Tuesday, March 24, 2009

Sunday, March 22, 2009

SOALAN
1.Huraikan secara umum falsafah, etika dan hak asasi manusia didalam kerja sosial.
2.Huraikan prinsip-prinsip etika kerja sosial mengikut mana-mana sumber rujukan.

JAWAPAN
1. Falsafah berasal dari perkataan yunani iaitu “philosophia” .Philo bermaksud “cinta” dalam erti kata yang seluas-luasnya, iaitu ingin dan berusaha untuk mencapai sesuatu yang diinginkan kerana keinginan itu. Sophia bererti bijaksana, pandai atau mengerti dengan mendalam. Oleh sebab itu, falsafah bermaksud ”ingin mengerti dengan mendalam, cintakan kebijaksanaan atau cintakan kebenaran. (Endong Saifuddin,1982:75). Secara umumnya, falsafah ialah ilmu istimewa yang cuba menjawab masalah atau persoalan yang tidak dapat dijawab oleh pengetahuan biasa (knowledge). Ia adalah hasil dari daya usaha manusia dengan akal yang rasional, kritis dan integral untuk menganalisa objek-objek seperti hakikat alam semesta, kemanusian dan ketuhanan. Falsafah juga merupakan ilmu induk, sementara ilmu-ilmu lain adalah sebahagian daripadanya.
Etika boleh di definisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. Ia bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu samada baik ataupun buruk. Etika dalam erti kata lain adalah mematuhi nilai moral. Kesimpulanya etika ialah satu kod peraturan (susunan undang-undang) yang bertujuan untuk mengatur dan memberi panduan tingkahlaku kepada individu, kumpulan atau sasaranya dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
Etika keprofesionalan (kerjaya) bermaksud satu set peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan yang mempunyai hubungkait dengan satu-satu bidang kerjaya yang bertujuan untuk memastikan setiap bidang kerjaya tersebut mencapai matlamat sasarannya. Contohnya Kod etika dalam bidang kerja sosial,bidang kehakiman, kedoktoran, pendidikan dan sebagainya.

