Thursday, April 29, 2010

PENGENALAN

Dalam konteks dunia hari ini, pelancongan merupakan salah satu kegiatan ekonomi dan sosial yang semakin penting. Jumlah pelancong dalam negeri dan antarabangsa semakin meningkat malah, beberapa buah negara di dunia kini memajukan sektor pelancongan sebagai sektor utama yang menjana pendapatan negara (Inskeep, 1996). Pelancongan juga merupakan sektor yang melibatkan peranan yang saling berkait antara pihak kerajaan, bukan kerajaan dan juga orang awam (Salah Wahab dan Cooper, 2003).
Dari perspektif sejarah, pelancongan bermula kira-kira 5000 tahun yang lalu selaras dengan perkembangan pertanian intensif, kota, kapal laut dan wang sebagai medium pertukaran. Perjalanan ini lazimnya didorong oleh perdagangan, ketenteraan dan pentadbiran kerajaan dari empayar besar seperti Sumeria, Yunani, Mesir, Parsi dan Rom di rantau Mediterranean dan Timur Tengah. Apabila empayar berkembang (terutamanya dalam abad ke 2 tahun Masihi), orang Rom khususnya telah membina sistem jalan raya yang lebar dan dibina dengan baik untuk menyediakan perhubungan pentadbiran dan perdagangan dari seluruh empayar dari Tembok Hadrian di Britain hingga ke Euphrates di Timur Tengah. Rumah tumpangan telah didirikan di setiap 30 batu di sepanjang jalan dan terdapat beberapa buah hotel di kebanyakan bandar. Rumah tumpangan ini dikaitkan dengan piktograf yang menunjukkan status kemudahan dan perkhidmatan (Inskeep, 1996).
Ironinya, begitulah serba ringkas senario perkembangan sektor pelancongan di dunia sehingga ke hari ini. Malah, kini dengan peningkatan ekonomi, kemudahsampaian yang tinggi serta jalinan hubungan yang baik antara sebuah negara dengan negara yang lain, sektor pelancongan terus menjadi sektor yang semakin berkembang terutamanya dalam konteks globalisasi dan dunia tanpa sempadan.
Dalam konteks Malaysia, pelancongan terus menjadi sumber utama tukaran wang asing yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan guna tenaga. Kedatangan pelancong sejumlah 16.4 juta pada tahun 2005 telah menyumbang sebanyak RM 18.1 bilion kepada pendapatan negara (Malaysia, 2006). Perkembangan sektor pelancongan di Malaysia telah dipengaruhi oleh perubahan yang besar dan potensi industri pelancongan pada masa hadapan. Memandangkan industri pelancongan kini merupakan satu pemangkin kepada pendapatan negara, maka pendekatan yang bersepadu dilaksanakan dalam perancangan dan perlaksanaan industri pelancongan secara mampan (Nurulashila Khalid, 2006).

DESTINASI PELANCONGAN
KOTA KINABALU WETLAND CENTER (KK WETLAND)

Kota Kinabalu Wetland Centre (KK Wetland) terletak di Likas iaitu hanya dua kilometer ke timur laut Bandaraya Kota Kinabalu iaitu dengan mengambil masa selama 10 minit perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu. Ia lebih dikenali sebagai tempat Perlindungan Burung yang meliputi kawasan seluas 24 hektar (60 ekar) hutan paya bakau. Kawasan ini merupakan kawasan tanah lembap yang mempunyai jumlah kawasan paya bakau yang luas.
Oleh kerana ianya merupakan tempat persinggahan burung-burung maka ia juga sesuai dijadikan sebagai pusat pendidikan dan rekreasi. Antara spesies burung yang sering didapati di sini ialah spesies yang berhijrah dari kawasan-kawasan sejauh Asia Utara, Siberia dan China Utara seperti Burung Kedidi, Greenshank, Redshank, bangau, pucung dan juga burung-burung silara umpamanya collared kingfisher serta stork-billed kingfisher. Sehingga kini hampir 80 spesies burung telah dikenal pasti di tempat perlindungan ini. Namun begitu, burung-burung ini hanya dapat dilihat pada bulan September hingga April setiap tahun.
Kawasan ini dijadikan sebagai kawasan Santuari burung pada tahun 1996 dan diwartakan sebagai tapak warisan budaya negeri pada tahun 1998. Pusat tanah lembap ini merupakan tempat tinggal kepada hidupan paya bakau seperti ketam rebab yang berwarna-warni dan ikan tembakul yang kecil lagi licik, serta burung tempatan dan persinggahan bagi burung-burung hijrah. Pusat Tanah Lembap ini menjadi mercu tanda rizab alam semulajadi dan rekreasi kepada penduduk tempatan dan para pelancong, beberapa kemudahan seperti tempat pemerhatian burung, menara pemerhati dan pusat pendidikan alam sekitar dibina para pelawat dapat berinteraksi dan belajar tentang ekosistem tanah lembap di kawasan ini. Kawasan Tanah Lembap ini diuruskan sepenuhnya oleh Pertubuhan Pemuliharaan Tanah Lembap Sabah (Sabah Wetlands Conservation Society).
Menurut The Ramsar Convention (1971), tanah lembap adalah kawasan marsh, fern, paya gambut berair sama ada semulajadi atau buatan, kekal atau sementara, dengan aliran statik atau mengalir, air tawar, payau atau masin, termasuk kawasan marin yang kedalamannya tidak melebihi 6 meter pada waktu air surut. Tanah lembap juga boleh didefinisikan sebagai kawasan berair yang boleh menampung pelbagai hidupan dan kebanyakan tanah lembap akan diliputi oleh lapisan air yang cetek.
Memandangkan Kota Kinabalu Wetland mempunyai kepelbagaian spesis flora dan fauna, maka KK Wetland sesuai dijadikan kawasan pelancongan alternatif yang berkonsepkan eko-pelancongan. Ini kerana pengunjung atau pelancong yang datang ke sini kebanyakkannya terdiri daripada pelancong-pelancong yang cintakan alam sekitar dan menekankan penjagaan ekosistem di kawasan tersebut. Disamping itu KK Wetland juga menyediakan tempat untuk pengujung yang ingin melakukan aktiviti mengenai alam sekitar seperti mengkaji pokok hidupan flora dan fauna.


OBJEKTIF LAWATAN KE KK WETLAND:
Antara objektif lawatan ke Kota Kinabalau Wetland (KK Wetland) Center ialah:
i) Mengetahui inventori tarikan eko-pelancong yang terdapat di KK Wetland
ii) Mengetahui tarikan-tarikan yang terdapat di KK Wetland.
iii) Untuk melihat pengaruh pelancong terhadap habitat flora dan fauna KK Wetland.


PETA KAWASAN

Rajah 1 : Peta Lokasi Kota Kinabalu Wetland Centre





INVENTORI TARIKAN EKO-PELANCONGAN DI KK WETLAND
Inventori tarikan eko-pelancongan merupakan satu sistem pentadbiran yang amat penting bagi sesebuah kawasan pelancongan. Inventori tarikan eko-pelancongan hendaklah selengkap dan terperinci yang mengandungi maklumat berkaitan dengan pusat pelancongan dan daya tarikan yang terdapat dalam pusat pelancongan tersebut supaya pelancong yang datang melawat tidak mengalami kesulitan terutama sekali pelancong yang datang dari luar. Walau bagaimanapun sesebuah pusat pelancongan tidak semestinya menyenaraikan satu senarai yang sainstifik berkaitan dengan spesis haiwan dan tumbuhan yang terdapat di kawasan berkenaan.
Inventori tarikan pelancong hendaklah dilihat sebagai satu huraian tentang ciri-ciri kawasan pelancongan berkenaan yang mana ia menjadi tarikan utama pelancong. Pelancong-pelancong lebih suka datang ke sesuatu kawasan pelancongan yang mempunyai maklumat-maklumat yang dikehendaki huraian-huraian mengenai tarikan yang mendorong mereka datang ke pusat pelancongan tersebut.
Inventori tarikan pelancong di KK Wetland merangkumi satu huraian mengenai spesis-spesis burung, ikan dan tumbuhan yang terdapat di destinasi pelancongan ini. Huraian-huraian di sini mudah difahami oleh pelancong dalam dan luar Negara kerana huraian spesis-spesis di sini menggunakan tiga bahasa utama iaitu bahasa Melayu, English dan Mandarin.
Melalui huraian kawasan dan spesis-spesis tumbuhan dan burung-burung yang terdapat di sekitar kawasan pelancongan ini, pelancong dapat mengenal dengan lebih dekat spesis tumbuhan dan haiwan tanpa persoalan selain daripada mendapat ilmu mengenai spesis-spesis yang terdapat di sini. Huraian mengenai spesis-spesis tumbuhan dan haiwan yang terdapat di sesuatu kawasan pelancongan juga dapat membantu penyelidik yang ingin membuat penyelidikan di tempat pelancongan tersebut. Hal ini bukan sahaja menarik lebih ramai penyelidik dari dalam Negara malahan turut menarik minat penyelidik dari luar Negara.
TARIKAN PELANCONGAN DI KK WETLAND

Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan di kawasan ini, didapati bahawa kebanyakan kawasan ini diliputi oleh pokok paya bakau yang mana spesies yang paling banyak terdiri daripada spesis bakau kurap dan spesis bakau minyak. Pokok bakau merupakan spesies tumbuhan yang sensitife terhadap sebarang gangguan seperti penukaran tanah, penebangan hutan, penebusgunaan dan pencemaran. Selain itu, mengikut maklumat yang diperoleh daripada cik Juvina, terdapat lebih 80 spesies burung yang akan berhijrah ke Kota Kinabalu Wetland Centre pada setiap September hingga April. Hal ini menyebabkan kawasan ini diwartakan sebagai pusat pelindungan dan pemuliharaan oleh kerajaan negeri Sabah.
Kota Kinabalu Wetland yang terletak berhampiran dengan bandaraya Kota kinabalu mempunyai pelbagai tarikan yang boleh meningkatkan kedatangan pelancong dalam dan luar Negara terutama sekali pelancong-pelancong yang cintakan alam sekitar. KK Wetland juga mempunyai ketiga-tiga kategori tarikan pelancong iaitu tarikan unggul, tarikan pelengkap dan tarikan sokongan.

TARIKAN UNGGUL(TARIKAN TERAS)
Tarikan unggul atau tarikan teras dapat didefinisikan sebagai tarikan yang merujuk kepada unsur-unsur semulajadi yang terdapat di sesuatu kawasan. Unsur-unsur semulajadi ini menjadi tarikan utama di mana menjadi peyebabkan utama kedatang pelancong ke pusat pelancongan tersebut semata-mata untuk melihat atau menikmati unsur-unsur semulajadi ini kerana unsur-unsur semulajadi ini tidak terdapat atau ditawarkan di destinasi pelancongan yang lain. Kota Kinabalu Wetland mempunyai tarikan semulajadi yang tersendiri di mana KK Wetland merupakan tempat persinggahan burung-burung tempatan dan luar Negara seperti Asia Utara, Siberia dan China Utara.
Terdapat pelbagai jenis spesis burung yang boleh di dapati di sekitar kawasan pelancongan ini dimana pengujung yang datang ke sini boleh lihat spesis- spesis burung secara dekat melalui pondok pemerhatian burung yang disediakan oleh pihak pengurusan pusat pelancongan ini. Antara spesis-spesis burung yang terdapat di pusat pelancongan ini ialah keruak, merbok, bangau, pekaka,kedidi,rapang kerinyut, pucung serandau dan kunyit kacat. Pengunjung juga berpeluang melihat dengan lebih dekat habitat-habitat burung yang terdapat tempat pelancongan ini.










