalan terhadap pelaksanaan sesuatu program.


Bab 4: Rumusan dan Cadangan
PENILAIAN
Kekuatan Organisasi Menjalankan Program.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan mempunyai kekuatan tersendiri dimana pelaksanaan program adalah secara sistematik untuk melatih remaja Malaysia supaya mereka menjadi generasi pewaris yang lebih cemerlang dari generasi hari ini. Perlaksaan latihan secara ‘experiential learning’ dan mengutamakan semangat muhibah diantara pelatih-pelatih di kem selama tiga (3) bulan dapat malahirkan remaja Malaysia yang lebih berdisiplin, besemangat waja, berkeyakinan diri, setia kepada Negara, sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan.

Penglibatan remaja dari pelbagai kaum sama ada lelaki atau perempuan yang kebanyakannya remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi nadi kepada kekuatan penubuhan PLKN kerana ia dapat mengelakkan remaja ini daripada melakukan aktiviti tidak sihat dan seterusnya membantu mereka mengenali diri dan mempelajari kemahiran-kemahiran interpersonal dan intrapersonal melalui modul yang dilaksanakan di kem. Selain itu, perlaksanaan modul dalam suasana yang ceria dan bersifat riadah juga dapat memupuk perpaduan kaum, meluaskan pengetahuan mengenai Negara melalui elemen sejarah dan sebagainya. Hal ini, menyebabkan remaja yang mengikuti PLKN dapat menimba ilmu dan pengalaman baru sebelum mereka melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Selain itu, PLKN juga mempunyai keunikan tersendiri dimana perlaksanaan program adalah berteraskan rukun negara dan mempunyai kurikulum ‘multi-disiplin’ tetapi bukan berbentuk kerahan tenaga atau ‘military conscript’. PLKN juga mempunyai imej tersendiri dari segi pakaian seragam, logo dan lagu. Peruntukan kewangan yang agak besar kepada PLKN juga menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk membina satu ikatan, iaitu kecintaan kepada ibu pertiwi terhadap bangsa dalam kalangan remaja yang akan mewarisi kepimpinan Negara pada masa hadapan.
Kelemahan Organisasi Menjalankan Program
Kewujudan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mula dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia pada 16 Februari 2004 adalah permulaan satu agenda nasional untuk melatih remaja Malaysia menjadi generasi pewaris yang lebih cemerlang dari generasi hari ini. Kejayaan program ini banyak bergantung kepada keupayaan jurulatih-jurulatih yang terdapat di kem PLKN. Hal ini kerana jurulatih merupakan individu paling dekat dengan pelatih semasa menjalani latihan di kem. Masalah perjawatan sesetengah jurulatih secara sambilan menyebabkan timbulnya sedikit kelemahan dimana ia boleh menjejaskan pelaksanaan program. Hal ini kerana, jurulatih yang berstatus sambilan kebanyakkan akan meninggalkan kem setelah mereka mendapat pekerjaan yang lain.

Selain itu, kekurangan jurulatih dari kaum selain kaum melayu juga menyumbang kepada kelemahan yang terdapat di organisasi JLKN. Hal ini kerana, PLKN melibatkan penyertaan dari semua kaum yang terdapat di Malaysia. Kekurangan jurulatih dari kaum tertentu, merumitkan pengurusan pelatih terutamanya hal yang melibatkan budaya dan agama. Hal ini kerana terdapat sesetengah kes dimana berlaku salah faham terhadap agama dan budaya dalam kalangan pelatih. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada tujuan asal penubuhan PLKN iaitu untuk memupuk semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di Negara ini.
Di samping itu, kekurangan kaunselor di kem PLKN juga menyumbang kepada kelemahan di kem PLKN. Hal ini kerana, sebilangan besar remaja yang menyertai PLKN merupakan remaja yang baru menamatkan alam persekolahan pada peringkat SPM. Hal ini menyebabkan remaja-remaja ini memerlukan bimbingan daripada kaunselor untuk merencanakan masa depan mereka. Selain itu, dengan penempatan kaunselor di setiap kem juga dapat menyelesaikan permasalahan yang berlaku antara pelatih dengan pelatih, pelatih dengan jurulatih dan jurulatih dengan jurulatih.

Cabaran di sepanjang Latihan Praktikum.
Sepanjang menjalani latihan praktikum di Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), saya tidak mengalami sebarang masalah yang merumitkan. Pada permulaan bekerja, saya tertanya-tanya apakah tugas yang harus saya lakukan. Hal ini kerana semasa kedatanagan saya, pihak pengurusan JLKN sedang menguruskan kemasukkan pelatih PLKN kumpulan 2 siri 8/2011. Setelah diberi peneranagn oleh penyelia saya, saya memohon untuk menjalani latihan praktikum di kem. Walaupun mendapat persetujuan daripada pengarah bahagian operasi membenarkan saya untuk bekerja di kem, namun disebabkan kekurangan pegawai psikologi yang boleh menyelia saya, saya hanya di tempatkan di bahagian operasi dibawah penyeliaan penolong pengarah cawangan psikologi dan kaunseling sahaja.
Walaupun saya di tempatkan di bahagian operasi, penyelia saya telah memberikan tugasan kepada saya yang berkaitan dengan psikologi dan kaunseling. Saya telah diminta untuk merangka satu program berkaitan dengan intervensi terhadap pelatih PLKN. Selain itu, saya juga diberi tugasan berkaitan hal-hal pentadbiran seperti membuat surat, memo dan menfailkan laporan-laporan program psikologi dan kaunseling yang dijalankan oleh kem. Tugasan-tugasan ini saya lakukan dengan sebaik mungkin dan mengikut kehendak organisasi. Tugasan-tugasan harian sepanjang menjalani latihan praktikum ini, terdapat dalam laporan penuh dan buku catatan harian.



Cadangan pembaikan organisasi terhadap perlaksanaan PLKN
Bagi penambahbaikan organisasi terhadap perlaksanaan PLKN, saya mencadangkan beberapa perkara yang boleh dikaji atau dinilai oleh pihak pengurusan. Antara cadangan saya ialah mengantikan perjawatan secara sambilan kepada tetap terutamanya bagi jurulatih di kem PLKN dan staf di organisasi JLKN. Hal ini penting bagi memastikan pentadbiran dan perlaksanaan tugas oleh jurulatih dan staf mencapai satu tahap yang dikehendaki selaras dengan tujuan asal penubuhan PLKN. Hal ini kerana, sepanjang permerhatian saya semasa menjalani latihan praktikum di organisasi tuan selama 12 minggu, kebanyakan staf pentadbiran di JLKN adalah berstatus sambilan dan ini menyebabkan kecenderungan mereka untuk mencari pekerjaan yang lebih menjamin masa depan adalah tinggi dan secara tidak langsung menggangu urusan pentadbiran dan perlaksanaan tugas sebagai pentadbir dan jurulatih.
Selain itu, pihak pengurusan perlu mendapatkan lebih ramai jurulatih dari kaum selain kaum melayu. Hal ini kerana, pelatih yang menjalani PLKN merupakan remaja yang datang dari pelbagai kaum dan budaya. Kekurangan jurulatih selain dari kaum melayu, sedikit sebanyak mengundang permasalahan terutama sekali yang melibatkan budaya dan agama semasa di Kem. Pihak pengurusan haruslah mencari kaedah yang boleh menarik minat kaum-kaum lain untuk menjadi jurulatih dan sama-sama mengalas tanggungjawab selaras dengan matlamat asal penubuhan PLKN.
Di samping itu, pihak JLKN juga hendaklah menempatkan kaunselor-kaunselor di setiap kem PLKN. Walaupun kini terdapat kaunselor di setiap zon, namun penugasan ini tidak dapat dilakukan oleh seorang kaunselor yang perlu mengenalpasti permasalahan pelatih di setiap kem. Selain itu, dengan penempatan kaunselor di setiap kem, memudahkan pelatih untuk mengadu permasalahan mereka disamping membantu pelatih merancang masa depan mereka. Penempatan kaunselor di kem juga dapat membantu pelatih untuk menguruskan pengajian mereka dan memberi pandangan kepada pelatih yang menjalani latihan.

kajian semasa menjalani latihan industri di JLKN

BAB 2: Laporan Projek Penyelidikan.
“Hubungan Antara Kecerdasan Emosi, Tekanan Dengan Komitmen Pelatih Semasa Menjalani Modul Di Kem PLKN DUSUN RESORT”

1. PENGENALAN

1.1 Pendahuluan
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diperkenalkan oleh kerajaan hasil Resulasi Kongres Patriotisme negara pada 26 Oktober 2002 adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berdisiplin, bersemangat waja, berkeyakinan diri, setia kepada Negara, sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan serta mampu untuk memupuk kerjasama dan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di negara ini.

Penubuhan PLKN melalui Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia adalah berbeza dengan ‘national servis’ yang terdapat di negara-negara lain. Remaja-remaja yang terpilih mengikuti PLKN akan menjalani latihan selama 3 bulan di kem-kem PLKN berdasarkan lima kompenen/modul iaitu modul fizikal, pembinaan karakter, kenegaraan, khidmat komuniti dan modul kesejahteraan hidup.

Walau bagaimanapun, tidak semua pelatih yang terpilih untuk menjalani program PLKN suka secara sukarela untuk menjalani program ini. Ini kerana ada antara pelatih yang mengikuti program PLKN ini hanya terpaksa oleh implikasi undang-undang. Selain itu terdapat juga ibu bapa yang tidak suka anak mereka menjalani latihan PLKN kerana sering beranggapan negatif terhadap program yang dilaksanakan. Kes-kes terpencil seperti kes buli, kematian di kem turut menyumbang kepada sesetengah remaja tidak berminat untuk menjalani program ini. Namun begitu, PLKN merupakan program yang wajib diikuti oleh remaja berusia 18 tahun yang terpilih seperti yang termaktud dalam Akta Latihan Khidmat Negara 2003 yang lebih dikenali sebagai Akta 628.
Sehubungan dengan itu pengaruh emosi amat besar dalam mewarnai hubungan sesama pelatih untuk memastikan modul-modul yang dilaksanakan di PLKN mencapai objektif yang diharapkan. Emosi meliputi perasaan seperti sayang, gembira, malu, sedih, kecewa, bimbang dan sebagainya. Kehidupan pelatih di kem juga dipengaruhi oleh kewujudan emosi yang menentukan tingkahlaku. Sejajar dengan itu kecerdasan emosi dikaitkan dengan kemampuan mengawal emosi terutamanya dalam persekitaran baru. Hal ini menyebabkan kecerdasan emosi turut dikaitkan dengan pelatih-pelatih PLKN yang menjalani latihan selama tiga bulan di kem.

Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek iaitu emover yang bermaksud ‘untuk keluar’. Emosi dipamerkan oleh setiap individu dalam bentuk tindakan dengan tujuan untuk memenuhi kepuasan diri individu itu sendiri dan ia boleh dikatakan sebagai satu keadaan di mana perasaan yang ditunjukkan pada proses fisiologi dan psikologi seseorang individu itu. Ia merupakan satu set tindak balas automatik, viseral dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, tingkahlaku dan isyarat yang dipamerkan oleh individu itu (Mahmood Nazar, 1990).

Menurut Goleman (1996) kecerdasan emosi (EQ) adalah kebolehan seseorang memahami perasaan diri sendiri dan menggunakannya untuk membuat keputusan yang berkesan dalam kehidupan seharian. Dengan mempunyai EQ seseorang dapat mengawal rasa kecewa, sedih dan perasaan negatif lain dengan baik. Kecerdasan emosi juga membolehkan seseorang mengawal dorongan (impulses) diri. Sekiranya seseorang menghadapi kesusahan, EQ dapat membantunya agar tetap bermotivasi dan optimistik serta menaruh harapan untuk tetap mencapai matlamat yang telah ditentukan.

Kecerdasan emosi juga merupakan empati dan mengetahui bagaimana perasaan orang lain di sekeliling kita. Kecerdasan ini berupa kemahiran sosial yang membolehkan seseorang dapat menyesuaikan diri dengan orang lain dan dapat mengurus perhubungan interpersonal dengan baik serta dapat memujuk dan memimpin orang lain. Menurut Goleman (1995) EQ adalah kebolehan untuk mengawasi emosi diri dan emosi pihak lain,dapat membezakan kebaikan,dan dapat menggunakan maklumat untuk membantu fikiran dan tindakan seseorang.

Menurut Ruisel (1992), kecerdasan emosi manusia adalah berkaitan dengan konsep kecerdasan sosial. Ahli-ahli psikologi lain telah memecahkannya kepada tiga fasa. Pertama,kecerdasan abstrak iaitu kebolehan untuk memahami dan memanipulasi tindakbalas dan simbol matematik. Kedua, kecerdasan yang konkrit iaitu kebolehan untuk memahami dan memanipulasi objek dan yang ketiga adalah kecerdasan sosial iaitu kebolehan untuk memahami dan berhubung dengan manusia (Ruisel, 1992).

Kecerdasan emosi juga didefinisikan sebagai sejenis kecerdasan sosial yang bertanggungjawab untuk mengawal satu dan pelbagai emosi, untuk mendiskriminasikan emosi tersebut dan menggunakan maklumat untuk mengawal pemikiran dan tindakan (Mayer & Salovey, 1993:433). Berdasarkan pendapat Salovey & Mayer (1990) kecerdasan emosi interpersonal dan intrapersonal dikategorikan kepada lima domain utama iaitu mengenal diri, mengurus emosi kendiri, memotivasikan diri, empati dan mengendalikan hubungan yang berkesan. Empati dan mengendalikan hubungan yang berkesan adalah dikategorikan dalam kecerdasan interpersonal sementara tiga lagi iaitu mengenal diri, mengurus emosi dan memotivasikan diri adalah di dalam kategori intrapersonal.

Sementara itu tekanan (stress) merupakan tindak balas fizikal, fisiologikal dan psikologikal yang berlaku dalam diri seseorang yang berpunca atau diakibatkan oleh suasana yang dihadapi yang dianggapkan mengancam atau mencabar. Tindakbalas penyesuaian tekanan merangkumi tindakbalas psikologikal, fisiologikal dan ia berkait rapat dengan sikap pengambilan alkhol, merokok, dan masalah tidur. Suasana di tempat menjalani latihan yang mempunyai persekitaran yang kurang selesa turut menyumbang kepada faktor tekanan dan seterusnya membawa kemurungan dan menyebabkan pelatih hilang minat untuk meneruskan Program Latihan Khidmat Negara.

Individu tidak akan dapat berfungsi dengan berkesan jika ia dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada pelaksanaan program dan seterusnya akan menjejaskan komitmen pelatih semasa menjalani modul di Kem PLKN. Selain itu tanggapan negatif terhadap PLKN yang dikatakan mempunyai aspek negatif seperti keletihan semasa menjalani latihan, berlakunya kes buli, kecurian, keterpaksaan mengikut latihan, dan terpaksa berpisah dengan keluarga turut menyumbang kepada berlakunya stress atau tekanan semasa menjalani modul PLKN.

Selain itu, terdapat pelatih yang tidak berupaya menguruskan tekanan yang mereka alami sepanjang berada di Kem PLKN. Tekanan yang melebihi pada tahap tertentu sekiranya tidak dikawal akan mewujudkan pelbagai masalah kepada setiap individu (Romas dan Sharma, 2004). Kebiasaannya, tekanan akan dialami dalam pelbagai keadaan seperti rasa kesunyian, kurang tidur, keresahan, kebimbangan yang tinggi serta simptom-simptom fisiologi yang ditunjukkan kesan daripada sesuatu peristiwa yang dialami (Wright, 1967). Oleh yang demikian, tekanan boleh menyebabkan kehidupan dan pergaulan seharian seseorang pelatih terjejas sehingga memberi impak negatif terhadap tahap kesihatan, personaliti, interaksi sosial seterusnya komitmen mereka semasa menjalani modul PLKN.

Seterusnya Corser dan Rakoff (1971), mendefinisikan komitmen sebagai kecenderungan dalaman yang positif di mana seseorang individu yang komited akan berasa bangga dengan sesuatu perkara yang dilakukannya. Semasa menjalani modul PLKN, komitmen bukan sahaja tertumpu kepada pelaksanaan modul tetapi juga melibatkan komitmen terhadap rakan yang datang dari pelbagai kaum dan latar belakang. Pelatih yang komited terhadap PLKN, sanggup berhadapan dengan apa jua rintangan dan cabaran yang dihadapi hasil daripada kekuatan emosi. Malah cabaran ini akan meningkatkan lagi kematangan mereka semasa menjalani modul di Kem PLKN.

Pelbagai modul yang dilaksanakan dan dirancang telah memperuntukkan perbelanjaan yang agak besar, yang bertujuan untuk mencapai objektif penubuhan PLKN. Namun persoalannya, apakah semua ini akan tercapai sekiranya pelatih tidak memanfaatkan apa yang disediakan oleh kerajaan dan sama-sama berganding bahu memikirkan masa depan negara. Keadaan ini semakin serius dan meruncing apabila terdapat pelatih yang melakukan salah laku seperti tidak melapor diri ke kem, ingin lari dari kem, dan sentiasa berfikiran negatif terhadap penubuhan PLKN.

Menyedari hakikat ini, dimana modul-modul yang dilaksanakan di kem merupakan asas kepada kejayaan penubuhan PLKN dan setiap remaja yang terpilih diwajibkan menjalani PLKN sama ada mereka suka atau tidak, kajian ini wajar dilaksanakan bagi mengenalpasti hubungan kecerdasan emosi dan tekanan dengan komitmen pelatih semasa menjalani modul yang dirangka oleh kerajaan di Kem PLKN.

1.2 Permasalahan kajian

Kebanyakkan pelatih yang mengikuti PLKN merupakan remaja yang berusia 18 tahun yang pada ketika ini berada pada peringkat peralihan dari alam remaja ke alam dewasa. Pada ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat daripada tindakan hormon dalam badan.

Bagi remaja yang terpilih untuk menjalani PLKN, ia adalah dianggap satu keistimewaan kerana mereka bukan sahaja dapat berkenalan dengan rakan-rakan sebaya yang datang dari pelbagai latar belakang malahan mereka akan mendapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan. Remaja yang mengikuti PLKN akan diberi gelaran “Wira dan Wirawati” sepanjang mereka berada di kem PLKN selama 3 bulan. Wira dan wirawati akan mendapat pelbagai keistimewaan antaranya rawatan perubatan percuma sepanjang menjalani latihan, tempat tinggal, makan dan minum diberikan secara percuma dan diberikan wang imbuhan selepas tamat menjalani latihan. Selain itu, wira dan wirawati juga berpeluang untuk berjumpa dengan orang-orang kenamaan seperti Perdana Menteri, dan Menteri-Menteri Kabinet. Keistimewaan ini tidak mungkin dapat dinikmati oleh remaja-remaja lain yang tidak terpilih untuk menjalani PLKN.

Sememangnya terdapat pelbagai keistimewaan dan kelebihan yang dapat diperolehi oleh wira dan wirawati namun keistimewaan dan kelebihan ini terpaksa dibayar dengan pelaksaan modul-modul yang perlu dihadiri oleh wira dan wirawati sepanjang mereka menjalani latihan selama 3 bulan dengan jadual yang padat. Secara umumnya, wira dan wirawati akan menjalani latihan PLKN berdasarkan lima modul yang telah ditetapkan iaitu modul latihan fizikal, modul kenegaraan, modul pembinaan karekter, modul khidmat komuniti dan modul kesejahteraan hidup.

Walau bagaimanapun, tidak semua pelatih mempunyai kemahiran atau pengetahuan asas mengenai modul yang dilaksanakan oleh pihak PLKN. Hal ini menyebabkan, pelatih-pelatih perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Contohnya semasa melaksanakan modul fizikal, terdapat pelatih yang tidak boleh melakukan aktiviti ini kerana tidak mempunyai kemahiran asas dan tidak mempunyai minat untuk melaksanankannya. Hal ini menyebabkan pelatih tersebut tidak melakukan aktiviti tersebut dengan bersungguh-sungguh. Walaupun terdapat jurulatih yang mengawasi dan mengajar pelatih-pelatih, namun terdapat pelatih yang malu dan langsung tidak boleh menyesuaikan diri untuk menjalani modul yang dilaksanakan. Hal ini menyebabkan berlakunya pemberontakkan dalam diri dan seterusnya akan wujudnya tekanan dalam diri pelatih dan seterusnya menyebabkan mereka tidak memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap pelaksanaan modul PLKN.

Sepanjang menjalani modul di kem, tidak semua pelatih mempunya kemahiran individu atau intrapersonal. Kemahiran ini diperlukan kerana, pelatih-pelatih akan berhadapan dengan pelbagai keadaan dan situasi sepanjang mereka berada di kem. Pada ketika ini, pelatih-pelatih akan dilatih untuk mengenali diri, dan arah tuju hidupnya. Selain itu,kemahiran interpersonal juga perlu dimiliki oleh seseorang pelatih. Hal ini kerana sepanjang pelatih berada di kem, mereka akan bergaul dan perlu berkomunikasi dengan rakan sebaya yang terdiri dari pelbagai kaum, budaya dan agama. Pelatih-pelatih yang mempunyai kedua-dua kemahiran ini dikatakan mempuyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi seterusnya mereka akan memberi lebih komitmen terhadap perlaksanaan modul di kem.

Selain itu, semasa menjalani latihan di kem, pelatih-pelatih terpaksa mengubah cara hidup yang memerlukan mereka lebih berdisiplin dan mengikut arahan pihak atasan. Sepanjang mereka berada di kem, pelatih-pelatih terpaksa mengikut jadual yang telah dirangka oleh pihak PLKN. Mereka akan mula menjalani latihan seawal jam 0600 pagi sehingga jam 2300 malam setiap hari kecuali hari sabtu dan ahad. Masa latihan yang panjang ini, menyebabkan sesetengah pelatih turut mengalami tekanan kerana mereka merasakan diri mereka terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi. Hal ini menyebabkan timbulnya perasaan ingin memberontak dalam diri sesetengah pelatih sehingga mereka tidak memberi komitmen yang sepenuhnya semasa menjalani modul yang dilaksanakan.

Perbezaan pendapat antara rakan sepasukan (skuad) sering terjadi dalam kalangan pelatih. Perbezaan pendapat ini sering terjadi terutamanya di kalangan pelatih yang memengang jawatan dalam kompeninya (rank holder). Walaupun perbezaan pendapat dikalangan pelatih ini dianggap biasa, namun apabila perbezaan pendapat ini tidak diselesaikan dengan segera ia akan memberi kesan kepada kompeni (skuad) tersebut dan seterusnya komitmen pelatih terhadap modul yang dilaksanakan juga berkurang.

Di samping itu, terdapat pelatih yang menjalani PLKN langsung tidak pasti tujuan sebenar beliau berada di kem. Pelatih tersebut mengikuti PLKN hanya terpaksa oleh implikasi undang-undang. Mereka merasakan penubuhan PLKN adalah penghalang untuk mereka melakukan aktiviti-aktiviti lain selepas selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ketidakpastian matlamat semasa menjalani latihan ini di tambah lagi dengan berlakunya kes-kes terpencil seperti kes buli, masalah perkauman, dan kes kematian di semasa di Kem. Hal ini seterusnya memberi kesan kepada komitmen pelatih semasa menjalani modul yang dilaksanakan di kem.

Dalam pada itu terdapat beberapa kes yang melibatkan pelatih PLKN terpaksa dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana menghadapi masalah tekanan mental. Kebanyakan kes pelatih menghadapi tekanan mental ini berpunca apabila para pelatih gagal menyesuaikan diri dengan kawasan persekitaran baru (Lee Lam Thye).

Individu tidak akan dapat berfungsi dengan berkesan jika ia dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelaksaan program dan seterusnya akan menjejaskan objektif asal pelaksaan PLKN. Keadaan ini turut menjejaskan komitmen pelatih-pelatih secara keseluruhannya kepada modul-modul yang dilaksanakan. Selain itu tanggapan negatif terhadap PLKN yang dikatakan mempunyai aspek negatif seperti keletihan semasa menjalani latihan, berlakunya kes buli, keterpaksaan mengikuti latihan, terpaksa berpisah dengan keluarga, dan pendedahan kepada kecederaan turut menyumbang kepada berlakunya stres atau tekanan dalam kalangan pelatih.

Ahmad Sukardi Aziz (1980), mengatakan bahawa sebarang usaha ke arah penyesuaian akan menimbulkan pelbagai masalah. Cara menyelesaikan masalah ini banyak bergantung kepada pengalaman yang sudah ada pada diri individu itu sendiri melalui proses interaksi dengan persekitarannya sebelum itu. Dalam proses perkembangan di zaman moden ini, individu terpaksa menempuh banyak situasi baru. Ini menimbulkan masalah kepadanya. Masalah penyesuaian ini timbul disebabkan adanya konflik dalam diri individu bagi memenuhi kehendak persekitarannya.

Tekanan menjalani modul latihan yang dilaksanakan lazimnya memberi kesan terhadap komitmen pelatih terhadap pelaksanaan modul tersebut. Sehubungan dengan itu bertepatan dengan tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti hubungan dengan komitmen pelatih semasa menjalani PLKN.

1.3 Objektif kajian
Kecerdasan emosi dan tekanan semasa melakukan sesuatu aktiviti merupakan keadaan yang sering berlaku kepada setiap individu. Oleh itu kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap individu semasa menjalani sesuatu program. Berdasarkan kajian ini tujuan sebenar adalah:
1.3.1 Untuk mengenalpasti hubungan diantara kecerdasan emosi dengan komitmen pelatih semasa menjalani modul PLKN.
1.3.2 Untuk mengenalpasti hubungan diantara tekanan dengan komitmen pelatih semasa menjalani modul PLKN.
1.3.3 Untuk mengenalpasti perbezaan diantara kecerdasan emosi pelatih mengikut jantina semasa menjalani modul PLKN.
1.3.4 Untuk mengenalpasti perbezaan diantara tekanan pelatih mengikut jantina semasa menjalani modul PLKN.



1.4 Kepentingan kajian
Kejayaan sesuatu program atau aktivirti yang dilaksanakan oleh kerajaan atau badan-badan tertentu banyak dipengaruhi oleh komitmen peserta-peserta yang mengikutinya. Oleh itu, kecerdasan emosi yang stabil amat diperlukan oleh perserta yang mengikuti program yang dilaksanakan. Selain itu sumber-sumber tekanan juga perlu dikurangkan dalam persekitaran dimana sesuatu program atau aktiviti dijalankan.

Terdapat beberapa rasional kajian ini dijalankan seperti dapat memberi maklumat kepada jurulatih-jurulatih PLKN, para kaunselor, pihak pentadbiran PLKN dan semua pihak yang berminat untuk mengetahui isu kecerdasan emosi dan tekanan pelatih PLKN semasa menjalani latihan.

Di samping itu, ia dapat memberi maklumat kepada pihak pentadbiran JLKN dan semua pihak yang berminat mengenai keberkesanan modul yang dilaksanakan di kem PLKN.
Selain itu, ia juga dapat memberi maklumat kepada pelatih PLKN sendiri mengenai kecerdasan emosi mereka semasa menjalani latihan dan komitmen mereka terhadap perlaksanaan modul di kem PLKN. Diharapkan melalui kajian ini, ia dapat memberikan maklumat dan sumbangan mengenai isu kecerdasan emosi wira dan wirawati untuk dijadikan bahan rujukan kepada pihak tertentu yang menfokuskan kajian tentang kecerdasan emosi.











1.5 Kajian lepas

Bahagian ini membincangkan dapatan kajian lepas yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji berhubung dengan aspek kecerdasan emosi (EQ), tekanan dan komitmen yang diperolehi dari dalam dan luar negara.

1.5.1 Kajian Lepas Kecerdasan Emosi:

Kajian yang dijalankan oleh Reimy Suriani (2001) di 10 buah falkulti yang terdapat di UTM, Skudai yang mana bertujuan untuk mengenalpasti tahap kecerdasan emosi dan permasalahan pelajar UTM, Skudai pula mendapati bahawa tahap kecerdasan emosi seseorang tidak semestinya disebabkan oleh masalah yang mereka hadapi. Beliau mendapati bahawa hubungan diantara kecerdasan emosi dengan permasalahan pelajar adalah sangat lemah. Ini bermakna seseorang yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi tidak semestinya mereka tidak mempunyai masalah dan begitu juga seseorang yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang rendah tidak semestinya mereka mempunyai maslah yang tinggi.

Satu lagi kajian yang dijlankan oleh Prakas Rao (2001) iaitu melihat perkaitan diantara kecerdasan emosi dengan prestasi akademik mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mendapati bahawa mahasiswa dan mahasiswi UTM mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dan dari aspek pencapaian akademik pula didapati mahasiswa dan mahasiswi UTM mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik. Namun perkaitan antara kecerdasan emosi dengan prestasi akademik mahasiswa dan mahasiswi UTM adalah sangat lemah.
Satu kajian tinjauan terhadap kecerdasan emosi murid-murid sekolah rendah telah dilakukan oleh Liew,Gan dan Sia (2002). Tinjauan ini menghuraikan tahap EQ di kalangan murid-murid Tahun Lima disepuluh buah sekolah rendah di kawasan Miri yang berjumlah 416 orang. Kajian ini ditadbir menggunakan soal selidik yang diubahsuai daripada instrumen Goleman (1995). Hasil kajian menunjukkan taburan EQ meliputi semua tahap iaitu 71.9% daripada jumlah sampel berada pada tahap yang memuaskan atau tinggi, 21.4% di tahap kecerdasan sederhana dan hanya 6.7% sahaja berada pada tahap EQ yang amat rendah. Dari segi jantina pula, di dapati murid-murid perempuan iaitu 71.9% daripada 210 orang mempunyai tahap EQ yang memuaskan berbanding dengan murid-murid lelaki iaitu 65.6% daripada 206 orang. Analisis dari segi konstruk EQ mendapati lebih kurang 50% daripada sampel menunjukkan kurangnya kemahiran dalam pengurusan emosi, kemahiran sosial dan kawalan diri. Sampel kajian hanya menunjukkan tahap yang memuaskan dalam konstruk motivasi dan kesedaran diri.

Kajian yang telah dijalankan oleh Noriah (2001) ke atas 62 orang remaja telah membuktikan bahawa mereka yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi lebih dapat menunjukkan tingkahlaku memberi tumpuan dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberi. Mereka yang mempunyai kecerdasan yang rendah pula kerap menunjukkan tingkah laku bimbang dan perasaantidak selesa apabila melaksanakan tugasan yang diberi. Kajian Mayer (2001) ke atas remaja pintar cerdas turut mencadangkan bahawa kecerdasan emosi mempunyai hubungan dengan keupayaan mengendalikan emosi dalam hubungan dengan rakan sebaya. Dapatan kajian beliau seterusnya menunjukkan bahawa remaja sekolah yang mempunyai emosi stabil turut mempunyai hubungan sosial yang mantap. Pada masa yang sama remaja ini mempunyai pendirian yang tersendiri dan tidak mudah terikut dengan gaya rakan sebaya serta tidak mudah mengalah apabila menerima tekanan dari rakan-rakan sebaya.

Kajian Noriah Mohd. Ishak, Siti Rahayah Ariffin,Zuria Mahmud, Saemah Rahman dan Manisah Mohd. Ali (2001) pula telah membuktikan bahawa remaja yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dapat menyelesaikan sesuatu tugasan dengan lebih baik. Untuk membentuk kecerdasan emosi yang baik dalam kalangan remaja, sistem persekolahan boleh mengajar kemahiran-kemahiran yang berkaitan sejak dari sekolah rendah. Menurut Lickona (1993), kecerdasan emosi boleh diajar dalam suasana budaya sekolah yang positif. Justeru, kanak-kanak diberi peluang melalui aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah untuk mempraktikkan setiap ciri kecerdasan emosi melalui aktiviti kemasyarakatan,membuat keputusan, proses pembelajaran secara koperatif dan perkongsian pintar antara sekolah dan ibu bapa. Kecerdasan emosi juga boleh ditingkatkan melaluiaktiviti berasaskan akademik seperti pembacaan dan perbincangan.
Kajian lepas seperti Trinidad dan Johnson tentang kecerdasan emosi menunjukkan wujud perkaitan yang rapat antara kecerdasan emosi dengan tingkah laku pelajar. Kajian oleh Trinidad dan Johnson (2002) ke atas pelajar sekolah menengah telah mendapati bahawa skor kecerdasan emosi yang tinggi dikaitkan dengan kadar penggunaan alkohol dan merokok yang rendah.

Kajian yang dijalankan oleh Cooper dan Sawaf (1997) mendapati individu yang mempunyai ketahanan emosi yang baik (salah satu komponen dalam EQ) membolehkannya berupaya menguruskan emosi diri dan orang lain. Dengan ini, mereka dapat memahami sebab wujudnya tekanan dan mampu mengurus tekanan yang dihadapi. Individu yang mempunyai ketahanan emosi yang baik di tempat kerja membolehkannya mencapai kepuasan terhadap kerjanya berbanding individu yang tidak mempunyai ketahanan emosi.

1.5.2 Kajian Lepas Tekanan
Ross, Niebling dan Heckett (1999) telah menjalankan kajian terhadap 100 orang pelajar kolej yang berbeza dari segi umur, jantina dan pengkhususan subjek utama di Universiti Midwestern. Alat ukur Student Stress Survey (SSS) telah digunakan bagi mengenalpasti punca utama stres berdasarkan 40 situasi yang berpotensi menyebabkan stres di kalangan mereka. Keputusan kajian menunjukkan bahawa faktor intrapersonal adalah penyebab utama stress yang kerapkali berlaku di kalangan pelajar. Antara lima faktor tertinggi yang menyebabkan stres di kalangan pelajar ialah perubahan tabiat tidur dan pemakanan, cuti semester, peningkatan bebanan kerja dan penerimaan tanggungjawab yang baru.

Kajian Ooi Yoon Phaik (2002) bertujuan mengetahui punca stres di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia), Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Sumber Asli dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan (Kimia), Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor persekitaran merupakan penyumbang utama stres pelajar berbanding faktor akademik, kewangan, keluarga, sosial dan intrapersonal. Tahap tekanan keseluruhan pelajar juga adalah rendah dan pada tahap kebimbangan yang sederhana. Manakala, terdapat perhubungan signifikan antara stres dengan pencapaian akademik serta tiada perbezaan signifikan dari segi tahap tekanan di kalangan pelajar mengikut tahun pengajian, jurusan yang diikuti serta jantina.

Kajian oleh Misra dan McKean (2000) terhadap 249 orang pelajar dan 67 orang ahli fakulti di Universiti Midwestern di mana purata umur kesemua responden di antara 21 hingga 41 tahun. Kajian bertujuan meninjau persepsi terhadap akademik di kalangan pelajar lelaki dan perempuan, serta perbandingan persepsi antara pelajar dan ahli fakulti terhadap stres akademik pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat ketidaksamaan persepsi di kalangan pelajar dan ahli fakulti terhadap punca stres pelajar dan reaksi terhadap stres. Persepsi ahli fakulti adalah pelajar mempunyai tahap stres yang tinggi serta menunjukkan reaksi stres yang kerap berbanding persepsi sebenar pelajar. Keputusan ini disebabkan oleh pemerhatian berterusan oleh ahli fakulti terhadap pelajar di bilik kuliah. Punca stres di kalangan pelajar kolej dibahagikan kepada akademik, kewangan serta perkara berhubung dengan kesihatan dan masa. Tahap stres paling tinggi di kalangan pelajar adalah semasa membuat persediaan untuk peperiksaan, persaingan memperolehi gred yang baik serta perkara yang melibatkan pengurusan masa. Terdapat perbezaan stres di kalangan pelajar lelaki dan perempuan.

Kajian Chai Ming Seng et al. (2004) bertujuan mengenalpasti tahap stres pelajar di sebuah kolej di Malaysia semasa pengajian semester 2003/04. Subjek kajian terdiri daripada seramai 393 orang pelajar (53 orang lelaki dan 34 orang perempuan). Alat ukur Self Report Inventory (DSP) telah digunakan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap stres responden adalah tinggi terutama masalah yang berkaitan penyesuaian diri, kewangan serta jangkaan keputusan akademik. Tidak terdapat perbezaan signifikan dari segi jantina, tahun pengajian dan kursus yang diikuti.

1.5.3 Kajian Lepas Komitmen
Kajian-kajian lepas telah memfokuskan kepada beberapa kategori pembolehubah atau faktor-faktor yang membawa kepada komitmen terhadap organisasi. Mengikut Liou (1993) Mowday, Steers dan Porter (1982) mengkaji komitmen terhadap organisasi menggunakan pendekatan empat kategori pembolehubah iaitu ciri-ciri individu, pekerjaan atau peranan, pengalaman kerja atau struktur organisasi. Dapatan kajian menunjukkan faktor-faktor utama yang membawa kepada komitmen organisasi masih tidak konsisten. (Acryl Sani, 2001).

Kajian Acryl Sani (2001) telah menjalankan kajian terhadap Polis Diraja Malaysia yang berpangkat rendah (konstabel) hingga ke pangkat Sub Inspektor yang berkhidmat di Kontinjen Polis Kuala Lumpur. Keputusan kajiannya mendapati ciri-ciri organisasi merupakan faktor utama yang mempengaruhi tahap komitmen terhadap organisasi di kalangan anggota polis. Dalam kajian ini juga untuk melihat sejauh manakah tahap komitmen anggota-anggota polis terhadap organisasi dan juga perhubungan antara ciri-ciri individu (jantina, umur, kelayakan akademik, status perkahwinan, tempoh perkhidmatan, pangkat, kebolehan individu) dan ciri-ciri organisasi (gaya kepimpinan, peluang kenaikan pangkat, beban kerja, kemudahan yang disediakan) dengan tahap komitmen anggota polis terhadap organsasi. Seramai 454 respondan telah mengambil bahagian dalam menjawab soal selidik. Dapatan kajian tersebut mendapati ciri-ciri organisasi merupakan faktor utama yang mempengaruhi tahap komitmen terhadap organsisasi dikalangan anggota-anggota polis pangkat rendah sementara ciri-ciri individu pula secara langsung tidak mempengaruhi tahap komitmen organisasi.

Kajian yang dijalankan Asliza Bt. Awang Kechil (2004) ke atas 81 orang guru kaunseling di sekolah-sekolah menengah dalam daerah Johor Bahru menunjukkan terdapat hubungan perkaitan di antara tahap kecerdasan emosi dengan tahap kepuasan kerja dan komitmen terhadap kerjaya. Dapatan menunjukkan kecerdasan emosi guru-guru kaunseling sekolah-sekolah menengah di daerah Johor Bahru adalah tinggi, tahap kepuasan kerja berada pada tahap yang sederhana dan tahap komitmen terhadap kerjaya berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang kuat dan signifikan antara kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja. Hasil kajian juga mendapati wujudnya hubungan yang signifikan di antara tahap kecerdasan emosi dengan komitmen terhadap kerjaya.

Putti, Aryee dan Phua (1990) mengkaji kesan kepuasan komunikasi terhadap komitmen organisasi di syarikat kejuruteraan di Singapura. Dapatan kajian tersebut terdapat hubungan antara kepuasan komunikasi dan komitmen organisasi. Dua faktor yang paling mempengaruhi hubungan dengan komitmen organisasi ialah pengurusan atasan dan penyelia.

Downs (1991) pula telah mengkaji hubungan kepuasan komunikasi dengan komitmen organisasi di dua organisasi Australia. Kajian tersebut mendapati terdapat hubungan positif antara kepuasan komunikasi dan komitmen organisasi. Faktor yang paling mempengaruhi komitmen organisasi ialah komunikasi penyeliaan, maklumbalas dan iklim organisasi.
1.6 Pendekatan teori
1.6.1 Teori Kecerdasan Emosi
Konsep EQ atau kecerdasan emosi adalah konsep kecerdasan yang lebih luas dan ada kaitan dengan kesedaran ke atas emosi dan perasaan serata bagaimana perasaan dapat berinteraksi dengan kesedaran keaatas mental atau IQ, (Mohd. Azhar, 2004). Mayer dan Salovey (1990) pula telah membawa dimensi baru dalam penilaian pendidikan dengan memperkenalkan istilah kecerdasan emosi (EQ) kepada dunia. Ini menyebabkan ramai pakar mengatakan kegiatan manusia tidak hanya bergantung kepada kecerdasan intelek (IQ) seseorang dan keputusan yang mereka buat dalam banyak perkara juga bergantung kepada EQ.
Bar-On (1996), mendefinisikan model emotional intelligence yang diperkenalkannya sebagai satu keupayaan yang berkaitan emosi dan pengetahuan sosial yang mempengaruhi kemampuan seseorang untuk menghadapi cabaran persekitarannya dengan berkesan. Model kecerdasan emosi merangkumi lima aspek utama, iaitu:

i) Kesedaran terhadap diri (Self-awareness).
ii) Keupayaan mengurus emosi diri (Self-regulation).
iii) Motivasi (Motivation)
iv) Empati (Empathy).
v) Hubungan sosial (Social skills).

i. Kesedaran Terhadap Diri (Self-awareness)
Kesedaran terhadap diri atau sedar emosi sendiri bermakna kebolehan mengawal diri (perasaan) dalam sesuatu situasi. Kebolehan ini seterusnya dapat membantu individu untuk membuat keputusan yang kongruen dengan pegangan atau nilai dirinya. Secara tidak langsung ia juga membolehkan seseorang individu itu membuat penilaian yang realistik. Individu yang memiliki kelebihan ini akan sentiasa menyedari kekuatan dan kelemahan dirinya, bersikap terbuka apabila menerima maklumbalas daripada orang lain dan bersedia untuk belajar daripada pengalaman yang dilalui. Keyakinan diri pula adalah satu sifat keberanian yang datang dengan penuh kepastian hasil daripada keupayaan terhadap kesedaran kendiri iaitu kebolehan, nilai dan matlamat diri.

ii. Keupayaan Mengurus Emosi Diri (Self regulation)
Keupayaan untuk mengawal emosi diri sebenarnya terbina atas sebab kesedaran terhadap diri, penglahiran emosi dan niat. Individu yang dapat mengawal emosinya mampu melaksanakan sesuatu tugas dengan mudah. Seseorang individu itu harus sentiasa berhati-hati dan mengelakkan sikap mudah berpuas hati dalam mengejar sesuatu matlamat. Keupayaan mengurus emosi juga membantu individu memulihkan kesedihan emosi dengan berkesan. Dengan itu individu yang berjaya mengurus emosi diri akan cepat bebas daripada kitaran emosi yang kritikal

iii. Motivasi(Motivation)
Motivasi diri merujuk kepada kecenderungan emosi yang menggerak dan memandu ke arah pencapaian matlamat. Motivasi juga membantu kita mengambil inisiatif dan berusaha untuk memajukan diri serta tabah dalam menghadapi kesedihan dan kekecewaan. Individu yang tinggi tahap motivasinya lebih mudah dalam membuat sesuatu penilaian yang realistik dan tidak mudah berputus asa.

iv. Empati(Empathy)
Satu kebolehan seseorang itu mengenali dan memahami emosi orang lain dan boleh memberi pertimbangan sewajarnya terhadap mereka. Orang lain jarang mempamerkan gangguan emosi yang dialami secara terus terang. Selalunya ia dapat disedari melalui isyarat-isyarat emosi seperti perubahan nada suara dan ekspresi wajah. Kebolehan individu merasai situasi-situasi emosi ini telah membangkitkan kesedaran emosi diri dan keupayaan mereka menguruskan situasi emosi ini. Perasaan empati ini akan memudahkan seseorang individu menjalin perhubungan dengan individu lain.
v. Kemahiran Sosial (Social Skill)
Kemahiran sosial melibatkan kebolehan mengurus emosi orang lain dalam perhubungan dengan berkesan dan sentiasa bersedia dengan situasi-situasi sosial serta interaksi yang mesra dengan orang lain. Kemahiran ini juga memberi kelebihan kepada seseorang itu dari segi memujuk, berunding dan menyelesaikan perbalahan dengan individu lain supaya kerjasama secara berpasukan dapat di wujudkan. Individu yang dapat menguasai kemahiran ini akan mencapai kepuasan dalam perhubungan sosialnya dan beroleh kejayaan dalam bidang yang diceburinya.

Sebanyak 80% kejayaan menyesuaikan diri dengan sesuatu tempat bergantung kepada EQ sementara hanya 20% bergantung kepada IQ (Intelligence Quotient) (Martinez, 1997 & Kirch, Tucker, Kirch, 2001). Ini membuktikan bahawa orang yang memiliki EQ tinggi lebih mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan keadaan semasa.

Kajian juga menunjukkan EQ adalah dua kali ganda lebih penting berbanding kemahiran teknikal dan analitikal, yang mana gabungan kedua-dua kemahiran itu akan membentuk kejayaan seseorang individu di sesuatu tempat (Murray,1998). Seiring dengan itu wajar sekali kajian ini dijalan untuk mengenalpasti tahap kecerdasan emosi dalam pelatih semasa menjalani modul yang dilaksanakan agar objektif keatas pelaksanaan modul ini tercapai.






1.6.2 Teori Tekanan
Teori Motivasi Pencapaian MC Clelland
MC Clelland (1961), mencadangkan empat keperluan yang penting dalam konteks tingkahlaku dalam organisasi. Keperluan-keperluan tersebut adalah keperluan untuk kuasa, keperluan untuk berkawan keperluan untuk pencapaian dan keperluan kebebasan. MC Clelland membahaskan keperluan pencapaian sebagai perbezaan yang terdapat dalam diri individu yang boleh menggerakkan individu untuk terus meningkatkan komitmen dalam organisasi. Individu yang mempunyai keperluan untuk pencapaian yang tinggi akan meningkatkan komitmen dalam organisasi bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Individu yang mempunyai tahap keperluan yang tinggi untuk pencapaian sentiasa menyimpan keinginan untuk berjaya dan sentiasa takut terhadap kegagalan. Berdasarkan kajiannya MC Clelland mengenalpasti tiga ciri utama individu yang mempuyai keinginan motivasi pencapaian yang tinggi iaitu
i. Individu sukakan persekitaran yang membenarkan mereka bertanggungjawab dalam penyelesaian masalah.
ii. Menggemari risiko sederhana dan menetapkan matlamat yang sederhana yang boleh dicapai.
iii. Mereka perlukan pengiktirafan dan maklumbalas tentang kemajuan tugas yang dilakukan. Juga sangat melibatkan diri (komited) dalam tugas yang dilakukan.

Teori Hawthorne
Teori ini terbentuk hasil daripada kajian-kajian mengenai perlakuan manusia yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik sarjana daripada Harvard Graduate School of Business Administration yang diketuai oleh Elton Mayo. Rumusan kajian-kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa hubungan antara perseorangan dan antara kumpulan adalah lebih penting dalam menentukan kecekapan dan keberkesanan pekerja daripada fizikal luaran seperti yang ditekan oleh pendekatan pengurusan saintifik. Teori ini juga menekankan kepentingan komunikasi dan motivasi dalam mempengaruhi keberkesanan dan produktiviti pekerja. (Lili Suriani, 2004)

1.8 Kerangka Kajian
PEMBOLEH UBAH BEBAS PEMBOLEH UBAH TERIKAT







Rajah 1.1: Kerangka Kajian
Berdasarkan rajah 1.1 diatas, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat hubungan antara tiga pemboleh ubah utama iaitu kecerdasan emosi dan tekanan serta komitmen pelatih semasa menjalani modul PLKN. Pemboleh ubah bebas ialah kecerdasan emosi dan tekanan. Sementara pembolehubah terikat ialah komitmen semasa menjalani modul PLKN.

1.8 Definisi konsep dan definisi operasi
Bahagian ini menerangkan tentang konsep-konsep pembolehubah yang dikaji seperti kecerdasan emosi, tahap tekanan (stress), dan komitmen terhadap modul PLKN dengan lebih detail dan definasi operasionalnya berkaitan dengan item-item dalam soal selidik yang digunakan dalam kajian ini.

1.8.1 Definisi Konsep
Kecerdasan Emosi (EQ)
Kecerdasan emosi (EQ) merupakan elemen penting untuk mewujudkan keadaan kerja yang produktif. Ia bukan sahaja ‘baik’ terhadap orang lain, tetapi juga berhadapan dengan mereka dengan cara yang penuh konstruktif apabila sesuatu masalah timbul (Smigla & Pastoria, 2000). Menurut Golemen (1995) juga, tahap kecerdasan emosi seseorang individu adalah merupakan faktor utama kepada penentuan kejayaan seseorang individu, terutamanya pelajar. Dalam bukunya, Emotional Intelligence, Golemen (1995) berpendapat bahawa kecemerlangan seseorang individu adalah bergantung kepada 20% daripada kecerdasan intelek dan 80% lagi adalah bergantung kepada pengurusan emosi secara berkesan. Ini jelas menunjukkan bahawa tahap “pengurusan emosi” yang baik adalah faktor yang amat dititkberatkan dalam kehidupan seseorang individu yang berjaya (Zainuddin, 2000).

Emosi yang tidak stabil akan menjadikan seorang itu gelisah, tertekan, lalu tidak dapat berfikir dan bertindak secara rasional. Ini akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat memberi tumpuan dan tidak boleh melakukan kerja dengan baik, sukar tidur, kurang selera makan sehingga menjejaskan produktiviti individu itu sendiri, organisasi atau tempat bekerja dan seterusnya produk negara.

Menurut Mohd. Azhar (2004), berlaku konflik apabila seseorang yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang rendah menyebabkan mereka kurang peka dengan persekitaran dan perasaan orang lain yang berada di sisi mereka. Begitu juga pada perasaan diri sendiri, mereka tidak tahu kemahuan diri sendiri maupun mengawal diri semasa bekerja atau berhubung dengan orang lain.





Tekanan/stress
Tekanan ditakrifkan sebagai reaksi fisiologi dan psikologi yang berlaku apabila seseorang khususnya pekerja mengalami fenomena ketidakstabilan atau ketidakseimbangan di antara tahap permintaan yang dikenakan ke atas dirinya dengan keupayaan untuk memenuhi permintaan berkenaan. (Ward,1987). Bruno (1990) pula menegaskan bahawa tekanan merupakan satu sistem desakan secara dalaman, organik atau psikologi yang menyebabkan ketidakselesaan. Ini bermakna apabila seseorang itu mengalami tekanan dalam sebarang aktiviti yang dilakukannya sudah pastilah penumpuan terhadap aktiviti itu tidak dapat dilakukan.

Menurut Murdock dan Scutte (1993) tekanan semasa melakukan sesuatu aktiviti dapat didefinisikan sebagai suatu fenomena dimana ketidakpadanan di antara persepsi tuntutan atau desakan dengan persepsi keupayaan untuk menunaikannya telah berlaku. Dalam pada itu, jika terdapatnya jurang persepsi sedemikian maka seseorang itu akan mengalami tekanan. Salvo, Lubers, Rossi dan Lewis (1994) menegaskan bahawa konsep tekanan semasa menjalani sesuatu aktiviti dianggap sebagai satu aspek kritikal dan berpengaruh ke atas aspek-aspek yang lain seperti kesihatan.
Sehubungan dengan itu menurut Ali Murut Sunbul (2003), menyatakan tekanan juga adalah berpunca dari seseorang berasa putus asa dengan kerja-kerja di luar jangkaannya dan kurang pengawalan personal dari pihak atasan. Manakala, Abdul Aziz Yusof (2003) menyatakan tekanan akan timbul apabila berdepan dengan kerja yang terlalu banyak untuk dilakukan, sebaliknya berdepan dengan masa yang terlalu singkat serta disokong pula dengan sumber yang amat terhad.







Komitmen
Porter et. al. (1974) dan Buchanan (1974), mendefinisikan komitmen sebagai darjah kekuatan identifikasi dan penglibatan individu dalam satu-satu organisasi. Oleh itu komitmen boleh dicirikan dalam tiga faktor. Yang pertama ialah keyakinan yang kuat ke atas matlamat dan nilai organisasi. Ini merujuk kepada sejauh mana ahli menerima matlamat dan nilai organisasi sebagai matlamat dan nilai sendiri. Faktor kedua ialah kesediaan dan kesudian untuk menyumbang usaha kepada organisasi iaitu penglibatan psikologi atau penyerapan pekerja dalam aktiviti tugasnya. Faktor ketiga pula ialah keinginan yang kuat untuk mengekalkan keahlian dalam organisasi iaitu suatu perasaan kesetiaan, ikatan dan cinta kepada organisasi.