Istilah etika berasal dari perkataan Greek “ethos”, yang bermaksud khusus kepada “character”, ataupun perwatakan dan keperibadian. Gluck (1986: 176) telah mendifinisikan etika sebagai, ”kajian filosofikal terhadap moraliti”. Shea (1988:17) pula mendefinisikan etika sebagai ”prinsip-prinsip bertingkah laku yang mengawal individu atau profesyen dan sebagai satu standard tingkah laku. Manakala istilah etika dikalangan teknorat yang boleh membantu meningkat kan integriti profesyen mereka.
Etika kerja sosial dapat disimpulkan sebagai panduan dalam menjalankan profsionnya sebagai pekerja sosial. Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya dikalangan yang meminggirkan agama di dalam kehidupan mereka. Tidak mengira negara, bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang mengamalkannya.
Hak asasi manusia adalah hak dasar yang dimiliki manusia sejak manusia itu dilahirkan. Hak asasi dapat dirumuskan sebagai hak yang melekat dengan kodrat kita sebagai manusia yang bila tidak ada hak tersebut, mustahil kita dapat hidup sebagai manusia. Hak ini dimiliki oleh manusia semata-mata karena ia manusia, bukan karena pemberian masyarakat atau pemberian negara. Maka hak asasi manusia itu tidak tergantung dari pengakuan manusia lain, masyarakat lain, atau Negara lain. Hak asasi diperoleh manusia dari Penciptanya, yaitu Tuhan Yang Maha Esa dan merupakan hak yang tidak dapat diabaikan.
Sebagai manusia, ia makhluk Tuhan yang mempunyai martabat yang tinggi. Hak asasi manusia ada dan melekat pada setiap manusia. Oleh karena itu, bersifat universal, artinya berlaku di mana saja dan untuk siapa saja dan tidak dapat diambil oleh siapapun. Hak ini dibutuhkan manusia selain untuk melindungi diri dan martabat kemanusiaanya juga digunakan sebagai landasan moral dalam bergaul atau berhubungan dengan sesama manusia. Pada setiap hak melekat kewajiban. Karena itu,selain ada hak asasi manusia, ada juga kewajiban asasi manusia, yaitu kewajiban yang harus dilaksanakan demi terlaksana atau tegaknya hak asasi manusia (HAM). Dalam menggunakan Hak Asasi Manusia, kita wajib untuk memperhatikan, menghormati, dan menghargai hak asasi yang juga dimiliki oleh orang lain.
Kesadaran akan hak asasi manusia, harga diri, harkat dan martabat kemanusiaannya, diawali sejak manusia ada di muka bumi. Hal itu disebabkan oleh hak – hak kemanusiaan yang sudah ada sejak manusia itu dilahirkan dan merupakan hak kodrati yang melekat pada diri manusia. Sejarah mencatat berbagai peristiwa besar di dunia ini sebagai suatu usaha untuk menegakkan hak asasi manusia.
Terdapat pelbagai definisi yang menjelaskan maksud kerja sosial. Sebagai contoh, menurut Pincus dan Minahan (1973) dalam Azhar bin Mohd Noor (2006), kerja sosial berkait rapat dengan tindakan di antara manusia dengan persekitaran sosial mereka seterusnya mempengaruhi kepercayaan manusia untuk mencapai tanggungjawab hidup mereka, mengurangkan kesengsaraan serta merealisasikan cita-cita mahupun nilai-nilai mereka.
Dalam pada itu, definisi yang diutarakan oleh National Association of Social Work (NASW, 1973) dalam Morales, T.A. and Sheafor, W.B. (2004), menyatakan bahawa kerja sosial merupakan satu aktiviti profesional bagi memberi pertolongan kepada individu, kumpulan atau komuniti untuk meningkatkan serta memulihkan keupayaan mereka supaya dapat mencapai matlamat masing-masing.
Walau bagaimanapun, Boehm (1959) dalam Azhar Mohd noor (2006) pula berpendapat, kerja sosial berusaha untuk meningkatkan fungsi sosial individu secara perseorangan dan dalam kumpulan dengan aktiviti-aktiviti yang memberi tumpuan kepada hubungan sosial mereka yang membentuk interaksi di antara menusia dan persekitarannya.
Namun begitu, jika dilihat dari perspektif yang lain, kerja sosial juga boleh didefinasikan sebagai satu profesion menolong manusia untuk menyelesaikan masalah individu, kumpulan, dan komuniti melalui amalan-amalan kerja sosial. Amalan-amalan ini termasuklah kerja sosial, kerja kumpulan, organisasi, komuniti, pentadbiran dan penyelidikan sepertimana yang diutarakan oleh Skidmore (1997) dalam Azhar bin Mohd Noor (2006).
Justeru, secara umumnya bolehlah didefinasikan, kerja sosial sebagai satu aktiviti yang bersifat profesional khususnya dalam membantu klien. Selain itu, kerja sosial juga mempunyai keunikan tersendiri yakni merujuk kepada perkhidmatannya kepada sistem rangkaian klien disamping bersifat dwifokus iaitu kepada individu dan persekitaran.

2. Pekerja sosial mengubah abstrak nilai dalam profesion kerja sosial kepada prinsip etika untuk praktis kerja sosial. Kemudian, mereka mengubah prinsip-prinsip tersebut kepada tindakan-tindakan dalam situasi tertentu (Perlman, 1976; Siporin, 1975; Compton & Galaway, 1994 dalam Brenda Dubois & Karla Krogsrud Miley). Nilai secara abstrak membentuk pemikiran dan cara berfikir dan terus kepada tindakan melalui prinsip-prinsip pekerja sosial. Antara prinsip etika yang harus dipegang oleh setiap pekerja sosial ialah:

i. Acceptance
Prinsip penerimaan ini merujuk kepada cara layanan dan rawatan pekerja sosial terhadap klien mereka. Dalam hal ini, pekerja sosial haruslah melaksanakan kedua-dua konsep tadi iaitu layanan dan rawatan berteraskan aspek kemanusiaan dalam melakukan sesuatu pertimbangan. Rentetan itu, sebagai pekerja sosial kepada seseorang klien yang bermasalah amnya, tahap kesabaran yang baik adalah dituntut dalam menerima, mendengar serta mengamati segala masalah yang diluahkan klien. Disamping itu, kesabaran pekerja sosial haruslah seirama dengan rasa hormat terhadap klien yang memperjuangkan maruah dan harga diri mereka.
Selain itu, pekerja sosial haruslah menerima pandangan klien sebagai bukti bahawa pekerja sosial memahami perspektif klien dari pelbagai aspek. Secara tidak langsung, ia akan mewujudkan kesinambungan kepada pekerja sosial untuk membantu klien dalam membentuk kekuatan diri sekali gus mengenal pasti potensi dan kebolehan klien dalam mencapai perubahan hidup yang lebih positif pada hari-hari yang mendatang.

ii. Individualization
Prinsip ini merujuk kepada keupayaan yang dimiliki setiap individu amnya dank lien khususnya adalah berbeza sama sekali. Dalam konteks ini perbezaan keupayaan manusia adalah sesuatu yang unik. Hal ini mendorong seseorang pekerja sosial agar lebih menghargai nilai kualiti yang unik pada setiap klien. Selain itu, pekerja sosial perlu peka terhada seseorang klien atau yang boleh didefinasikan sebagai manusia yang mempunyai hak tersendiri malah layanan yang wajar diberikan haruslah sejajar dengan nilai-nilai kemanusiaan itu. Sikap sebagai seorang yang prejudis wajar diketepikan dalam erti kata lain layanan adalah samarata iaitu tidak melabelkan serta mewujudkan stereotaip terhadap klien tadi.

iii. Purpose Expression of Feelings
Prinsip ini merujuk kepada luahan perasaan dan masalah yang dihadapi oleh klien. Dua konsep yang perlu difahami dalam prinsip ini adalah emosi dan pengalaman di mana emosi adalah pelengkap kehidupan iaitu manusia mengalami pelbagai perasaan yang hadir melalui pengalaman. Pekerja sosial perlu meminta klien meluahkan perasaan mereka dengan rela hati iaitu tanpa paksaan, desakan mahupun ancaman. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan pekerja sosial bersama klien menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan cara seperti berkongsi fakta, pengalaman dan perasaan.
Natijahnya, tekanan yang dihadapi klien akan berkurang disamping dapat melahirkan tindakan atau inisiatif yang positif dalam menyelesaikan masalah yang menyelubungi diri klien. Selain itu, kesan yang mampu memberi makna yang signifikan antara pekerja sosial dengan klien adalah hubungan antara kedua individu ini semakin rapat.

iv. Nonjudmental Attitudes
“Nonjudmental attitudes” bermaksud sikap tidak mengadili. Ini adalah asas hubungan profesion yang efektif. Dalam hal ini, pekerja sosial perlu diterapkan dan diaplikasikan dengan sikap tidak mengadili di mana pekerja sosial tidak akan menentukan seseorang itu baik atau buruk, wajar atau tidak wajar sesuatu tindakan dan seumpamanya.

v. Objectivity
Prinsip ini menggambarkan ketidakwujudan berat sebelah dalam sesuatu penilaian praktis. Realitinya, prinsip ini (objectivity) dapat mengelakan kesan yang negatif dalam sesi rawatan kerana perkara atau elemen yang berkaitan dengan perasaan sendiri adalah ditegah. Sebagai contoh, jika pekerja sosial terlalu mempunyai perasaan sayang, sesuatu keputusan yang tidak wajar, mungkin akan terhasil antara pekerja sosial dengan klien.

vi. Controlled Emotional Involvement
Prinsip ini merujuk kepada aspek pengawalan emosi semasa berhadapan dengan klien. Pekerja sosial seharusnya bijak mengawal emosi ketika berbincang atau bercakap dengan klien agar perhatian dan tumpuan dalam sesi bersama klien tidak terjejas dan seterusnya mengelakkan kerenggangan antar pekerja sosial dengan klien. Namun, tidak dapat dinafikan jika pekerja sosial terlebih perhatian terhadap klien, sifat terlalu bergantung kepada klien akan terjadi.