RAJAH 2: ANTARA SPESIS BURUNG YANG TERDAPAT DI KK WETLAND.
Selain dapat melihat spesis burung, pengunjung yang datang ke pusat pelancongan ini juga berpeluang melihat spesis-spesis ikan yang tinggal di kawasan paya bakau seperti ikan tilapia, belangkas, ketam rebab, ketam bakau, tiram dan kupang serta berungun. Kesemua spesis-spesis yang terdapat di kawasan pelancongan ini disenaraikan dengan satu huraian maklumat yang ringkas dan padat.


TARIKAN PELENGKAP
Tarikan pelengkap merupakan tarikan yang merujuk kepada warisan-warisan semulajadi dan kebudayaan yang terdapat pada sesuatu tapak pelancongan. Walau bagaimanapun tahap kepentingan tarikan pelengkap di sesuatu tapak pelancongan tidak sama dengan tarikan unggul. Tarikan pelengkap tidak harus dipandang mudah atau diabaikan oleh pengusaha pusat pelancongan kerana ia menjadi pendorong sampingan yang menambah kepada nilai eko-pelancongan di kawasan pelancongan.
Tarikan pelengkap juga dapat menyumbang kepada kepebagaian pengalaman pelancong yang membuatkan pelancong ingin tinggal lebih lama dikawasan berkenaan dan membolehkan mereka menjalankan pelbagai aktiviti sampingan. Melalui tarikan pelengkap juga, ia dapat menyumbang kea rah mengelakkan tumpuan para pelancong yang berlebihan kepada sesuatu tapak pada masa yang sama selain mengalakkan pengagihan pelancong dalam sesuatu kawasan.
Tarikan pelengkap yang terdapat di KK Wetland ialah hutan paya bakau. Hutan paya bakau yang terdapat di kawasan pelancongan ini merupakan antara kawasan paya bakau yang terluas di negeri Sabah. Kebanyakan hutan paya bakau yang terdapat kawasan pelancongan ini terdiri daripada spesis bakau minyak, spesis bakau kurap dan spesis bakau putih. Setiap spesis bakau di sini dihuraikan dengan satu huraian lengkap mengenai habitat, dan ciri-ciri ekologinya. Selain itu hutan bakau juga merupakan kawasan yang menjadi perlindungan atau habitat bagi beberapa flora dan fauna yang mempunyai penyesuaian yang unik. Misalnya banyak spesis udang dan ikan bertelur di sekitar kawasan ini.
Kebanyakan ikan-ikan menjadikan hutan paya bakau sebagai kawasan pembiakan di mana ikan-ikan akan bertelur di celah-celah akar pokok di dalam air. Kemusnahan hutan paya bakau akan memberi kesan ke atas ekonomi sesebuah negara terutamanya yang berkaitan dengan sektor perikanan. Hutan paya bakau juga turut menjadi habitat bagi haiwan lain seperti monyet, ular, memerang, biawak dan burung. Hutan bakau adalah kawasan yang kaya dengan pelbagai makanan untuk menampung spesies organisma seperti kulat dan bakteria yang terdapat dalam lumpur menjalankan proses pereputan terhadap daun pokok bakau yang telah gugur. Hasil daripada proses pereputan menyediakan sumber detritus dan mineral untuk krustasea dan ulat-ulat mikroskopik. Krustasea dan ulat akan menjadi sumber makanan bagi ikan-ikan kecil manakala ikan-ikan kecil akan menjadi mangsa kepada ikan besar, ketam dan burung. Kitaran makanan ini dapat menjamin sumber makanan yang berterusan di hutan paya bakau.
Oleh kerana hutan paya bakau mempunyai keunikan serta pelbagai spesies flora dan fauna, maka ia mampu menjadi kawasan khazanah negara dan pusat pelancongan. Keunikan flora bakau dilihat dari aspek habitat semulajadi yang berlumpur di mana akan mewujudkan flora yang mempunyai cara yang unik untuk beradaptasi di kawasan habitat yang berlumpur. Sebagai contohnya, pokok bakau rhizophora mempunyai akar yang menonjol seperti kaki labah-labah dimana ia berfungsi sebagai pencengkam tanah yang berlumpur dengan kuat. Keunikan kawasan hutan ini menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies burung yang berhijrah dari hemisfera utara ke hemisfera selatan dan sebaliknya.
Lantaran itu, ia boleh dieksploitasikan sebagai pusat pelancongan yang dapat menarik golongan pelancong luar negara dan pelancong tempatan. Misalnya, tempat-tempat yang sering dikunjungi oleh para pelancong ialah Kuala Sepetang, Perak dan Taman Alam Kuala Selangor, Selangor. Hutan paya bakau juga berpotensi untuk dijadikan sebagai kawasan ekopelancongan, taman buaya, tanaman hidupan liar, dan pemeliharaan lebah madu serta ikan.



Rajah 3: Hutan Paya Bakau Yang Merupakan Tarikan Pelengkap di Kota Kinabalu Wetland



TARIKAN SOKONGAN
Tarikan sokongan merupakan merupakan tarikan yang disediakan oleh pihak pengurus sesebuah pusat pelancongan. Tarikan ini terdiri daripada kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan yang berunsur buatan yang boleh memberi keselesaan dan kepuasan yang berlainan kepada pengunjung yang berkunjung ke destinasi pelancongan tersebut. Kemudahan-kemudahan ini merangkumi kemudahan tempat penginapan, tempat makan (restoran), pusat penyelidikan, kenderaan dan lain-lain kemudahan.
Kemudahan ini bukan sahaja memberi sokongan dan perkhidmatan kepada pelancong malahan ia turut memberi satu pengalaman baru kepada pengunjung. Selain itu ia turut memudahkan pengunjung yang datang ke pusat eko-pelancongan ini untuk membuat penyelidikan dan kajian mengenai flora dan fauna yang terdapat di sesuatu pusat eko-pelancongan yang dilawati mereka. Walau bagaimanapun kemudahan yang disediakan ini tidak bermaksud menjadi tujuan utama seseorang pelancong melawat kawasan tersebut. Ia hanyalah sebagai satu sokongan dan tambahan kepada tarikan unggul dan tarikan pelengkap yang terdapat di destinasi pelancongan tersebut.
Terdapat beberapa tarikan sokongan yang boleh didapati di Kota Kinabalu Wetland. Tarikan sokongan terdiri daripada unsur-unsur perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh pengurus pusat pelancongan ini. Kemudahan-kemudahan ini memudahkan pengunjung-pengunjug terutama sekali pengunjung yang ingin membuat kajian dan penyelidikan mengenai spesis flora dan fauna yang terdapat di sini.
Antara kemudahan yang disediakan ialah pusat kegiatan alam. Pusat kegiatan alam merupakan tempat dimana pengunjung boleh melakukan aktiviti seperti seminar dan membuat penyelidikan di sekitar kawasan pelancongan ini. Selain itu, pusat pelancongan ini turut menyediakan pondok pemerhati burung dimana pengunjug yang datang ke sini boleh melihat dengan lebih dekat burung-burung yang tinggal di kawasan ini. Kemudahan pondok pemerhati burung juga dapat digunakan oleh penyelidik untuk melihat dan mengkaji spesis burung yang ada di sini. Pihak pengurusan KK Wetland juga menyediakan menara pemerhati kepada pengunjung yang ingin melihat kawasan pelancongan ini dari atas. Kelainan kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan pusat pelancongan ini menyebabkan pelancong-pelancong eko pelancongan gemar melakukan lawatan dan membuat kajian di kawasan ini.
Antara kemudahan lain yang disediakan oleh pihak pengurusan pusat pelancongan ini ialah pengunjung boleh melakukan aktiviti seperti seminar, atau bengkel di dalam kawasan pelancongan ini. Hal ini menyebabkan kebanyakan badan kerajaan dan bukan kerajaan membuat bengkel atau seminar di pusat pelancongan ini.


RAJAH 4: TARIKAN SOKONGAN YANG TERDAPAT DI KK WETLAND.
KK Wetland yang terletak berdekatan dengan pusat bandaraya kota kinabalu sedikit sebanyak mendorong pelancong untuk datang ke sini. Perjalanan yang mengambil masa 10 minit dari bandaraya menyebabkan pelancong tidak mengalami masalah pengankutan dan penginapan. Ini kerana pelancong boleh berulang alik dari bandaraya ke pusat pelancongan ini.



KESAN KEDATANGAN PELANCONG TERHADAP FLORA DAN FAUNA DI KK WETLAND
Kota Kinabalu Wetland Centre merupakan kawasan paya bakau yang mempunyai jumlah kawasan yang luas dan hampir keseluruhan kawasan ditumbuhi dengan pokok bakau. Masalah utama yang dapat dilihat ialah masalah pencemaran akibat pembuangan sampah oleh pelancong dikawasan ini. Pencemaran yang berlaku menyebabkan penurunan kandungan oksigen terlarut dalam air, bahkan dapat terjadi keadaan anoksik dalam air sehingga bahan organik yang terdapat dalam sampah mengalami pereputan anerobik yang antara lain menghasilkan hidrogen sulfide dan ammonia yang merupakan racun bagi organisma haiwan dalam air.
Oleh yang demikian, pembuangan sampah yang tidak terkawal akan memberi kesan negatif dalam jangkamasa panjang dan keadaan ini harus diambil serius oleh pengusaha pusat pelancongan tersebut. Selain daripada masalah pembuagan sampah dari pelancong yang berkunjung kesini terdapat juga sampah-sampah yang dihasilkan berpunca dari kawasan perumahan yang berhampiran dengan kawasan pemeliharaan bakau ini.
Selain itu, kesan kedatangan pelancong yang berlebihan dalam satu-satu masa juga boleh menyebabkan pemindahan burung-burung ke kawasan lain. Kebanyakkan burung-burung yang terdapat di pusat pelancongan ini merupakan burung-burung yang liar. Kedatangan pelancong yang berlebihan juga menyebabkan habitat burung-burung di pusat pelancongan terasa terancam disebabkan terdapat sesetengah pelancong membaling habitat burung di kawasan ini.hal ini juga boleh menyebabkan penghijrahan burung ke kawasan ini akan berkurang dan beralih ke tempat lain.



CADANGAN
Kota Kinabalu Wetland Centre merupakan salah satu kawasan pemeliharaan dan pemuliharaan pokok bakau dan tempat persinggahan burung yang terluas di Sabah. Pusat ini mempunyai pelbagai spesies flora dan fauna yang unik terutamanya spesies pokok bakau seperti pokok bakau minyak dan pokok bakau kurap serta pelbagai spesies burung. Ia sangat sesuai bagi mereka yang gemar akan suasana semulajadi dan bagi yang minat dengan aktiviti memerhati burung.
Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi oleh pihak pengurusan terutamanya yang berkaitan dengan masalah pencemaran air yang berpunca dari pembuangan sampah sarap dari kawasan perumahan yang berdekatan. Oleh yang demikian, keadaan seperti ini harus diberi perhatian agar tidak menjejaskan pertumbuhan pokok bakau itu sendiri. Antara langkah penyelesaian yang boleh dilakukan ialah melalui penguatkuasaan undang-undang seperti perlaksanaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang memfokuskan kepada cara pemeliharaan alam sekitar yang efektif dan efisien. Dengan adanya akta yang berkaitan, maka penerokaan terhadap kawasan bakau akan dapat dikurangkan sekaligus dapat mengelak dari kepupusan sumber pokok bakau.
Selain itu, cadangan lain yang boleh dilakukan ialah melalui pendekatan yang melibatkan orang ramai. Sebagai contohnya meningkatkan kempen kesedaran melaui pendidikan, penyelidikan dan menggiatkan penyertaan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam mengurus sumber alam dan alam sekitar terutamanya berkaitan pemeliharaan pokok bakau. Usaha ini dapat dilakukan melalui pelbagai cara seperti kempen melalui media cetak dan elektronik, pameran dan pertunjukan , memasukkan dan memberi penekanan asas kepada subjek pengurusan alam sekitar dan kesannya terhadap alam sekitar dalam pendidikan pada peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi serta pendidikan formal untuk menanamkan kesedaran tentang pentingnya menjaga sumber alam untuk generasi akan datang.
Langkah penyelesaian lain yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah lebihan pelancong ialah pihak pengurusan boleh mengehadkan penjualan tiket dan tempat letak kereta pada satu-satu masa.

KESIMPULAN
Kesimpulannya KK Wetland merupakan sebuah pusat pelancongan yang terdapat berhampiran dengan bandaraya kota kinabalu yang berkonsepkan eko-pelancongan. Pusat pelancongan ini sesuai dijadikan tempat penyelidikan flora dan fauna kerana terdapat pelbagai tarikan flora dan fauna. Selain itu , kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pengurus pusat pelancongan ini sedikit sebanyak menjadi penarik kepada pelancong untuk datang ke sini.
Walau bagaimanapun kedatangan pelancong ke pusat pelancongan ini harus di kawal bagi memastikan burung-burung di pusat pelancongan ini tidak berasa terancam. Pihak pengurusan juga harus menyediakan notis-notis amaran bagi menbendung gejala pembuangan sampah dikalangan pelancong selain menyediakan tong sampah.








RUJUKAN
Amran Hamzah (2004). The Evolution Of The Homestay Programme In Malaysia : Performance, Sustainability And Challenges. Country Paper presented of the ASEAN Homestay Conferences.Organise by the Ministry of Tourism Malaysia, The Marriott Hotel, Putrajaya 28-30 September 2004.

Kota Kinabalu Wetland Center Off Jalan Bukit Bendera,Upper

Davison, G.W.H. & Regis, P. 1999, Pelan ekopelancongan kebangsaan Malaysia : Garis panduan untuk negeri Sabah : (The Malaysian National Ecotourism Plan : guidelines for Sabah). Kementerian Pembangunan Pelancongan. Kota Kinabalu

Inskeep, E. 1991. Perancangan Pelancongan (Tourism Planning). Dewan Bahasa & Pustaka. Kuala Lumpur. Di terjemahkan oleh CheElainee Che Hassan & Norlida Halim
Cater, E & Lowman, G. 1994. Ecotourism: A Sustainable Option? Royal Geographical Society (Great Britain).
“SISTEM DAN KONSEP PELANCONGAN”
Pengenalan
Pelancongan adalah gerakan sementara manusia ke destinasi lain di luar tempat kerja dan tempat tinggalnya yang biasa, kegiatan yang mereka lakukan selama tinggal di destinasi tersebut dan kemudahan yang disediakan untuk memenuhi keperluan mereka. Pelancongan dianggap sebagai satu kemewahan, ini kerana hanya segelintir orang yang mempunyai masa dan wang sahaja mampu melancong. Waktu senggang yang banyak, ekonomi yang semakin baik, kemudahan pengangkutan yang sempurna telah bergabung untuk membolehkan lebih banyak orang pergi melancong (Matthieson dan Wall, 1991).
Dalam konteks dunia hari ini, pelancongan merupakan salah satu kegiatan ekonomi dan sosial yang semakin penting. Jumlah pelancong dalam negeri dan antarabangsa semakin meningkat malah, beberapa buah negara di dunia kini memajukan sektor pelancongan sebagai sektor utama yang menjana pendapatan negara (Inskeep, 1996). Pelancongan juga merupakan sektor yang melibatkan peranan yang saling kaitan antara pihak kerajaan, bukan kerajaan dan juga orang awam (Salah Wahab dan Cooper, 2003).
Dari perspektif sejarah, pelancongan bermula kira-kira 5000 tahun yang lalu selaras dengan perkembangan pertanian intensif, kota, kapal laut dan wang sebagai medium pertukaran. Perjalanan ini lazimnya didorong oleh perdagangan, ketenteraan dan pentadbiran kerajaan dari empayar besar seperti Sumeria, Yunani, Mesir, Parsi dan Rom di rantau Mediterranean dan Timur Tengah. Apabila empayar berkembang (terutamanya dalam abad ke 2 tahun Masihi), orang Rom khususnya telah membina sistem jalan raya yang lebar dan dibina dengan baik untuk menyediakan perhubungan pentadbiran dan perdagangan dari seluruh empayar dari Tembok Hadrian di Britain hingga ke Euphrates di Timur Tengah. Rumah tumpangan telah didirikan di setiap 30 batu di sepanjang jalan dan terdapat beberapa buah hotel di kebanyakan bandar. Rumah tumpangan ini dikaitkan dengan piktograf yang menunjukkan status kemudahan dan perkhidmatan (Inskeep, 1996).
Ironinya, begitulah serba ringkas senario perkembangan sektor pelancongan di dunia sehingga ke hari ini. Malah, kini dengan peningkatan ekonomi, kemudahsampaian yang tinggi serta jalinan hubungan yang baik antara sebuah negara dengan negara yang lain, sektor pelancongan terus menjadi sektor yang semakin berkembang terutamanya dalam konteks globalisasi dan dunia tanpa sempadan.
Dalam konteks Malaysia, pelancongan terus menjadi sumber utama tukaran wang asing yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan guna tenaga. Kedatangan pelancong sejumlah 16.4 juta pada tahun 2005 telah menyumbang sebanyak RM 18.1 bilion kepada pendapatan negara (Malaysia, 2006). Perkembangan sektor pelancongan di Malaysia telah dipengaruhi oleh perubahan yang besar dan potensi industri pelancongan pada masa hadapan. Memandangkan industri pelancongan kini merupakan satu pemangkin kepada pendapatan negara, maka pendekatan yang bersepadu dilaksanakan dalam perancangan dan perlaksanaan industri pelancongan secara mampan (Nurulashila Khalid, 2006).
Sistem Pelancongan
Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan baru yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri lain yang berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju menjelang tahun 2020. Dalam sistem pelancongan, aspek yang perlu diberi penekanan adalah kewujudan pelancong, pembekal barangan ataupun perkhidmatan pelancongan, kerajaan dan juga tuan rumah destinasi yang terpilih. Dalam erti kata lain, keempat-empat elemen ini perlu terlibat dalam mewujudkan sebuah industri pelancongan. Apabila seseorang individu itu melancong, bermakna mereka adalah pelancong yang memerlukan perkhidmatan seperti penginapan dan pengangkutan. Dalam sistem pelancongan terdapat dua bahagian utama yang memainkan peranan dalam menentukan perkembangan dan kemajuan dalam industri pelancongan iaitu:
 Bahagian pasaran
 Bahagian pembekalan.

 Bahagian Pasaran
Komponen Populasi
Dalam bahagian pasaran, kompenen yang memainkan peranan dalam menentukan perkembangan dan kemajuan industri pelancongan ialah kompenen populasi. Dalam pelancongan, individu yang terlibat dikategorikan kepada dua iaitu penduduk setempat dan pelawat. Apabila kedua-duanya mengembara, wujudlah istilah pengembara atau pelawat. Pengembara pula dapat dilihat dalam dua aspek iaitu mereka yang mengembara dalam skop pelancongan dan mereka yang mengembara bertujuan memenuhi aktiviti lain. Mengikut perspektif pelancongan, mereka yang mengembara dalam skop pelancongan dikenali sebagai pelancong.
Dalam masa yang sama sekiranya mereka mengembara dan kembali semula ke tempat asal mereka tanpa menginap atau dengan kata lain pergi dan balik pada hari yang sama, mereka ini dikenali sebagai pelawat harian atau excursionists. Biasanya mereka ini melibatkan pelancongan dalaman dan bukannya pelancongan antarabangsa. Bagi mereka yang mengembara bertujuan memenuhi aktiviti lain, pelancong-pelancong ini mungkin terdiri daripada pelajar, pekerja sementara dan juga pendatang bergantung kepada tujuan lawatan itu.
Pelancong biasanya mempunyai motivasi yang berbeza yang mendorong mereka untuk melancong seperti terdapat pelancong yang melancong bertujuan untuk menambah minat dalam kehidupan dan terdapat juga pelancong yang melancong sekadar untuk memenuhi keperluan untuk berehat dan mengenali diri sendiri. Pelancong yang mempunyai motivasi yang berbeza mendorong seseorang untuk melancong dan mempengaruhi kehendak terhadap lawatan yang dilakukan seperti pelancong yang merasakan hidup terlalu pendek berkecenderungan untuk mencuba segala aktiviti dan melawati destinasi-destinasi yang sukar didapati. Selain itu, pelancong biasanya melancong ke suatu destinasi bertujuan memenuhi beberapa aktiviti antaranya tujuan perniagaan, melawat kawan dan keluarga atau serta berhibur. Tujuan mereka melancong ini seterusnya mewujudkan kategori dan jenis pelancong dalam industri pelancongan.