Goleman (1998) mengemukakan pandangan terhadap komitmen dari sudut organisasi sebagai satu reaksi emosional. Disini ia membawa maksud seseorang individu itu mempunyai hubungan atau kelekatan yang kuat kepada matlamat organisasi. Individu yang setia dan taat kepada matlamat organisasi bukan sahaja akan menjalankan tugasnya dengan sedaya upaya, malah mereka sudi mengorbankan kepentingan diri apabila diperlukan demi kepentingan organisasi. Justeru itu, komitmen merupakan penggalak semulajadi iaitu individu melahirkan perasaan patriot terhadap organisasi. Individu yang komited terhadap kerjaya mereka sanggup berhadapan dengan apa jua rintangan dan cabaran yang dihadapi hasil daripada kekuatan emosi, malah cabaran ini akan meningkatkan lagi kematangan mereka dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab terhadap kerjaya masing-masing. Selalunya individu yang ingin mencapai kecemerlangan dalam kerjaya akan meletakkan matlamat yang ingin dicapai sama ada matlamat jangka pendek mahupun jangka panjang. Apabila matlamat ini tercapai, individu tersebut beroleh kepuasan dan sentiasa berusaha ke arah pengembangan kerjaya untuk mengekalkan pencapaiannya.



Modul PLKN
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara (JKMKN) telah menetapkan kurikulum PLKN berdasarkan lima kompenen/modul iaitu modul fizikal, pembinaan karakter, kenegaraan, khidmat komuniti dan modul kesejahteraan hidup. JKMKN telah menubuhkan Jawatankuasa kecil kurikulum Khidmat Negara (JKKKN) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Biro Tatanegara untuk menyediakan kurikulum berkenaan.

Bagi modul latihan fizikal, terdapat beberapa jenis latihan yang perlu diikuti oleh wira dan dan wirawati. Modul fizikal mengandungi aktiviti asas kawad, tempur tanpa senjata (TTS), pertolongan cemas, aktiviti tali tinggi seperti ‘abseiling’, aktiviti tali rendah seperti ‘tension travers’, aktiviti air seperti berakit, sukan kreativiti, kraf hutan seperti ikhtiar hidup dan kembara halangan seperti memanjat tembok 12 kaki. Bagi modul pembinaan karakter pula, antara pengisian dalam modul ini ialah penerapan nilai-nilai murni yang sejagat, penilaian diri sendiri dan pembinaan keyakinan diri serta perhubungan individu di dalam kumpulan.

Dalam modul kenegaraan pula, pelatih-pelatih akan mempelajari mengenai pembentukan sesebuah negara. Ia menekankan kepada kepentingan memelihara dan mempertahankan kedaulatan negara, memupuk semagat cintakan tanah air dan memberi penekanan kepada kepentingan perpaduan kaum dan rakyat sebagai sumber pembangunan dan kemajuan negara. Selain itu, melalui modul ini pelatih-pelatih turut didedahkan dengan cabaran-cabaran dari dalam dan luar negara. Modul keempat ialah modul khidmat komuniti dimana dalam modul ini pelatih-pelatih akan membuat khidmat komuniti seperti membina dan membaik pulih kemudahan-kemudahan awam.

Modul kelima iaitu modul kesejahteraan hidup merangkumi empat kompenen iaitu Jantina dan Gender, Keluargaan, Pembangunan Kemahiran dan Hidup Tanpa Keganasan Dalam modul ini, pelatih-pelatih akan mempelajari teknik-teknik memperkasakan diri dalam menangani isu-isu gender, kekeluargaan, masalah sosial dan kesihatan reproduktif.

Pelatih PLKN
Pelatih PLKN merupakan wira dan wirawati yang terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan lepasan SPM yang berusia 18 tahun yang mengikuti Latihan Khidmat Negara di kem-kem PLKN yang terdapat di seluruh Malaysia. PLKN diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada 16 Februari 2004. Tarikh itu bolehlah dianggap sebagai tarikh yang bersejarah dan amat bererti bagi pengukuhan golongan remaja Malaysia. Idea tentang keperluan PLKN ini dicetuskan oleh Kongres Patriotisme Negara Pertama yang bertemakan ‘Patriotisme Teras Ketahanan Nasional’. Kongres Patriotisme Negara Pertama dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Biro tatanegara, jabatan perdana Menteri mulai 24-26 Oktober 2002 bertempat di Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET) Bangi, Selangor.
Peserta yang menghadiri kongres tersebut terdiri dari pegawai kanan kerajaan, eksekutif syarikat swasta, ahli-ahli akademik, pemimpin masyarakat, ahli parlimen dari parti pemerintah dan juga parti pembangkang. Ucap utama kongres ini telah disampaikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Bin Mohamad. Selepas ucap utama tersebut, Dr Mahathir telah berdialog dengan peserta Kongres dan semasa itu timbul soalan dan cadangan dari Tan Sri Lee Lam Thye yang mahukan ‘nasional servis’ diperkenalkan oleh Kerajaan. Tujuan ‘nasional servis’ adalah untuk memupuk perpaduan kaum, memelihara katahanan nasional, meningkatkan semangat Patriotisme dan sebagai wahana untuk mewujudkan Etnik Malaysia yang benar-benar bersatu dan progresif.
Antara objektif PLKN ialah untuk membina generasi muda yang bersemangat patriotik dan cintakan negara, melahirkan generasi muda yang cergas, cerdas serta penuh keyakinan diri, membentuk perwatakan positif dikalangan generasi muda menerusi penerapan nilai-nilai murni, mengeratkan perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang etnik dan menimbulkan keperihatinan dan kesukarelaan untuk berjasa kepada masyarakat.
1.8.2 Definisi Operasi
Kecerdasan Emosi
Dalam kajian ini kecerdasan emosi merujuk kepada keupayaan individu menyedari emosi dirinya, mengawal emosi dirinya, memotivasikan diri, mengetahui emosi orang lain dan kebolehan berhubung dengan orang lain. Sehubungan dengan itu kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kecerdasan emosi merujuk kepada keupayaan kemahiran intrapersonal dan interpersonal dalam mengenali dan mengurus emosinya dan orang lain. Namun kecerdasan emosi merupakan sesuatu yang tidak kekal dan sering berubah-ubah.

Tekanan/Stres
Dalam kajian ini tekanan difokuskan kepada empat faktor yang membawa tekanan di tempat menjalani latihan PLKN iaitu faktor yang menyentuh isu hubungan manusia, isu permintaan, isu peranan dan isu kepimpinan. Soalan yang bertemakan tentang tekanan adalah seperti di dalam soal selidik di bahagian C.

Komitmen Terhadap Modul PLKN
Dalam kajian ini komitmen terhadap modul PLKN menfokuskan kepada tiga bahagian yang mengukur mengenai diri,penglibatan, dan kesetiaan kepada organisasi. Alat kajian yang digunakan mengandungi 15 soalan yang dipetik daripada kajian Acryl Sani (2001), yang berdasarkan kepada soal selidik Organisational Comitment Questionaire (OCQ) oleh Mowday, Steers dan Porter (1979) dan diubahsuai bagi kesesuaian kajian kepada pelatih PLKN.




Modul PLKN
Dalam kajian ini, modul yang dikaji merangkumi kelima-lima modul yang dilaksanakan semasa pelatih sedang menjalani latihan di kem. Kelima-lima modul tersebut adalah modul fizikal, modul kenegaraan, modul khidmat komuniti, modul pembinaan karakter, dan modul kesihatan reproduktif.
Pelatih PLKN
Dalam kajian ini pelatih PLKN merujuk kepada wira dan wirawati kumpulan 2 siri 8/2011 yang menjalani latihan khidmat negara di Kem PLKN Dusun, Kg Pisang Kuala Nerang Kedah. Kem PLKN Dusun merupakan kem yang terletak di Zon A dimana terdapat 11 kem PLKN di Zon A iaitu Kem PLKN Tasik Meranti, Kem PLKN Tasoh, Kem PLKN Guar Chenderai, Kem PLKN Lagenda Seri, Kem PLKN Rimba Taqwa, Kem PLKN Damai Park, Kem PLKN Rekreasi Belia, Kem PLKN Sintok, Kem PLKN Sri Kandi dan Kem PLKN Bukit Besar. Walau bagaimanapun, sebanyak 60 soal selidik sahaja diagihkan kepada wira dan wirawati yang terdapat di Kem PLKN Dusun.

1.9 Hipotesis
HO 1= Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan komitmen pelatih semasa menjalani modul PLKN.
HO 2= Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan dengan komitmen pelatih semasa menjalani modul PLKN.
HO3= Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kecerdasan emosi pelatih mengikut jantina semasa menjalani modul PLKN
HO4= Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tekanan pelatih mengikut jantina semasa menjalani modul PLKN.





BAB 2 : METODOLOGI
2.0 Pendahuluan

Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai, metodologi merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Ianya bagi menjamin kaedah-kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian adalah bersesuaian dengan pembolehubah yang hendak dikaji serta hipotesis-hipotesis yang digunakan di dalam kajian. Bab ini akan menjelaskan tentang metodologi yang digunakan oleh penyelidik untuk menyempurnakan kajian ini. Ia dibahagikan kepada reka bentuk kajian, subjek kajian, tempat kajian, alat kajian, cara pemarkatan, tatacara kajian dan analisis data.

2.1 Reka bentuk kajian

Rekabentuk kajian adalah satu kaedah yang menerangkan secara terperinci bagaimana sesuatu penyelidikan itu akan dijalankan. Ia adalah satu rangka rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan analisis data, (Sabitha Marican, 2005). Kajian ini merupakan kajian berbentuk tinjau selidik dengan mengedarkan boring soal selidik untuk diisi oleh responden sebagai salah satu untuk memperoleh data bagi melihat hubungan kecerdasan emosi, tekanan dengan komitmen pelatih semasa menjalani modul PLKN di kem PLKN Dusun, Kuala Nerang, Kedah.

Selain itu jantina lelaki dan perempuan (wira dan wirawati) turut difokuskan dalam kajian ini untuk melihat perbezaan kecerdasan emosi dan tekanan dalam kalangan pelatih PLKN. Kajian ini dilakukan dalam kalangan pelatih kumpulan 2 siri 8/2011 yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara di Kem Dusun, Kg Pisang Kuala Nerang Kedah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.


Dalam kajian ini kecerdasan emosi dan tekanan merupakan pembolehubah bebas manakala komitmen pelatih terhadap perlaksanaan modul di Kem PLKN merupakan pembolehubah terikat. Seiring dengan itu akan ditinjau samada wujudnya hubungan antara kecerdasan emosi dengan komimen pelatih tehadap perlaksanaan modul dan hubungan tekanan dengan komitmen pelatih terhadap perlaksanaan modul di Kem PLKN Dusun. Di samping itu pengkaji ingin mengenalpasti samada wujud perbezaan kecerdasan emosi dan tekanan dalam kalangan pelatih mengikut jantina Kem PLKN Dusun.

2.2 Subjek kajian

Subjek kajian merupakan pelatih wira dan wirawati dari kem PLKN Dusun Kuala Nerang. Terdapat seramai 282 orang pelatih yang menjalani latihan PLKN di Kem ini. Walau bagaimanapun, seramai 60 orang pelatih sahaja dipilih secara rawak yang terdiri daripada 30 orang wira dan 30 orang wirawati untuk menyertai kajian ini. Mereka ini merupakan sebahagian daripada pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara Kumpulan 2 Siri 8/2011.

Williamson, Karp, Dalphin dan Gray (1982) mencadangkan penggunaan 35 hingga 40 responden sebagai subjek minimum dalam sampel penyelidikan. Menurut Harrison (1989) pula, kebanyakan kajian menggunakan 30 orang atau lebih lebih namun 20 orang subjek bagi setiap kumpulan adalah jumlah paling minimum yang boleh digunakan.

2.3 Tempat kajian

Kajian ini dilakukan dalam kalangan pelatih wira dan wirawati Kem PLKN Dusun. Kem PLKN Dusun terletak di daerah Kuala Nerang Kedah dan merupakan satu-satunya kem PLKN yang mempunyai kaunselor di Zon A. Kem PLKN Dusun merupakan Pengarah bagi Zon A. Secara keseluruhannya, terdapat 11 kem PLKN di Zon A merangkumi negeri Perlis dan Kedah. Lokasi ini dipilih sebagai tempat kajian kerana kem ini merupakan kem yang mempuyai kemudahan asas yang mencukupi. Selain itu, kem ini dipilih sebagai tempat kajian juga kerana, pengkaji pernah menjalani program PLKN di kem ini.

2.5 Instrumen dan Alat Kajian
Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang di petik daripada kajian lepas untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang ditetapkan. Setiap respondan dikehendaki menjawab semua soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik. Borang soal selidik ini terdiri daripada empat bahagian iaitu:
Bahagian A: Maklumat Diri.
Bahagian B: Soal Selidik Kecerdasan Emosi
Bahagain C: Soal Selidik Tekanan Menjalani Latihan
Bahagian D: Soal Selidik Komitmen Kepada PLKN
2.5.1 Bahagian A: Maklumat diri.
Bahagian ini berkaitan maklumat peribadi responden yang mengandungi 9 item yang mengumpul maklumat jantina, umur, agama, bangsa, pengambilan, taraf pendidikan, tahap penglibatan dalam sukan dan persatuan semasa di sekolah serta tempat tinggal pelatih. Tetapi hanya aspek jantina sahaja diberi pemfokusan dalam kajian ini.