vii. Self-determination
“Self-determination” adalah satu proses pembuatan keputusan yang dilakukan oleh klien. Prinsip ini dapat menggambarkan klien berupaya untuk berkembang dan berubah kesudut positif khususnya dalam membuat sesuatu keputusan. Selain itu, kekuatan klien adalah asas pespektif self-determination.

viii. Access to Resource
“Access to resource” bermaksud hak mencapai sumber di mana prinsip ini merujuk kepada aspek penyelasaian masalah. Secara praktisnya, penyelesaian fungsi penyelesaian masalah juga bergantung kepada sumber, sebagai contoh jika terdapat kekurangan sumber proses penyelesaian akan terjejas dan ini akan diklasifikasikan sebagai satu cabaran kepada individu yang bergelar pekerja sosial.

ix. Confidentiatily
Prinsip ini tertumpu kepada konsep memegang rahsia klien. Realitinya bagi menyempurnakan tugas sebagai pekerja sosial, klien perlulah meluahkan segala maklumat yang bersifat personal dan ini menjadi tanggungjawab kepada pekerja sosial untuk menjaga atau memegang rahsia (maklumat klien) agar kepercayaan antara satu sama lain masih kukuh sekali gus melicinkan tugas pekerja sosial. Namun delima boleh wujud dalam melaksanakan tanggungjawab ini jika terdapat campurtangan suatu agensi polisi atau perundangan negeri ingin mendapatkan maklumat mengenai kliennya.

x. Accountability
“Accountability” merujuk kepada keprofesionalan pekerja sosial melaksanakan tugas. Dalam konteks ini, pekerja sosial mestilah serius menjalankan peranan dengan tidak mengetepikan nilai-nilai keperimanusiaan dan ini mampu mengelakkan timbulnya persoalan mengenai integriti profesion.

Dalam profesion kerja sosial juga terdapat nilai yang menjadi ukuran dan keutamaan yang diberikan kepada kelayan. Nilai dapat didefinasikan sepertimana yang diutarakan oleh Pincus dan Minahan (1973) dalam Pincus, A. and Minahan, A. (1973), iaitu sebagai kepercayaan, keutamaan atau andaian tentang apa yang baik dan apa yang buruk untuk manusia. Nilai ini tidak boleh dicari atau diuji dengan penyiasatan saintifik, ia berdasarkan takdir. Dalam pada itu, menurut Muriel Pumphery (1959) dalam Johnson, C.L. (1998)., nilai boleh didefinisikan sebagai satu formula kepada tingkah laku yang betul yang perlu dipegang oleh individu atau kumpulan sosial.
Walau bagaimanapun, dari aspek kerja sosial, nilai merupakan elemen penting kerana nilai memainkan peranannya yang tersendiri bagi mengawal keseluruhan praktis dalam kerja sosial. Segala keputusan yang bakal di buat ketika menjalankan intervensi adalah berdasarkan nilai-nilai yang telah ditetapkan dalam praktis kerja sosial. Justeru, tidak hairanla jika dikatakan bahawa, nilai adalah penting kepada seorang pekerja sosial untuk menghormati dan mematuhi nilai-nilai yang telah digariskan khususnya dalam profesion kerja sosial supaya perkhidmatan yang diberikan adalah lebih berkualiti dan bermutu kepada klien. Selain itu, nilai ini juga membezakan profesion kerja sosial dengan profesion-profesion yang lain.
Terdapat beberapa nilai yang perlu dipatuhi serta panduan kepada seseorang pekerja sosial khususnya dalam menjalankan proses menolong klien:

i. Memberikan komitmen yang tinggi kepada kepentingan individu
Penyataan ini merujuk kepada aspek perkhidmatan yang diberikan kepada individu yakni mereka yang lebih sinonim dilabelkan sebagai klien. Pegangan terhadap nilai ini mampu mewujudkan institusi sosial yang bersifat humanistik serta responsif. Seperti yang kita sedia maklum, setiap klien mempunyai identity jyang berbeza misalnya, pesakit AIDS, pelacur, penagih dadah dan seumpamanya tidak sesekali berasa terpinggir malah mereka menyedari bahawa golongan seperti mereka masih mendapat tempat dalam hidup bermasyarakat. Dalam pada itu, seseorang pekerja sosial haruslah mengelakkan dirinya daripada bersikap prejudis terhadap klien seterusnya mengelakkan klien berasa tersisih.