 Bahagian Pembekalan
Bagi melengkapkan keberkesanan dan keselesaan dalam industri pelancongan, pembekal perlu membekal serta menawarkan produk atau pun perkhidmatan pelancongan kepada pelancong. Terdapat tiga kompenen utama yang perlu diberi perhatian dalam industri pelancongan. Kompenen-kompenen ini adalah:
i) Komponen Pengankutan.
Sektor pengangkutan memainkan peranan penting bagi memastikan pelancong sampai ke destinasi yang hendak dituju. Malah, sektor pengangkutan masa kini adalah salah satu produk yang ditawarkan dalam industri pelancongan. Terdapat pelbagai mod pengangkutan antaranya jalan raya, air, udara dan landasan. Pengangkutan yang berdasarkan mod jalan raya lebih mudah ditawarkan kerana ia banyak digunakan masa kini memandangkan kos penggunaannya juga lebih murah. Malah, bagi tujuan pelancongan masa kini, penggunaan bas ekspres sering kali digunakan terutamanya oleh mereka yang melancong secara berkumpulan.
Mod pengangkutan udara walaupun mahal tetapi penting kerana ia dapat menghubungkan destinasi yang tidak mempunyai mod pengangkutan jalan raya dan air. Penggunaan pengangkutan udara juga dapat menjimatkan masa terutamanya perjalanan antarabangsa. Mod pengangkutan air pada masa kini lebih kerap digunakan dalam pelancongan bagi tujuan berehat dan berhibur. Ini terbukti dengan wujudnya kapal pelayaran. Pemilihan pelancong dalam memilih mod pengangkutan dipengaruhi oleh beberapa aspek. Antaranya, pelancong lebih cenderung memilih pengangkutan mengikut jarak destinasi yang hendak mereka kunjungi. Pelancong juga lebih cenderung memilih mod pengangkutan yang dapat menawarkan keselesaan dan mempunyai status yang tinggi.
Selain itu, pelancong lebih menitik beratkan aspek keselamatan dan harga dalam memilih mod pengangkutan. Ini memandangkan industri pelancongan masa kini sering kali tergugat oleh faktor-faktor di luar jangkaan seperti pengganas dan bencana alam. Sistem pengankutan yang sistematik akan memudahkan pelancong asing pergi dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Dengan adanya sistem pengangkutan yang mengenakan tambang pada harga yang berpatutan, selamat, selesa, cekap dan mengikut jadual yang ditetapkan, para pelancong mudah pergi ke sesebuah tempat tanpa perlu menghadapi banyak masalah.
Antara contoh pengangkutan moden yang terdapat di Malaysia ialah monorel, komuter, kapal laut, bas, teksi dan sebagainya. Mereka tidak lagi berhadapan dengan masalah pengangkutan untuk pergi ke kawasan pulau dan tanah tinggi. Sebagai contoh, para pelancong boleh menggunakan perkhidmatan feri atau kapal terbang untuk pergi ke Pulau Langkawi. Terbukti bahawa pengangkutan awam memainkan peranan penting dalam memajukan ekonomi di Malaysia. Sesebuah destinasi pelancongan tidak mungkin berkembang tanpa sokongan infrastruktur pengankutan yang baik.

ii) Komponen Tarikan
Peningkatan jumlah kedatangan pelancong di sesuatu kawasan pelancongan banyak berkaitan dengan daya tarikan yang terdapat di destinasi pelancongan tersebut. Daya tarikan yang unik dan tersendiri merupakan kuasa magnet yang menarik seseorang untuk melancong ke destinasi tersebut. Pelancong lebih berminat untuk melancong ke sesuatu destinasi pelancongan yang mempunyai ciri-ciri tarikan semula jadi seperti Gunung Kinabalu.
Selain itu destinasi pelancongan yang mempunyai ciri-ciri tarikan kebudayaan juga dapat menarik minat pelancong untuk melancong di destinasi pelancongan tersebut. Contohnya, negeri Melaka yang mempunyai elemen-elemen sejarahnya dan keunikan budaya kaum seperti Portugis dan Baba Nyonya yang tiada di negeri-negeri lain di Malaysia menyebabkan Melaka terkenal dengan Bandaraya Bersejarah. Di Amerika Syarikat, menurut Smith kebudayaan dan masyarakat pribumi (Red Indian) merupakan antara tumpuan utama pelancong apabila melancong di kawasan-kawasan tertentu di Amerika seperti di Arizona dan Calfornia di mana terletaknya rizab penempatan kaum Chemehuevi dan Mohave. Begitu juga dengan Kaum Maori di New Zealand yang menjadi keunikan utama dan antara tarikan utama pelancong di New Zealand dalam konteks pelancongan (Smith,2002:120-124). Begitu juga halnya dengan lawatan ke Mahal (India), Piramid (Mesir), Angkor Wat (Kemboja) dan Maccu Piccu (Peru) yang turut mempunyai kaitan dengan keunikan budaya tetapi dalam konteks ‘tangible’, iaitu tinggalan dan seni bina tamadun silam yang masih kekal dipelihara.

Rajah 1: Salah satu daya Tarikan yang terdapat destinasi pelancongan di Malaysia
iii) Komponen Perkhidmatan
Kompenen perkhidmatan merupakan kompenen yang penting dalam industri pelancongan di sesebuah Negara. Ini kerana faktor penentu kepada kemasukan pelancong di sesebuah tempat pelancongan berkait rapat dengan kompenen perkhidmatan yang ditawarkan oleh industri pelancongan tersebut. Semakin tinggi kemudahan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah industri pelancongan semakin tinggi jumlah kedatangan pelancong ke kawasan pelancongan tersebut. Kompenen perkhidmatan meliputi segala bentuk kemudahan yang digunakan oleh pelancong semasa berada di destinasi pelancongan. Elemen-elemen perkhidmatan diperlukan oleh pelancong di destinasi pelancongan yang mereka lawati adalah untuk menyokong mereka menjalani kehidupan sepanjang mereka berada di destinasi pelancongan.
Antara kompenen perkhidmatan yang diperlukan oleh pelancong untuk menyokong mereka menjalani kehidupan sepanjang berada di destinasi pelancongan ialah penginapan. Oleh kerana pelancong itu sendiri membawa maksud ke luar dari tempat tinggal asal, maka ia juga membawa maksud pelancong menginap di tempat itu. Di sini jelas sektor penginapan penting bagi memenuhi keperluan pelancong. Sektor penginapan juga menawarkan pelbagai bentuk penginapan dan makanan kepada pelancong. Antara jenis penginapan yang ditawarkan kepada pelancong adalah yang berbentuk tidak perlu dibayar ataupun perlu bayaran yang murah seperti hostel atau asrama sekolah.
iv) Komponen Maklumat/promosi.
Kompenen maklumat atau promosi juga penting dalam industri pelancongan bagi mempromosikan aktiviti-aktiviti dan pengalaman-pengalaman yang boleh diperolehi oleh pelancong sepanjang berada di destinasi pelancongan tersebut. Bagi meningkatkan kedatangan pelancong di sesuatu destinasi pelancongan pihak pengurusan perlu menyediakan maklumat-maklumat yang ditawarkan sebelum dan semasa pelancong melancong di destinasi tersebut. Maklumat-maklumat yang boleh dipromosikan adalah seperti aktiviti-aktiviti dan pengalaman yang ditawarkan, tarikan-tarikan yang boleh mendorong pelancong untuk melancong ke destinasi tersebut, pengankutan dan kos yang diperlukan untuk sampai ke destinasi pelancongan tesebut dan tempat-tempat penginapan yang boleh didapati di kawasan pelancongan tersebut. Selain itu, pihak pengurusan perlu mempromosikan latar belakang sesuatu destinasi pelancongan seperti bahasa dan budaya yang digunakan oleh penduduk tempatan bagi memudahkan pelancong berkomunikasi danberinteraksi dengan penduduk tempatan. Pihak pengurusan perlu ingat bahawa pelancong pada masa kini lebih berpengalaman dan berpendidikan dalam memilih sesuatu destinasi pelancongan yang ingin mereka lawati.


Konsep Pelancongan
Perkataan ‘tour’ berasal dari Latin ‘tornare’ dan Greek ‘tornos’ yang memberi makna ‘a lathe or a cicle’ iaitu pergerakan yang mengelilingi titik pusat (axis). Dalam bahasa Inggeris moden, perkataan ini mewakili satu pusingan (one’s turn). Imbuhan akhiran ‘ism’ ditakrifkan sebagai satu pergerakan dan proses, perlakuan biasa atau kuantiti. Apabila perkataan ‘tour’ dan ‘ism’ digabungkan ia bermaksud perlakuan bergerak mengeliling satu pusingan yang akhirnya akan berpatah balik kepada garis permulaan (Theobald, 1994:6). Pada tahun 1811, Oxford English Dictionary mendefinisikan pelancongan adalah orang yang membuat lawatan atau kunjungan pada masa kelapangan (Honey, 1999).
Revolusi Perindustrian yang bermula pada abad ke-18 di Eropah dan Amerika Utara menjadi asas untuk pembangunan pelancongan moden. Revolusi ekonomi dan sosial telah meningkatkan daya pengeluaran buruh yang mewujudkan perbandaran secara besar-besaran, pertumbuhan kelas menengah yang pesat, taraf pendidikan yang lebih sempurna, lebih masa lapang dan permintaan terhadap rekreasi dan kemajuan bidang pengangkutan seperti landasan kereta api merupakan faktor-faktor perkembangan industri pelancongan selepas perang dunia kedua (Iskeep, 1996; Theobald, 1994:3).
Di Malaysia industri pelancongan mula muncul pada akhir tahun 1960. Industri pelancongan tidak dianggap sebagai aktiviti ekonomi yang utama sehingga ke tahun 1970 kerana pada masa itu, sumbangan komoditi utama seperti getah dan bijih timah adalah jauh lebih penting. Pada tahun 1970, kerajaan Malaysia mula membangunkan industri pelancongan untuk memenuhi beberapa objektif seperti peningkatan pendapatan dalam pertukaran mata wang asing, meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan, menggalakkan pembangunan kawasan, mempelbagaikan ekonomi dan meningkatkan hasil kerajaan (Zainab dan Shaharuddin, 1997:177; Ghazali Musa, 2000:144). Tourism Development Corporation of Malaysia (TDC) ditubuhkan pada tahun 1972, perbadanan ini bertanggungjawab menjalankan
pembangunan pelancongan. Pada masa itu, TDC tidak diberi keutamaan dengan kewangan yang terhad. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah ditubuhkan pada tahun 1987. Kementerian ini memainkan peranan dalam menyediakan insentif, meningkatkan mutu kemudahan asas, membuat promosi yang lebih menyeluruh dan menyediakan peruntukan untuk memajukan industri ini. Kemudiannya kementerian ini telah ditukarkan kepada Kementerian Pelancongan Malaysia sehingga ke hari ini. Secara umumnya konsep pelancongan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pelancongan konvensional/massa dan pelancongan alternatif.
i) Pelancongan Konvensional/massa
ii) Pelancongan Alternatif
a) Eko-Pelancongan
Konsep eko-pelancongan bermaksud pelancongan yang bersandarkan kepada penghayatan ekologi yang bertanggungjawab dan berdaya-tahan. Ekopelancongan merupakan satu bidang yang mempunyai potensi perkembangan yang paling besar dalam industri pelancongan dunia.
Menurut Ceballos-Lascurain (1996), ekopelancongan adalah perjalanan dan lawatan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada kawasan semula jadi untuk menikmati dan menyedari akan sifat-sifat semula jadi (termasuk sifat-sifat kebudayaan kini dan lalu), menggalakkan pemuliharaan alam sekitar, membawa kesan yang rendah serta membolehkan penglibatan masyarakat tempatan di dalam aktiviti sosio-ekonomi yang positif (Scheyvens, 1999:245; Ross dan Wall, 1999a:124; Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia 1996:1; Jafar Jafari, 2000:165; Page dan Dowling, 2002; Weaver, 2001). Ekopelancaongan sebagai pengembaraan yang bertujuan mewujudkan kesefahaman dalam kebudayaaan dan persejarahan yang tergolong dalam persekitaran, menekankan penjagaan ekosistem dan menghasilkan faedah dalam bentuk ekonomi kepada tempatan dan kerajaan untuk menggalakkan pemuliharaan semula jadi (Goeldner et.al, 2000; Hawkins, 1994:261).
Ekopelancongan akan melibatkan komuniti tempatan dalam proses pengurusan dan perancangan sumber semula jadi iaitu memelihara dan memulihara sumber alam semula jadi atau biodiversiti. Dengan penglibatan dalam ekopelancongan, komuniti tempatan akan menerima faedah dari segi ekonomi dan sosial. Dalam aspek ekonomi, ekopelancongan akan meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan masyarakat setempat. Misalnya di Nepal, penduduk sekitar kawasan Taman Negara Sagarmatha telah menerima pendapatan daripada menjadi pemandu pelancong, menjual kraftangan dan pakaian dan membekalkan penginapan kepada pelancong (Wells, 1993 dalam Ross dan Wall, 1999a:128). Selain itu, ekopelancongan juga meningkatkan kemudahan infrastruktur dan komunikasi setempat yang dibekalkan oleh pihak kerajaan seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air, perkhidmatan telekomunikasi seperti telefon awam, kemudahan pengangkutan awam dan sebagainya. Ini secara tidak langsung telah meningkatkan pembangunan ekonomi kawasan tersebut terutamanya di kawasan pedalaman. Dalam aspek sosial, ekopelancongan akan memperbaiki pemahaman dan penghargaan pelancong terhadap kebudayaan masyarakat setempat. Ekopelancongan menyemai nilai dan perasaan kehormatan diri kepada penduduk kampung pedalaman. Ini dapat
menggalakkan dan menguatkan warisan kebudayaan (Cater, 1994 dalam Ross dan Wall, 1999a:128).