2.5.2 Bahagian B: Soal Selidik Kecerdasan Emosi
Instrumen kajian kecerdasan emosi dipetik daripada kajian Hillaluddin (2003) berdasarkan soal selidik Emotional Competence Inventory (ECI) dibina oleh Boyatzis, Goleman dan HayMcBer (1999). Soalan dalam bahagian ini telah dibina berdasarkan penjelasan Goleman (1999), mempunyai pecahan soalan yang terdiri daripada 15 item berkaitan dengan komponen kecerdasan emosi iaitu menyedari emosi sendiri, menguruskan emosi sendiri, motivasi diri, mengetahui emosi orang lain dan hubungan sosial. Jadual dimensi-dimensi kecerdasan emosi ditunjukkan dalam jadual 2.1.
Dimensi Kecerdasan Emosi Nombor Item Jumlah Item
Menyedari emosi sendiri 1 , 2 2
Mengawal emosi sendiri 3, 4 , 5, 6 4
Motivasi diri 7, 8, 9 3
Mengetahui emosi orang lain 10, 11, 12 3
Hubungan social 13, 14, 15 3
Jadual: 2.1 Dimensi Kecerdasan Emosi






2.5.3. Bahagain C: Soal Selidik Tekanan menjalani latihan
Soal Selidik Tekanan menjalani latihan dipetik daripada kajian Othman (1994). Soal Selidik ini mengandungi 17 item yang merujuk kepada keadaan kurang selesa yang dialami oleh pelatih semasa di kem. Item-item yang disenaraikan di dalam soal selidik ini menggambarkan empat faktor yang membawa tekanan di kem iaitu faktor yang menyentuh isu hubungan manusia, isu permintaan, isu peranan dan isu kepimpinan.

2.5.4 Bahagian D: Soal Selidik Komitmen Kepada PLKN
Soal selidik komitmen mengandungi 15 soalan yang dipetik daripada kajian Acryl Sani (2001), yang berdasarkan kepada soal selidik Organisational Comitment Questionaire (OCQ) oleh Mowday, Steers dan Porter (1979) dan diubahsuai bagi kesesuaian kajian kepada pelatih PLKN. Keseluruhannya soal selidik ini terbahagi kepada tiga bahagian yang mengukur mengenai diri (6 item), penglibatan(4 item) dan kesetiaan (5 item). Contoh-contoh soal selidik yang telah dinyatakan di atas boleh di rujuk dalam Lampiran A kajian ini.



2.6 Cara pemarkatan
Permarkatan alat kajian
Bahagian B: Soal Selidik Kecerdasan Emosi
Responden dikehendaki memberikan markah dengan menggunakan skala berikut
Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Tidak pasti 3
Setuju 4
Sangat setuju 5
Di samping itu tedapat item negatif dan item positif dalam soal selidik kecerdasan emosi. Item-item tersebut seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Jadual : 2.2 Kedudukan Item Negatif Dan Positif Dalam Soal Selidik Kecerdasan Emosi.
Item Kedudukan item Jumlah item
Negatif 1,2,3,4,5, 5
Positif 6,7,8,9,10,11,12,13,14,15 10

Bahagian C: Soal Selidik Tekanan Menjalani Latihan
Respondan dikehendaki memberikan markah dengan menggunakan skala berikut:
Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Tidak pasti 3
Setuju 4
Sangat setuju 5
Terdapat item positif dan item negatif dalam soal selidik tekanan menjalani latihan. Item-item tersebut ditunjukkan dalam jadual 2.3 di bawah.

Jadual: 2.3 Kedudukan Item Negatif Dan Positif Dalam Soal Selidik Menjalani Latihan

Item Kedudukan Item Jumlah Item
Negatif 1, 2, 3, 4, 7, 9, 10, 11, 12, 14, 15, 16, 17 13
Positif 5, 6, 8, 13, 4

Bahagian D : Soal Selidik Komitmen Kepada PLKN
Bagi tujuan kajian ini respondan dikehendaki menjawab salah satu dari skala berikut iaitu:
Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Tidak pasti 3
Setuju 4
Sangat setuju 5
Item negatif dan item positif dalam soal selidik komitmen kepada PLKN ditunjukkan dalam jadual 2.4 di sebelah.
Jadual: 2.4 Kedudukan Item Negatif Dan Positif Dalam Soal Selidik Komitmen kepada PLKN
Item Kedudukan Item Jumlah Item
Positif 1, 2, 3, 4, 5 ,7 8,
10, 12, 14 10
Negatif 6, 9, 11, 13 15 5







2.7 Tatacara Kajian
Kajian ini dimulakan dengan membuat rujukan di perpustakaan dan internet untuk mendapatkan maklumat kajian-kajian lepas tentang kecerdasan emosi, tekanan menjalani latihan dan komitmen remaja terhadap perlaksanaan sesuatu program yang telah dijalankan. Seterusnya mendapatkan surat kebenaran daripada ketua pengarah bahagian operasi, Kol Sanusi bin Hashim untuk menjalankan kajian di Kem PLKN Dusun.

Pada permulaanya, pengkaji ingin pergi sendiri ke Kem PLKN Dusun untuk mengedarkan soal selidik kepada pelatih, namun disebabkan oleh kekangan masa dan masalah yang tidak dapat dielakkan, pengkaji telah mendapatkan kerjasama dan bantuan dari Encik Wilson@Vincent Peter Pramo seorang kaunselor di Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), untuk menghantar 60 set soal selidik melalui pos laju ke kem PLKN Dusun. Dalam tempoh seminggu soal selidik dikutip semula pada tarikh yang ditetapkan. Responden diminta menjawab kenyataan-kenyataan yang diberikan secara jujur.

Bagi menjaga kerahsian identiti responden, responden tidak perlu menulis nama pada setiap borang soal selidik yang dihantar. Ini adalah untuk memberikan keyakinan di kalangan responden agar menjawab setiap persoalan secara ikhlas serta untuk mengelakkan sebarang syak dan curiga.

Data yang diperolehi hasil daripada edaran soal selidik, kemudiannya telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS versi 18 untuk windows). Hasil dapatan kajian dapatan kajian dianalisa sebelum kesimpulan kajian dibuat.




2.9 Analisis data

Semua data dalam kajian ini dikodkan dan dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages For Social Sciences (SPSS versi 18 untuk windows). Kaedah analisis statistic deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis data-data mentah yang diperoleh serta menguji hipotesis yang telah dibentuk.

Bagi tujuan penerimaan dan penolakan hipotesis nul tahap 95% akan digunakan bagi mencapai keputusan. Statistik deskriptif yang digunakan ialah taburan kekerapan, peratusan responden. Hasil analisis yang diperolehi dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf.

Kolerasi pearson digunakan untuk melihat hubungan diantara kecerdasan emosi dan tekanan dengan komitmen pelatih semasa menjalani modul PLKN. Kolerasi pearson digunakan kerana pengkaji ingin melihat sama ada wujudnya hubungan yang positif atau negatif bagi kecerdasan emosi dengan komitmen dan tekanan dengan komitmen pelatih semasa menjalani modul PLKN di Kem PLKN Dusun, Kuala Nerang, Kedah.

Ujian-T pula digunakan untuk melihat perbezaan kecerdasan emosi dan tekanan mengikut jantina semasa menjalani modul di Kem PLKN Dusun.










BAB 3: KEPUTUSAN
3.1 Pendahuluan
Bab ini menerangkan hasil dapatan yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan. Perbincangan hasil analisis ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama membincangkan hasil analisis deskriptif iaitu berdasarkan taburan kekerapan responden yang terlibat dalam kajian ini. Bahagian kedua pula membincangkan hasil analisis secara inferensi seperti korelasi dan ujian-t. Keputusan kajian dijelaskan dalam bentuk jadual beserta penerangan yang sewajarnya. Perbincangan keputusan kajian dalam bab ini meliputi analisis deskriptif dan analisis inferensi seperti dibawah:

3.2 Analisis data secara deskriptif
 Analisis deskriptif maklumat diri
Maklumat diri atau profil responden merupakan satu kaedah yang digunakan untuk menjelaskan latar belakang reponden dengan lebih jelas. Terdapat sembilan (9) maklumat responden dalam soal selidik tetapi 4 maklumat sahaja yang akan dibincangkan dalam bahagian ini.
Pernyataan Kekerapan Peratus (%)
Lelaki 30 50
Perempuan 30 50
Jumlah 60 100







Jadual 3.1 Taburan responden mengikut jantina

Berdasarkan jadual 3.1 menunjukkan taburan subjek mengikut jantina. Didapati bilangan responden lelaki dan responden perempuan adalah sama iaitu lelaki seramai 30 orang (50%) dan bilangan responden perempuan seramai 30 orang (50%). Jumlah keseluruhan responden dalam kajian ini ialah seramai 60 orang pelatih.
 Taburan Respondan Mengikut Tempat Tinggal (Asal)
Tempat tinggal (Asal) Lelaki % Perempuan % Jumlah %
Bandar 22 36.7 18 30 40 66.7
Luar Bandar 8 13.3 12 20 20 33.3
Jumlah 30 50 30 50 60 100



Jadual 3.2: Taburan kekerapan respondan mengikut tempat tinggal
Jadual 3.2 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut tempat tinggal(asal). Didapati majoriti responden kajian ini adalah pelatih yang berasal dari bandar iaitu seramai 40 orang (66.7%), manakala selebihnya adalah responden yang tinggal di kawasan luar bandar iaitu seramai 20 orang (33.3%). Keputusan ini memperlihatkan bahawa pelatih yang tinggal di kawasan bandar Di Kem PLKN Dusun lebih berminat menyertai kajian ini berbanding dengan pelatih yang tinggal di kawasan luar bandar. Ini dapat dilihat menerusi graf dibawah.

Rajah 3.1: Graf Menunjukkan Taburan Respondan
Mengikut Tempat Tinggal (Asal)

 Taburan Responden Mengikut Etnik

Etnik Lelaki % Perempuan % Jumlah %
Melayu 28 46.7 25 41.7 53 88.4
Cina 2 3.3 3 5 5 8.3
India - - 2 3.3 2 3.3
Jumlah 30 50 30 30 60 100




Jadual 3.3: Taburan kekerapan respondan mengikut etnik
Jadual 3.3 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut etnik. Didapati majoriti responden kajian ini adalah pelatih berbangsa Melayu iaitu seramai 53 orang (88.4%), manakala pelatih berbangsa cina seramai 5 orang (8.3%) dan selebihnya pelatih berbangsa india iaitu seramai 2 orang (3.3%). Keputusan ini memperlihatkan bahawa pelatih berbangsa Melayu di Kem PLKN Dusun lebih berminat menyertai kajian ini untuk mengetahui isu kecerdasan emosi dan tekanan berbanding pelatih dari bangsa lain. Ini dapat dilihat menerusi graf dibawah.

Rajah 3.2: Graf Menunjukkan Taburan Respondan Mengikut Etnik.
 Taburan Responden Mengikut Umur

Umur Pelatih Lelaki % Perempuan % Jumlah %
17 tahun 2 3.3 5 8.3 7 11.6
18 tahun 26 43.4 24 40 50 83.4
19 tahun 2 3.3 1 1.7 3 5
Jumlah 30 50 30 50 60 100



Jadual 3.4: Taburan kekerapan respondan mengikut umur
Jadual 3.4 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut umur. Didapati majoriti responden kajian ini adalah pelatih berumur 18 tahun iaitu seramai 50 orang (83.4%), manakala pelatih berumur 17 tahun seramai 7 orang (11.6%) dan selebihnya pelatih berumur 19 tahun iaitu seramai 3 orang (5%). Keputusan ini memperlihatkan kebanyakan pelatih yang menyertai kajian ini dan latihan PLKN di Kem PLKN Dusun berumur 18 tahun. Ini dapat dilihat menerusi graf dibawah.


Rajah 3.3: Graf Menunjukkan Taburan Respondan Mengikut Umur.

3.3 Analisis data secara inferensi (Pengujian Hipotesis)
Analisis infrensi digunakan untuk mendapatkan keputusan pengujian hipotesis yang telah dibina. Antara statistik yang digunakan ialah kolerasi pearson dan ujian-t. Hasil keputusan analisis infrensi bagi pengujian hipotesis adalah seperti yang diterangkan dibawah.

Pengujian Hipotesis 1
HO 1= Tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara kecerdasan emosi dengan komitmen pelatih terhadap pelaksanaan modul semasa menjalani PLKN.
¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬
Komitmen r Sig


Kecerdasan Emosi .088 .252

Nota: N=60, sig k >0.05


Jadual 3.2: Analisis Kolerasi hubungan kecerdasan emosi dengan komitmen pelatih terhadap pelaksanaan modul semasa menjalani PLKN.
Jadual 3.2 menunjukkan keputusan analisis kolerasi bagi mengkaji hubungan diantara kecerdasan emosi dengan komitmen pelatih terhadap pelaksanaan modul PLKN. Untuk mencari hubungan tersebut, paras signifikan 0.05 telah dipilih. Hasil ujian kolerasi menunjukkan r =.088, 0.046 < 0.05. Hubungan ini menunjukkan hipotesis yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan komitmen adalah ditolak. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan komitmen pelatih semasa menjalani modul PLKN di Kem Dusun.