ii. Menghargai dan menghormati perbezaan yang wujud dalam kalangan individu mahupun kumpulan.
Konsep nilai ini merujuk kepada aspek perbezaan antara pekerja sosial dengan klien. Sebagai pekerja sosial, setiap perbezaan yang wujud seperti perbezaan kelas sosial, ekonomi, umur, budaya dan seumpamanya perlu dihargai sebaik mungkin. Konteks perbezaan ini dapat diinterpretasikan bahawa setiap klien mempunyai kepentingan serta nilai tersendiri. Maka, pekerja sosial haruslah menilai melalui sudut positif akan perbezaan yang wujud terhadap klien agar matlamat dalam melaksanakan tugas pekerja sosial dapat dicapai. Apa yang lebih penting, pekerja sosial perlu tanamkan sikap menghargai perbezaan tersebut, dengan erti kata lain, pekerja sosial tidak seharusnya bersikap prejudis terhadap individu berdasarkan perbezaan. Sebagai contoh, pekerja sosial tidak boleh memilih klien, mahupun memberikan layanan yang berbeza mengikut kedudukan sosial, jantina, pangkat dan sebagainya.

iii. Hak klien untuk menentukan nasib sendiri (membuat keputusan)
Pekerja sosial perlu menghormati hak klien khusunya semasa membuat keputusan. Dalam hidup bermasyarakat, setiap individu amnya mempunyai hak masing-masing selagi hak tersebut tidak bercanggah dengan norma-norma kehidupan masyarakat dan syariah agama. Dari perspektif yang berbeza, nilai ini akan membantu mereka atau klien meningkatkan potensi dan kekuatan agar mereka mampu membina kehidupan yang baru serta memainkan fungsi mereka dengan baik.

iv. Confidentiality (kerahsiaan)
Kerahsiaan merupakan aset nilai yang penting yang perlu ada pada seseorang pekerja sosial dalam menjalankan proses menolong. Nilai kepercayaan ini adalah teras kepada mendapatkan keyakinan klien seterusnya mengelakkan persaan curiga kepada pekerja sosial untuk meluahkan segala yang berlaku kepada pekerja sosial dengan harapan mereka akan dibantu dengan sewajarnya. Niali kepercayaan adalah penting semasa proses meneroka masalah yang di alami oleh klien. Pekerja sosial bertanggungjawab untuk merahsiakan segalanya berkaitan klien daripada pengetahuan orang lain. Sekiranya pekerja sosial melanggar etika ini, mereka diaanggap sebagai melanggar nilai keahsiaan ini sekaligus mampu memberi kesan yang signifikan kepada klien.
v. Komitmen tinggi terhadap keadilan dan kesejahteraan ekonomi semua ahli masyarakat.
Dalam konteks ini, pekerja sosial mungkin atau terpaksa melanggar nilai hubungan kerahsiaan semata-mata menjaga keselamatan dan kesejahteraan ahli masyarakat yang lain. Hal ini kerana seorang pekerja sosial mungkin akan berhadapan dengan keputusan klien yang boleh menjejaskan ahli masyarakat lain. Dalam pada itu, keadaan ini memerlukan pihak ketiga dalam membuat sebarang keputusan. Justeru, peranan utama dalam nilai ini adalah pekerja sosial mesti berusaha mempertingkatkan kesejahteraan masyarakat. Sekiranya berhadapan dengan keputusan klien yang menjejaskan ahli masyarakat yang lain, pekerja sosial perlu pertimbangkan kesejahteraan ahli masyarakat yang lain. Keseluruhannya, mungkin kita perlu mengambil keputusan yang melibatkan pihak ke-2, dan tidak melanggar nilai hubungan kerahsiaan.

