Friday, May 7, 2010

aplikasi psikologi...

PENGENALAN

Psikologi merupakan satu ilmu sains yang mengkaji tingkah laku dan proses mental manusia secara sainstifik dan penyiasatan keatas perkembangan manusia dan meneliti kesihatan manusia baik dari segi mental mahupun fizikal.
Selaras dengan hasrat kerajaan yang mengutamakan pembangunan modal insan, pengurusan sumber manusia sektor awam hendaklah melaksanakan penambahbaikan dalam urusannya dengan menerapkan aspek psikologi dan kaunseling. Melalui pendekatan sedemikian, faktor manusia sebagai modal insan dapat diperkasakan ke tahap yang optimum. Pendekatan psikologi dan kaunseling merupakan tindakan yang perlu dilaksanakan dalam usaha untuk membangunkan modal insan yang menekankan aspek pembangunan iaitu merancang melaksana dan memantau program psikologi yang dapat mempertingkatkan potensi serta prestasi pegawai selaras dengan objetif individu dan organisasi, aspek pencegahan iaitu menggunakan kaedah psikologi yang bersesuaian bagi memastikan perkhidmatan awam dianggotai oleh pegawai yang berkualiti melalui proses pemilihan, penempatan, pengurusan prestasi dan pembangunan kompetensi. Selain itu, aspek yang digunakan dalam pendekatan psikologi dan kaunseling juga ialah aspek pemulihan iaitu memberi dan menyediakan program psikologi untuk membuat perubahan dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran. Ketiga-tiga aspek diatas dilaksanakan melalui aplikasi psikologi yang merangkumi fasa praperkhidmatan, dalam perkhidmatan dan pasca perkhidmatan.