Rajah 2: Tempat-tempat ekopelancongan di Malaysia
b) Pelancongan Luar Bandar
Pelancongan luar bandar ialah pelancongan yang menumpukan kepada aspek-aspek yang terdapat di luar bandar. Lane (1994) melalui Sharpley dan Telfer. et. al (2002) mendefinisikan pelancongan luar bandar sebagai “ Rural tourism extends beyond farm-based tourism to include special-interest nature holidays and ecotourism, walking, climbing and riding holidays, adventure, sport and health tourism, hunting and angling, educational travel, arts and heritage tourism, and in some areas, ethnic tourism. (Lane, 1994 :9)”. (ms. 138) . Manakala merujuk definisi desa oleh Sharpley dan Sharpley (1997) melalui Sharpley dan Telfer. et. al (2002) sebagai berikut “ describe rural as all areas, ‘both land and water, thatlie beyond towns and cities which, in national and regional cotenxts, may be described as major urban centres’.
Pelancongan luar bandar melibatkan kepelbagaian aktivirti, perkhidmatan dan keselesaan yang disediakan oleh penduduk luar bandar. Di Malaysia pembangunan pelancongan desa semakin berkembang sejak 20 tahun lepas melalui pembangunan program-program homestay. Dalam konteks Negara ini, pelancongan desa merujuk kepada pembangunan program-program homestay di kampung-kampung berjaya di seluruh Malaysia. Iaitu program yang didefinisikan oleh Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan sebagai “ …where tourist sta ywith the host’s family and experience the everyday way of life of the family in both a direct and indirect manner.” Keunikan dan kepelbagaian budaya oleh penduduk di Malaysia yang memaparkan kemeriahan adat resam dan budaya masyarakat tempatan seperti majlis perkahwinan, cara perubatan tradisional dan kepercayaan penduduk disesuatu kawasan menyebabkan industri pelancongan ini menjadi salah satu kepentingan dalam industri pelancongan di Malaysia.
Inisiatif kerajaan dalam membangunkan program homestay sebagai produk pelancongan desa adalah satu pendekatan yang baik dalam memberi nilai tambah kepada aktiviti ekonomi tradisional tempatan. Namun tahap pencapaian sehingga kini, perubahan hanya berlaku dari aspek kuantiti program tetapi dari aspek kualiti program homestay tidak jauh berbeza.
Pelancongan luar bandar yang menawarkan program homestay banyak melibatkan aktiviti-aktiviti yang memberi pengalaman kepada pengunjung seperti perkhemahan, kembara dihutan dan sebagainya. Selain itu pelancongan luar bandar turut mempromosikan aktiviti-aktiviti kebudayaan dan keagamaan sesuatu kaum seperti adat perkahwinan, upacara keagamaan seperti marhaban, berzanji, burdah dan nasyid bagi masyarakat islam.

c) Pelancongan Tani
Pelancongan tani atau agro pertanian merupakan pelancongan yang berasaskan pertanian dimana pelancongan ini melibatkan aktiviti urus niaga yang dilakukan oleh para petani sama ada untuk tujuan persendirian, pendidikan, mempromosi produk ladang atau menambah pendapatan pengusaha ladang (Hilchey, 1993). Pelancongan ini menawarkan pengalaman kepada pelancong terutama pelancong luar negara untuk menikmati kesegaran buah-buahan tempatan di taman pertanian. Sektor ini mula berkembang di Malaysia pada akhir tahun 1980 an dengan terbinanya taman pertanian pertama pada tahun 1987 iaitu Taman Pertanian Bukit Cahaya di negeri Selangor. Kini terdapat sebanyak 30 pusat taman pertanian diseluruh negara antaranya Taman Pertanian Tenom, Tenom Sabah, taman pertanian indera mahkota, tropical fruit farm, di pulau pinang dan desaru fruit fram, johor.
Pelancongan tani ini berbeza dengan pelancongan luar bandar dimana konsep pelancongan tani ini lebih berasaskan pertanian dan kawasan pelancongan tani ini tidak semestinya berada di luar bandar atau kampung. Ini kerana banyak kawasan pelancongan tani ini di buka di kawasan bandar. Ini bertujuan untuk memudahkan pelancong dan seterusnya menarik minat mereka untuk melawat negara ini. Selain itu ia juga untuk mengelakkan pelancong pergi kekawasan luar bandar pada musim-musim tertentu kerana buah-buahan di negara ini berbuah mengikut musim. Selain itu pelancongan tani juga menyediakan pengalaman kepada pelancong seperti pengalaman memetik sendiri buah-buahan di taman pertanian. Hal ini bukan sahaja membantu menambahkan bilangan kedatangan pelancong malahan ia turut membantu meningkatkan sumber pendapatan pengusaha-pengusaha ladang buah-buahan.

Kesimpulan
Kesimpulannya, pelancongan adalah industri yang terdiri daripada pelancong, sektor-sektor dan aktiviti-aktiviti yang terlibat secara lansung dalam membentuk sebuah industri. Pelancongan tidak wujud tanpa adanya pelancong kompenen-kompenen asas yang di perlukan oleh pelancong. Malah, pelancong adalah ejen penting yang menentukan sama ada industri pelancongan terus berkembang ataupun sebaliknya. Sektor-sektor yang terlibat dalam menawarkan produk ataupun perkhidmatan juga perlu dititik beratkan kerana merekalah yang berperanan dalam mewujudkan suatu persekitaran pemasaran pelancongan yang global.

Rujukan.
Amran Hamzah (2004). The Evolution Of The Homestay Programme In Malaysia : Performance, Sustainability And Challenges. Country Paper presented of the ASEAN Homestay Conferences.Organise by the Ministry of Tourism Malaysia, The Marriott Hotel, Putrajaya 28-30 September 2004.

Davison, G.W.H. & Regis, P. 1999, Pelan ekopelancongan kebangsaan Malaysia : Garis panduan untuk negeri Sabah : (The Malaysian National Ecotourism Plan : guidelines for Sabah). Kementerian Pembangunan Pelancongan. Kota Kinabalu

Department of Economic and Social Affairs (1999), Tourism And Sustainable Development- Sustainable Tourism: A Non-Governmental Organization Perspective. Commission on Sustainable Development Seventh Session 19-30 April 1999, New York.

Dudley, N & Phillips, 2006. A Forests and Protected Areas: Guidance on the use of the IUCN protected area management categories. IUCN Publications Services Unit

Elvi Susanti Drs.Lahmuddin Yusuf (1999), Konsep Usaha Sama Dalam Perancangan dan Pengurusan Program Pelancongan Homestay di Banghuris. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah.

Inskeep, E. 1991. Perancangan Pelancongan (Tourism Planning). Dewan Bahasa & Pustaka. Kuala Lumpur. Di terjemahkan oleh CheElainee Che Hassan & Norlida Halim

Selin S. (1999), Developing a Typology of Sustainable Tourism Partnerships, Journal Of Sustainable Tourism, Vol. 7, Nos 3 & 4: 260-273.





Lampiran.

PELANCONGAN YANG BERCIRIKAN EKO-PELANCONGAN

PELANCONGAN BERCIRIKAN PELANCONGAN LUAR BANDAR

PELANCONGAN YANG BERCIRIKAN PELANCONGAN TANI
ANTARA KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DI TEMPAT PELANCONGAN
TEMPAT LETAK KENDERAAN
TANDAS AWAM
TELEFON AWAM

bunuh diri.....

PENGANTAR ETIKA: ADAKAH SESEORANG MEMPUNYAI HAK UNTUK MENGAMBIL NYAWANYA SENDIRI.
Pembunuhan merupakan sesuatu tindakan yang ditakuti oleh setiap manusia. Walau bagaimanapun terdapat juga individu atau manusia yang sanggup membunuh dirinya sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan membunuh diri? Manusia merupakan satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang sanggup membinasakan dirinya sendiri atau membunuh diri sendiri. Membunuh diri merupakan satu perbuatan yang sengaja dilakukan untuk memusnahkan diri sendiri tanpa melibatkan individu lain. Berbagai-bagai alasan telah diberikan oleh mereka yang melakukan tindakan yang tidak bermoral ini antaranya untuk tidak menyusahkan orang lain, untuk membebaskan diri dari segala kesengsaraan yang sedang mereka alami sekarang, dan sebab yang pailing utama ialah kerana individu ini tidak sanggup berdepan dengan masalah-masalah yang dihadapinya. Selain itu ada juga individu yang beranggapan dengan membunuh diri mereka boleh mendapatkan kehidupan yang lebih baik setelah mereka mati kelak. Persoalannya disini, kenapakah manusia membunuh diri dan adakah tidakan mereka bermorol dari segi etika? Walaupun pelbagai alasan yang diberikan, dalam esei ini saya berhujah bahawa seseorang tidak mempunyai hak untuk mengambil nyawanya sendiri.
Bagaimanakah perbuatan membunuh diri dilakukan? Berbagai-bagai cara yang digunakan oleh seseorang sama ada untuk membunuh diri atau percubaan membunuh dirinya sendiri. Cara yang paling banyak dilakukan oleh seseorang untuk membinasakan diri sendiri ialah dengan menggantung diri. Seterusnya diikuti dengan terjun dari tempat tinggi dan meminum bahan yang beracun. Walau bagaimanapun di Negara-negara barat, perbuatan membunuh diri banyak dilakukan dengan menggunakan bahan letupan seperti menggunakan pistol. Tindakan-tindakan ini bukan sahaja dianggap tidak beretika malahan ia juga telah melanggar ketetapan yang ditetapkan oleh mana-mana agama. Setiap agama umumnya melarang umatnya atau penganutnya melakukan tindakan tidak bermoral ini seperti membunuh diri sendiri. Dalam agama islam, jika seseorang melakukan tindakan kejam terhadap diri sendiri akan terhalang seseorang itu daripada mendapat rahmat Allah s.w.t dan akan mendapat kemurkaan Allah di akhirat kelak. Perkara ini pernah disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: sebelum kamu, pernah ada seorang lelaki tua, kemudian marah sambil mengambil sebilah pisau dan dipotongnya tangannya sendiri, darah terus mengalir keluar sehingga dia mati. Maka berkatalah Allah: “hambaku ini mahu mendahulukan dirinya dari (takdir) Ku. Oleh kerana itu Kuharamkan syurga atasnya”. (Riwayat Muslim dan Bukhari). Hal ini jelas menunjukkan perbuatan membunuh diri bukan sahaja salah dari segi etika malahan ia turut salah dari segi agama kerana telah menggangu ketentuan takdir.
Kenapakah seseorang tidak mempunyai hak untuk mengambil nyawanya sendiri? Seseorang tidak mempunyai hak untuk mengambil nyawanya sendiri kerana nyawa merupakan satu pemberian dan anugerah yang diberikan oleh tuhan kepada hambanya. Setiap individu hanya mendapat satu nyawa sahaja yang diberikan oleh tuhan kita. Tujuan pemberian nyawa oleh tuhan kepada setiap insan atau manusia ialah bagi membolehkan manusia menikmati dan berfikir segala kebesaran dan ciptaanNya. Jika seseorang individu menggambil nyawanya sendiri, ini bermakna seseorang itu tidak bersyukur dan tidak menghargai pemberian yang diberikan oleh tuhanNya. Seseorang individu harus sedar bahawa pemberian yang diberikan oleh tuhan kita hanyalah bersifat sementara dan pemberian ini akan diambil balik pada bila-bila masa. Kita juga harus sedar, jika kita menggambil nyawa kita sendiri bermakna kita telah mengkhianati pemberian yang diberikan oleh tuhan kita dan tindakan ini merupakan sesuatu perbuatan yang tidak beretika bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada tuhan kita. Setiap manusia dipertanggungjawabkan untuk menjaga tubuh badannya supaya selamat dan sihat. Manusia diamanahkan oleh Tuhan untuk menjaga tubuh badan dengan sempurna dan tidak memudaratkan. Dalam islam Allah s.w.t melarang keras manusia menamatkan hidupnya dengan diri sendiri sepeti firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud: dan jangan kamu membunuh dirimu kerana sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepadamu. (surah al-Nisa:29). Ini menunjukkan tuhan kita amat menyanyagi hambaNya walaupun kadang-kadang kita diuji dengan pelbagai dugaan. Setiap agama melarang penganutnya melakukan tindakan membunuh diri dan menganggap perbuatan ini jika dilakukan dengan apa cara sekalipun merupakan satu tindakan yang diharamkan oleh tuhan kita.
Seseorang individu harus sedar, kehidupan kita di muka bumi penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang diberikan tuhan kepada hamba-hambanya untuk menilai tahap kesabaran dan keimanan hambanya dalam menghadapi dugaanNya. Dugaan dan cabaran yang diberikan oleh tuhan boleh berlaku dalam jangka masa panjang dan berlaku dalam jangka masa pendek. Walau bagaimanapun, dugaan dan cabaran yang diberikan tuhan bukan bertujuan untuk menzalimi hambanya. Dugaan dan cabaran yang diberikan tuhan merupakan satu penilaian tuhan yang diberikan kepada hambanya untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran dalam menempuh kehidupan di dunia ini. Seseorang harus sedar perbuatan memusnahkan diri sendiri bukan sahaja menzalimi diri sendiri malahan ia turut mengundang masalah kepada masyarakat sekeliling terutamnya kaum keluarga bagi pembunuh diri yang berkeluarga. Ini kerana setelah salah seorang dari ahli keluarga yang melakukan tindakan membunuh diri sendiri, maka secara tidak lansung ahli keluarga yang lain turut mendapat pandangan yang negatif dari masyarakat setempat. Jika pembunuh diri melakukan tindakan membunuh diri atas alasan tidak mahu menyusahkan ahli keluarga yang lain, ia juga merupakan satu perbuatan yang salah. Ini kerana perbuatan sebegini dianggap sebagai perbuatan yang tidak menghormati diri sendiri. Setiap cabaran dan dugaan yang diberikan tuhan mempunyai hikmah di sebaliknya. Setiap agama mengkehendaki setiap umatnya selalu optimis dalam menghadapi setiap musibah yang berlaku. Bagi mereka yang beragama islam, mereka harus sedar bahawa islam tidak membenarkan dalam situasi apa pun untuk melepaskan diri dari hidup dengan jalan singkat. Adakah dengan tindakan membunuh diri dapat mengatasi semua masalah dan tamat semua penderitaan yang dialami? Setiap idndividu muslim harus sedar kehidupan dalam islam bukan khusus di dunia fana sahaja malah kehidupan yang seterusnya di alam akhirat yang masih jauh. Sehubungan itu tindakan membunuh diri bukanlah langkah yang bijak dalam islam, sebaliknya mendatangkan kecelakaan yang lebih berat kepada ruh individu yang melakukan tindakan membunuh diri di alam akhirat nanti.


Mungkin dari logiknya setiap individu mempunyai hak ke atas dirinya sendiri. Dia berhak dan bebas melakukan apa-apa perkara yang disukainya ke atas dirinya sendiri. Namun begitu, setiap individu harus sedar dan berfikir dimanakah tanggungjawabnya sebagai manusia atau makhluk di muka bumi ini. Tanggungjawab di sini bukan sahaja kepada dirinya, malah tanggungjawab kepada maysrakatnya, agamanya malah kepada negaranya. Setiap inidividu harus sedar bahawa manusia adalah sebaik-baik makhluk yang diciptakan tuhan dan sebaik sahaja kita dilahirkan ke dunia ini, kita berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab sehinggalah ke akhir hayat kita iaitu masa yang tidak diketahui oleh setiap insan. Semakin lama hayat seseorang maka semakin banyak tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan kepadanya dan harus ia laksanakan. Jika kita melakukan tindakan membunuh diri sendiri sebelum ajal kita bermakna kita telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepada kita.
Seperti yang kita ketahui individu yang melakukan tindakan membunuh diri merupakan seorang individu yang mempunyai penghargaan kendiri yang rendah dan berfikir secara tidak waras. Jika seseorang berkeinginan untuk membunuh diri, individu tersebut hendaklah melihat kepada kelebihan dan keburukan sebelum dia melakukan tindakan membunuh diri. Dia harus memikirkan perkara-perkara yang akan belaku setelah dia membunuh diri. Kita percaya setiap agama telah memberikan panduan dan petunjuk kepada penganutnya jikalau berlaku sebarang masalah dan musibah. Contohnya dalam agama islam beberapa panduan dan pendekatan yang boleh digunakan oleh umat islam untuk mengurangkan tekanan dan musibah antaranya memohon pertolongan daripada Allah dengan cara berdoa, sembahyang, berzikir dan memperbanyakkan membaca ayat suci al-quran. Harus diingat setelah seseorang melakukan tindakan membunuh diri sendiri bermakna nyawa yang dimilikinya akan hilang buat selamanya dan ia tidak akan dikembalikan. Apabila seseorang telah bertindak melakukan kekejaman terhadap dirinya dan mati akibatnya, ia akan dibangkitkan di akhirat kelak seperti mana ia lakukan. Keadaan ini seperti yang ditegaskan oleh Nabi Muhamad s.a.w yang bermaksud: “barang siapa menjatuhkan diri dari atas gunung kemudian bunuh diri, maka dia berada di neraka, dia akan menjatuhkan diri ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Dan barang siapa minum racun kemudian bunuh diri, maka racunnya itu berada ditangannya kemudian minum di neraka jahanam untuk selamanya”. Riwayat Bukhari dan Muslim.
Terdapat juga alasan individu yang melakukan tindakan membunuh diri adalah kerana inginkan kehidupan yang lebih baik setelah ia mati. Tanggapan sebegini sebenarnya salah dan tidak masuk akal kerana seperti yang kita ketahui, kita tidak boleh melihat masa depan atau perkara yang akan berlaku pada diri kita pada masa hadapan. Jika kita boleh melihat perkara-perkara yang akan berlaku ke atas diri kita pada masa hadapan, ini amat mudahlah bagi kita untuk mengubah perkara yang kita tidak ingini. Walau bagaimanapun kita hanya boleh merancang perkara-perkara yang akan kita lakukan tetapi ketentuan setiap perkara yang kita rancang adalah ditentukan oleh tuhan kita. Pemikiran yang kotor harus dielakkan oleh setiap individu kerana kehidupan kita di dunia yang mencabar ini banyak menghasilkan penderitaan dan tekanan perasaan. Antara punca tekanan yang dialami oleh individu ialah berlakunya kegagalan dan konflik dalaman.

Kesimpulannya apa pun alasan yang diberikan oleh individu yang melakukan atau ingin melakukan tindakan membunuh diri merupakan satu perbuatan yang tidak beretika dan melanggar hak-hak bukan sahaja kepada diri sendiri malahan kepada masyarakat dan negara. Selain itu, perbuatan membunuh diri menyebabkan individu tersebut mengalami kerugian yang amat besar kerana telah mensia-siakan peluang untuk hidup yang diberikan oleh tuhan kita.

Wednesday, November 4, 2009

Tuesday, March 24, 2009

Sunday, March 22, 2009

SOALAN
1.Huraikan secara umum falsafah, etika dan hak asasi manusia didalam kerja sosial.
2.Huraikan prinsip-prinsip etika kerja sosial mengikut mana-mana sumber rujukan.

JAWAPAN
1. Falsafah berasal dari perkataan yunani iaitu “philosophia” .Philo bermaksud “cinta” dalam erti kata yang seluas-luasnya, iaitu ingin dan berusaha untuk mencapai sesuatu yang diinginkan kerana keinginan itu. Sophia bererti bijaksana, pandai atau mengerti dengan mendalam. Oleh sebab itu, falsafah bermaksud ”ingin mengerti dengan mendalam, cintakan kebijaksanaan atau cintakan kebenaran. (Endong Saifuddin,1982:75). Secara umumnya, falsafah ialah ilmu istimewa yang cuba menjawab masalah atau persoalan yang tidak dapat dijawab oleh pengetahuan biasa (knowledge). Ia adalah hasil dari daya usaha manusia dengan akal yang rasional, kritis dan integral untuk menganalisa objek-objek seperti hakikat alam semesta, kemanusian dan ketuhanan. Falsafah juga merupakan ilmu induk, sementara ilmu-ilmu lain adalah sebahagian daripadanya.
Etika boleh di definisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. Ia bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu samada baik ataupun buruk. Etika dalam erti kata lain adalah mematuhi nilai moral. Kesimpulanya etika ialah satu kod peraturan (susunan undang-undang) yang bertujuan untuk mengatur dan memberi panduan tingkahlaku kepada individu, kumpulan atau sasaranya dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
Etika keprofesionalan (kerjaya) bermaksud satu set peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan yang mempunyai hubungkait dengan satu-satu bidang kerjaya yang bertujuan untuk memastikan setiap bidang kerjaya tersebut mencapai matlamat sasarannya. Contohnya Kod etika dalam bidang kerja sosial,bidang kehakiman, kedoktoran, pendidikan dan sebagainya.