vi. Memisahkan perasaan sendiri (personal feeling)
Dalam perspektif ini, pekerja sosial tidak seharusnya mencampur adukan perasaan sendiri atas alasan klien adalah kekasih, keluarga angkat atau seumpamanya tetapi pekerja sosial mesti mengelakkan diri dari terjebak menimbulkan perasaan sayang tehadap klien. Ini memandu pekerja sosial merealisasikan matlamat intervensi dalam profesion kerja sosial. Hal ini adalah untuk memastikan matlamat intervensi dapat dicapai di samping menjaga profesionaliti profesion dalam kerja sosial. Sebagai contoh kes, jika seorang pekerja sosial lelaki, dan kliennya adalah perempuan, pekerja sosial tersebut tidak boleh sama sekali bercinta dengan kliennya kerana hal ini akan mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Misalnya, pekerja sosial tersebut tidak boleh memberi perhatian yang lebih kepada klien lain khususnya klien wanita kerana kekasihnya akan cemburu. Selain itu, proses menolong tidak akan berjalan dengan lancar kerana lebih banyak soal hati dan perasaan yang terlibat dalam situasi ini.
vii. Berkongsi pengetahuan dan kemahiran
Sebagai seorang pekerja sosial, nilai berkongsi dan memberi pengetahuan serta kemahiran perlu diterapkan dalam profesion kerja sosial. Dalam hal ini, pekerja sosial haruslah berkongsi pengetahuan dengan klien dalam apa jua aspek yang berkaitan. Hal ini mampu membantu klien menyelesaikan masalah dan melicinkan tugas pekerja sosial. Nilai ini dapat dikonklusikan bahawa seorang pekerja sosial tidak seharusnya mempunyai sikap yang sukar untuk berkongsi ilmu mahupun kemahiran yang dimiliki kerana ini akan secara automatiknya mematikan peranan pekerja sosial itu sendiri seterusnya mengurangkan peluang untuk menyelesaikan masalah klien.

viii. Berusaha pertingkatkan abiliti atau kemampuan klien bagi menolong diri sendiri.
Nilai ini adalah berkaitan dengan konsep mencipta kemampuan dalam diri seseorang. Dalam profesion pekerja sosial, klien perlu dipandu ke arah hidup yang dapat meningkatkan abiliti atau kemampuan diri agar segala masalah dapat di atasi dengan baik, dalam erti kata lain pekerja sosial secara rasionalnya menyuntik motivasi kepada klien dengan mewujudkan keyakinan mereka seterusnya menyedarkan klien bahawa mereka masih mempunyai harapan dan peluang untuk berjaya serta meningkatkan kualiti hidup dalam kehidupan yang mendatang

ix. Kerja Sosial Memberi Perkhidmatan
Nilai pekerja sosial khususnya dalam memberi perkhidmatan merupakan aspek penting dalam pelaksanaan tugas sebagai pekerja sosial di mana sasaran golongan adalah kelompok individu yang semakin terpinggir dalam masyarakat seperti pesalah kes juvana, pelacur, penagih dadah, panghidap HIV dan sebagainya. Oleh itu, bagi menyempurnakan tugas dan peranan peranan sebagai seorang pekerja social, sikap prejudis dan diskriminasi dalam segenap aspek terutamanya yang berkaitan dengan klien atau perkara yang dirasakan sensetif kepada klien haruslah diabaikan sama sekali.

x. Keutamaan Profesion Kerja Sosial Adalah Berkhidmat.
Dalam konteks ini, perhubungan pekerja sosial yang profesional wujud melalui nilai serta maruah seseorang individu yang melibatkan perasaan, penerimaan, keyakinan, kejujuran dan tanggungjawab dalam menghadapi konflik. Seseorang pekerja sosial yang memberi khidmat haruslah dilakukan berdasarkan minat pekerja sosial itu sendiri.


BIBILIOGRAFI
Johnson, C.L. (1998). Social work practice: A generalist approach. Massachusetts: Needham Heights.

Levy, S.C. (1979). Social work ethics. New York: Human Sciences Press.

Morales, T.A. and Sheafor, W.B. (2004). Social work. Boston: Library of Congress
Catalog-In-Publication Data.
Azhar bin Mohd Noor, (2006), Nota Kuliah Pengantar Kerja Sosial. Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial: Universiti Malaysia Sabah.

DuBois, B. and Miley, K.K. (2005). Social work: An empowering profession. Boston:
Library of Congress Catalog-In-Publication Data.
Pincus, A. and Minahan, A. (1973). Social work practice: model Method. Madison :
University of Wisconsin.