KONSEP APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia merupakan aktiviti yang menumpukan kepada elemen pemikiran, tingkah laku dan emosi individu di tempat kerja. Aktiviti yang dijalankan merupakan usaha penambahbaikan berterusan terhadap pengurusan modal insan. Ia meliputi penilaian personel, penyelidikan dan intervensi. Seterusnya ia dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan sumber manusia dalam usaha mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan harmoni. Terdapat empat (4) skop aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia yang terdiri daripada aplikasi psikologi dalam penilaian personel, aplikasi psikologi dalam pembangunan personel, aplikasi penyelidikan psikologi, dan aplikasi psikologi dalam intervensi. Aplikasi ini boleh dijadikan panduan dalam usaha meningkatkan kecekapan pengurusan sumber manusia di kementerian dan jabatan kerajaan. Jabatan ini akan memberikan khidmat nasihat dan kepakaran berhubung pelaksanaannya.
APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENILAIAN PERSONEL
Aplikasi ini dapat membantu pengurus sumber manusia memahami personaliti, sifat semula jadi (temperament), sikap, kemahiran, kebolehan dan nilai yang ada pada pegawai. Ia membantu pengurus sumber manusia membuat keputusan dalam aspek penilaian semasa proses pemilihan, penempatan pekerja,pengurusan prestasi dan pembangunan kompetensi, dan praperasaraan.
Penggunaan instrument psikologi adalah untuk mendapatkan maklumat tentang kebijaksanaan, kebolehan, kecenderungan, pencapaian, sikap, nilai, minat, personaliti dan emosi untuk tujuan pengurusan personel demi faedah pegawai dan organisasi. Selain itu, matlamat instruments psikologi juga adalah untuk memasti dan menentukan pemilihan pegawai yang sesuai dari segi personaliti, sikap, minat, dan nilai dengan jawatan yang hendak diisi. Ia juga bertujuan untuk memudahkan proses pemilihan dan penempatan yang melibatkan calon yang ramai untuk sesuatu kumpulan jawatan dan membantu panel temu duga memilih calon yang sesuai dengan sesuatu jawatan berdasarkan keputusan ujian yang telah dilaksanakan serta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pegawai dari segi personaliti, sikap, kemahiran dan kebolehan selain daripada menempatkan seseorang pegawai bersesuaian dengan personaliti, kebolehan dan minat yang dimiliki. Ia juga menbantu ketua jabatan merancang pembangunan dan kemajuan kerjaya pegawai dalam aspek penempatan, pengurusan kendiri dan keperluan latihan. Penggunaan instrumen psikologi juga adalah membantu pegawai mengenal pasti potensi, kekuatan dan kelemahan serta peluang untuk memajukan diri dan membantu bakal pesara mengenal pasti kecenderungan dan minat bagi tujuan persediaan persaraan.
Terdapat dua aktiviti umum yang perlu dilaksanakan dalam mengendalikan instrumen psikologi iaitu ujian psikologi dan urusan temu duga berstruktur iaitu menyediakan soalan berbentuk situasi atau berasaskan sesuatu kejadian (critical incident), menyediakan senarai semak aspek psikologi seperti personaliti, sikap dan persepsi kendiri calon untuk digunakan semasa melakukan pemerhatian dalam sesi temu duga, menyelaraskan soalan dengan keperluan jawatan seperti yang dinyatakan dalam analisis tugas dan menyerahkan soalan dan kaedah pemarkahan kepada pengurus sumber manusia atau panel temu duga.
APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PEMBANGUNAN PERSONEL
Sepanjang tempoh perkhidmatan, pegawai akan menghadapi pelbagai perubahan dalam tugas dan kerjayanya. Untuk menghadapi pelbagai perubahan tersebut mereka perlu menpunyai emosi yang stabil, memiliki nilai dan etika kerja serta sikap yang positif. Sehubungan itu, aplikasi psikologi dalam pembangunan personel menyediakan input khidmat runding dan cadangan pelaksanaan yang berkaitan dengan aspek psikologi dalam pembangunan diri. Ia dapat menerapkan kemahiran mengurus isu dan masalah psikologi di tempat kerja seperti pengurusan emosi, stress, perubahan sikap dan set minda, perhubungan individu, peningkatan motivasi dan lain-lain. Aplikasi ini boleh digunakan kepada semua pegawai dari yang baru dilantik sehingga bersara.
Aplikasi psikologi dalam pembangunan personel merangkumi elemen sumber manusia, persekitaran, peralatan dan budaya organisasi bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan kepuasan di tempat kerja. Ia secara tidak langsung meningkat produktiviti dan komitmen terhadap kerja serta organisasi. Pembangunan personel merupakan proses peningkatan kebolehan, kemahiran, pengetahuan dan sikap dikalangan pegawai selaras dengan kemajuan dan perubahan dalam organisasi. Tatacara yang perlu dilaksanakan dalam pelaksanaan aplikasi ini ialah mengenal pasti isu dan masalah yang wujud dikalangan warga organisasi dan mengenal pasti punca yang menyebabkan masalah berlaku seperti kurang keyakinan diri, stress dan kurang kemahiran interpersonal dalam perhubungan dengan pelanggan. Tujuan ujian psikologi dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti tujuan ujian ditadbirkan untuk proses pemilihan, penempatan, pengurusan prestasi diri, pembangunan kompetasi atau persaraan serta untuk mendapat dan meyediakan maklumat untuk tujuan penyesuaian pegawai manakala temu duga berstruktur merupakan salah satu proses pemilihan calon yang memiliki kompetasi dan sesuai dengan jawatan yang hendak diisi. Semasa temu duga terdapat perlakuan-perlakuan yang boleh digunakan sebagai peramal untuk menilai kesesuaian calon.