Pengujian hipotesis 2
HO 2= Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tekanan dengan komitmen pelatih terhadap pelaksanaan modul semasa menjalani PLKN.

Komitmen r Sig


Tekanan -.052 .347

Nota: N=60, sig k >0.05

Jadual 3.3: Analisis Kolerasi hubungan tekanan dengan komitmen pelatih terhadap pelaksanaan modul semasa menjalani PLKN
Jadual 3.3 menunjukkan keputusan analisis kolerasi bagi mengkaji hubungan diantara tekanan(stress) dengan komitmen pelatih terhadap pelaksanaan modul PLKN. Hasil ujian kolerasi menunjukkan r =-.052, k >0.05. Hubungan ini menunjukkan hipotesis diterima iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan tekanan (stress) dengan komitmen pelatih terhadap pelaksanaan modul di kem PLKN Dusun dimana k >.05.










Pengujian hipotesis 3
HO3= Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kecerdasan emosi pelatih mengikut jatina semasa menjalani modul PLKN.
Jantina N dk mean t Sig
Lelaki 30 56.2000
58 -1.056 .476
Perempuan 30 57.4667
Nota: N=60, K> .05

Jadual 3.4: Analisis Ujian-t perbezaan kecerdasan emosi pelatih mengikut jantina semasa menjalani modul PLKN.
Jadual 3.4 menunjukkan hasil keputusan analisis Ujian-t ke atas hipotesis ke 3 bagi mengkaji perbezaan kecerdasan emosi mengikut jantina semasa menjalani modul PLKN. Dengan menggunakan rumus ujian-t = t(dk), k > 0.05, menunjukkan t(58)= -1.056, k <0.05. Ini menunjukkan bahawa hipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kecerdasan emosi mengikut jantina semasa menjalani modul PLKN adalah ditolak kerana k <.05. Hal ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kecerdasan emosi pelatih lelaki (wira) dan wanita (wirawati) semasa menjalani modul PLKN di Kem PLKN Dusun.






Pengujian hipotesis 4
HO4= Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tekanan pelatih mengikut jantina semasa menjalani modul PLKN.
Jantina N dk mean t Sig
Lelaki 30 52.3333
58 2.302 .461
Perempuan 30 47.9667
Nota: N=60, K> .05

Jadual 3.5: Analisis Ujian-t perbezaan tekanan pelatih mengikut jantina semasa menjalani modul PLKN.
Jadual 3.5 menunjukkan hasil keputusan analisis ke atas hipotesis ke 4. Jadual menunjukkan Ujian-t bagi mengkaji perbezaan tekanan pelatih mengikut jantina semasa menjalani modul PLKN. Dengan menggunakan rumus ujian-t = t(dk), k > 0.05, menunjukkan t (58)= 2.302, k >0.05. Ini menunjukkan bahawa hipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kecerdasan emosi mengikut jantina semasa menjalani modul PLKN diterima kerana k >.05. Hal ini menunjukkan tekanan yang dialami oleh pelatih lelaki dan wanita adalah sama semasa menjalani modul PLKN di Kem PLKN Dusun.






3.4 Kesimpulan

Bab ini telah membincangkan hasil analisis ujian statistic dengan kaedah deskriptif dan infrensi. Keputusan pengujian hipotesis yang telah dijalankan mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan kecerdasan emosi, tekanan dengan komitmen pelatih terhadap pelaksanaan modul di kem PLKN Dusun. Terdapat perbezaan yang signifikan antara kecerdasan emosi pelatih lelaki (wira) dan wanita (wirawati) semasa menjalani modul PLKN di Kem PLKN Dusun. Hal ini menunjukkan kecerdasan emosi pelatih wira dan wirawati adalah berbeza semasa menjalani modul di Kem PLKN. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan tekanan yang dialami oleh pelatih wira dan wirawati semasa menjalani modul di kem PLKN Dusun. Hal ini kerana persekitran yang dialami oleh pelatih wira dan wirawati adalah sama semasa menjalani modul di Kem PLKN Dusun.











BAB 4: PERBINCANGAN

4.1 Pendahuluan
Bab ini membincangkan dan merumus keputusan kajian yang diperolehi hasil daripada penganalisisan data yang telah dibuat berdasarkan objektif dan pengujian hipotesis-hipotesis kajian ini. Bagi mengukuhkan dapatan kajian ini, perbincangan dibuat dengan merujuk kepada dapatan kajian-kajian lepas dan pendapat tokoh-tokoh berkaitan. Secara ringkasnya, perbincangan dalam bab ini akan menumpukan kepada perkara-perkara berikut:
4.1 Deskriptif
Perbincangan Maklumat Respondan
Dalam perbincangan mengenai analisis hasil kajian yang telah dilakukan penekanan yang paling utama yang ingin dilihat ialah taburan rerspondan mengikut jantina, etnik, bangsa dan tempat tinggal asal pelatih yang menjalani latihan di Kem PLKN Dusun.

Seramai 60 orang pelatih yang menjadi responden dalam kalangan wira dan wirawati yang menjalani PLKN di Kem PLKN Dusun yang terlibat dalam kajian ini. Daripada jumlah itu seramai 30 orang pelatih lelaki dan 30 orang pelatih wanita dari pelbagai agama, dan latar belakang. Dapatan kajian menunjukkan bilangan pelatih yang terlibat dalam kajian ini sama jika dilihat dari segi jantina.

Keseluruhan responden dalam kajian ini merupakan pelatih PLKN dari kumpulan 2 siri 8/2011 yang sedang menjalani latihan PLKN selama tiga(3) bulan di Kem PLKN Dusun. Keseluruhan responden merangkumi umur dalam lingkungan 17 hingga 19 tahun dan merupakan kumpulan remaja yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walau bagaimanapun 50 orang (83.4%) responden adalah pelatih yang telah mencapai umur 18 tahun.

Maklumat latar belakang responden juga menunjuk sebahagian besarnya adalah daripada kalangan bangsa Melayu yang beragama Islam. Terdapat lima (5) orang responden berbangsa Cina yang beragama Buddha dan dua(2) orang responden berbangsa India yang beragama Hinddu. Berdasarkan dapatan ini menunjukkan majoriti pelatih yang mengikuti kajian ini adalah berbangsa Melayu dan bangsa bangsa-bangsa lain kurang berminat menyertai kajian ini.

Selain daripada itu kebanyakkan responden yang terlibat dengan kajian ini adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar iaitu seramai 40 orang pelatih (66.7%). Hanya 20 orang pelatih sahaja (33.3%) tinggal di kawasan luar bandar yang terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Ini menunjukkan pelatih yang tinggal dikawasan Bandar lebih berminat untuk mengetahui kecerdasan emosi mereka semasa menjalani PLKN selama 3 bulan di kem.
4.2 Inferensi (Hipotesis)
Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini mendapati daripada 4 hipotesis yang dikaji, hasil keputusan menunjukkan bahawa hanya 1 hipotesis sahaja yang signifikan iaitu hipotesis 3, sementara itu hipotesis 1, hipotesis 2 dan hipotesis 4, menunjukkan hubungan yang tidak signifikan.
4.2.1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara kecerdasan emosi dengan komitmen pelatih terhadap pelaksanaan modul semasa menjalani PLKN.
Berdasarkan keputusan analisis kolerasi bagi hipotesis 1, menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan diantara kecerdasan emosi dengan komitmen pelatih terhadap pelaksanaan modul di kem PLKN Dusun.Hal ini menunjukkan responden (pelatih) yang mengikuti kajian ini tidak mempertikaikan segala keperluan yang terdapat di Kem PLKN Dusun.

Selain itu, mereka juga merupakan pelatih yang mempunyai minat terhadap PLKN dan pelaksanaan modul yang dilaksanakan di Kem PLKN. Semasa mengikuti modul yang dilaksanakan di Kem PLKN Dusun, pelatih wira dan wirawati yang telibat dalam kajian ini memberi komitmen yang tinggi tanpa melibatkan perasaan seperti marah, kecewa, sedih dan sebagainya. Keaadaan seperti inilah yang diperlukan oleh setiap pelatih yang mengikuti modul PLKN kerana komitmen mereka yang tinggi menunjukkan objektif kerajaan untuk mewujudkan perpaduan kaum di kalangan remaja diterima oleh pelatih.

Selaras dengan teori kecerdasan emosi yang dipelopori Bar-On (1996) menyatakan keupayaan untuk mengawal emosi diri sebenarnya terbina atas sebab kesedaran terhadap diri, penglahiran emosi dan niat. Individu yang dapat mengawal emosinya mampu melaksanakan sesuatu tugas dengan mudah. Seseorang individu itu harus sentiasa berhati-hati dan mengelakkan sikap mudah berpuas hati dalam mengejar sesuatu matlamat. Keupayaan mengurus emosi juga membantu individu memulihkan kesedihan emosi dengan berkesan. Dengan itu individu yang berjaya mengurus emosi diri akan cepat bebas daripada kitaran emosi yang kritikal.
Menerusi kajian yang dijalankan juga, dapatlah diketahui bahawa kecerdasan emosi amat penting bagi seseorang individu itu, lebih-lebih lagi dalam menjalani kehidupan seharian. Menurut Mohd Najib (2000), emosi merupakan sesuatu kebangkitan diri seseorang itu terhadap satu tindakbalas atau reaksi melalui sesuatu benda atau keadaan yang dialami. Emosi, perasaan dan nilai juga adalah penting dalam kehidupan seseorang bagi menentukan pencapaian dan keadaan hidup seseorang itu, Ediger (1997) dalam Razali (2004).


Adanya kecerdasan emosi yang tinggi, setiap pelatih akan berupaya mengawal emosi sendiri, belajar menyesuaikan diri dengan masalah yang dihadapi, menunjukkan sikap lebih berempati, dapat menerima dan memahami pelatih lain dengan baik dan berkesan selaras dengan slogon PLKN “satu hasrat, satu semangat, satu tekad”.

4.2.2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tekanan dengan komitmen pelatih terhadap pelaksanaan modul semasa menjalani PLKN.
Berdasarkan keputusan analisis kolerasi bagi mengkaji hubungan diantara tekanan dengan komitmen pelatih terhadap pelaksanaan modul PLKN menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara tekanan dengan komitmen pelatih terhadap pelaksanaan modul di kem PLKN Dusun. Dapatan ini menunjukkan bahawa tekanan tidak mempunyai hubungan dengan komitmen pelatih semasa menjalani modul PLKN. Hal ini menunjukkan responden (pelatih) yang mengikuti kajian ini tidak mengalami tekanan yang tinggi semasa mengikuti modul yang dilaksanakan di Kem PLKN Dusun.

Selain itu, keputusan ini menunjukkan pelatih yang mengikuti kajian ini juga mampu menangani tekanan semasa mengikuti modul yang dilaksanakan di Kem PLKN Dusun.

4.2.3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kecerdasan emosi pelatih mengikut jatina semasa menjalani modul PLKN.
Hasil analisis Ujian-t ke atas hipotesis untuk mengkaji perbezaan kecerdasan emosi mengikut jantina semasa menjalani modul PLKN menunjukkan bahawa hipotesis yang dibina adalah ditolak kerana k <.05. Hal ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kecerdasan emosi pelatih lelaki (wira) dan wanita (wirawati) semasa menjalani modul PLKN di Kem PLKN Dusun. Dapatan hasil analisis daripada keputusan ini menunjukkan kecerdasan emosi pelatih wira dan wirawati adalah berbeza.
Hasil kajian ini disokong oleh kajian Kyung Hee (1998). Hasil kajian beliau menunjukkan pelajar perempuan mempunyai pencapaian kecerdasan emosi yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan pelajar lelaki dalam tiga faktor kecerdasan emosi iaitu empati, penggunaan emosi dan perhubungan sesama rakan sebaya.

Menurut Petrides dan Furnham (2000), pelajar perempuan mempunyai pencapaian kecerdasan emosi yang tinggi jika dibandingkan dengan pelajar lelaki dalam kemahiran sosial. Namun, ia berbeza dengan pertimbangan jangkaan diri atau self-estimated di mana pelajar lelaki memiliki pencapaian kecerdasan emosi yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan.
4.2.4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tekanan pelatih mengikut jantina semasa menjalani modul PLKN.

Berdasarkan hasil keputusan analisis Ujian-t ke atas hipotesis ke 4 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tekanan pelatih mengikut jantina semasa menjalani modul PLKN. Hal ini menunjukkan tekanan yang dialami oleh pelatih lelaki dan wanita adalah sama semasa menjalani modul PLKN di Kem PLKN Dusun.
Kajian-kajian lepas mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara remaja perempuan dengan remaja lelaki yang mengalami tekanan. Menurut kajian yang dibuat oleh Schichor, Bernstein, dan King (1994), remaja perempuan adalah dua kali ganda lebih kerap mengalami tekanan berbanding remaja lelaki. Menurut kajian oleh Donelly (1995), perbezaan yang signifikan hanya berlaku pada sampel Tingkatan Empat sahaja, iaitu hampir dua kali ganda.
Menurut Gurian (2001) pula, semasa mencapai umur 13 tahun, remaja perempuan yang mengalami tekanan adalah dua kali ganda lebih banyak berbanding remaja lelaki. Baron dan Perron (1986) juga mendapati bahawa remaja perempuan mendapat skor tekanan yang lebih tinggi berbanding remaja lelaki. Menurut Nolen-Hoeksema dan Girgus (Hughes, La Greca, & Conoley, 2001), pada umur 15 tahun, remaja perempuan yang melaporkan mereka mengalami tekanan adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Beberapa kajian yang dijalankan oleh penyelidik seperti Connelly & Johnston, (1993), dan Wade, Cairney, & Pevalin (2002) memperoleh hasil kajian yang sama dengan kajian ini, iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan dalam tekanan. Walau bagaimanapun daripada maklumat yang diperoleh, didapati bahawa banyak dapatan kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan antara remaja lelaki dengan remaja perempuan.















BAB 5: PENUTUP
5.1 Pendahuluan
Bab ini akan mengemukakan rumusan mengenai keseluruhan kajian ini. Di samping itu, ia juga membincangkan implikasi-implikasi yang diperoleh daripada penemuan-penemuan kajian ini. Bab ini juga akan menyentuh tentang beberapa masalah yang timbul ketika kajian dilakukan, limitasi kajian serta saranan kepada pengkaji yang berminat untuk mengkaji isu kecerdasan emosi terutamanya kepada pelatih PLKN.

5.2 Rumusan Kajian
Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan kecerdasan emosi, tekanan dengan komitmen pelatih semasa menjalani modul PLKN di Kem PLKN Dusun. Di samping itu, pengkaji juga mengkaji sama ada wujudnya perbezaan kecerdasan emosi dan tekanan mengikut jantina.

Kajian ini telah dijalankan di Kem PLKN Dusun, Kuala Nerang, Kedah. Subjek kajian ialah seramai 60 orang pelatih dari kumpulan 2 siri 8/2011 yang terdiri daripada 30 pelatih lelaki dan 30 pelatih wanita. Kajian ini menggunakan kaedah tinjau selidik dengan menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan data. Subjek kajian dikehendaki menjawab soalan soal selidik yang diberikan. Soal selidik ini merangkumi 4 bahagian yang terdiri dari maklumat diri (9 soalan), soalan kecerdasan emosi (15 soalan), soalan tekanan (17 soalan), dan soalan komitmen kepada PLKN (15 soalan).

Sebanyak empat (4) hipotesis telah dibina dimana hipotesis 1 dan 2 mengkaji tentang hubungan kecerdasan emosi dan tekanan dengan komitmen pelatih menjalani modul PLKN dengan menggunakan kaedah kolerasi. Manakala hipotesis 3 dan 4 pula mengkaji tentang perbezaan kecerdasan emosi dan tekanan mengikut jantina dengan menggunakan ujian-t.

Keputusan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara kecerdasan emosi dengan komitmen pelatih semasa menjalani modul PLKN. Ini bermakna pelatih mempunyai kecerdasan emosi yang baik semasa mengikuti modul PLKN. Mereka tidak mudah mengalami perasaan sedih, kecewa, marah dan sebagainya semasa berada di Kem PLKN Dusun. Oleh itu, pelatih mulai sedar akan kepentingan mereka mengikuti modul yang dilaksanakan di Kem PLKN.

Dari segi perbezaan kecerdasan emosi mengikut jantina pula didapati terdapat perbezaan kecerdasan emosi pelatih wira dan wirawati. Ini bermakna, walaupun pelatih mempunyai kecerdasan emosi yang baik semasa mengikuti modul yang dilaksanakan di Kem PLKN Dusun, namun dari segi jantina, kecerdasan emosi mereka adalah berbeza.

5.3 Implikasi Kajian
Hasil kajian ini memberi implikasi kepada wira-wirawati bahawa peranan kecerdasan emosi juga penting dalam kehidupan seseorang terutamanya mereka yang sedang menjalani latihan PLKN di kem. Keupayaan pelatih menyedari emosi, mengurus emosi, memotivasikan diri, mengetahui emosi orang lain dan berhubung dengan orang lain sememangnya releven dan perlu diimplimentasikan di dalam kehidupan seharian terumanya semasa di kem. Proses interaksi sesama pelatih bergantung kepada keupayaan setiap pelatih mengurus emosi mereka agar kehidupan mereka di kem mendapat satu pengalaman yang berharga. Disamping itu, setiap pelatih perlu bijak mempamerkan emosinya kepada orang lain bagi mewujudkan hubungan yang positif terutamanya semasa menjalani latihan.

Dalam situasi tertentu, wira dan wirawati mungkin akan berhadapan dengan masalah sesama mereka yang tidak memahami dan memberikan kerjasama serta menunjukan sikap negatif terhadap kumpulan mereka. Dalam hal sedemikian, kecerdasan emosi memainkan peranan terutamanya kepada pemengang pangkat (rank holder) menghadapi situasi tersebut. Adanya kecerdasan emosi yang tinggi, setiap pelatih akan berupaya mengawal emosi sendiri, belajar menyesuaikan diri dengan masalah yang dihadapi, menunjukkan sikap lebih berempati, dapat menerima dan memahami pelatih lain dengan baik dan berkesan selaras dengan slogon PLKN “satu hasrat, satu semangat, satu tekad”.

Disamping itu, setiap pelatih perlu bijak mengendalikan emosi dan mempamerkan emosi tatkala berhadapan dengan sesuatu isu semasa di kem. Kejayaan mewujudkan hubungan yang positif sesama pelatih akan memudahkan pelatih berinteraksi dan mengikuti setiap modul yang dilaksanakan di kem PLKN.

5.4 Masalah-masalah kajian

Secara keseluruhannya tidak terdapat banyak masalah sepanjang pengkaji menjalankan kajian kerana kerjasama yang diberikan oleh kaunselor JLKN, kauselor Kem, pengarah bahagian operasi dan pelatih PLKN amat baik. Walau bagaimanapun pengkaji hanya mengalami masalah semasa mengumpul semula borang soal selidik yang di hantar ke kem. Pengkaji terpaksa menghubungi kem untuk meminta kem menghantar borang soal selidik pada tarikh yang ditetapkan.

5.5 Limitasi kajian
Kajian ini hanya melibatkan 60 orang pelatih PLKN yang terdiri daripada 30 wira dan 30 wirawati dari Kem PLKN Dusun Kumpulan 2 Siri 8/2011 sahaja. Kajian ini berbentuk tinjauan dan data yang diperolehi adalah data semasa. Maklumat tentang kecerdasan emosi, tekanan dan komitmen terhadap perlaksanaan modul PLKN yang diperolehi daripada respondan dalam kajian ini adalah berdasarkan kejujuran dan keikhlasan respondan menjawab soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik. Oleh itu keputusan kajian ini terbatas kepada sebahagian pelatih di Kem PLKN Dusun sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai mewakili keseluruhan pelatih PLKN yang mengikuti PLKN.

5.6 Saranan Kajian
Terdapat beberapa cadangan bagi pengkaji-pengkaji lain yang berminat untuk mendalami aspek yang dikaji iaitu:
5.6.1 Skop Kajian
Skop kajian ini hanya tertumpu kepada sebahagian populasi di Kem PLKN Dusun sahaja. Oleh itu, kajian ini tidak dapat membuat generalisasi untuk mewakili keseluruhan pelatih PLKN kumpulan 2 siri 8/2011. Oleh itu, kajian akan datang, dicadangkan mengambil kira populasi yang lebih luas yang melibatkan keseseluruhan Kem PLKN yang terdapat di Malaysia ataupun melibatkan keseluruhan pelatih yang telah menjalani latihan PLKN bagi melihat kecerdasan emosi, tekanan dan komitmen mereka terhadap perlaksanaan modul.
5.6.2 Menambah Pembolehubah Baru
Kajian ini hanya menggunakan tiga pembolehubah iaitu kecerdasan emosi, tekanan dan komitmen menjalani modul. Oleh yang demikian pengkaji akan datang digalakkan untuk menambah pembolehubah atau menggunakan pemboleh ubah lain lain seperti pengetahuan salah laku seksual, perhubungan dengan keluarga serta tahap penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan dalam kalangan pelatih PLKN.
5.6.3 Menggunakan Kaedah Kualitatif
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan secara tinjauan dan penggunaan soalan soal selidik untuk mendapat maklumbalas daripada responden. Sehubungan dengan itu adalah dicadangkan kajian-kajian yang akan datang menggunakan kaedah penyelidikan secara kualitatif dimana pemerhatian dan temuduga secara terperinci dapat dilakukan. Dengan menggunakan kawedah ini, pengkaji akan dapat berhubung secara peribadi dengan responden dan ini akan dapat menghasilkan data secara lebih tepat dan lengkap dengan lebih terperinci berkaitan pelatih-pelatih PLKN.

5.7 Rumusan
Kecerdasan emosi dilihat sebagai salah satu elemen yang penting dalam kehidupan individu berdasarkan kepada dapatan kajian yang diperolehi. Sehubungan itu, pelbagai pihak terutamanya pihak kem, jurulatih, kaunselor dan pihak JLKN umumnya perlulah mengambil tindakan yang wajar agar kecerdasan emosi pelatih berada pada tahap yang baik untuk menjamin kejayaan modul yang dilaksanakan. Pelatih yang bermasalah serius juga boleh menggunakan dapatan kajian ini untuk mengetahui kaedah atau cara terbaik dalam menangani masalah mereka secara khusus. Semoga dengan usaha ini, komitmen pelatih dapat ditingkatkan dan disamping itu, keseimbangan kecerdasan emosi juga turut dititikberatkan. Jurulatih juga, harus tahu cara mendekati pelatih yang bermasalah, agar pelatih ini sentiasa bermotivasi dan berkeyakinan dalam menangani masalah dalam kehidupan mereka semasa di Kem. Kejayaan dalam sesuatu bidang juga didapati dapat membantu remaja membentuk harga diri mereka yang positif ( Bednar, 1989, dalam: Habibah, 1997).

Secara keseluruhannya kajian mengenai kecerdasan emosi, tekanan dan komitmen pelatih semasa menjalani modul PLKN adalah kajian yang perlu dilakukan oleh pengkaji lain bagi memastikan modul-modul yang di jalankan di kem PLKN benar-benar mencapai objektif yang diharapkan.











RUJUKAN
Abd. Latif B. Mohd. Yusof (1999). Komitmen guru terhadap sekolah dan hubungannya dengan kepuasan kerja kepimpinan pengetua di beberapa buah Sekolah di Georgetown. Pulau Pinang. Laporan Praktikum. Ijazah Sarjana Pendidikan Universiti Sains Malaysia.
Acryl Sani Bin Haji Abdullah Sani. (2001) Tahap komitmen terhadap organisasi: Satu kajian kes di kalangan anggota-anggota polis Pangkat rendah, Kontinjen Polis Kuala Lumpur. Tesis Sarjana. UUM Sintok.
Asliza Bt. Awang Kechil. (2004). Hubungan Tahap Kecerdasan Emosi dengan Tahap Kepuasan Kerja dan Komitmen Terhadap Kerjaya Satu Kajian Di Kalangan Guru-guru Kaunseling Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru. Kajian Penyelidikan Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.
Azizi Hj.Yahaya & Yusof Boon. Kecerdasan Emosi dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik dan Tingkahlaku Pelajar, Kajian ilmiah. UTM
Bar-On, R (1996). The Emotional Quotient Inventory (EQ I): A Test Of Emotional Intelligence. Toronto: Multi Health Systems
Brody, L. R. & Hall, J. A. 1993. Gender and emotion. New York: Guilford Press.
Goleman, D. 1995. What’s your emotional intelligence quotient? Utne reader, Nov/Dec 1995. http://trochim.human.cornell.edy.

Liew Phaik Guat Selina, Gan Teck Hock dan Sia Pong Won. 1995. Tahap kecerdasan emosi murird-murid tahun lima di kawasan Miri. Latihan Ilmiah. Universiti Malaysia Sarawak.
Mahmood Nazar Mohamed. 2001. Pengantar Psikologi: satu pengenalan asas kepada jiwa dan tingkah laku manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
McClelland, D.C. (1961). The achieving society. New York: D.Van Nostrand Reinhold.
Patricks, K. V. & Furnham, A. 2000. Gender differences in measured and self estimated trait emotional intelligence. Sex roles, 42 (5-6), hal. 449 – 461.
Prakas Rao A/L Apparao (2001). Perkaitan Di Antara Kecerdasan Emosi Dengan Prestasi Akademik Mahasiswa dan Mahasiswi Di UTM. Projek Sarjana Muda.UTM
Woo Siew Fun (2008), Faktor-Faktor Yang Mendorong Tekanan Kerja(Stres) Di Kalangan Guru-Guru Sjk(C): Satu Kajian Di Tiga Buah Sekolah Di Wilayah Persekutuan. Tesis Sarjana, UTM.
http://abialya.multiply.com/journal/item/3/Ada_pelatih_PLKN_hadapi_masalah_mental diakses pada 20 julai 2011 jam 2114.