Istilah etika berasal dari perkataan Greek “ethos”, yang bermaksud khusus kepada “character”, ataupun perwatakan dan keperibadian. Gluck (1986: 176) telah mendifinisikan etika sebagai, ”kajian filosofikal terhadap moraliti”. Shea (1988:17) pula mendefinisikan etika sebagai ”prinsip-prinsip bertingkah laku yang mengawal individu atau profesyen dan sebagai satu standard tingkah laku. Manakala istilah etika dikalangan teknorat yang boleh membantu meningkat kan integriti profesyen mereka.
Etika kerja sosial dapat disimpulkan sebagai panduan dalam menjalankan profsionnya sebagai pekerja sosial. Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya dikalangan yang meminggirkan agama di dalam kehidupan mereka. Tidak mengira negara, bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang mengamalkannya.
Hak asasi manusia adalah hak dasar yang dimiliki manusia sejak manusia itu dilahirkan. Hak asasi dapat dirumuskan sebagai hak yang melekat dengan kodrat kita sebagai manusia yang bila tidak ada hak tersebut, mustahil kita dapat hidup sebagai manusia. Hak ini dimiliki oleh manusia semata-mata karena ia manusia, bukan karena pemberian masyarakat atau pemberian negara. Maka hak asasi manusia itu tidak tergantung dari pengakuan manusia lain, masyarakat lain, atau Negara lain. Hak asasi diperoleh manusia dari Penciptanya, yaitu Tuhan Yang Maha Esa dan merupakan hak yang tidak dapat diabaikan.
Sebagai manusia, ia makhluk Tuhan yang mempunyai martabat yang tinggi. Hak asasi manusia ada dan melekat pada setiap manusia. Oleh karena itu, bersifat universal, artinya berlaku di mana saja dan untuk siapa saja dan tidak dapat diambil oleh siapapun. Hak ini dibutuhkan manusia selain untuk melindungi diri dan martabat kemanusiaanya juga digunakan sebagai landasan moral dalam bergaul atau berhubungan dengan sesama manusia. Pada setiap hak melekat kewajiban. Karena itu,selain ada hak asasi manusia, ada juga kewajiban asasi manusia, yaitu kewajiban yang harus dilaksanakan demi terlaksana atau tegaknya hak asasi manusia (HAM). Dalam menggunakan Hak Asasi Manusia, kita wajib untuk memperhatikan, menghormati, dan menghargai hak asasi yang juga dimiliki oleh orang lain.
Kesadaran akan hak asasi manusia, harga diri, harkat dan martabat kemanusiaannya, diawali sejak manusia ada di muka bumi. Hal itu disebabkan oleh hak – hak kemanusiaan yang sudah ada sejak manusia itu dilahirkan dan merupakan hak kodrati yang melekat pada diri manusia. Sejarah mencatat berbagai peristiwa besar di dunia ini sebagai suatu usaha untuk menegakkan hak asasi manusia.
Terdapat pelbagai definisi yang menjelaskan maksud kerja sosial. Sebagai contoh, menurut Pincus dan Minahan (1973) dalam Azhar bin Mohd Noor (2006), kerja sosial berkait rapat dengan tindakan di antara manusia dengan persekitaran sosial mereka seterusnya mempengaruhi kepercayaan manusia untuk mencapai tanggungjawab hidup mereka, mengurangkan kesengsaraan serta merealisasikan cita-cita mahupun nilai-nilai mereka.
Dalam pada itu, definisi yang diutarakan oleh National Association of Social Work (NASW, 1973) dalam Morales, T.A. and Sheafor, W.B. (2004), menyatakan bahawa kerja sosial merupakan satu aktiviti profesional bagi memberi pertolongan kepada individu, kumpulan atau komuniti untuk meningkatkan serta memulihkan keupayaan mereka supaya dapat mencapai matlamat masing-masing.
Walau bagaimanapun, Boehm (1959) dalam Azhar Mohd noor (2006) pula berpendapat, kerja sosial berusaha untuk meningkatkan fungsi sosial individu secara perseorangan dan dalam kumpulan dengan aktiviti-aktiviti yang memberi tumpuan kepada hubungan sosial mereka yang membentuk interaksi di antara menusia dan persekitarannya.
Namun begitu, jika dilihat dari perspektif yang lain, kerja sosial juga boleh didefinasikan sebagai satu profesion menolong manusia untuk menyelesaikan masalah individu, kumpulan, dan komuniti melalui amalan-amalan kerja sosial. Amalan-amalan ini termasuklah kerja sosial, kerja kumpulan, organisasi, komuniti, pentadbiran dan penyelidikan sepertimana yang diutarakan oleh Skidmore (1997) dalam Azhar bin Mohd Noor (2006).
Justeru, secara umumnya bolehlah didefinasikan, kerja sosial sebagai satu aktiviti yang bersifat profesional khususnya dalam membantu klien. Selain itu, kerja sosial juga mempunyai keunikan tersendiri yakni merujuk kepada perkhidmatannya kepada sistem rangkaian klien disamping bersifat dwifokus iaitu kepada individu dan persekitaran.

2. Pekerja sosial mengubah abstrak nilai dalam profesion kerja sosial kepada prinsip etika untuk praktis kerja sosial. Kemudian, mereka mengubah prinsip-prinsip tersebut kepada tindakan-tindakan dalam situasi tertentu (Perlman, 1976; Siporin, 1975; Compton & Galaway, 1994 dalam Brenda Dubois & Karla Krogsrud Miley). Nilai secara abstrak membentuk pemikiran dan cara berfikir dan terus kepada tindakan melalui prinsip-prinsip pekerja sosial. Antara prinsip etika yang harus dipegang oleh setiap pekerja sosial ialah:

i. Acceptance
Prinsip penerimaan ini merujuk kepada cara layanan dan rawatan pekerja sosial terhadap klien mereka. Dalam hal ini, pekerja sosial haruslah melaksanakan kedua-dua konsep tadi iaitu layanan dan rawatan berteraskan aspek kemanusiaan dalam melakukan sesuatu pertimbangan. Rentetan itu, sebagai pekerja sosial kepada seseorang klien yang bermasalah amnya, tahap kesabaran yang baik adalah dituntut dalam menerima, mendengar serta mengamati segala masalah yang diluahkan klien. Disamping itu, kesabaran pekerja sosial haruslah seirama dengan rasa hormat terhadap klien yang memperjuangkan maruah dan harga diri mereka.
Selain itu, pekerja sosial haruslah menerima pandangan klien sebagai bukti bahawa pekerja sosial memahami perspektif klien dari pelbagai aspek. Secara tidak langsung, ia akan mewujudkan kesinambungan kepada pekerja sosial untuk membantu klien dalam membentuk kekuatan diri sekali gus mengenal pasti potensi dan kebolehan klien dalam mencapai perubahan hidup yang lebih positif pada hari-hari yang mendatang.

ii. Individualization
Prinsip ini merujuk kepada keupayaan yang dimiliki setiap individu amnya dank lien khususnya adalah berbeza sama sekali. Dalam konteks ini perbezaan keupayaan manusia adalah sesuatu yang unik. Hal ini mendorong seseorang pekerja sosial agar lebih menghargai nilai kualiti yang unik pada setiap klien. Selain itu, pekerja sosial perlu peka terhada seseorang klien atau yang boleh didefinasikan sebagai manusia yang mempunyai hak tersendiri malah layanan yang wajar diberikan haruslah sejajar dengan nilai-nilai kemanusiaan itu. Sikap sebagai seorang yang prejudis wajar diketepikan dalam erti kata lain layanan adalah samarata iaitu tidak melabelkan serta mewujudkan stereotaip terhadap klien tadi.

iii. Purpose Expression of Feelings
Prinsip ini merujuk kepada luahan perasaan dan masalah yang dihadapi oleh klien. Dua konsep yang perlu difahami dalam prinsip ini adalah emosi dan pengalaman di mana emosi adalah pelengkap kehidupan iaitu manusia mengalami pelbagai perasaan yang hadir melalui pengalaman. Pekerja sosial perlu meminta klien meluahkan perasaan mereka dengan rela hati iaitu tanpa paksaan, desakan mahupun ancaman. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan pekerja sosial bersama klien menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan cara seperti berkongsi fakta, pengalaman dan perasaan.
Natijahnya, tekanan yang dihadapi klien akan berkurang disamping dapat melahirkan tindakan atau inisiatif yang positif dalam menyelesaikan masalah yang menyelubungi diri klien. Selain itu, kesan yang mampu memberi makna yang signifikan antara pekerja sosial dengan klien adalah hubungan antara kedua individu ini semakin rapat.

iv. Nonjudmental Attitudes
“Nonjudmental attitudes” bermaksud sikap tidak mengadili. Ini adalah asas hubungan profesion yang efektif. Dalam hal ini, pekerja sosial perlu diterapkan dan diaplikasikan dengan sikap tidak mengadili di mana pekerja sosial tidak akan menentukan seseorang itu baik atau buruk, wajar atau tidak wajar sesuatu tindakan dan seumpamanya.

v. Objectivity
Prinsip ini menggambarkan ketidakwujudan berat sebelah dalam sesuatu penilaian praktis. Realitinya, prinsip ini (objectivity) dapat mengelakan kesan yang negatif dalam sesi rawatan kerana perkara atau elemen yang berkaitan dengan perasaan sendiri adalah ditegah. Sebagai contoh, jika pekerja sosial terlalu mempunyai perasaan sayang, sesuatu keputusan yang tidak wajar, mungkin akan terhasil antara pekerja sosial dengan klien.

vi. Controlled Emotional Involvement
Prinsip ini merujuk kepada aspek pengawalan emosi semasa berhadapan dengan klien. Pekerja sosial seharusnya bijak mengawal emosi ketika berbincang atau bercakap dengan klien agar perhatian dan tumpuan dalam sesi bersama klien tidak terjejas dan seterusnya mengelakkan kerenggangan antar pekerja sosial dengan klien. Namun, tidak dapat dinafikan jika pekerja sosial terlebih perhatian terhadap klien, sifat terlalu bergantung kepada klien akan terjadi.

vii. Self-determination
“Self-determination” adalah satu proses pembuatan keputusan yang dilakukan oleh klien. Prinsip ini dapat menggambarkan klien berupaya untuk berkembang dan berubah kesudut positif khususnya dalam membuat sesuatu keputusan. Selain itu, kekuatan klien adalah asas pespektif self-determination.

viii. Access to Resource
“Access to resource” bermaksud hak mencapai sumber di mana prinsip ini merujuk kepada aspek penyelasaian masalah. Secara praktisnya, penyelesaian fungsi penyelesaian masalah juga bergantung kepada sumber, sebagai contoh jika terdapat kekurangan sumber proses penyelesaian akan terjejas dan ini akan diklasifikasikan sebagai satu cabaran kepada individu yang bergelar pekerja sosial.

ix. Confidentiatily
Prinsip ini tertumpu kepada konsep memegang rahsia klien. Realitinya bagi menyempurnakan tugas sebagai pekerja sosial, klien perlulah meluahkan segala maklumat yang bersifat personal dan ini menjadi tanggungjawab kepada pekerja sosial untuk menjaga atau memegang rahsia (maklumat klien) agar kepercayaan antara satu sama lain masih kukuh sekali gus melicinkan tugas pekerja sosial. Namun delima boleh wujud dalam melaksanakan tanggungjawab ini jika terdapat campurtangan suatu agensi polisi atau perundangan negeri ingin mendapatkan maklumat mengenai kliennya.

x. Accountability
“Accountability” merujuk kepada keprofesionalan pekerja sosial melaksanakan tugas. Dalam konteks ini, pekerja sosial mestilah serius menjalankan peranan dengan tidak mengetepikan nilai-nilai keperimanusiaan dan ini mampu mengelakkan timbulnya persoalan mengenai integriti profesion.

Dalam profesion kerja sosial juga terdapat nilai yang menjadi ukuran dan keutamaan yang diberikan kepada kelayan. Nilai dapat didefinasikan sepertimana yang diutarakan oleh Pincus dan Minahan (1973) dalam Pincus, A. and Minahan, A. (1973), iaitu sebagai kepercayaan, keutamaan atau andaian tentang apa yang baik dan apa yang buruk untuk manusia. Nilai ini tidak boleh dicari atau diuji dengan penyiasatan saintifik, ia berdasarkan takdir. Dalam pada itu, menurut Muriel Pumphery (1959) dalam Johnson, C.L. (1998)., nilai boleh didefinisikan sebagai satu formula kepada tingkah laku yang betul yang perlu dipegang oleh individu atau kumpulan sosial.
Walau bagaimanapun, dari aspek kerja sosial, nilai merupakan elemen penting kerana nilai memainkan peranannya yang tersendiri bagi mengawal keseluruhan praktis dalam kerja sosial. Segala keputusan yang bakal di buat ketika menjalankan intervensi adalah berdasarkan nilai-nilai yang telah ditetapkan dalam praktis kerja sosial. Justeru, tidak hairanla jika dikatakan bahawa, nilai adalah penting kepada seorang pekerja sosial untuk menghormati dan mematuhi nilai-nilai yang telah digariskan khususnya dalam profesion kerja sosial supaya perkhidmatan yang diberikan adalah lebih berkualiti dan bermutu kepada klien. Selain itu, nilai ini juga membezakan profesion kerja sosial dengan profesion-profesion yang lain.
Terdapat beberapa nilai yang perlu dipatuhi serta panduan kepada seseorang pekerja sosial khususnya dalam menjalankan proses menolong klien:

i. Memberikan komitmen yang tinggi kepada kepentingan individu
Penyataan ini merujuk kepada aspek perkhidmatan yang diberikan kepada individu yakni mereka yang lebih sinonim dilabelkan sebagai klien. Pegangan terhadap nilai ini mampu mewujudkan institusi sosial yang bersifat humanistik serta responsif. Seperti yang kita sedia maklum, setiap klien mempunyai identity jyang berbeza misalnya, pesakit AIDS, pelacur, penagih dadah dan seumpamanya tidak sesekali berasa terpinggir malah mereka menyedari bahawa golongan seperti mereka masih mendapat tempat dalam hidup bermasyarakat. Dalam pada itu, seseorang pekerja sosial haruslah mengelakkan dirinya daripada bersikap prejudis terhadap klien seterusnya mengelakkan klien berasa tersisih.

ii. Menghargai dan menghormati perbezaan yang wujud dalam kalangan individu mahupun kumpulan.
Konsep nilai ini merujuk kepada aspek perbezaan antara pekerja sosial dengan klien. Sebagai pekerja sosial, setiap perbezaan yang wujud seperti perbezaan kelas sosial, ekonomi, umur, budaya dan seumpamanya perlu dihargai sebaik mungkin. Konteks perbezaan ini dapat diinterpretasikan bahawa setiap klien mempunyai kepentingan serta nilai tersendiri. Maka, pekerja sosial haruslah menilai melalui sudut positif akan perbezaan yang wujud terhadap klien agar matlamat dalam melaksanakan tugas pekerja sosial dapat dicapai. Apa yang lebih penting, pekerja sosial perlu tanamkan sikap menghargai perbezaan tersebut, dengan erti kata lain, pekerja sosial tidak seharusnya bersikap prejudis terhadap individu berdasarkan perbezaan. Sebagai contoh, pekerja sosial tidak boleh memilih klien, mahupun memberikan layanan yang berbeza mengikut kedudukan sosial, jantina, pangkat dan sebagainya.

iii. Hak klien untuk menentukan nasib sendiri (membuat keputusan)
Pekerja sosial perlu menghormati hak klien khusunya semasa membuat keputusan. Dalam hidup bermasyarakat, setiap individu amnya mempunyai hak masing-masing selagi hak tersebut tidak bercanggah dengan norma-norma kehidupan masyarakat dan syariah agama. Dari perspektif yang berbeza, nilai ini akan membantu mereka atau klien meningkatkan potensi dan kekuatan agar mereka mampu membina kehidupan yang baru serta memainkan fungsi mereka dengan baik.

iv. Confidentiality (kerahsiaan)
Kerahsiaan merupakan aset nilai yang penting yang perlu ada pada seseorang pekerja sosial dalam menjalankan proses menolong. Nilai kepercayaan ini adalah teras kepada mendapatkan keyakinan klien seterusnya mengelakkan persaan curiga kepada pekerja sosial untuk meluahkan segala yang berlaku kepada pekerja sosial dengan harapan mereka akan dibantu dengan sewajarnya. Niali kepercayaan adalah penting semasa proses meneroka masalah yang di alami oleh klien. Pekerja sosial bertanggungjawab untuk merahsiakan segalanya berkaitan klien daripada pengetahuan orang lain. Sekiranya pekerja sosial melanggar etika ini, mereka diaanggap sebagai melanggar nilai keahsiaan ini sekaligus mampu memberi kesan yang signifikan kepada klien.
v. Komitmen tinggi terhadap keadilan dan kesejahteraan ekonomi semua ahli masyarakat.
Dalam konteks ini, pekerja sosial mungkin atau terpaksa melanggar nilai hubungan kerahsiaan semata-mata menjaga keselamatan dan kesejahteraan ahli masyarakat yang lain. Hal ini kerana seorang pekerja sosial mungkin akan berhadapan dengan keputusan klien yang boleh menjejaskan ahli masyarakat lain. Dalam pada itu, keadaan ini memerlukan pihak ketiga dalam membuat sebarang keputusan. Justeru, peranan utama dalam nilai ini adalah pekerja sosial mesti berusaha mempertingkatkan kesejahteraan masyarakat. Sekiranya berhadapan dengan keputusan klien yang menjejaskan ahli masyarakat yang lain, pekerja sosial perlu pertimbangkan kesejahteraan ahli masyarakat yang lain. Keseluruhannya, mungkin kita perlu mengambil keputusan yang melibatkan pihak ke-2, dan tidak melanggar nilai hubungan kerahsiaan.

vi. Memisahkan perasaan sendiri (personal feeling)
Dalam perspektif ini, pekerja sosial tidak seharusnya mencampur adukan perasaan sendiri atas alasan klien adalah kekasih, keluarga angkat atau seumpamanya tetapi pekerja sosial mesti mengelakkan diri dari terjebak menimbulkan perasaan sayang tehadap klien. Ini memandu pekerja sosial merealisasikan matlamat intervensi dalam profesion kerja sosial. Hal ini adalah untuk memastikan matlamat intervensi dapat dicapai di samping menjaga profesionaliti profesion dalam kerja sosial. Sebagai contoh kes, jika seorang pekerja sosial lelaki, dan kliennya adalah perempuan, pekerja sosial tersebut tidak boleh sama sekali bercinta dengan kliennya kerana hal ini akan mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Misalnya, pekerja sosial tersebut tidak boleh memberi perhatian yang lebih kepada klien lain khususnya klien wanita kerana kekasihnya akan cemburu. Selain itu, proses menolong tidak akan berjalan dengan lancar kerana lebih banyak soal hati dan perasaan yang terlibat dalam situasi ini.
vii. Berkongsi pengetahuan dan kemahiran
Sebagai seorang pekerja sosial, nilai berkongsi dan memberi pengetahuan serta kemahiran perlu diterapkan dalam profesion kerja sosial. Dalam hal ini, pekerja sosial haruslah berkongsi pengetahuan dengan klien dalam apa jua aspek yang berkaitan. Hal ini mampu membantu klien menyelesaikan masalah dan melicinkan tugas pekerja sosial. Nilai ini dapat dikonklusikan bahawa seorang pekerja sosial tidak seharusnya mempunyai sikap yang sukar untuk berkongsi ilmu mahupun kemahiran yang dimiliki kerana ini akan secara automatiknya mematikan peranan pekerja sosial itu sendiri seterusnya mengurangkan peluang untuk menyelesaikan masalah klien.

viii. Berusaha pertingkatkan abiliti atau kemampuan klien bagi menolong diri sendiri.
Nilai ini adalah berkaitan dengan konsep mencipta kemampuan dalam diri seseorang. Dalam profesion pekerja sosial, klien perlu dipandu ke arah hidup yang dapat meningkatkan abiliti atau kemampuan diri agar segala masalah dapat di atasi dengan baik, dalam erti kata lain pekerja sosial secara rasionalnya menyuntik motivasi kepada klien dengan mewujudkan keyakinan mereka seterusnya menyedarkan klien bahawa mereka masih mempunyai harapan dan peluang untuk berjaya serta meningkatkan kualiti hidup dalam kehidupan yang mendatang

ix. Kerja Sosial Memberi Perkhidmatan
Nilai pekerja sosial khususnya dalam memberi perkhidmatan merupakan aspek penting dalam pelaksanaan tugas sebagai pekerja sosial di mana sasaran golongan adalah kelompok individu yang semakin terpinggir dalam masyarakat seperti pesalah kes juvana, pelacur, penagih dadah, panghidap HIV dan sebagainya. Oleh itu, bagi menyempurnakan tugas dan peranan peranan sebagai seorang pekerja social, sikap prejudis dan diskriminasi dalam segenap aspek terutamanya yang berkaitan dengan klien atau perkara yang dirasakan sensetif kepada klien haruslah diabaikan sama sekali.

x. Keutamaan Profesion Kerja Sosial Adalah Berkhidmat.
Dalam konteks ini, perhubungan pekerja sosial yang profesional wujud melalui nilai serta maruah seseorang individu yang melibatkan perasaan, penerimaan, keyakinan, kejujuran dan tanggungjawab dalam menghadapi konflik. Seseorang pekerja sosial yang memberi khidmat haruslah dilakukan berdasarkan minat pekerja sosial itu sendiri.


BIBILIOGRAFI
Johnson, C.L. (1998). Social work practice: A generalist approach. Massachusetts: Needham Heights.

Levy, S.C. (1979). Social work ethics. New York: Human Sciences Press.

Morales, T.A. and Sheafor, W.B. (2004). Social work. Boston: Library of Congress
Catalog-In-Publication Data.
Azhar bin Mohd Noor, (2006), Nota Kuliah Pengantar Kerja Sosial. Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial: Universiti Malaysia Sabah.

DuBois, B. and Miley, K.K. (2005). Social work: An empowering profession. Boston:
Library of Congress Catalog-In-Publication Data.
Pincus, A. and Minahan, A. (1973). Social work practice: model Method. Madison :
University of Wisconsin.