APLIKASI PENYELIDIKAN PSIKOLOGI
Aplikasi peyelidikan psikologi merupakan sesuatu isu yang meyebabkan berlaku perubahan suasana di tempat kerja yang memerlukan peyelidikan. Peyelidiikan yang dijalankan akan dapat memberi maklumat tentang punca dan kaitan dengan isu yang dikaji secara lebih komprehensif. Aplikasi peyelidikan psikologi bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai bagi menbantu pihak pengurusan membuat keputusan. Maklumat yang diperolehi dapat membantu usaha penambahbaikan berhubung isu-isu psikologi ditempat kerja seperti motivasi kerja yang rendah, tahap stress yang tinggi, sering lewat dan ponteng kerja. Melalui kajian yang dilaksanakan, pihak pengurusan dapat mengetahui dan memahami keadaan semasa, mengenal pasti punca masalah, langkah yang boleh diambil dan mewujudkan dasar atau program yang bersesuaian. Peyelidikan psikologi merupakan proses yang sistematik bagi mendapatkan maklumat berhubung isu-isu psikologi didalam sesebuah organisasi. Dalam pada itu terdapat tatacara yang perlu dilaksanakan untuk tujuan ini iaitu mengenal pasti isu psikologi yang ingin dikaji dan membuat hipotesis kajian yang dijalankan, mengenal pasti atau membangunkan instrumen yang sesuai dengan mengambil kira kesahan dan kebolehpercayaan serta melaksanakan kajian, membua analisis data dan menyediakan laporan. Selain itu tatacara yang perlu dilaksanakan dalam pelaksanaan psikologi ialah mengemukakan laporan kajian kepada pihak pengurusan
APLIKASI PSIKOLOGI DALAM INTERVENSI
Aplikasi psikologi dalam intervenesi adalah langkah-langkah yang dilakukan dalam mewujudkan perubahan yang positif kepada pegawai melalui aktuviti kaunseling, pembimbing rakan sekerja dan mentoring. Sehubungan itu, Program Pengupayaan Kendiri (PKK) telah diwujudkan bagi mempertingkatkan kecemerlangan diri pegawai serta menendali pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Program ini mengambil kira elemen emosi, tingkah laku dan kogniktif seseorang pegawai. ia juga merangkumi aspek penilaian, bimbingan, khidmat nasihat, sokongan dan penambahbaikan kepada pegawai itu sendiri. Sehubungan itu, semua aspek berkaitan keperluan kemanusiaan digabung bagi meningkatkan keupayaan pegawai.
Matlamat aplikasi psikologi dalam intervensi melalui PKK bertujuan untuk mewujudkan satu kaedah pengurusan yang bersepadu dan tersusun kepada pegawai yang memerlukan bantuan dan bimbingan. Dismping itu, ia dapat mengenal pasti permasalahan di peringkat awal, memantau keupayaan kendiri dan membantu pegawai menaganinya. Ia juga membantu pegawai menpertingkatkan kemampuan diri agar pegawai boleh memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi.
Dibawah PKK, terdapat empat program utama iaitu program penilaian pekerja dimana ia bertujuan untuk mengenal pasti pegawai yang berkemungkinan perlu dibantu bagi meningkatkan prestasi dan mengendalikan masalah. Ia dilaksanakan dengan menggunakan simptom dan indikator yang sedia ada di agensi seperti maklumat kehadiran, laporan penilaian prestasi tahunan, maklumat cuti, maklumat lantikan dan maklumat persaraan. Program ini juga merangkumi juga analisis keperluan rawatan dan latihan. Program penilaian yang kedua ialah program mentoring iaitu satu pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor terlatih bagi pembangunan diri mentee. Ia dilaksanakan bagi tujuan memantapkan tahap kecekapan pegawai disamping membantu mengatasi kebimbangan disebabkan kurang keyakinan dan pengetahuan dalam melaksanakan tugas. Melalui program ini, ilmu dan kemahiran dapat dikongsi bersama disamping itu, secara tidak langsung mereka yang berpengalaman dan terlatih diberi pengiktirafan sebagai mentor. Program PKk yang ketiga ialah program pembimbing rakan sekerja dimana program ini berkonsepkan rakan membantu rakan dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban, keharmonian dan saling menghormati potensi masing-masing. Program yang seterusnya dibawah PKK ialah program kaunseling iaitu program yang menberi perkhidmatan kaunseling untuk membantu mempertingkatkan potensi diri individu disamping meneroka halangan yang terdapat dalam diri individu daripada memberikan sumbangan yang bermakna dan cemerlang. Seterusnya, ia berperanan membantu individu menghadapi permasalahan dalam pekerjaan dan kehidupan harian.




RUJUKAN


Ma’rof Redzuan dan Haslina Abdullah Psikologi edisi kedua Universiti Putra Malaysia
http://www.perkhidmatanawam.gov.my
http://www.psikologi.com.my
aplikasipsikologi.com

No comments: